You are on page 1of 2

Ciri-ciri bahasa ilmiah

Sebuah ilmiah dikatakan benar dan tepat jika konsep tidak menyesatkan
orang. Apa yang ditulis perlu difahami oleh pembaca. Penulisan yang dikatakan
bermutu adalah seperti di bawah.
Persembahan abstrak atau sinopsis yang tersusun, jelas, koheren dan
mantap. Setiap perkataan dan ayat perlu tepat dan kemas dan elakkan kesalahan
ejaan, susunan perenggan dan ayat. Abstrak mengandungi satu pernyataan tesis
atau masalah kajianm tujuan dan objektif, kaedah kajian, dapatan kajian, rumusan
dan implikasi dapatan kajian.
Topik kajian adalah asli dan berdasarkan olahan pemikiran analitikal dan
kritikan. Idea dikembangkan dengan pelbagai cara untuk mendapatkan saiz dan
skop yang munasabah. Fakta-fakta mengenai tokip perlu difikirkan secara sedalamdalamnya.
Pastikan tajuk kajian adalah jelas dan sesuai. Pengkaji perlu membayangkan
kajian telah dibuat dan memahami setiap perkataan dan frasa konsep dalam tajuk.
Bahagian "Pengenalan" harus dibina dengan ayat dan perenggan pemula
yang membayangkan hasrat topik bag kajian. Pengenalan memperkenalkan idea,
isu dan pemikiran tentang topik kajian dan merupajan konteks bagi kajian. Amalan
ulang baca dan ulang fikir amat digalakkan dan edit dan padatkan bahagian
pengenalan. Pembaca harus perlu memahami penulisan dan tidak berasa sesat.
Elakkan penulisan yang panjang lebar tanpa fokus.
Ayat yang lengkap perlu dibina dari segi pemikiran dan bukannya ayat
tergantung. Setiap ayat mesti bersambungan dan koherens dengan ayat-ayat yang
lain.
Mulakan penulisan selepas pemikiran adalah tenang dan sentiasa
menggunakan aliran ayat-ayat yang logik dan elakkan perkataan yang besar-besar
maknanya. Membina "outline" isi dan peta konsep agar penulisan berada dalam
skema mental yang jelas.
Isi-isi dan fakta-fakta perlu disokong dengan rujukan di mana penulisan
disertakan dengan idea, pemikira, hujah, teori dan fakta sarjanawan lain. Ikut stail
APA(American Psychological Association) , MLA(Modern Language Association) atau
Chicago Manual yang sesuai untuk bidang sains sosial dan kemanusiaan.
Petikan blok perlu dibuat jika hujah diambil daripada sarjanawan lain. Sesuatu
petikan blok mesti emngandungi antara lima hingga lapan baris ayat penting harus
mengandungi antara lima hingga lapan baris ayat yang penting. Ayat yang
selebihnya tidak boeh diambil kerana mudah dianggap sebagai plagarism Makna
yang digunakan oleh penulis lain perlu difahami sebelum mengguna. Elakkan
petikan yang tiada unsur fakta dan terkeluar daripada hujah penulisan.
Pernyataan masalah kajian mengandungi persembahan isu, fenomena, fakta
dan trend pemikiran yang dihujah secara kritikal. Masalah kajian dilihat dari
pelbagai perspektif dan aspek suoata kajian ilmiah adalah sistematik.

Tujuan kajian haruslah sejajar dengan masalah-masalah yang dikaji dan


penulis sendiri faham setiap perkataan, frasa dan konsep. Tujuan kajian merupakan
kerangka rujukan bagi seluruh proses kajian dan merangkumi kepentingan kajian.
Pastikan konsep yang dikaji dan elakkan tujuan kajian yang bertindih.
Objektif kajian perlu spesifik iaitu khusus dalam satu objektif dan jelas
supaya pembaca faham objektif kajian.
Soalan -soalan kajian yang dibina haruslah selaras dengan objektif kajian.
Elakkan soalan yang bermula dengan "adakah" dan "mengapakah" kerana soalan
sedemikian tidak membawa sebarang makna dan skopnya terlalu luas.
Selaras dengan objektif dan salan kajian, fokus dan batasan kajian
memerihalkan elemen-elemen dalam faktor sosiobudaya dan penerangan tentang
sampel yang akan dikaji. Pilihan sampel perlu diambilkira dengan teliti kerana ia
berkaitan dengan proses memungut data dan huraian atau analisis data.
Laporan ilmiah yang bermutu mempunyai pernyataan tentang kepentingan
kajian. Kepentingan kajian mesti dihuraikan secara spesifik dan memberi hujah
yang munasabah.
Penulisan yang bermutu tidak menggunakan silang-bahasa seperti bahasa
pasar. Bahasa perlu digunakan dengan betul dan keseluruhannya diterjemahkan jika
ayat bahasa lain dirasa penting dan benar.
Penulisan yang bermutu juga mempunyai tanda-tanda ayat pada kedudukan
yang betul di mana haluan ayat -- deras, perlahan, pusing dan berhenti dikawal.
Nama-nama orang yang dirujuk ditulis dengan betul dan tidak
memutarbelitkan kata-kata orang lain atau salah tafsir kata-kata mereka. Kesilapan
sebegini dikatakan tidak beretika dalam penulisan ilmiah.
Huraian
setiap
keputusan
kajian
hendaklah
dilakukan
secara
bermakna.Setiap nombor dan angka perlu diberikan makna dan terjemahan yang
tepat dan logik.
Ulasan dan penutup perlu selaras dengan tesis dan tujuan kajian dan
memberi petunjuk tentang kewujudan masalah di sebalik isu kajian. Falsafah atay
"moral cerita" bagi hasil kajian perlu dijelaskan dengan tepat kerana ia akan
dijadikan pedoman untuk manusia lain.
Penulisan bermutu terhasil daripada kesungguhan dan komitmen pengkaji
dalam menjalankan kajian dan bagaimana penulis mengolah hasil kajian. Penulis
yang suka membaca karya sendiri menunjukkan penulisan adalah bermutu dan
pembaca lain juga akan suka membaca karya tersebut.

You might also like