You are on page 1of 3

CONTOH JURNAL PRAKTIKUM

Minggu Praktikum : 2
Tarikh : 9.7.2013
Tajuk Jurnal : Murid Tidak Memberi Tumpuan Ketika Sesi Pengajaran dan Pembelajaran.
1. Isu Yang Difokuskan :
Saya menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran di kelas Tahun 2 Dedikasi. Saya
mendapati ketika set induksi dijalankan, tumpuan pelajar adalah memuaskan, namun setelah sesi
pengajaran dan pembelajaran berjalan selama 15 minit, saya mendapati murid mulai hilang
tumpuan dan berasa bosan terhadap pengajaran yang saya sampaikan. Terdapat seramai hampir
10 orang murid telah dikenal pasti tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap sesi
pengajaran saya pada hari tersebut.
2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :
Punca murid tidak dapat memberi tumpuan yang lama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
hasil daripada analisis terhadap isu yang telah saya kenal pasti ialah penggunaan bahan bantu
mengajar yang tidak dapat menarik perhatian, selain itu, gaya pengajaran yang digunakan kurang
menarik serta pengajaran terlalu berfokuskan kepada guru. Kesan terhadap isu yang berlaku ini
iaitu murid hilang tumpuan pada pengajaran dan pembelajaran akan menyebabkan mereka tidak
dapat menguasai pengajaran yang disampaikan secara sempurna, justeru, menjejaskan minat
mereka untuk terus mempelajari ilmu baru, selain itu, ia turut akan memberi kesan terhadap
keputusan ujian dan peperiksaan.
3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :
Menurut Lahkar (2013) menyatakan bahawa pengajaran dalam abad ke 21 adalah merupakan
pengajaran yang
berasakan tumpuan pelajar. Pengajaran yang berfokuskan kepada guru dalam sistem lama perlu
dikurangkan.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :


Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti,
saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah :i) Menghasilkan bahan bantu mengajar yang mengandungi video.
ii) Mewujudkan aktiviti kumpulan.
iii) Menggunakan pendekatan gaya yang lebih menarik perhatian murid.
5. Tempoh Masa Penyelesaian : 1 Minggu
6. Tindakan Susulan :
Saya akan mengambil tindakan pembetulan iaitu mendapatkan bahan berbentuk video yang
berkaitan dengan pengajaran topik yang saya ingin ajar, kemudian menghasilkan bahan bantu
mengajar yang mengandungi video tersebut.
Muka Surat 1

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan : 16.7.2013


8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :
Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang telah saya
kenal pasti telah memberi impak yang positif, ini dapat dilihat melalui peningkatan bilangan
murid yang memberi tumpuan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran, selain itu, didapati
seramai 90% murid dapat menjawab dengan betul semua latihan yang diberikan.
9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :
Saya merasa berpuas hati dengan minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang telah
saya sampaikan dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang telah saya hasilkan.
Pendekatan ini mampu menarik serta mengekalkan minat pelajar terhadap pengajaran yang saya
sampaikan.
Rujukan
Lahkar Labanya (2013). Use of the Information and Communication Technology (ICT) in
teaching learning

process (Availability and non availability of ICT related teaching aids in tenth standard in
schools of
Gossaigaon Sub-Division), Global Research Methodology Journal, V0l-II, 7th issue, Nov-DecJan, 2012-13
Muka Surat 2

You might also like