You are on page 1of 1

SJK SEBIEW CHINESE BINTULU

UJIAN KOSA KATA ( UNIT 4 )BAHASA MALAYSIA TAHUN 6


Nama:__________________

Tarikh:__________

kelas:6 (

) Markah: ____________

1. Penduduk setinggan itu tidak dapat menyelamatkan harta benda mereka dalam tragedi kebakaran itu kerana
api ______________dengan mendadak.
2. Pekerja-pekerja pembinaan itu ____________ menyiapkan projek perumahan untuk mangsa banjir yang
kehilangan tempat tinggal.
3. Banyak orang ___________ di luar mahkamah untuk mengikuti perkembangan perbicaraan pembunuhan
orang ternama itu.
4. Berita tentang kejadian kemalangan yang membabitkan kematian 20 orang penumpang bas itu akan
________________ selepas berita sukan.
5. Oleh sebab Fairuz suka ______________ untuk bangun daripada tidur , dia sentiasa ketinggalan bas untuk
ke sekolah.
6. Farouk yang _______________ itu cepat menyerah kalah dan tidak mahu berusaha untuk mendapatkan
sesuatu.
7. Sudah seminggu Azroy _______________ kepada ayah kerana tidak membelikannya sebuah komputer
riba.
8. Khairil ____________ setelah diumumkan sebagai pemenang dalam peraduan yang disertainya beberapa
bulan yang lalu.
9. Yazid __________ memikirkan dirinya belum mendapat tawaran pekerjaan setelah dua tahun menamatkan
pelajaran di institut pengajian tinggi.
10. Segala janji Encik Bakhtiar kepada arwah ibunya untuk menjaga adik-adiknya telah ___________ dan kini
adik-adiknya telah berjaya dalam bidang masing-masing.
11. __________ yang digunakan oleh Chef Wan dalam masakannya itu ditaja oleh syarikat pengeluaran
rempah yang terkenal di Malaysia.
12. Tolong _________ daging ayam yang direbus itu untuk dimakan bersama mi soto petang ini, pesan ibu
kepada kakak.
13. Pembangunan infrakstruktur negara yang _________ telah membuka mata negara luar untuk bekerjasama
dengan negara kita dalam pelbagai sektor.
14. Puan Suraya menyimpan __________ barang-barang antik dari luar negara di satu sudut khas di rumahnya.
15. Cikgu Ching banyak menggunakan ___________ dalam proses pengajarannya supaya kanak-kanak cepat
memahami apa-apa yang dipelajarinya.
16. Pemburuan haram merupakan salah satu faktor ______________ fauna di dalam hutan.
17. Hasil ciptaan peserta-pserta reka cipta itu begitu __________ menyebabkan juri sukar untuk membuat
pilihan.
18. Malaysia __________ di mata dunia dengan masyarakatnya yang berbilang kaum.
19. Puan Zahirah begitu _________ dalam memiih pekerja demi masa depan syarikatnya.
20. Pertandingan kesenian itu telah dapat mencungkil bakat yang __________ dalam diri murid-murid.

terpendam
ramuan
siat
ilustrasi

bertungkus lumus

teliti
menyusul
terpinga-pinga

berlengah
bingung
terbilang
berfikiran negatif

pesat
menjulang
dikotakan
kepupusan

unik
tercegat
terbilang
koleksi