You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU PUAN HABSAH

09100 BALING
KEDAH DARUL AMAN

Tel./Faks.: 04-4704473

KEDAH GEMILANG
Rujukan Kami : SKTPH 40/001/11 Jld 2 (02)
Tarikh
: 15 Februari 2012
Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling,
Sekolah Kebangsaan Tunku Puan Habsah,
09100 Baling,
Kedah Darul Aman.
Encik Sopian bin Isa,
Pengerusi JKKKP,
Kampung Rambong,
09100 Baling,
Kedah Darul Aman.
Tuan,
Memohon Peruntukan Untuk Program Motivasi Murid dan Waris Tahun 6
Adalah dimaklumkan bahawa perkara di atas dirujuk.
2. Saya mewakili Jawatankuasa Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Tunku Puan Habsah ingin
memohon peruntukan untuk Program Motivasi Murid Tahun 6.
3. Untuk makluman pihak tuan, program ini diadakan dengan tujuan untuk peningkatan pencapaian
murid tahun 6 dalam Peperiksaan UPSR nanti. Selain itu, program ini diharap dapat meningkatkan
lagi sahsiah dan kepimpinan murid.
4. Kami amat berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini demi kemajuan dan
kecemerlangan murid-murid di sekolah ini.
5. Perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima
kasih.
Sekian.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG
Saya yang menurut perintah,
....................................................
( SALIM BIN SALLEH )
GURU BESAR,
SK Tunku Puan Habsah,
09100 Baling,
Kedah Darul Aman.

You might also like