You are on page 1of 5

ALAT PERKUSI

ALAT PERKUSI
Alat perkusi merupakan alatan muzik yang menghasilkan bunyi. Alat perkusi
terbahagi kepada 2 jenis iaitu :
1. ALAT PERKUSI BERPIC
2. ALAT PERKUSI TIDAK BERPIC
1. ALAT PERKUSI BERPIC
Alat perkusi berpic ialah alat perkusi yang boleh memainkan melodi sesebuah lagu.
Contoh alat perkusi

GLOKENSPIAL

XYLOPHONE

2. ALAT PERKUSI TIDAK BERPIC


Alat perkusi tidak berpic pula ialah alat perkusi yang menghasilkan bunyi satu ton sahaja.
contoh alat perkusi

TAMBORIN
Tamborin merupakan sebuah gelung yang lazimnya diperbuat daripada kayu atau plastik. Di
sekelilingnya terdapat ceper-ceper besi kecil yang menghasilkan bunyi apabila digoncang.
Terdapat dua jenis tamborin iaitu tamborin berkulit dan tamborin tanpa kulit.
Lazimnya tamborin dimainkan dengan dua cara iaitu:
1. Pegang tamborin dengan tangan kanan dan goyangkan ke kiri dan ke kanan.
2. Pegang tamborin dengan tangan kiri @ kanan. Ketuk tepi tamborin atau kulit
tamborin dengan hujung jari tangan kanan @ kiri.

TIK TOK

Rupa bentuk Tik-tok lazimnya diperbuat daripada kayu. Ia mempunyai pemegang


dan sebatang pengetuk. Tik-tok menghasilkan bunyi yang tidak lanjut. Bunyi yang
dihasilkan daripada bahagian kanan tik-tok tidak sama dengan bunyi daripada
bahagian kiri.
Cara memegang dan memainkan tik-tok
1. Pegang tik-tok dengan tangan kiri dan pengetuknya dengan tangan kanan.
2. Ketuk tik-tok pada bahagian kiri dan kanannya secara bergilir-gilir.

KERINCING
Rupa bentuk Kerincing lazimnya diperbuat daripada besi dan berbentuk segitiga.
Pemegangnya merupakan seutas tali pendek yang diikat pada bucunya. Kerincing
mempunyai sebatang besi pengetuk. Apabila diketuk, ia menghasilkan bunyi lanjut
yang nyaring.
1. Pegang tali kerincing pada talinya sebelah tangan dan pemukulnya di tangan
yang sebelah lagi. Pastikan tangan yang memegang tali kerincing tidak
menyentuh kerincing.
1. Kerincing boleh dimainkan dengan cara mengetuk pada lingkaran segitiganya
dengan pengetuk kerincing. Ketukan boleh dilakukan juga di sebelah luar
kerincing atau dalam kerincing.

LOCENG
Rupa bentuk Loceng merupakan segugusan loceng kecil yang dipasang pada
bingkai. Bingkai berbentuk gelung diperbuat daripada plastik dan loceng-loceng
logam kecil diikatkan pada bingkai tersebut. Loceng-loceng ini akan menghasilkan
bunyi
yang
halus
dan
nyaring
apabila
digoncang.
Cara memegang dan memainkan loceng :
1. Masukkan empat jari ke dalam gelong loceng dan genggam bahagian yang
tidak berloceng. Loceng menghasilkan bunyi apabila ia digoncang.
2. Genggam pemegang loceng dengan tangan kiri @ kanan. Kemudian ketuk
pergelangan
tangan kiri dengan tangan kanan yang menggenggam
loceng.

DRAM TENOR
Dram tenor mempunyai dua permukaan berkulit. Saiz dram tenor adalah besar sedikit
daripada dram getar. Sepasang pemukul digunakan untuk memainkannya. Dram tenor tidak
mempunyai gegetar.

Cara mengendali dan memainkan dram tenor :


1. Laraskan ketinggian dram ke paras pinggang. Berdiri dengan selesa dan tidak rapat
dengan badan dram, atau
2. Sangkutkan dram pada badan menggunakan tali selepang.
3. Pegang kayu pemukul pada had satu pertiga daripada kayu tersebut.
4. Gunakan pemukul khas (mallet) dan palu permukaan dram sebelah atas

KASTANET
Kastanet merupakan alat muzik yang dibuat daripada plastik atau kayu. Alat ini
terbahagi kepada dua bahagian yang diikat dengan tali atau getah. Bagi memainkan
kastanet ialah memasukkan jari tengah ke dalam tali tersebut dan biarkan kastanet
terletak di atas tapak tangan kiri dan ketuk dengan menggunakan jari kanan.

You might also like