You are on page 1of 14

LAPORAN AMALI 1

HABA PENEUTRALAN
Tujuan

Bahan

: Untuk mengukur haba peneutralan bagi:


(i)

Asid hidroklorik (HCl) dan natrium hidroksida (NaOH)

(ii)

Asid sulfurik (H2SO4) dan natrium hidroksida (NaOH)

(iii)

Asid nitrik (HNO3)dan kalium hidroksida (KOH)

: EC1 ialah 1.0 mol dm-3 asid hidroklorik


EC2 ialah 1.0 mol dm-3 larutan asid sulfurik
EC3 ialah 1.0 mol dm-3 larutan akues natrium hidroksida
EC4 ialah 1.0 mol dm-3 asid nitrik
EC5 ialah 1.0 mol dm-3 larutan akues kalium hidroksida

Radas

: 25 cm3 pipet, termometer 00C-1100C (0.20C), 100 cm3 silinder


penyukat, cawan polistirena dan botol pembasuh (air suling).

Hipotesis : Haba peneutralan bagi campuran adalah berbeza


Pembolehubah:
Dimanipulasikan : Jenis asid
Bergerak-balas : Haba peneutralan
Dimalarkan

: Isipadu asid, kemolaran asid dan bes

Prosedur :
1. 25.0 cm3 EC1 dimasukkan ke dalam cawan plastik dengan menggunakan
pipet. Suhu EC1 direkodkan sebagai suhu awal campuran R dalam jadual
berikut.
2. 60 cm3 larutan EC3 ditambah ke dalam cawan plastik yang mengandungi
EC1 dengan menggunakan silinder penyukat.
3. Campuran R digoncangkan dengan berhati-hati dengan termometer dan
suhu tertinggi yang dicapai direkodkan dalam jadual berikut.

4. Campuran R dituangkan dari cawan plastik. Kemudian cawan dicuci dan


dibilas dengan air suling.
5. Prosedur di atas diulangi dengan menggunakan
(i)

EC1 digantikan dengan 25.0 cm3 EC2 untuk memperoleh


campuran S, dan

(ii)

EC1 digantikan dengan 25.0 cm3 EC4 dan EC3 digantikan


dengan 60 cm3 EC5 untuk memperoleh campuran T.

Keputusan:
Campuran R

Campuran S

Campuran T

EC1 + EC3

EC2 + EC3

EC4 + EC5

(HCl+NaOH)

(H2SO4+NaOH)

(HNO3+KOH)

Suhu tertinggi / oC

31

36

31

Suhu awal / oC

28

28

28

Perubahan suhu / oC

Perbincangan:
i) Teori
Termokimia adalah kajian tentang perubahan haba dalam tindak balas
kimia. Bahan kimia mempunyai ikatan-ikatan di antara atom-atom atau
molekul-molekul, bahan kimia ini memerlukan tenaga untuk bercantum dan
berpecah antara satu sama lain. Perubahan haba akan wujud apabila suhu
bahan kimia berubah setelah bertindak balas.
Haba peneutralan adalah tindak balas eksotermik. Tindak balas
eksotermik berlaku apabila bahan kimia yang berlainan dicampur atau
direaksikan untuk bertindak balas maka ini akan mengeluarkan atau
membebaskan

haba

ke

persekitaran

seterusnya

menjadikan

suhu

persekitaran lebih tinggi daripada haba purata bahan-bahan kimia yang


2

ditindak-balaskan. Perubahan tenaga tindak balas eksotermik ialah dari


tenaga kimia kepada tenaga haba.
Tindak balas peneutralan ialah tindak balas antara asid dengan alkali
untuk menghasilkan garam dan air sahaja.
asid + alkali garam + air
Haba peneutralan ialah perubahan haba yang berlaku apabila 1 mol
ion H+ daripada asid meneutralkan 1 mol ion OH - daripada alkali bagi
menghasilkan air pada keadaan piawai. Semua tindak balas peneutralan
merupakan tindak balas eksotermik. Jumlah haba yang dibebaskan semasa
tindak balas peneutralan bergantung kepada:
Kuantiti asid dan alkali :
1. Kuantiti haba yang dibebaskan dalam tindak balas peneutralan adalah
berkadar terus dengan kuantiti asid dan alkali yang digunakan.
Kebesan asid dan alkali :
1. Kebesan asid menunjukkan bilangan mol ion hidrogen yang dapat
dihasilkan oleh satu mol asid dalam larutan akueus.
2. Peneutralan asid dwibes sehingga lengkap membebaskan haba dua
kali lebih tinggi daripada peneutralan asid monobes sehingga lengkap.
Kekuatan asid dan alkali :
1. Kuantiti haba yang dibebaskan dalam tindak balas antara asid kuat
dengan alkali kuat adalah lebih tinggi daripada haba yang dibebaskan
dalam tindak balas antara asid lemah dengan alkali kuat.

ii) Keputusan
Menurut keputusan, peningkatan suhu campuran R (asid hidroklorik
dan natrium hidroksida), S (asid sulfurik dan natrium hidroksida) dan T (asid
nitrik dan kalium hidroksida) semasa tindak balas asid dan alkali telah
3

menunjukkan bahawa haba dibebaskan. Ini telah membuktikan bahawa


tindak balas peneutralan merupakan tindak balas eksotermik.
Haba peneutralan dalam campuran S (H2SO4+NaOH) adalah tertinggi
iaitu 114.2 kJ mol-1 dan haba peneutralan dalam campuran R (HCl+NaOH)
dan campuran T (HNO3+KOH) adalah sama iaitu 42.8 kJ mol-1.
Haba peneutralan yang dibebaskan dipengaruhi oleh kebesan asid
seperti yang berikut:
a) Haba peneutralan asid monobes, iaitu asid hidroklorik (HCl) & asid nitrik
(HNO3) adalah 42.8 kJ mol-1. Ini adalah kerana penceraian 1 mol asid ini
akan menghasilkan 1 mol ion hidrogen, H +. Ini bermakna 1 mol asid
monobes akan bertindak balas dengan 1 mol ion OH - (daripada alkali)
untuk menghasilkan 1 mol air.
b) Haba peneutralan bagi asid dwibes, iaitu asid sulfurik (H2SO4) adalah 2
kali ganda daripada asid monobes, iaitu 114.2 kJ mol-1. Ini adalah kerana 1
mol asid sulfurik (H2SO4) dalam larutan akuesnya mengandungi 2 mol ion
H+. Ini bermakna 1 mol asid sulfurik (H 2SO4) dineutralkan dengan lengkap
oleh 2 mol NaOH dan menghasilkan 2 mol air seperti yang diwakili oleh
persamaan berikut :

H2SO4 (ak) + 2NaOH (ak)

Na2SO4 (ak) + 2H2O (ce)

Keputusan eksperimen ini menunjukkan bahawa


a) peneutralan asid monobes menghasilkan haba peneutralan sebanyak 42.8
kJ mol-1
b) peneutralan asid dwibes menghasilkan haba peneutralan sebanyak 114.2
1
kJ mol-1 mol

c) Ini terjadi kerana sebahagian haba hilang ke persekitaran dan sebahagian


haba telah diserap oleh cawan plastik.
4

iii) Langkah Berjaga-jaga


Eksperimen penentuan haba peneutralan adalah eksperimen yang
mudah dan ringkas. Tetapi, bukanlah senang untuk mendapat hasil yang
dikehendaki.

Terdapat

beberapa

kemungkinan

yang

menyebabkan

kehilangan haba peneutralan ke persekitaran walaupun telah mengambil


langkah-langkah berjaga. Pertamanya adalah haba yang dibebaskan telah
diserapkan oleh cawan plastik. Keduanya adalah pembukaan tingkap dan
pintu makmal semasa eksperimen yang menyebabkan kadar penyebaran
haba ke persekitaran dipercepatkan.
Untuk memperbaiki hasil eksperimen ini, kita seharusnya mengambil
langkah-langkah mengelakkan kemalangan dan mengurangkan punca selisih
seperti berikut:
a) Cawan plastik perlu ditutupkan dengan penutup semasa tindak balas
untuk meminimunkan kehilangan haba ke persekitaran melalui mulut
cawan.
b) Cawan plastik boleh dibalutkan dengan kain yang tebal untuk
mengelakkan haba yang diserapkan oleh cawan plastik dibebaskan ke
persekitaran dengan kadar yang cepat.
c) Menggunakan cawan polistirena bagi menggantikan cawan plastik kerana
cawan polistirena dapat mengurangkan haba yang terbebas ke
persekitaran berbanding dengan menggunakan cawan plastik.
d) Larutan bes kuat hendaklah dituang dengan cepat dan cermat ke dalam
larutan asid kuat bagi mengelakkan suhu terbebas ke persekitaran.
e) Memastikan kipas ditutup sepanjang eksperimen dijalankan.
f) Suhu awal larutan hanya diambil selepas beberapa minit untuk
memastikan larutan-larutan itu telah mencapai suhu sekata.
g) Campuran larutan dalam cawan plastik harus sentiasa dikacau sepanjang
tindak balas dijalankan untuk memastikan suhu larutan adalah sekata.
5

h) Bacaan termometer harus diperhatikan sepanjang masa supaya suhu


tertinggi yang dicapai oleh larutan campuran dapat dicatatkan.

Kesimpulan:
1. Haba peneutralan bagi
i.

Asid hidroklorik (asid kuat monobes) dan natrium hidroksida (alkali


kuat) adalah 42.8 kJ mol-1

ii.

Asid sulfurik (asid kuat dwibes) dan natrium hidroksida (alkali kuat)
adalah 114.2 kJ mol-1

iii.

Asid nitrik (asid kuat monobes) dan kalium hidroksida (alkali kuat)
adalah 42.8 kJ mol-1

2. Dalam eksperimen ini, dapat dirumuskan bahawa haba peneutralan bagi


asid dwibes (asid sulfurik) adalah 2 kali ganda lebih tinggi daripada haba
peneutralan asid monobes (asid hidroklorik & asid nitrik).

Soalan:
1. Tulis persamaan ion untuk

tindak balas yang terlibat dalam

campuran R, S dan T. (2 m)
Persamaan lengkap

Persamaan ionik

Campuran R
HCl (ak) + NaOH (ak)

NaCl (ak) +H2O (ce)

Na+ + Cl -

NaCl

H+ + OH-

H2O

2Na+ + SO4-2

Na2SO4

Campuran S
H2SO4 (ak) + 2NaOH (ak)

Na2SO4 (ak) + 2H2O (ce)

2H+ + 2OH-

2H2O

K+ + NO3-

KNO3

H+ + OH-

H2O

Campuran T
HNO3 (ak) + KOH (ak)

KNO3 (ak) + H2O(ce)

2. Bandingkan nilai haba peneutralan yang anda peroleh dalam:


(i)

Campuran R dan S;

(ii)

Campuran R dan T; serta

(iii)

Campuran S dan T; dan


Terangkan mengapa terdapat perbezaan atau persamaan antara dua
nilai yang anda bandingkan? (9 m)

Pengiraan Haba Peneutralan:


Campuran R [ HCl (ak) + NaOH (ak)

NaCl (ak) +H2O (ce) ]

Suhu awal = 28C


Suhu tertinggi = 31C
7

Peningkatan suhu = 31C - 28C


= 3C
Jumlah mol bagi asid hidroklorik (HCl), n = m/v
= (1) 25 / 1000
= 0.025 mol
Jumlah mol bagi natrium hidroksida (NaOH), n = m/v
= (1) 60 / 1000
= 0.060 mol
H = mc
= (60+25) 4.2 3 C
= 1071 J
HR = 1071 / 0.025
= 42840 J mol-1
= 42.8 kJ mol-1
Haba peneutralan bagi campuran R adalah 42.8 kJ mol-1.

Campuran S [ H2SO4 (ak) + 2NaOH (ak)

Na2SO4 (ak) + 2H2O (ce) ]

Suhu awal = 28C


Suhu tertinggi = 36C
Peningkatan suhu = 36C - 28C
= 8C
Jumlah mol bagi asid sulfurik (H2SO4), n = m/v
= (1) 25 / 1000
= 0.025 mol
Jumlah mol bagi natrium hidroksida (NaOH), n = m/v
= (1) 60 / 1000
8

= 0.060 mol
H = mc
= (60+25) 4.2 8 C
= 2856 J

HR = 2856 / 0.025
= 114240 J mol-1
= 114.2 kJ mol-1
Haba peneutralan bagi campuran S adalah 114.2 kJ mol-1.

Campuran T [ HNO3 (ak) + KOH (ak)

KNO3 (ak) + H2O (ce) ]

Suhu awal = 28C


Suhu tertinggi = 31C
Peningkatan suhu = 31C - 28C
= 3C
Jumlah mol bagi asid nitrik (HNO3), n = m/v
= (1) 25 / 1000
= 0.025 mol
Jumlah mol bagi kalium hidroksida (KOH), n = m/v
= (1) (60) 2 / 1000
= 0.060 2
= 0.12 mol
H = mc
= (60+25) 4.2 3 C
= 1071 J
9

HR = 1071 / 0.025
= 42840 J mol-1
= 42.8 kJ mol-1
Haba peneutralan bagi campuran T adalah 42.8 kJ mol-1.

(i) Campuran R dan S


Campuran

R
(HCl+NaOH)

S
(H2SO4+NaOH)

Haba Peneutralan
(kJ mol-1)

42.8

114.2

Berdasarkan jadual di atas, nilai haba peneutralan bagi campuran S adalah


lebih tinggi berbanding dengan campuran R.
Ini adalah kerana asid hidroklorik dalam campuran R adalah asid kuat
monobes yang menghasilkan 1 mol ion H + dengan 1 mol ion OH - untuk
membentuk 1 mol ion H2O.
HCl H+ + Cl
H+ (ak) +OH- (ak) H2O (ce)
Manakala asid sulfurik dalam campuran S pula adalah asid kuat dwibes yang
menghasilkan 2 mol ion H+ dengan 2 mol ion OH - untuk membentuk 2 mol ion
H2O.
H2SO4 2H+ + SO422 H+ (ak) + 2OH- (ak) 2H2O (ce)
Memandangkan peneutralan antara 1 mol ion H + bertindak balas dengan 1
mol ion OH- untuk membentuk 1 mol air, maka 2 mol ion H + bertindak balas
dengan 2 mol ion OH- untuk membentuk 2 mol air. Jadi, haba peneutralan
asid dwibes = (2 x Haba peneutralan asid kuat monobes).
10

(ii) Campuran R dan T


Campuran

R
(HCl+NaOH)

T
(HNO3+KOH)

Haba Peneutralan
(kJ mol-1)

42.8

42.8

Berdasarkan jadual di atas, nilai haba peneutralan bagi kedua-dua campuran


R dan T adalah sama iaitu 42.8 kJ mol -1 kerana kedua-dua campuran ini
merupakan campuran asid monobes (asid hidroklorik atau asid nitrik) dengan
alkali kuat (kalium hidroksida).

(iii) Campuran S dan T


Campuran

Haba Peneutralan
(kJ mol-1)

S
(H2SO4+NaOH)

T
(HNO3+KOH)

114.2

42.8

Berdasarkan jadual di atas, nilai haba peneutralan bagi campuran S adalah


jauh lebih tinggi berbanding dengan campuran T.
Ini adalah kerana asid sulfurik dalam campuran S adalah asid kuat dwibes,
manakala asid nitrik dalam campuran T pula adalah asid kuat monobes.
11

Maka, haba peneutralan asid dwibes = (2 x Haba peneutralan asid kuat


monobes).
3. Haba peneutralan antara asid kuat dan bes kuat ialah -57.3 kJ mol -1.
Cadangkan dua cara untuk memperbaiki prosedur yang telah dibuat
bagi mendapatkan nilai jawapan yang lebih tepat? (4 m)
Cara 1:
Menggunakan cawan polistirena bagi menggantikan cawan plastik. Ini
adalah kerana cawan polistirena merupakan penebat haba yang baik
dan dapat mengurangkan haba yang terbebas ke persekitaran lebih
berkesan berbanding dengan menggunakan cawan plastik.
Cara 2:
Dengan

mengambil

langkah-langkah

berjaga-jaga

iaitu

dengan

mengambil bacaan awal termometer setelah ianya dicecah ke dalam


cawan plastik untuk seketika. Ini adalah bagi memastikan suhunya telah
stabil. Selain itu, proses untuk mencampurkan asid dan alkali juga perlu
dijalankan

dengan

cepat.

Ini

adalah

bagi

mengurangkan

kadar

pembebasan haba ke persekitaran. Bagi meningkatkan prosedur amali


juga, suhu yang diukur perlulah hanya diambil bagi suhu yang tertinggi
sahaja.
4. Adakah haba peneutralan antara alkali kuat dengan asid lemah
melebihi atau kurang daripada -57.3 kJ mol -1? Jelaskan jawapan
anda. (5 m)
Biasanya nilai haba peneutralan yang ditentukan dalam eksperimen
adalah kurang daripada nilai teori kerana sebahagian haba akan hilang
dibebaskan ke persekitaran dan haba yang diserap oleh cawan plastik
telah diabaikan dalam penghitungan. Selain itu, isipadu asid atau alkali
tidak disukat dengan tepat. Oleh itu, haba peneutralan adalah lebih
kurang daripada -57.3 kJ mol-1.
a) Haba peneutralan asid kuat
12

Asid kuat mengion secara lengkap di dalam larutan air.

Semua ioh hidrogen H + terion dan dapat dineutralkan oleh ion


hidroksoda OH- tanpa menggunakan haba yang terhasil
daripada tindak balas peneutralan.

Maka haba peneutralan bagi asid kuat adalah - 57.3 kJ mol -1.

b) Haba peneutralan asid lemah


-

Asid lemah hanya mengion secara separa di dalam air. Hanya


sebilangan kecil ion hidrogen, H+ terhasil (kebanyakan molekul
asid lemah masih wujud sebagai molekul tak terion).

Tenaga haba diperlukan untuk memutuskan ikatan molekul asid


tersebut supaya pengionan lengkap berlaku.

Jadi sebahagian daripada haba peneutralan yang terhasil


digunakan untuk mengionkan molekul asid lemah tersebut.

Maka haba peneutralan bagi asid lemah akan lebih rendah


daripada - 57.3 kJ mol-1.

13

Bibliografi Amali 1:
Eng, N.H., Lim, E.W. & Yeow, K. O. (1997). Siri Pelangi: Fokus Kimia SPM.
Selangor : Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Portal Pendidikan Utusan. (2002). Termokimia II . Diperoleh pada Ogos


2013 dari http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?
e=SPM&s=KIM&b=JUL&m=2&t=&r=g&i=PNP
Wikipedia. (n.d.). Termokimia. Diperoleh pada Ogos 2013 dari
http://ms.wikipedia.org/wiki/Termokimia
Kimias Site. (n.d.). Tenaga Dalam Kimia. Diperoleh pada Ogos 2013 dari
http://rozinawati.tripod.com/kimia.html

14

You might also like