You are on page 1of 4

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR

DI DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA


(BAHAGIAN KOMERSIAL)
GUAMAN NO.: 22NCC-040-2014

ANTARA
CHINESE UNIVERSITY COLLEGE OF
KUALA LUMPUR
(NO. SYARIKAT: 600121-W)

PLAINTIF

DAN
CHOW LEE CORPORATION BHD.
(NO. SYARIKAT: 9930462-M)

DEFENDAN

FAKTA-FAKTA YANG DIPERSETUJUI


1. Plaintif adalah merupakan sebuah kolej universiti berlesen (No: 600121-W) yang
didaftarkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan diperbadankan di
bawah Akta Syarikat 1965, yang beralamat operasi di 1016, Jalan Sultan Ismail, 50250
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
2. Defendan merupakan sebuah syarikat berlesen (No: 9930462-M) yang didaftarkan di
bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai alamat penyampaian terakhir di No.126-3-5 &
6, Metro Genting Klang, Lot 126, Jalan Genting Kelang, 53100 Kuala Lumpur.
3. Pada 01/04/2011, Plaintif dan Defendan telah memasuki satu kontrak pembinaan
bangunan pentadbiran (selepas ini dirujuk sebagai kontrak pembinaan) di kawasan
Kampus Universiti yang berjumlah RM10, 900,150.00.

4. Pihak Plaintif dan Defendan bersetuju bahawa kontrak pembinaan tersebut menyatakan
dengan jelas mengenai insuran perlindungan bagi kepentingan kedua-dua pihak.
5. Pada 01/04/2011 juga, pihak Defendan telah mengambil Polisi Kebakaran atas nama
kedua-dua belah pihak, untuk melindungi sebarang kerosakan yang berlaku terhadap
bahan-bahan kelengkapan bangunan di tapak pembinaan yang disebabkan oleh bencana
alam seperti kebakaran.
6. Pihak Defendan juga turut mengambil Insuran Liabiliti Awam (Public Liability Insurance)
untuk melindungi pihak ketiga.
7. Pihak Plaintif dan Defendan bersetuju bahawa pihak Plaintiff telah memasuki satu
kontrak berasingan dengan American Engineering Corporation (AEC) untuk pemasangan
pendingin hawa di dalam bangunan pentadbiran yang masih dalam pembinaan pada
11/06/2011 dan kontrak ini tidak termasuk dibawah kontrak utama di antara pihak Plaintif
dan Defendan.
8. Pihak Plaintif dan Defendan bersetuju bahawa Klausa 1.49 yang terkandung dalam
kontrak bersama AEC menyatakan bahawa Plaintiff akan menjadi Majikan kepada
segala kelengkapan dan peralatan yang dibekalkan sejurus penghantaran kelengkapan dan
peralatan ke tapak pembinaan atau sejurus pembayaran telah dibuat dan segala kerosakan
yang berlaku kepada kelengkapan dan peralatan disebabkan oleh bencana alam termasuk
kebakaran akan ditanggung oleh Majikan.
9. Pihak Plaintiff dan Defendan juga bersetuju bahawa kerja pemasangan pendingin hawa
bermula serentak dengan pembinaan bangunan di bawah kontrak pembinaan yang telah
bermula. Lokasi stor penyimpanan dan bengkel kerja AEC adalah bersebelahan dengan
bengkel pertukangan kayu pihak Defendan di satu aras yang sama.
10. Pihak Plaintif dan Defendan mengakui satu kebakaran telah berlaku pada 17/03/2012 di
aras terletaknya kedua-dua bengkel tersebut dan menyebabkan kerosakan yang teruk di
sesetengah bahagian bangunan termasuk kelengkapan pendingin hawa.

11. Pada 22/03/2012, pihak Plaintif dan Defendan mengakui bahawa Plaintif telah
menghantar satu senarai ganti rugi mengenai kerosakan peralatan dan kelengkapan
pendingin hawa yang ditanggungnya berjumlah RM 2,500,000.00 kepada Defendan dan
mengarahkan pihak Defendan untuk membuat tuntutan dibawah Polisi Kebakaran bagi
pihak Plaintif.
12. Pihak Plaintiff dan Defendan bersetuju bahawa pada 23/03/2012, Defendan telah
menghantar tuntutan ganti rugi kepada Gilman & Co. Ltd (selepas ini dirujuk sebagai
syarikat insurans) sebanyak RM 4,000,000.00 termasuk dengan tuntutan Plaintif
sebanyak RM 2,500,000.00.
13. Pada 31/03/2012, Syarikat insurans telah melantik sebuah firma lain yang dikenali
sebagai Graham Miller & Co. (yang selepas ini dirujuk sebagai penilai kerugian) untuk
mengendali tuntutan tersebut.
14. Pada 7/06/2012, penilai kerugian telah mencadangkan pihak syarikat insurans bahawa
beberapa tuntutan seperti kerosakan terhadap pendingin hawa tidak termasuk dalam Polisi
Kebakaran.
15. Pihak Plaintif dan Defendan bersetuju bahawa pihak Defendan telah diberitahu bahawa,
penilai kerugian akan menawarkan tuntutan akhir insuran yang berjumlah RM
2,800,000.00 kepada syarikat insurans.
16. Pihak Plaintif dan Defendan bersetuju bahawa pihak Defendan telah menerima tawaran
tawaran tersebut dan menandatangani borang penerimaan tuntutan akhir insuran yang
berjumlah RM 2, 800,000.00 yang disediakan oleh Penilah Kerugian.

17. Pihak Plaintif dan Defendan bersetuju bahawa pihak Defendan telah berjanji untuk
memberikan wang sebanyak RM 1,300,000.00 daripada jumlah keseluruhannya yang

diterima kepada pihak Plaintif, selepas menolak jumlah kerugian pihak Defendan
sebanyak RM 1,500,000.00.

Peguamcara Plaintif

Peguamcara Defendan

TETUAN IBRAHIM ISMAIL

TETUAN AHMAD, SHAHRUL

& RAKAN-RAKAN

& ASSOCIATES

FAKTA-FAKTA YANG DIPERSETUJUI ini difailkan oleh Tetuan Ibrahim Ismail & Rakan-Rakan,
Pegumbela dan Peguamcara bagi pihak Plaintif yang beralamat di No 12/3, Jalan Petai, Taman Bolton,
05320 Gombak, Selangor.
Ref : IIG / CIV / LIT / 01-14 / AIN
Tel: 03-678 9501, Fax: 03-678 9502,
Emel: ibrahimismailpartnersgombak@gmail.com

You might also like