You are on page 1of 2

Lima cara untuk meningkatkan tahap kecerdasan emosi aspek sosial untuk seseorang

guru bagi memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah


Pendidikan Guru.

b.
Berdasarkan jawapan anda dalam (a), cadangkan lima cara untuk
meningkatkan tahap kecerdasan emosi aspek sosial untuk seseorang guru bagi
memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan
Guru.
EQ (Emotional Quotient) atau kecerdasan emosi merupakan sebahagian ilmu
yang terkandung di dalam bidang psikologi. Setiap orang yang ingin berjaya
mestilah memiliki keseimbangan antara EQ dan IQ (Intelligent Quotient).
Setiap masa kita berhadapan dengan emosi sama ada emosi kita sendiri
mahupun emosi orang lain. Kita sebagai seorang guru perlu memahami
peraasan pelajar, rakan rakan guru serta kakitangan di sekolah. Kita juga perlu
berhadapan dengan emosi orang sekeliling contohnya ibu bapa pelajar kita dan
tidak lepas juga dengan jiran dan saudara.
Bercakap tentang guru, apabila tahap EQ seorang guru itu rendah pasti guru
tersebut berhadapan dengan masalah bersama pelajar atau sesiapa sahaja yang
berhubung dengannya. Begitu juga dengan insan yang lain, mereka juga perlu
memiliki tahap EQ yang tinggi untuk memudahkan urusan hari dan perhubungan
sesama manusia.
Di bawah komponen kompetensi sosial terkandung konsep kesedaran sosial
dan melalui ini kita dapat memfokuskan kepada empati. Empati dapat dijelaskan
dengan cuba memahami perasaan orang lain dan cuba untuk membantunya
menyelesaikan masalah tersebut. Melalui fahaman ini, sebagai seorang guru itu
perlu mempunyai sifat empati ini agar dapat memahami masalah yang dihadapi
oleh pelajarnya dan beliau cuba untuk berada di dalam keadaan pelajarnya. Hal
ini demikian membolehkan seorang guru itu lebih memahami dan dapat
berinteraksi dengan pelajarnya. Oleh itu, guru tersebut akan dapat membantu
dan mendidik pelajarnya bukan sahaja menjadi cemerlang malah memiliki
keperibadian yang positif dan mulia selaras dengan kehendak FPK dan FPG
Seterusnya, seorang guru perlu memiliki sifat kepemimpinan berinspirasi.
Kepemimpinan berinspirasi bermaksud seorang guru itu mempunyai kekuatan
untuk menjadi pemimpin. Hal ini penting bagi meningkatkan tahap kecerdasan
emosi apabila seorang guru itu berjaya membimbing kekuatan emosinya untuk
berhadapan dengan cabaran dan masalah untuk menjadi seorang pemimpin
sekali gus menjadi seorang pendidik yang berjaya. Hal ini juga dapat
menghasilkan seorang guru yang menepati kehendak FPG.
Selaku pendidik bukan sahaja mengajar malah menjadi pembentuk modal
insan seseorang pelajarnya. Hal ini kerana guru itu dianggap sebagai pengganti
kepada ibu bapanya di rumah. Separuh hari masa pelajar berada di institusi
pendidikan berbanding institusi kekeluargaan maka di sekolah guru memainkan
tanggungjawabnya iuntuk membentuk dan menbangunkan seorang individu itu.
Oleh itu tanggungjawab guru ini lebih meluas bukan sahaja di bidang pendidikan
bagi membentuk seseorang individu itu dari pelbagai aspek seperti sosial,
pergaulan,rohani dan emosi. Sebagai contoh pembangunan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum yang membangun pelajar berdasarkan aspek aspek tersebut. Jika

perkara ini dapat dilaksanakan oleh guru maka sekali gus menyahut kehendak
FPK yang telah berjayakan mengaplikasi pembangunan individu.
Seterusnya, dalam tuntutan untuk menjadi seorang pendidik yang lengkap
kita haruslah menurut konsep membina keakraban. Seorang pendidik haruslah
membina ikatan atau jalinan sosial dengan para murid, rakan sejawat dan ibu
bapa kepada para murid khususnya dalam masyarakat amnya. Pendidik boleh
membina keakraban dengan cara mendekatkan diri dan bergaul dengan
golongan yang disasarkan. Mereka juga perlulah mengamalkan nilai murni, sikap
profesional dan komited dalam tugas agar keakraban mereka tidak punah
angkara kelemahan diri sendiri yang disengajakan. Dalam pada itu, pendidik juga
perlulah sentiasa menceburi aktiviti atau organisasi berorientasikan pendidikan
supaya muncul peluang dan kesesuaian yang membolehkan mereka akrab
dengan pihak baru. Keakraban yang bagus dengan semua golongan masyarakat
dapat meningkatkan daya saing sosial pendidik dan seterusnya meningkatkan
tahap kecerdasan emosi (EQ) sosial kendiri. Unsur pembinaan keakraban jika
ditunaikan dengan betul serta konsisten maka akan membolehkan seseorang
guru cemerlang dalam aspek sosialnya dan mampu menguruskan emosi kendiri
seterusnya memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Guru.
Di samping itu, seorang pendidik yang lengkap wajar mengamalkan konsep
kerja berkumpulan dan kolaborasi. Kolaborasi bererti kerjasama dan amatlah
penting bagi seseorang pendidik melaksanakan konsep berkolaborasi dengan
baik dalam melaksanakan gerak kerja secara berkumpulan supaya produk kerja
yang dihasilkan bermutu dan menepati piawaian yang ditetapkan. Pendidik
bolehlah melaksanakan kerja dalam kumpulan dan berkolaborasi dalam pelbagai
cara. Contohnya pendidik menggalakkan para murid membuat tutorial dalam
kumpulan kecil agar dapat berkongsi idea sesama ahli dalam menjawab soalan.
Selain itu pendidik boleh membawa para murid keluar kelas dan membentuk
kumpulan sambil meninjau prob persekitaran yang boleh dikaitkan dengan topik
pembelajaran. Pengamalan konsep berkolaborasi dalam kerja berkumpulan
boleh juga ditonjolkan sesama rakan sejawat melalui pelaksanaan dan
perbincangan pelan pengajaran secara bersama. Kesannya pendidik dapat
membiasakan diri dengan konsep kerja berkumpulan dan seterusnya secara
tidak langsung dapat memantapkan emosi sosial kendiri antara pendidik dan
pelajar. Impak daripada amalan yang dilakukan oleh pendidik maka ianya
berjaya memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengkehendaki
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

You might also like