You are on page 1of 16

Artikel yang pertama merupakan perbentangan kertas kerja yang

bertajuk

Komunikasi

Korporat

di

Malaysia

Faktor-faktor

yang

mempengaruhi pembangunan dan amalan komunikasi korporat di Malaysia.


Artikel ini boleh dicapai melalui alamat,
http://radzihamid.blogspot.com/2012/05/komunikasi-korporat-dimalaysia.html Di tulis oleh Mohd Radzi, graduan 1990 dari UKM, Ijazah kedua
dari UPM, juga memiliki beberapa kelulusan dari institusi pengajian UUM,
INTAN, dan memiliki banyak pencapaian akademik yang membanggakan.
Pernah menerima pelbagai anugerah akademik. Juga merupakan penulis
dalam suratkhabar tempatan yang aktif. Artikel ini telah diterbit pada 29 Mei
2012, selain dari beberapa tulisan beliau yang banyak membincangkan dan
memberi panduan menjurus kedalam bidang pengurusan dan komunikasi.
Penulisan

ini

bertujuan

mengenalpasti

factor-faktor

yang

mempengaruhi pembangunan dan amalan komunikasi korporat di Malaysia.


Penulis telah mengulas beberapa keadaan komunikasi korporat dari kaca
mata Malaysia. Bagi melengkapkan kajian beliau dalam komunikasi dan
budaya korporat di Malaysia, beliau turut menjelaskan amalan semasa
komunikasi korporat dan mennjelaskan secara terperinci dan ayat yang
mudah tentang factor-faktor yang mempengaruhi pembangunan dan amalan
komunikasi korporat di Malaysia dengan memberi contoh yang bersifat
realistic dalam kajiannya.
Artikel kedua pula juga merupakan karya dari penulis yang sama, telah
diterbitkan pada 29 Mei 2012. Tajuk kali ini membincangkan Peranan dan
Implikasi

Komunikasi

dalam

kepimpinan

organisasi.Kaitan

Komunikasi

dengan kepimpinan. Dalam artikel tersebut membincangkan semua peranan


komunikasi dalam organisasi dengan menyatakan beberapa jenis komunikasi
dan melihat dari aspek impilasi positif dan positif. Artikel kedua ini lebih
menjurus kepemimpinan sesebuah organisasi termasuk pemimpin rendah
1

dan

pemimpin

atasan.

Artikel

ini

boleh

dirujuk

dari

capaian

http://radzihamid.blogspot.com/2012/05/peranan-dan-implikasi-komunikasidalam.html
Artikel ketiga pula bertajuk Tanggungjawab Sosial Korporat dan
Pembangunan

Ekonomi Komuniti : Kajian Kes Perspektif

Komunikasi

Komuniti Penerima. Merupakan tulisan


Sarmila MS, Zaimah R, N. Lyndon, Azimah AM, Suhana Saad, Selvadurai S
(2012). Artikel ini merupakan hasil kajian dan dapatan tentang kepentingan
Tanggungjawab

Sosial

Korporat

(TSK)

dalam

komuniti. Ia memberikan fokus kepada komuniti

pembangunan

ekonomi

penerima yang terlibat

dengan projek TSK yang telah dilaksanakan oleh sebuah syarikat korporat di
Pasir Puteh, Kelantan. Kajian ini melibatkan 45 orang ahli komuniti peladang

PENDAHULUAN
Komunikasi

merupakan

bidang

penting

dalam

kehidupan

dan

merupakan perantaraan yang kerap digunakan untuk mancapai objektif


tersendiri.Komunikasi

telah

berlangsung

sejak

berzaman

dahulu,dan

melaluinya manusia berkongsi maklumat dan bertukar maklumat. Kejayaan


sesuatu organisasi selalunya berkait rapat dengan perkembangan dan
kejayaan komunikasi dalam organisasi tersebut. Jatuh bangun sesebuah
organisasi korporat umpamanya akan dilihat jua dari segi kejayaan dan
kegagalan komunikasi yang diamalkan oleh organisasi tersebut. Begitu juga
jika merujuk kepada badan korporot yang ternamapastinya merujuk kepada
kehebatan komunikasi korporat yang diamalkan.
Komunikasi merupakan bidang yang sangat penting untuk semua
bidang yang lain, sehinggakan perbuatan dan tingkahlaku manusia tidak
akan sempurna tanpa ada komunikasi ( Narimah 2004 ). Pada peringkat awal
kewujudan

manusia,

komunikasi

hanyalah

untuk

kepentingan

antara

perseorangan sahaja. Dengan perkembangan yang pesat dan setelah


berlaku revolusi peradaban manusia telah wujub komunikasi yang lebih
komplek. Pada era kebangkitan media adalah bermulanya kepada cetusan
komunikasi yang lebih besar, keadaan ini berlaku apabila pada masa itu
3

perkembangan organisasi telah menjadikan komunikasi adalah bidang utama


dalam pemasaran produk dan juga tenaga manusia. Banyak syarikat mula
menyedari bahawa komunikasi adalah pemangkin utama dalam dunia
perniagaan terutamanya bagi mencetuskan imej korporat sesebuah syarikat.
Sebagaimana

menurut

Saodah,

Narimah

dan

Mohd

Yusof

(2004)

pengetahuan tentang komunikasi menjadikan seseorang atau organisasi itu


akan lebih berjaya dan berdaya saing.

ULASAN ARTIKEL ARTIKEL 1:


Penulisan ini melihat kepada bagaimana komunikasi korporat itu dilihat
dari

kaca Malaysia dan pendefinisiannya menyatakan bahawa komunikasi

ialah proses dan tindakan menterjemah atau gubah identiti korporat yang
berbentuk fizikal seperti logo, warna, perkataan dan sebagainya yang
melambangkan organisasi kepada imej korporat berbentuk mental atau
pemikiran. Maknanya apabila melihat kombinasi warna atau logo berkenaan,
tanpa

diberitahu,

pemerhatinya

akan

secara

automatik

memikirkan

organisasi tersebut. Komunikasi korporat adalah melibatkan semua usaha


pihak yang terlibat (Stackholder) . Maka bentuk komunikasi dijelaskan
kepada 2 bentuk utama iaitu komunikasi luaran dan dalaman.
Dalam bentuk komunikasi dalaman ia melibatkan ruang lingkup
komunikasi sesama

pekerja, melibatkan segala urusan penjenamaan,

penyelesaian

pengurusan

atau

krisis
4

syarikat

Artikel

ini

juga

membincangkan bahawa komunikasi korporat dalaman

akan memberi

tumpuan khusus kepada tanggungjawab sosial, hubungan dengan media dan


mempertingkatkan reputasi syarikat. Manakala Komunikasi Luaran pula
adalah komunikasi yang melibatkan hubungan organisasi dengan pihak luar
yang bertujuan memastikan kelancaran aspek publisiti syarikat berjalan
lancar. Hubungan dengan media juga dilihat penting dalam sesebuah
organisasi terutamanya dari segi publisiti. Publisiti juga merupakan aspek
sumbangan kepada hebahan umum tentang sesebuah organisasi yang
melibatkan pandangan umum kepada mereka. Hebahan yang positif
umpamanya pasti secara tidak langsung menaikkan reputasi dan membantu
menaikkan nama organisasi dalam masyarakat.
Perkembangan masa kini menunjukkan iklim dunia korporat yang kian
berubah. Budaya komunikasi korporat menggerakkan usaha secara agresif
untuk membudayakan

korporat yang tersendiri

dan memiliki identiti

menarik dan mesra media. Dan persoalan tersebut menjadi asas kajian untk
mengenal pasti perlaksanaan budaya dalam organisasi. Ia membawa contoh
seperti TELEKOM Berhad, PDRM, ATM, TNB, Kastam dan Imigresen dan
banyak lagi. Organisasi seperti ini bersikap is no body busisness. Secara
umum, jika budaya tidak sihat yang diamalkan oleh kakitangan organisasi
seperti ini pasti ia akan menimbulkan pertentangan dengan hasrat
komunikasi korporat. Realitinya juga masih terdapat juga aduan menyatakan
kakitangan Jabatan Kastam dan Imigresen memberikan perkhidmatan yang
di katakan tidak ikhlas, tidak suka membantu, sombong, tidak senyum dan
banyak lagi. Tingkah laku ini jelas sekali bertentangan dan mencerminkan
kefahaman terhadap komunikasi korporat yang menjadi komunikasi semua
kakitangan. Sedikit sebanyak perkara ini memberi kesan dan pandangan
yang negatif dan mencemarkan komunikasi korporat sesebuah organisasi.
Komunikasi korporat bukan hanya menjadi tanggungjawab bahagian
komunikasi korporat sahaja, ia melibatkan semua pihak. Perkembangan
ekonomi yang semakin baik membolehkan kebanyakan syarikat swasta dan
5

organisasi kerajaan hari ini mampu menyediakan segala keperluan bagi


mencapai matlamat komunikasi korporat. Situasi ini menjelaskan bahawa
organisasi atau syarikat di Malaysia tidak memunyai masalah dalam usaha
menyediakan keperluan komunikasi korporat tetapi hakikatnya situasi ini
tidak terjadi.
Perkembangan

ekonomi

yang

semakin

baik,

tiada

lagi

budaya

menundingkan kesalahan atau punca kelemahan kepada faktor ekonomi,


politik dan sosial sekiranya gagal mempraktikkan komunikasi korporat yang
baik.Ini jelas terbukti dengan apa yang kita dapat lihat secara fizikal.
Setiap organisasi berusaha menyediakan perkhidmatan ataupun memiliki
keluaran yang mempunyai logo dan warna yang sangat cantik, cogan kata
yang mampu menarik minat dan perhatian umum, uniform yang kemas,
piagam pelanggan yang mempunyai tarikan dan sebagainya. Namun
malang, hakikat dan keadaan sebenarnya tidak mampu dibuktikan dalam
perlaksanaan praktikal setiap ahli organisasi. Keadaan perkembangan
keadaan ini dilihat agak perlahan walau pun jika dibandingkan dengan
negara-negara ASEAN.
Penulis ini telah menggariskan sebanyak faktor yang menyebabkan
keadaan ini berlaku.Faktor utama dari aspek politik yang merangkumi
beberapa

keadaan

komunikasi,tekanan

seperti

pesaing

globalisasi,

antarabangsa

dan

kemajuan
peraturan

teknologi
dan

dasar.

Ancaman globalisasi umpamanya telah membuka laluan yang menarik


cabaran dan saingan yang bersifat lebih meluas dan ianya memerlukan kos
yang agak tinggi. Maka itu terdapatnya syarikat-syarikat yang bertindak
menolak globalisasi atau anti-globalisasi. Situasi ini merungsingkan beberapa
syarikat yang menolak ancaman global dan terus berpegang untuk kekal
dalam corak tradisional. Pembangunan Koridor Multi media di Cyberjaya
telah menjadikan Malaysia agak ke hadapan dalam aspek komunikasi. Faktor
ini telah menyebabkan komunikasi korporat di Malaysia menjadi agak ke
6

hadapan. Ini kerana langkah mempromosikan reputasi syarikat tidak lagi


hanya terhad di dalam negara sahaja. Dengan kos yang rendah, usaha
promosi boleh dijanakan tanpa sempadan dengan masa yang cepat dan
dalam bentuk yang lebih komunikatif dan interaktif. Dengan ada nya
kemudahan komunikasi, maka ia telah memudahkan kerja-kerja komunikasi
korporat.Aspek inilah yang menampakkan Malaysia memiliki perkembangan
yang lebih baik berbanding negara-negara ASEAN yang lain.

ULASAN ARTIKEL KEDUA

Dalam tulisan penulis yang sama, bertajuk Peranan dan Implikasi


Komunikasi Dalam Kepemimpinan Organisasi. Penulis membincangkkan
beberapa peranan komunikasi dalam organisasi. Jenis yang dibincangkan
ialah komunikasi lisan. Dari sudut implikasinya pula, digariskan dari keduadua aspek positif dan negatif. Penulis melihat isu ini dalam kepemimpinana
yang rendah dan teratas.
Dimulai dengan pendefinisian terhadap komunikasi, merujuk kepada
takrifan beberapa sarjana seperti Reusch yang menjelaskan komunikasi
adalah suatu proses yang menghubung bahagian-bahagian yang terasing di
dunia ini. Hoben pula menjelaskan komunikasi sebagai proses pertukaran
idea berjaya dilaksanakan.Penulis melihat definisi ini tidak melihat atau
mempertimbangkan hasil setiap komunikasi sama ada berjaya ataupun
tidak.

Penulis turut merumuskan makna kepemimpinan organisasi?.

Mengambil

beberapa

kepemimpinan

sebagai

pendapat

sarjana

kemahiran

komunikasi

komunikasi

yang

mendefinisikan
menggerakkan

kumpulan ke arah pencapaian matlamat dan kesejahteraan kumpulan


(Barker, Wahlers dan Watson, 1955). Penulis ini merumuskan definisi
kepemimpinan organisasi sebagai kemahiran berkomunikasi di dalam satu
badan

yang

mengandungi

kumpulan-kumpulan

atau

individu

untuk

mencapai matlamat organisasi demi kebaikan bersama.


Bagi mengenal pasti penyelesaiannya, penulis telah mengutarakan
beberapa masalah kepemimpinan yang berlaku dalam organisasi. Pertama
adalah merujuk kepada situasi pemimpin yang hanya berbekalkan bakat
kepemimpinan. Bakat bukanlah aspek utama dalam melahirkan komunikasi
8

yang berkesan, tetapi aspek ilmu hendaklah dikira sebagai aspek utama.
Oleh itu, pemimpin dan organisasi hendaklah memiliki ilmu dan pengetahuan
yang mencukupi bagi membolehkannya bekerja dengan baik. Kedua adalah
aspek kreativiti.Pemimpin yang tidak kreatif tidak akan mahu mengubah
situasi dan idea yang kurang menarik serta tiada keupayaan menarik minat
pekeja termasuklah tidak mampu bersaing merebut pelanggan.Beberapa
saranan pendekatan kreatif telah dianjurkan seperti pendekatan kreatif ialah
memberi

komitmen

peribadi

kepada

pengikut

melalui

mendengar

pendapatnya, bijak mengukur nilai sumbangan, menjadikan diri sebagai


contoh keterbukaan, imaginatif, berjiwa besar untuk organisasi bukannya
kepentingan diri Aspek ketiga pula pemimpin yang mementingkan diri.
Implikasinya pula ialah pengikut menolak penerimaan terhadap pemimpin,
menanam sikap prejudis dan negatif terhadap setiap tindakan atau
keputusan pemimpin, melecehkan nasihat dan idea pemimpin, langsungnya
menggagalkan budaya motivasi dalam organisasi.

Situasi keempat pula

ialah isu krisis kepemimpinan dalam organisasi. Penulis membawa contoh


seperti di Indonesia adalah contoh krisis kepemimpinan antara pemimpin
dengan pengikut. Krisis besar seperti ini membawa kepada keaadan konflik
yang tidak sihat dan boleh membawa kepada perpecahan dan krisis
kepemimpinan. Krisis ini boleh menyebabkan pemimpin hilang kuasanya.
Aspek kelima pula ketiadaan karismatik seorang pemimpin. Karisma
merupakan kualiti unggul dalam kepemimpinan dan kejayaan pemimpin
yang bekarismatik adalah mampu menarik perhatian pengikut yang banyak
dan memberi inspirasi dan menggalak kecenderungan mengikut untuk
mengikutinya. Penulis berpendapat masyarakat hari ini melihat pemimpin
berkarisma melalui 3 aspek iaitu karakteristik pemimpin, ciri-ciri pengikut
dan keperluan suasana. Memiliki ketiaga aspek ini

berupaya mewujudkan

perhubungan dan kepemimpinan berkarisma secara bersama. Keenam pula


tentang pemimpin yang lemah semangat dan kurang bertenaga. Dengan
membawa contoh di Indonesia di pimpin oleh seorang presiden yang buta
9

iaitu Gus Dur, kita melihat beliau sebagai amat tidak berdaya dan tidak
bertenaga. Jika pemimpin sendiri hendak berjalan mengharapkan bantuan
orang lain, bagaimanakah ia boleh dan mampu memimpin negara. Isu ia
dipimpin oleh satu kuasa lain yang tidak boleh di lihat hanya isu emosi dan
sensasi kepercayaan yang tidak beralas.
Artikel

ini

juga

tidak

menafikan

masalah

komunikasi

dalam

kepimpinan dan masalah kepimpinan dalam komunikasi. Setiap pemimpin


organisasi perlu peka tentang keberkesanan komunikasi mendatangkan hasil
yang positif dalam organisasi dan sika sambil lewa dalam berkomunikasi
hendaklah di banteras. Memahami latar belakang ahli setiap organisasi juga
adalah perkara yang perlu diambil kira untuk mewujudkan komunikasi yang
bekesan.
Aspek kaedah komunikasi dalam organisasi yang berbeza pastinya, kerana
bagi organisasi yang ekstrem seperti angkatan tentera dan polis, kaedah
komunikasinya secara total berbeza dengan komunikasi para guru dan murid
di sebuah sekolah. Bahasa yang keras dan arahan yang tegas dan
disampaikan dalam situasi serius ditagihkan dalam mentadbir sesebuah
organisasi keselamatan. Manakala bahasa yang mesra dan penyampaian
penuh diplomasi diperlukan di sebuah sekolah atau syarikat swasta lain.
Para pemimpin organisasi juga hendaklah menyampaikannya sesuai
dengan keadaan masa dan tempat. Perbezaan setiap aspek ini pasti akan
menimbulkan cara komunikasi yang berbeza. Penulis membawa sejarah
dalam Kisah Panglima Perang China iaitu Sun Tzu ketika diuji Maharaja
China. Sun Tzu mengatakan setelah arahan diberikan tetapi pengikut masih
tidak dapat melaksanakan dengan baik atau salah pelaksanaannya, maka
berkemungkinan arahan yang diberikan tidak jelas dan terang. Setelah
arahan diberi dengan jelas dan terang dan berulang tetapi pengikut masih
tidak dapat melaksanakannya dengan baik atau salah melaksanakannya,
maka kesalahan diletakkan pada pengikut, maka pengikut perlu di hukum.
10

Jelaslah bahawa, komunikasi dalam organisasi jika ditadbir dengan


cara baik terutamanya oleh pemimpin atasan pasti akan memberi implikasi
positif.

Kebijaksanaan

pemimpin

mentadbir

urus

dan

mencorakkan

komunikasi organisasi banyak memberi pengaruh dalam hal ini. Manakala


implikasi negatif yang terjadi seringkali menimbukan kesulitan dan halangan
kepada kepemimpinan organisasi dan komunikasi gagal dilaksanakan
dengan baik. Perkara ini seharusnya menjadi panduan kepada mana-mana
organisasi untuk memastikan setiap keputusan dan penyelesaian kepada
sesuatu isu adalah diselesaikan dengan perbincangan.

ULASAN ARTIKEL 3 :
Kajian yang melibatkan beberapa individu ini merumuskan bahawa 3
tema utama iaitu peluang pekerjaan, penjanaan sumber pendapatan dan
penjanaan aset. Ketiga-tiga tema ini mencerminkan makna pembangunan
ekonomi berdasarkan pungutan pendapat daripada komuniti yang terlibat
dalam program Tanggungjawab Sosial Korporat
11

ini. Tanggungjawab social

merupakan salah satu langkat syarikat korporat menyumbang kepada


komuniti. PErkembangan hal ini adalah bersifat global. Pengiktirafan secara
global pula, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengharapkan agar syarikat
korporat bersama terlibat dalam usaha pembangunan Negara. KAjian ini
membawa kepada keberkesanan perlaksanaan Tanggung Jawab Sosial yang
perlu dilaksanakan oleh syarikat korporat.
Tanggungjawab

Sosial

Korporat

boleh

didefinisikan

sebagai

tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh syarikat korporat seperti yang


dianjurkan oleh teori pemegang taruh selain daripada tanggungjawab
mempertingkatkan keuntungan dan nilai faedah para pemegang saham
sesebuah syarikat.Dalam menunaikan tanggungjawab social, secara tidak
langsung pembangunan ekonomi mampan, berusaha bersama pekerja,
keluarga mereka, komuniti tempatan serta masyarakat umum mampu
meningkatkan kualiti hidup mereka. Dalam kajian ini juga, pihak korporat ini
telah berusaha menunaikan tanggungjawab meningkatkan meningkatkan
sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerja, usaha pemuliharaan
alam

sekitar,

membangunkan

laporan

kewangan

(triple

bottom-line),

membangunkan skema pensijilan dan label bagi produk dan perkhidmatan,


menganjurkan

dialog

dengan

para

pemegang

taruh,

melaksanakan

perkongsian usaha dengan NGO serta meningkatkan sokongan bagi projek


dan program pembangunan komuniti.
Pembangunan ekonomi komuniti pula didefinisikan sebagai suatu
keadaan apabila individu dalam komuniti mampu menganalisis keadaan
ekonomi tersebut, mengenalpasti keperluan dan juga peluang ekonomi yang
ada, membuat keputusan perkara yang perlu dilakukan untuk meningkatkan
keadaan ekonomi dan seterusnya berusaha mencapai tujuan serta objektif
ekonomi yang telah disepakati bersama. Objektif umum bagi model
pembangunan ekonomi komuniti ini ialah membangunkan aset dalam
komuniti yang boleh digunakan untuk menambah baik komuniti. Seterusnya,

12

tujuan pembangunan ekonomi komuniti pula ialah untuk menggerakkan aset


tersebut untuk memberi manfaat kepada komuniti.

Kajian

artikel

ketiga

ini

memaparkan

bagaimana

perlaksanaan

Tanggungjawab Sosial Korporat yang boleh dilaksanakan oleh mana-mana


organisasi. Kajian yang telah dibuat ini melibatkan beberapa individu dalam
sebuah komuniti. Kejayaan adalah diukur dan dinilai dari beberapa aspek
yang telah digariskan sebagai panduan dan penanda aras.

Berdasarkan

kajian ini juga didapati badan korporat ini telah meletakkan objektif menjurus
kepada

mewujudkan peluang

pekerjaan,

menambah

pendapatan dan

penambahan aset seperti rumah.


Peluang pekerjaan diwujudkan dengan adanya projek perladangan cili
yang diusahakan dengan tujuan membawa perubahan kepada ekonomi
komuniti peladang. Manakala objektif kedua ia mampu menambah sumber
pendapatan yang diperoleh dari tanaman sampingan dari lading cili..Dan
objektif ketiga

disasarkan agar penambahan aset sendiri seperti tanah,

rumah dan simpanan kewangan Akhir kajian pula telah menunjukkan bahawa
projek tanggungjawab social korporat ini telah berjaya dijalankan bersama
penglibatan komuniti. Selain itu, penglibatan komuniti juga telah mendapat
kelebihan dan kebaikan hasil daripada projek tanggungjawab sosial korporat
ini.
Daripada kajian ini, dapat difahami bagaimanakah setiap organisasi
melaksanakan tanggungjawab dalam komuniti, disamping mencapai objektif
yang digariskan, matlamat penyebaran komunikasi antara organisasi dengan
komuniti juga amat penting dari sudut publisiti tentang fungsi dan
kewujudan organisasi di dalam masyarakat. Tidak salah jika dikatakan usaha
ini juga menampakkan usaha serampang dua mata. Adalah diharap lebih

13

ramai badan yang akan menjejak langkah badan korporat ini di samping
penyebaran maklumat dan publisiti kalangan masyarakat.

PENUTUP

Daripada analisis ketiga-tiga artikel ini, dapat disimpulkan bahawa


komunikasi dan kepimpinan saling mempunyai implikasi dalam stuktur
organisasi.

Kepemimpinan

yang

terarah

juga

merupakan

hasil

dari

kemampuan melaksanakan komunikasi korporat yang bersesuaian dan


memahami perlaksanaan komunikasi korporat yang mampu memberi impak
yang positif kepada masyarakat atau komuniti. PErkembangan komunikasi
korporat di Malaysia umpamanya adalah berada terkehadapan jika dibanding
dengan

perkembangan

Negara

lain

di

ASEAN,

namun

jika

melihat

perkembangannya dalam peringkat global, ia dilihat berlangsung dengan


sangat pelahan memandangkan perkembangan ilmu komunikasi korporat
telah disedarkan oleh mantan Perdana Menteri Dr Mahadir Mohammad
bermula dari dasar penswastaan yang diperkenalkan olehnya. Lambat atau
cepat perkembangan ini sebenarnya bergantung kepada perlaksanaan setiap
individu dalam mana-mana organisasi untuk melaksanakan dan menzahirkan
komunikasi korporat yang telah digariskan oleh organisasi masing-masing.
Artikel kedua

yang membawa

kepada peranan dan

implikasi

komunikasi dari kepemimpinan organisasi , ia merupakan pencorak kepada


kejayaan organisasi. Namun kejayaan ini bergantung sepenuhnya kepada
cara

dan

kaedah

bagaimana

komunikasi

diaplikasi

dan

diamalkan.

Kebijaksanaan pemimpin berkomunikasi dengan pekerja membolehkan


14

segala maklumat dan arahan mampu disampaikan dengan cara yang


berkesan

dan

meningkatkan

merangsang
kejayaan

pekerja

organisasi.

untuk

Artikel

sama-sama
ketiga

pula

berusaha
merupakan

menunjukkan kajian kepada usaha perlaksanaan tanggungjawab sosial


korporat yang dilaksanakan oleh sebuah organisasi. Kajian dilihat dari aspek
perlaksanaan dan kesan dari pogram tersebut. Kejayaan individu yang
dibantu dilihat sebagai kemampuan organisasi tersebut dalam membentuk
aspek lain mencapai kejayaan walaupun diluar organisasi. Namun kejayaan
tersebut juga merupakan ukuran penting tentang kejayaan komunikasi
korporat yang mereka laksanakan. Dari perspektif lain , aspek publisiti
secara tidak langsung dilaksanakan dalam usaha murni tersebut.

RUJUKAN
1. Abdullah Hassan dan Ainon Muhamad (1998). Komunikasi untuk
pemimpin.Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd
2. http://radzihamid.blogspot.com/2012/05/komunikasi-korporat-dimalaysia.html
3. Jaafar Muhamad, Edisi Ketiga (Oktober, 1997) "Kelakuan Organisasi"
Kuala Lumpur:

4. Muhd Mansur Abdullah (1998) "Komunikasi Dalam Pengurusan" Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

5. Samsuddin A. Rahim(2003), Komunikasi Asas, edisi ke-3, Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa dan Pustaka.
6. Narimah Ismail dan

Saodah

Wok,

(2002),

Kursus

Komu nikasi

Organisasi,Bentong: PTS Publications and Distributor Sdn. Bhd.


7. Saodah Wok, Narimah Ismail, Mohd. Yusof Hussain, (2004), Teori-teori
Komunikasi, Bentong, Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

15

16

You might also like