You are on page 1of 13

Definisi Sejarah.

Kata Sejarah (History) yang kita gunakan pada sekarang bersumber daripada
perkataan Arab yaitu Syajaratun yang berarti Pohon. Dari sisi lain, istilah
history merupakan terjemahan dari kata dalam bahasa Yunani yakni Histories
yang memberikan arti atau bermakna suatu penyelidikan ataupun pengkajian.
(Muhd.
Yusof
Ibrahim,
1986.)
Menurut Bapak Sejarah Herodotus, Sejarah ialah satu kajian untuk
menceritakan suatu perputaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat
dan
peradaban.(R.
Suntralingam,
1985)
Mengikut definisi yang diberikan oleh Aristotle, bahwa Sejarah merupakan
satu sistem yang meneliti suatu kejadian sejak awal dan tersusun dalam
bentuk kronologi. Pada masa yang sama, menurut beliau juga Sejarah adalah
peristiwa-peristiwa masa lalu yang mempunyai catatan, rekod-rekod atau
bukti-bukti
yang
konkrit.
Menurut R. G. Collingwood, Sejarah ialah sebuah bentuk penyelidikan tentang
hal-hal yang telah dilakukan oleh manusia pada masa lampau. Shefer juga
berpendapat bahwa Sejarah adalah peristiwa yang telah lalu dan benar-benar
berterjadi. Sementara itu, Drs. Sidi Gazalba (1966), cuba menggambarkan
sejarah sebagai masa lalu manusia dan seputarnya yang disusun secara ilmiah
dan lengkap meliputi urutan fakta masa tersebut dengan tafsiran dan
penjelasan yang memberi pengertian dan kefahaman tentang apa yang
berlaku.
Sebagai
usaha
susulan
dalam
memahami
sejarah.
Sejarah dalam artian lain digunakan untuk mengetahui masa lampau
berdasarkan fakta-fakta dan bukti-bukti yang sahih yang berguna bagi
manusia dalam memperkaya pengetahuan agar kehidupan sekarang dan yang
akan datang menjadi lebih cerah. Dengan demikian akan timbul sikap waspada
(awareness) dalam diri semua kelompok masyarakat karena telah
mempelajari Sejarah, hal ini dapat membentuk sikap tersebut terhadap
permasalahan yang dihadapi agar peristiwa-peristiwa yang berlaku pada masa
lampau dapat dijadikan pengajaran yang berguna. Pengertian Sejarah bisa
dilihat dari tiga dimensi yaitu epistomologi (kata akar), metodologi (kaedah
sesuatu sejarah itu dipaparkan) dan filsafat atau pemikiran peristiwa lalu yang
dianalisa secara teliti untuk menentukan apakah ia benar atau tidak. (R. G.
Collingwood,1966).

Konsep Sejarah.
Dari segi konsepnya, semangat patriotik boleh didefinisikan sebagai semangat
cinta akan tanah air dan sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan
negara tercinta. Bill Totten (1998) menjelaskan patriotisme bermaksud
semangat cintakan negara. Menurut beliau tidak ada bangsa, keluarga,
pasukan dan kumpulan dalam apa bentuk yang boleh berfungsi dengan baik
melainkan semua ahli cintakan negara. Patriotisme ialah "the more or less
concious convictionof the person that his own welfare and of that signifikant
group he belongs to are depended uponthe preservationn of the power and
culture of his society." (Doob, 1964). Secara ringkasnya semangat patriotisme
berkait rapat dengan emosi mempertahankan kedaulatan negara, institusi
politik dan undang-undang negara daripada dicerobohi oleh kuasa asing.
Semangat patriotik dapat membentuk rakyat Malaysia yang bersatu padu dan
harmoni.yang dibina , berdasarkan pengetahuan dan pemahaman aspek-aspek
sejarah negara. Setiap warganegara perlu dibimbing untuk menganalisis dan
menilai fakta-fakta sejarah secara rasional. Natijah daripada pemahaman dan
penghayatan sejarah negara, seluruh rakyat dapat membina kekuatan
semangat cinta akan negara.
Tidak dinafikan sistem pendidikan di negara kita mendukung semangat
patriotisme. Buktinya Buku Panduan Pemupukan Patriotisme Di Sekolah
Rendah (Kementerian Pelajaran:1994) telah menetapkan garis panduan agar
nilai-nilai patriotime perlu diterapkan melalui kurikulum dan ko-kurikulum.
Oleh itu, subjek-subjek seperti Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Tamil,
Pendidikan Moral, Kajian Tempatan dan lain-lain subjek sekolah rendah perlu
menerapkan

nilai-nilai

patriotisme

dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran melalui kaedah penggabungjalinan. Begitu juga semasa aktiviti


ko kurikulum. Di peringkat sekolah menengah pula, penerapan nilai-nilai

patriotisme dibuat melalui subjek Sejarah, Pendidikan Moral, Geografi


,Pendidikan Islam dan lain-lain. Walaupun demikian, didapati bahawa tahap
penghayatan generasi muda akan semangat patriotisme agak rendah malah
amat mendukacitakan.
Kebelakangan

ini

sejarah

negara

yang

merupakan

asas

kepada

pembentukan peradaban bangsa sekaligus kecintaan yang mendalam kepada


negara semakin dilupakan. Negara pernah menyaksikan detik pahit apabila
golongan tertentu di negara kita yang pernah menjual maruah Malaysia di
persada antarabangsa dengan insiden seperti membakar Jalur Gemilang dan
pengubahsuaian lirik lagu Negaraku suatu ketika dahulu. Malahan pernah
terpapar di dada- dada akhbar tentang perilaku anak-anak Malaysia yang
berada di luar negara tergamak melempar kata-kata berupa nista yang
memburukkan

nama

negara.

Alpanya

mereka

bertutur

sesuatu

yang

menjejaskan imej dan nama negara ibarat mengumpat ibunda mereka


sendiri, tanah tumpah darah mereka yang banyak berjasa pada mereka.
Generasi muda ini tidak mengenang jasa ibu pertiwi, seumpama kacang
lupakan kulit. Ini membuktikan tipisnya semangat patriotisme di kalangan
generasi muda kini. Generasi muda hari ini seolah telah lupa untuk
memelihara dan mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai
etnik dan kaum seperti yang diwarisi di Malaysia.
Biasanya, golongan remaja yang tidak menyedari kepentingan sejarah
silam tidak memiliki semangat patriotik. Maka kerajaan telah memutuskan
untuk menekankan betapa pentingnya metodologi subjek sejarah melalui satu
transformasi besar supaya pengajaran dan pembelajarannya menjadi lebih
relevan lagi menarik sekali gus berjaya mendorong pelajar menghayati ilmu
yang begitu penting dalam kehidupan manusia ini. Kita juga lupa tentang
kesengsaraan dan perjuangan perit generasi terdahulu kerana kita tidak
pernah mengalaminya. Jika disorot, pasti ramai di antara anak-anak kita yang
tidak mengetahui nama-nama terbilang seperti Mat Kilau, Tok Janggut, Dato'

Bahaman, Abdul Rahman Limbong, Dol Said, Rentap dan ramai lagi kerana
saban hari mereka disogokkan dengan cerita-cerita hero khayalan seperti
Spiderman atau Superman yang lebih menyeronokkan dan mengkhayalkan.

Peranan Sejarah Dalam Pendidikan


Bagi memartabatkan ilmu sejarah di Malaysia, maka pendedahan awal di
peringkat sekolah rendah kepada subjek ini amat penting. Membina bangsa
dengan semangat patriotisme mestilah bermula dari bangku sekolah. Melalui
mata pelajaran Sejarah serta Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang
jelas mendidik dan memberikan ilmu ke arah semangat cinta negara. Usaha
sebegini dapat melahirkan warganegara Malaysia yang peka akan sejarah
negara dan bangsanya dan yang paling penting melahirkan semangat patriotik
di peringkat awal lagi kerana diperingkat ini mereka mudah menerima ilmu,
membentuk nilai diri dan perspektif. Pada masa yang sama sejarah memberi
kita

peluang

menghayati

dan

memahami

kerelevenan

sejarah

dalam

kehidupan harian dan kehidupan masa depan. Cara memupuk semangat


patriotisme kepada pelajar mestilah melalui kesedaran dan ilmu sejarah.
Justeru itu, Sejarah yang akan menjadi mata pelajaran teras dalam
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai 2014 akan menerapkan
unsur kewarganegaraan, patriotisme dan perlembagaan bagi memastikan
murid memahami serta menghayati sejarah negara secara mendalam.
Matlamat umum pelaksanaan, KSSR adalah satu transformasi pendidikan,
iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada
kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk,
organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran,
bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.
Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, elemen
sejarah yang diajar melalui subjek Kajian Tempatan di sekolah rendah pada

ketika ini kurang menerapkan ketiga-tiga unsur terbabit. Jadi, kita mahu
menekankan perkara ini supaya mata pelajaran Sejarah dapat dihayati dan
difahami oleh semua golongan masyarakat, terutama generasi muda.
Ketiga-tiga unsur terbabit akan diterapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran subjek sejarah yang menggunakan konsep pendidikan itu
menyeronokkan membabitkan pendekatan seperti kuiz, lawatan ke tempat
bersejarah, forum, perbahasan, lakonan dan drama bagi mengelakkan murid
sekolah rendah bosan ketika menghadapi pelajaran serta dapat meningkatkan
tahap pembelajaran di sekolah.
Menerusi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah muridmurid sekolah rendah berpeluang untuk meningkatkan semangat patriotisme.
Sejarah dapat menyemaikan bibit-bibit semangat perpaduan dan patriotik di
kalangan pelajar. Ini sekaligus bagi mendedahkan pelajar kepada sejarah
pembangunan negara bermula dari peringkat umur rendah.
Pelbagai unsur patriotisme beleh diselitkan dalam sukatan Sejarah agar
melalui proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah boleh memupuk
semangat patriotisme yang tinggi dalam diri pelajar.
Antara peranan yang dimainkan oleh subjek sejarah ialah sebagai
pemangkin kepada perpaduan. Perpaduan sangat penting dalam sesebuah
negara lebih-lebih lagi negara berbilang kaum. Hal ini demikian kerana
perpaduan merupakan asas pembentukan sebuah negara yang progresif dan
maju. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa bulat air kerana pembentung,
bulan manusia kerana muafakat. Remaja, sebagai pewaris negara ini dan
mereka memainkan peranan penting untuk terus memupuk semangat
perpaduan. Negara pernah menyaksikan detik apabila perpaduan antara kaum
telah dicemari oleh insiden 13 Mei 1969. Oleh yang demikian, sebagai generasi
yang akan meneruskan legasi agenda perpaduan untuk generasi akan datang
maka wajarlah generasi muda hari ini menghargai dan teruskan mengekalkan
bibit perpaduan yang telah terbina sekian lama.

Pembelajaran mata pelajaran Sejarah dapat meningkatkan pengetahuan


pelajar mengenai asal-usul negara. Sukatan Sejarah yang cukup komprehensif
izharnya dapat memberi kesedaran kepada pelajar bahawa perjuangan ke arah
kemerdekaan suatu ketika dahulu bukanlah sesuatu yang mudah. Dengan
kolaborasi dan sinergi antara kaum Melayu, Cina dan India berkat usahasama
Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan Tun V.T. Sambathan, barulah kita
dapat merasai nikmat kemerdekaan. Perkara ini sepatutnya perlu diketahui
oleh setiap warganegara kerana sesiapa yang melupakan akar bangsanya
ibarat si Tenggang menderhakai ibunya. Sehubungan dengan itu, mata
pelajaran Sejarah berperanan sebagai satu platform yang cukup utuh untuk
mengetengahkan kembali warisan sejarah kita suatu ketika dahulu.
Generasi muda hendaklah menghayati dan mengambil iktibar daripada
sejarah negara. Hal ini demikian kerana banyak peristiwa yang berlaku dalam
sejarah tanah air dapat dijadikan iktibar supaya sesuatu yang buruk dapat
dihindarkan. Sebagai contoh. tragedi 13 Mei 1969 merupakan satu detik hitam
dalam sejarah yang berlaku akibat semangat perpaduan yang rapuh dalam
kalangan masyarakat pelbagai kaum.

Ahli falsafah George Santayana

mengatakan orang yang melupai sejarah akan melakukan kesilapan yang


sama. Oleh itu remaja hari ini hendaklah diterapkan dengan pengetahuan
sejarah secara lebih serius. Dengan mempelajari, memahami, menghayati,
dan mengambil iktibar daripada sejarah, maka mereka akan menjadi
warganegara yang lebih bertanggungjawab, rasional, dan berhemah tinggi
dalam kehidupan di dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia. Jadi,
remaja mestilah mengambil iktibar daripada sejarah sebagai pemangkin
semangat perpaduan yang jitu.
Penghayatan mata pelajaran Sejarah membolehkan kita membaca tentang masalah
perkauman dan perebutan kuasa yang berlaku antara pembesarpembesar pada zaman
Kesultanan Melayu Melaka telah membuka pintu kepada penjejahan imperialisimperialis
Baratselama446tahun.Nasibrakyatperibumitidakterbeladanmerekahidupmerana.Oleh

itu,sudah tentu masyarakat pada zaman ini tidak menginginkan peristiwa pahit tersebut
berulang . Mereka akan berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia dan
bukannyamengikutetnikmasingmasing.
Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Begitu besar harapan
bangsa pada generasi muda hari ini. Maka adalah penting bagi mereka
mempelajari nilai-nilai patriotisme kerana mereka masih dalam proses
menuju

dewasa.

Patriotisme mengajar

remaja

mendisiplinkan

diri.

Generasi berdisiplin dan prodiktif adalah kemudi pembangunan kepimpinan


negra

pada

masa

akan

datang

(Mahathir

dan

Belia;

dalam

Saifuddin:2002). Jadi apabila nilai-nilai patriotisme disemai dalam jiwa


setiap rakyat Malaysia maka kita tidak mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur
asing yang mempamerkan budaya dan acuan lain luar dari ciri-ciri Malaysia.
Rata-rata generasi muda hari ini memiliki kehidupan yang serba senang
dan mudah di kalangan generasi muda masa kini adalah satu faktor yang
dikhuatiri mengurangkan semangat patriotisme di kalangan mereka. Pelbagai
kemudahan sosial, kemajuan ekonomi, kehadiran berbagai-bagai barangan
dan perkhidmatan di pasaran, aneka bentuk hiburan, semua ini boleh
melekakan dan mengalpakan generasi muda daripada hal-hal yang lebih serius
seperti

soal

kedudukan

dan

kemajuan

bangsanya

atau

peranan

dan

tanggungjawabnya terhadap masyarakat dan negara. Era globalisasi dan


liberasi melihatkan ledakan maklumat melalui kemajuan teknologi yang
semakin hari semakin canggih. Apabila remaja selesa menikmati kehidupan
sebegini semangat patriotisme jelas akan menipis.
Seterusnya Sejarah juga mengajar kita agar mengelakkan diri daripada
mementingkan diri dan bersikap etnosentrisme. Sikap etnosentrisme ialah
sikap yang mementingkan kelompok etnik sendiri. Sikap seperti ini akan
menjejaskan hubungan dengan kaum-kaum lagi di negara ini. Remaja perlu
menghayati dan mengamalkan Gagasan 1 Malaysia yang menekankan aspek
perpaduan secara tuntas ke arah pembentukan sebuah negara yang progresif.

Remaja perlu menerima segala perbezaan yang wujud antara kaum di negara
ini dengan hati yang terbuka. Contohnya, remaja tidak harus menyentuh isuisu sensitif seperti hak istimewa sesuatu kaum yang sudah termaktub dalam
perlembagaan. Natijahnya, negara akan menjadi mundur, masa depan negara
kabur jika generasi pelapis luntur semangat patriotiknya. Mereka hendaklah
mengamalkan sikap di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung. Jika
semangat ini dapat diamalkan oleh setiap remaja, nescaya negara kita akan
terhindar daripada sebarang malapetaka akibat perpaduan yang rapuh.
Subjek Sejarah adalah satu-satunya saluran untuk menyampaikan
warisan negara dan legasi kebudayaan kepada generasi masa kini.. Melalui
subjek Sejarah, para pelajar akan didedahkan kepada kesusahan dan
kepayahan masyarakat lalu berjuang mempertahankan negara. Contohnya,
melalui sejarah, penentangan yang berlaku di Bukit Kepong. Para anggota
polis telah bersusah payah untuk menentang pihak komunis sehingga sanggup
mengorbankan nyawa dan keluarga mereka. Hal ini sedikit sebanyak akan
menimbulkan perasaan cinta yang mendalam para pelajar kepada tanah air
sehingga menyebabkan mereka bersemangat tinggi untuk mengekalkan
kemerdekaan yang telah dikecapi.
Pembelajaran Sejarah bukan setakat kita memperoleh ilmu tentang
sejarah negara kita, malah berupaya memberi ikhtibar dan pengajaran kepada
kita agar menjadikan sejarah lampau yang melanda negara tidak berulang
kembali. Saya masih ingat kata-kata dari guru Sejarah saya yang menyatakan
Sejarah ini ibarat roda, ia sentiasa berputar. Peristiwa yang lampau boleh
berulang kembali. Jika kita mempunyai ilmu dan pengetahuan tentang
sejarah yang telah berlaku, setentunya kita berupaya mengubah sejarah yang
bakal berlaku. Pengertian ini bertunjangkan hasrat untuk mencapai status
negara maju. Syarat yang paling utama ialah sebuah negara yang kukuh dan
stabil dan ini akan hanya dapat dicapai apabila rakyatnya bersatu padu.

Negara yang bersatu padu hanya dapat dicapai dengan mempunyai rakyat yang
mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.
MatapelajaranSejarahjugamembolehkankitamengetahuikebudayaandanfalsafah
hiduprakyatmajmuk.KitamengetahuiasalusulpelbagaikaumdiMalaysia.Kitajugasedar
bahawapembangunanMalaysiahasildaripadapengorbanantigakaumutama.Denganitu
persefahamanyanglebiheratdapatdipupuk.Sikaptoleransiantarakaumdapatdiwujudkan.
Semangatkekitaandapatdilahirkan.Prasangkaantarakaumdapatdielakkan.Semuasikap
positif ini haruslah dimiliki oleh setiap rakyat sekiranya gagasan Satu Malaysia mencapai
matlamatnya.
Umum mengetahui bahawa subjek sejarah membolehkan kita membuat
penilaian, mengetahui sebab, akibat dan kepentingan sesuatu peristiwa,
memahami sejarah tamadun awal bangsa kita, melahirkan perasaan jati diri
yang tinggi, membentuk keperibadian bangsa, menghargai jasa pemimpin
negara yang telah berkhidmat dan berbakti demi mempertahankan kedaulatan
bangsa dan negara serta memajukan negara dari segi ekonomi dan sosial.

Namun tidak dinafikan juga subjek sejarah juga mengingatkan kita agar tidak
mengulangi kesilapan masa lalu, merangka wawasan masa depan dengan penuh
keyakinan, berusaha mempertahankan kedaulatan negara dan memajukan negara
dalam semua bidang malah menjadi panduan dan iktibar dalam hidup kita pada masa
kini dan masa hadapan.
Ini seterusnya mengundang pelbagai soalan tentang kerelevanan
pengajaran dan pembelajaran matapelajaran sejarah khususnya di peringkat
sekolah terutama sekolah rendah.
Antara tujuan subjek sejarah diperkenalkan di peringkat sekolah adalah
sebagai usaha menyemai kefahaman Sejarah di peringkat awal bertujuan
melahirkan

generasi

baharu

yang

mampu

menilai

dan

menghayati

sejarah. Kandungan kurikulum yang dirangka bagi sekolah rendah, menengah


rendah dan menengah atas seharusnya memupuk perasaan taat setia kepada

bangsa dan negara. Fokus juga diberikan kepada pemahaman menyeluruh


tentang sejarah negara yang merangkumi jangka masa lima ratus tahun dan
dibuat secara kronologis iaitu mengikut susunan tahun. Dasar mewajibkan
pelajar sekolah memepelajari subjek sejarah adalah menepati kehendak
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang inginkan perkembangan jasmani,
emosi, rohani dan intelek pelajar secara seimbang.
Walaupun

demikian

perlu

diingat

generasi

muda

bukan

hanya

mempelajari semangat nilai-nilai patriotisme daripada subjek sejarah yang di


ajar secara fomal mengggunakan kurikulum sahaja. Kita tidak mahu mereka
hanya membaca dan menghafal untuk lulus peperiksaan semata-mata yang
akhirnya lupa dengan segera apa yang dihafal. Selain mewajibkan kelulusan
subjek Sejarah di peringkat peperiksaan sekolah, ia juga perlu dipastikan agar
dipelajari dan dihayati sepenuhnya oleh anak-anak kita. Pembacaan sahaja
tidak membuktikan individu tersebut kenal sejarah. Pendidikan secara tidak
formal perlu dijalankansepanjang masa tanpa henti.
Antaranya peranan ibu bapa .Ibu bapa boleh mengajak anak-anak ke
tempat bersejarah.Contoh tempat bersejarah yang boleh dilawati ialah Kota 'A'
Famosa di Melaka.Ibu bapa juga boleh menceritakan tentang kejatuhan
kerajaan Melaka dan Portugis membina 'A' Famosa.Ibu bapa juga boleh
bercerita kepada anak-anak tentang kisah bagaimana tokoh zaman dahulu
membangunkan negara. Ibu bapa boleh membelikan anak-anak buku,DVD
dan sebagainya yang mengandungi isu-isu berkaitan patriotisme. Perkara ini
sesuai dilakukan kepada anak-anak sejak kecil kerana "melentur buluh biarlah
dari rebungnya".Jelaslah ibu bapa merupakan orang yang kuat mempengaruhi
anak-anak dengan semangat patriotisme.
Guru juga boleh mengajak pelajar-pelajar menyertai pelbagai seperti
ucapan,pidato,bahas dan sebagainya.Pada bulan kemerdekaan,guru boleh
mengajak pelajar menyertai sambutan hari kemerdekaan.Antara acara yang
boleh dijalankan termasuk nyanyian lagu patriotik,tayangan filem berkaitan

semangat

patriotik

dan

sebagainya.Jelaslah,pihak

sekolah

turut

sama

berperanan untuk menyemai semangat patriotisme dalam kalangan pelajar


sepanjang tahun mereka berada di sekolah.
Media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk
menyuburkan

dan

masyarakat.Dengan

meningkatkan
perkataan

semangat

patriotik

lain,televisyen

dan

dalam
radio

kalangan
hendaklah

menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat


patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan
negara.Selain itu,media elektronik itu juga hendaklah menyiarkan filem
seperti "Bukit Kepong","Paloh"dan drama-drama yang berkaitan dengan
semangat cinta akan negara.Jelaslah bahawa media massa juga seharusnya
memainkan peranan dalam menyemai semangat patriotisme dalam kalangan
masyarakat di negara kita. Stesen televisyen juga perlu mengadakan forum
tentang

semangat

patriotik

dengan

menjemput

tokoh-tokoh

akademik

daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan


semangat kemerdekaan suatu masa dahulu.Aktiviti tersebut bukan sahaja
dapat memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan
antara kaum di negara kita.
Begitu juga menerusi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang
membolehkan remaja Malaysia berusia 18 tahun ditanam dengan semangat
patriotik Sementara Biro Tata Negara yang ditubuhkan pada tahun 1974,
dipertanggungjawabkan untuk menyalurkan pendidikan kenegaraan bagi
memupuk semangat patriotisme secara berterusan kepada semua lapisan
masyarakat termasuk anggota komuniti institusi pendidikan, belia, pekerja
awam dan swasta, anggota pertubuhan, serta pemimpin dan pemaju
masyarakat.

Kesimpulannya, pengajaran dan pembelajaran subjek sejarah di sekolah negara


penting untuk melahirkan generasi muda yang tidak buta sejarah, yang tidak

mempersoalkan fakta sejarah negara atau generasi yang menghafal fakta sejarah semata
mata untuk lulus peperiksaan peringkat sekolah tetapi gagal menghayati, mengambil
pengajaran dan teladan apa yang tersirat daripada peristiwa yang berlaku. Kita perlu
melahirkan generasi yang memahami sejarah tempatan berpaksikan inisiatif untuk
meningkatkan semangat cintakan negara dan perjuangan bangsa, seterusnya dapat
memupuk perpaduan dan sinergi kesinambungan semangat patriotisme generasi muda
akan datang. Kita bimbang tanpa pengetahuan sejarah, generasi muda tidak dapat
menghayati apatah lagi mendukung semangat gagasan 1Malaysia dan pentingnya
perpaduan antara kaum yang hanya dapat dibina berlandaskan keunggulan jati diri
yang dipelajari melalui ilmu sejarah.
Rujukan:
Carr

E.H.,

Collingwood
Dr.

What
R.G.

Abdul

The

Murat

Is

History.

Ideo

Of

Mat

Jan.

Pelicon

History.
Nota

Book.

Oxford

London.

University

Kuliah.

1965.

Press.

Pengantar

1966.

Sejarah.

Dr. Tengku Iskandar. Kamus Dewan Edisi Kedua. 1984. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa
Drs.

dan

Sidi

Gazalba.

Dunia

Sukan.

Herbert

Butter

1966.

Utusan
Field.

Pengantar
Melayu

1981.

The

Pustaka.
Sejarah

Sebagai

(Malaysia).
Rise

of

Ilmu.

Sdn.

Classical

Bhd.

dan

1987.

Historiography.

Muhd. Yusof Ibrahim. Ilmu Sejarah, Falsafah, Pengertian dan Kaedah.


Bahasa

Jakarta.

Pustaka.

Dewan
1997.

Muhd.Yusof Ibrahim. Pengertian Sejarah: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala


Lumpur.
Shafer

1986.
R.G

Jones.

Guide

To

Historical

Method.

Illineis

R. Suntharalingam. Pengenalan Kepada Sejarah. Merican &Sons. Sdn. Bhd. Kuala


Lumpur. 1985.

You might also like