You are on page 1of 4

PROSEDUR TETAP SEBELUM PERKHEMAHAN

1. Peraturan Pelaksanaan Perkhemahan


1.1 Kebenaran mengadakan perkhemahan mestilah diperolehi dengan mengemukakan
permohonan bertulis mengikut ketentuan kawasan berikut:
1.1.1 Dalam kawasan sekolah { kelulusan Pengetua };
1.1.2 Dalam daerah di luar kawasan sekolah { kelulusan Pegawai Pendidikan Agama
Johor };
1.1.3 Dalam negeri tetapi di luar daerah / luar negeri { kelulusan Pengarah Pendidikan
Agama };
1.1.4 Luar negara { kelulusan Pengarah Jabatan Agama Johor}.
Setiap permohonan perlulah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang
berikut :
a. Kertas cadangan pelaksanaan perkhemahan ( Rujuk Lampiran A )
b. Senarai nama pelajar dan guru pengiring
c. Senarai nama jurulatih yang akan memimpin dan menyelia perkhemahan.
d. Senarai tugas jawatankuasa pelaksanaan.
e. Jadual aktiviti perkhemahan.
f. Perlantikan dan mesyuarat Jawatankuasa Induk serta pelaksanaan.( Rujuk SP Bil
24/1998 )
1.2 Jika perkhemahan dibuat di luar kawasan sekolah yang melibatkan pengangkutan,
pihak tuan dikehendaki memohon kebenaran mengadakan lawatan kepada Pengarah
Pendidikan Negeri ( u.p. Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Sektor Pengurusan
Sekolah ) dengan mematuhi The Schools (Tours) Regulations, 1957 dengan
menyertakan bersama salinan surat kebenaran perkhemahan daripada Unit
Kokurikulum, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan
Negeri.
1.3 Pihak penganjur perkhemahan mestilah melantik secara bertulis sekurangkurangnya seorang jurulatih bertauliah yang berkelayakan dan berkemahiran untuk
memimpin serta menyelia program perkhemahan yang akan dijalankan. Suatu perjanjian
persefahaman perlu dibuat antara pihak penganjur dengan jurulatih yang dilantik itu
( Rujuk para 3E, SPI Bil. 24/1998 ).

1.4 Pemberitahuan mengenai perkhemahan yang akan dijalankan mestilah


dikemukakan kepada:
1.4.1 Balai Polis yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan.
1.4.2 Balai Bomba dan Penyelamat yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan.
1.4.2 Pejabat/Pusat Kesihatan yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan
1.4.4 Pejabat Pentadbiran/Pejabat Penghulu yang paling hampir dengan lokasi
perkhemahan
1.5 Penyertaan murid dalam setiap perkhemahan mestilah atas kerelaan dan
kesanggupan sendiri dengan mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau
penjaga masing-masing. ( Rujuk para 3F, SPI Bil 24/998 )
1.6 Setiap peserta yang akan menyertai sesuatu perkhemahan mestilah sihat, bersedia
dan telah menjalani latihan-latihan asas yang berkaitan. Kejayaan menjalani latihanlatihan asas ini mestilah dijadikan prasyarat kepada peserta.
1.7 Taklimat awal mengenai aktiviti-aktiviti, peraturan dan langkah-langkah keselamatan
perlu diambil semasa perkhemahan, mestilah diberikan kepada semua peserta.
1.8 Kebenaran bertulis menggunakan tapak lokasi perkhemahan mestilah diperoleh
terlebih dahulu daripada pihak yang berkuasa.
1.9 Lokasi Perkhemahan mestilah sesuai dan terjamin keselamatannya dari segi:
1.9.1 gangguan binatang buas dan haiwan berbisa.
1.9.2 hakisan atau tanah runtuh.
1.9.4 banjir.
1.9.5 ribut atau gelombang besar.
1.9.6 wabak penyakit.
1.9.7 kemalangan di luar jangkaan seperti pokok tumbang, dahan jatuh dan sebagainya.
( Rujuk para 2.4 SPI Bil. 12/2000 dan SPI Bil. 9/2000 )
1.10 Jurubantumula mestilah dilantik dan berada bersama peserta pada sepanjang
masa perkhemahan. ( Rujuk para 3E, SP Bil. 24/1998 )

1.11 Penyertaan murid mestilah disertai oleh guru-guru pengiring yang dilantik secara
bertulis oleh Pengetua atau Guru Besar. Guru tersebut diberi kuasa secara bertulis
untuk mengawal dan menyelia keselamatan, disiplin dan kebajikan murid sepanjang
tempoh perkhemahan.
1.12. Semua keperluan logistik ( peralatan perkhemahan ) hendaklah mencukupi dan
berada dalam keadaan yang baik.
2. Organisasi Perkhemahan
2.1 Organisasi adalah jentera yang menggerakkan aktiviti untuk kumpulan. Justeru,
organisasi tersebut dirancang berdasarkan perkara-perkara di bawah:
2.1.1 Penganjur.
Nama pihak yang menganjurkan perkhemahan tersebut perlu dicatatkan sama ada
penganjuran utama atau penganjuran bersama.
2.1.2 Peserta.
Menentukan kumpulan sasaran dan kriteria peserta perkhemahan.
2.1.3 Saiz Kumpulan.
Menentukan jumlah bilangan minima atau maksima ahli bagi setiap kumpulan.
2.1.4 Syarat.
Menetapkan syarat-syarat tertentu kepada peserta perkhemahan seperti
jantina, had umur, keadaan tubuh badan, kelulusan akademik, kemahiran tertentu dan
lain-lain.
2.1.5 Kepimpinan.
Menentukan organisasi kepimpinan dalam kumpulan-kumpulan semasa perkhemahan
2.1.6 Jawatankuasa.
Ahli Jawatankuasa Induk perlu ditentukan terlebih dahulu bagi melaksanakan
perkhemahan.
PROSEDUR TETAP SEMASA PERKHEMAHAN
Semasa perkhemahan perkara atau tindakan yang perlu diambil ialah:

1. Memastikan kesihatan dan kebajikan para peserta sepanjang perkhemahan terkawal


dan terjamin, khususnya berkaitan perkara-perkara berikut:
1.1 Jangkitan penyakit seperti malaria, campak, selsema dan lain-lain.
1.2 Keracunan makanan.
1.3 Kemudahan-kemudahan asas.
1.4 Sistem komunikasi.
2. Memastikan Prosedur Keselamatan dilaksanakan dan dipatuhi.(Rujuk SPI. Bil.
12/2000)
3. Memastikan Jadual Perkhemahan dilaksanakan mengikut perancangan. Namun
perancangan boleh diubahsuai jika berlaku perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan
seperti faktor-faktor alam, manusia dan lain-lain.
4. Mesyuarat penyelarasan harus dibuat pada akhir aktiviti setiap hari bagi menilai dan
membincangkan masalah-masalah yang timbul untuk diperbaiki pada hai berikut/masa
hadapan.
5. Memastikan pemantauan terhadap aktiviti dilakukan sepanjang masa.

PROSEDUR TETAP SELEPAS PERKHEMAHAN


Perkara-perkara yang perlu dilakukan selepas perkhemahan:
1. Memastikan keperluan logistik atau peralatan perkhemahan mencukupi dan berada
dalam keadaan bersih dan baik.
2. Memastikan kawasan perkhemahan berada dalam keadaan bersih seperti
sebelumnya.
3. Memohon kebenaran daripada pemilik atau penduduk setempat untuk meninggalkan
kawasan perkhemahan.
4. Mengadakan analisa bagi menilai semula aktiviti yang dijalankan dan mengenalpasti
kelemahan-kelemahan untuk diambil tindakan selanjutnya.
5. Membentang dan membuat laporan:
5.1 Kewangan.
5.2 Aktiviti.
6. Mengedar surat penghargaan kepada pihak terlibat dan sijil pencapaian serta
penyertaan kepada peserta perkhemahan.
7. Mendokumentasikan program tersebut sebagai panduan dan rujukan pada masa
hadapan.

You might also like