You are on page 1of 1

SJK SEBIEW CHINESE BINTULU

UJIAN KOSA KATA ( UNIT 1 )BAHASA MALAYSIA TAHUN 6


Nama:__________________

Tarikh:__________

kelas:6 (

) Markah: ____________

1. Perbuatan Haikal yang menyelamatkan seekor kucing yang tersepit itu menjadi ___________kepada
orang yang melihatnya.
2. Segala nasihat orang tuanya menjadi ______________ hidupnya sehingga beliau berjaya nanti.
3. SMK Sultan Ahmad Shah telah _____________ johan dalam pertandingan pidato peringkat daerah di
negeri Pahang .
4. Nadhirah telah dilantik sebagai pengerusi kelab kembara kerana beliau ____________ dalam aktiviti
persatuan.
5. Ibu ______________ sepinggan kuih kepada jiran sebelah.
6. Kita perlu berjimat cermat dengan pendapatan yang diperoleh supaya dapat menjadi __________ di hari
tua.
7. Dato Mukhriz mampu ___________ keempat-empat orang anaknya melanjutkan pelajaran di luar
negara.
8. ________________ yang diperoleh oleh Pak Long setiap bulan tidak mampu untuk memberi
kemewahan kepada lima orang anaknya.
9. Sesampainya di lapangan terbang, Puan Siu ____________ pergi mendapatkan suaminya yang baru tiba.
10. Kebanyakan rumah di kampung itu _________________ buluh.
11. Budak yang jatuh dari pokok itu terpaksa dimasukkan ke bilik rawatan _______________ kerana
mengalami luka yang teruk di bahagian kepala.
12. Kereta yang dipandu oleh Encik Zakuan terbabas lalu ___________ ke dalam gaung.
13. Pemandu lori itu ___________ lorinya apabila ternampak seorang budak melintas jalan secara tiba-tiba.
14. Ranjit menunggu rakan-rakannya yang lain di ___________ jalan untuk pergi memancing ikan bersamasama.
15. Tikar mengkuang yang dianyam oleh nenek Fatimah __________ indah di ruang tamu rumahnya.
16. Lalat telah _________ di atas lauk-pauk yang terdedah di atas meja itu.
17. Tanaman padi di kampung itu sedang ____________ dan petani hanya menunggu masa untuk menuai
padi.
18. ____________indah di Bandaraya Kuala Lumpur tercemar dengan longgokan samapah yang tidak
terurus.
19. Encik Faiz _________ memberi didikan yang sempurna kepada anaak-anaknya supaya menjadi orang
berguna apabila besar kelak.
20. Oleh sebab fikirannya _________dengan masalah keluarga , dia tidak dapat menumpukan pengajaran
guru di dalam kelas.
kusut

menguning

kecemasan

pegangan

bekalan

pemandangan
gigih
hinggap

terbentang
membrek
meluncur

pendapatan
selekoh
berpagarkan

teladan
merangkul
menghulurkan

bergiat
membiayai
bergegas