You are on page 1of 11

KOMPETENSI GURU PELATIH KELUARAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN

ONN MALAYSIA TERHADAP PROSES PENGAJARAN AMALI DI DALAM


BENGKEL : SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF GURU PEMBIMBING
1

Mohamad Zaid Mustafa, 2Mohd Khalil Yaccob, 3Rosnee Ahad, 4Abdul Rasid
Abd. Razzaq, 5Ahmad Rizal Madar dan 6Mohd Yusop Ab. Hadi
1,2,4,5&6

Fakulti Pendidikan Teknikal


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
3

Politeknik Merlimau Melaka


Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk melihat kompetensi guru pelatih mengikut
perspektif guru pembimbing.
Kompetensi guru pelatih adalah
elemen penting dalam Program Sarjana Muda Pendidikan Teknik
dan Vokasional bagi memenuhi kualiti perguruan. Objektif kajian ini
adalah untuk mengenalpasti tahap kompetensi guru pelatih Universiti
Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dari segi aspek pengetahuan,
kemahiran dan sikap dalam proses pengajaran amali di dalam
bengkel. Kajian ini akan dijalankan melalui kaedah soal selidik dan
mendapatkan
maklum balas responden terdiri daripada guru
pembimbing dari Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional yang
telah dipilih oleh pengkaji. Data-data kajian akan dianalisis dalam
bentuk skor min, frekuensi dan peratusan dengan menggunakan
perisian SPSS 15. Jangkaan hasil kajian akan menjadi panduan
kepada pihak UTHM, pihak Sekolah Menegah Teknik dan
Vokasional, guru-guru pembimbing dan guru-guru pelatih untuk
mempertingkatkan kualiti proses pengajaran amali di dalam bengkel
bagi memartabatkan Pendidikan Teknik dan Vokasional ke peringkat
yang lebih tinggi.

PENDAHULUAN
Dalam mencapai sebuah negara maju, Malaysia telah memperkenalkan
Wawasan 2020 yang telah diasaskan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia
yang keempat iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad. Menurut Mahathir 1991
dalam Sallehuddin 2003, Malaysia menfokuskan matlamat untuk mencapai
taraf sebuah negara maju menjelang tahun 2020, iaitu dengan mengalihkan
tumpuan ekonomi daripada berasaskan bidang pertanian kepada bidang
perindustrian. Menurut Ramlee Mustapha, (2000) menyatakan bahawa dalam
merealisasikan wawasan 2020 secara umumnya, para majikan bersetuju
bahawa pendidikan teknik dan vokasional dapat membantu menyediakan
pekerja mahir dan separa mahir (Sallehuddin, 2003).

157

Sistem pendidikan di Malaysia telah banyak mengalami perubahan dan


reformasi mengikut peredaran masa.
Ini juga berlaku terhadap sistem
pendidikan teknik dan vokasional yang menunjukkan pelbagai strategi bagi
memperkasakan sistem pendidikan tersebut. Menurut Wan Zahid, 1993
menyatakan bahawa sistem pendidikan negara seharusnya digubal selaras
dengan kehendak negara untuk memantapkan ekonomi, sosial dan politik.
Bahagian Pendidikan Guru (BPG) sebagai penggerak utama agar profesion
perguruan dapat menangani isu tersebut, berbagai formula dicari dan
dirumuskan sebagai langkah terbaik dan menepati kehendak reformasi (Hassan
Samsuddin, 2008).
Menurut Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 menyatakan
bahawa pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan
modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan,
berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi
keperluan negara maju. Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk
berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah,
berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta
kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering
berubah-ubah (Nurul Faizah, 2008).
Latihan Mengajar (LM) adalah komponen penting dalam program pendidikan
perguruan. Melalui latihan mengajar, secara terus guru pelatih mengalami alam
pekerjaan yang akan diceburi setelah bergraduat. Latihan mengajar memberi
guru pelatih kemahiran, sikap dan tanggungjawab baru yang berbeza daripada
apa yang mereka alami sebagai pelajar. Pada peringkat awal latihan mengajar,
guru pelatih mungkin mengalami kerisauan.
Tetapi masalah ini dapat
dikurangkan setelah mereka lama berada di sekolah. Menurut Sharpe (1970)
dalam Zakaria Kasa dan Abdul Rahman (1995) mendapati guru pelatih
memulakan latihan mengajar dengan perasaan tidak selamat dan ketakutan.
Besar kemungkinan mereka mengalami kombinasi perasaan ingin tahu,
pengharapan dan kerisauan.
Oleh itu, bagi mencapai sebuah negara yang maju berlandaskan prinsip
Wawasan 2020, negara Malaysia seharusnya berusaha memperkembangkan
lagi pendidikan teknik dan vokasional selari dengan arus pemodenan. Sebuah
negara yang maju mampu dilahirkan dengan memberi penekanan terhadap
pendidikan teknik dan vokasional. Maka dengan itu, pendidikan teknik dan
vokasional perlu distruktur kembali agar pendidikan yang disampaikan dapat
memberi hasil yang menguntungkan semua pihak. Jesteru itu, pendidikan
teknik dan vokasional perlu melahirkan bakal pendidik yang berkaliber dan
mahir agar dapat mewujudkan generasi yang berkemahiran tinggi dalam bidang
kejuruteraan perindustrian.
PENYATAAN MASALAH
Proses pengajaran amali di dalam bengkel memerlukan tahap pengetahuan,
kemahiran dan sikap guru yang tinggi bagi memberi keberkesanan proses
pengajaran tersebut. Sekiranya guru tidak mencapai tahap tersebut, maka guru
tersebut tidak akan dianggap sebagai kompeten dalam elemen berkaitan. Bagi

158

mewujudkan seorang guru yang kompeten, pelajar dari Fakulti Pendidikan


Teknikal, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) perlu menjalani latihan
mengajar selama 14 minggu di sekolah-sekolah menengah teknik dan
vokasional sebagai percubaan mereka sebelum bergelar sebagai guru. Melihat
kepada kemahiran guru pelatih UTHM yang menjalani latihan mengajar
terhadap proses pengajaran amali di dalam bengkel adalah ditahap yang
sederhana.
Terdapat di kalangan mereka yang kurang mahir dalam
penggunaan peralatan di dalam bengkel walaupun tahap pengetahuan mereka
adalah baik (Saat, 2010). Berdasarkan kepada masalah yang dinyatakan,
penyelidik akan menjalankan kajian tinjauan ke atas kompetensi guru pelatih
Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan Teknikal,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) semasa menjalani latihan
mengajar mengikut perpesktif guru pembimbing. Kajian ini akan meninjau
tahap kompetensi guru pelatih dari aspek pengetahuan (domain kognitif),
kemahiran (domain psikomotor) dan sikap (domain afektif) semasa
menjalankan proses pengajaran amali di dalam bengkel.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian yang hendak dicapai dalam kajian ini adalah :
i.

Mengenalpasti tahap kompetensi guru pelatih dari segi aspek


pengetahuan (domain kognitif) terhadap proses pengajaran amali di dalam
bengkel mengikut perspektif guru pembimbing.

ii.

Mengenalpasti tahap kompetensi guru pelatih dari segi aspek kemahiran


(domain psikomotor) terhadap proses pengajaran amali di dalam bengkel
mengikut perspektif guru pembimbing.

iii.

Mengenalpasti tahap kompetensi guru pelatih dari segi aspek sikap


(domain afektif) terhadap proses pengajaran amali di dalam bengkel
mengikut perspektif guru pembimbing.

PERSOALAN KAJIAN
Berikut adalah persoalan kajian yang menjadi asas permasalahan terhadap
kajian yang akan dijalankan :
i.

Apakah tahap kompetensi pengetahuan (domain kognitif) guru pelatih


Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional, Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia (UTHM) terhadap proses pengajaran amali di dalam
bengkel?

ii.

Apakah tahap kompetensi kemahiran (domain psikomotor) guru pelatih


Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional, Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia (UTHM) terhadap proses pengajaran amali di dalam
bengkel?

159

iii.

Apakah tahap kompetensi sikap (domain afektif) guru pelatih Sarjana


Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia (UTHM) terhadap proses pengajaran amali di dalam bengkel?

KERANGKA KONSEP KAJIAN

Bimbingan guru pembimbing

Peranan guru pelatih dalam pengajaran amali


dalam bengkel

Kompetensi pengajaran amali dalam bengkel :


i)

Pengetahuan (Domain kognitif)

ii) Kemahiran (Domain psikomotor)


iii) Sikap (Domain afektif)

Penghasilan proses pengajaran amali di dalam bengkel yang


effektif

Rajah 1 : Kerangka kajian (diubahsuai daripada Yusnita, 2003)

KAJIAN LITERATUR
Dalam mencapai sebuah negara maju menjelang tahun 2020, Malaysia kini
telah memperkasakan Pendidikan Teknik dan Vokasional ke peringkat yang
lebih tinggi. Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) adalah
jabatan yang mengelola segala perkara yang berkaitan dengan Pendidikan
Teknik Dan Vokasional di Malaysia. BPTV ini ditubuhkan pada 1974 oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bertujuan untuk merancang,
menyediakan kurikulum dan sukatan latihan perguruan serta menyediakan
Pendidikan Teknik Dan Vokasional di peringkat menengah rendah, menengah
atas dan peringkat pengajian tinggi.
Pada tahun 2008, kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM )
telah menstruktur semula sistem Pendidikan Teknik Dan Vokasional dengan
menukar semula sekolah menengah teknik kepada sekolah menengah

160

vokasional. Kementerian mensasarkan 28 buah sekolah menengah vokasional


pada tahun 2009, 54 buah lagi pada tahun 2010 dan pertambahan kepada 60
buah sekolah pada tahun 2011 ( Wee Ka Siong, 2009 ).
Bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja yang mahir dan separa mahir, guru
merupakan tenaga pengajar yang perlu mempunyai tahap kecekapan yang
tinggi dari segi pengetahuan, kemahiran dan juga sikap. Bagi seorang guru
pelatih yang bakal ditauliahkan sebagai guru sebenar kelak, seseorang guru
pelatih tersebut perlu menjalani latihan mengajar di sekolah dan perlu
mengaplikasikan teori-teori yang telah dipelajari di universiti semasa latihan
mengajar.
DEFINISI KONSEP KOMPETENSI, PENGETAHUAN (DOMAIN KOGNITIF),
KEMAHIRAN (DOMAIN PSIKOMOTOR) DAN SIKAP (DOMAIN AFEKTIF)
Istilah competence berasal daripada kata kerja Latin iaitu competere yang
bermaksud to be suitable iaitu sesuatu yang bersesuaian (Nordhaug dan
Grouhaug dalam Yusnita, 2003). Menurut Boyatzis, beberapa pengkaji telah
mentakrifkan kompetensi sebagai satu set tingkah laku yang diperlukan oleh
seseorang pengurus atau ketua untuk berfungsi dengan baik dalam
menjalankan tugasnya (Khadijah, 1997 dalam Yusnita, 2003). Dalam konsep
yang luas, kompetensi meliputi kebolehan memindahkan kemahiran dan
pengetahuan kepada keadaan yang baru dipersekitaran kerjayanya (Fletcher
dalam Yusnita, 2003). Seseorang individu memperolehi kompetensinya melalui
pendidikan dan pengalaman di tempat kerjanya. Kompetensi yang diperolehi
daripada pengalaman adalah bersifat khusus. Manakala kompetensi melalui
pendidikan adalah umum dan boleh diaplikasikan kepada satu atau lebih
tempat kerja (Nordhaug dan Grouhaug dalam Yusnita, 2003). Daripada definisi
yang diberikan oleh beberapa penyelidik tersebut, maka dapatlah disimpulkan
bahawa kompetensi adalah gabungan pengetahuan, kemahiran, pemahaman
dan sikap yang dipratik serta ditunjukkan dalam bentuk tingkah laku apabila
melakukan sesuatu tugas.
Ia juga merupakan kebolehan seseorang
menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya dengan
baik, cekap dan berkesan. Oleh itu, kompetensi boleh mendorong individu
untuk bertindak secara effektif (Yusnita, 2003).
Kognitif bermaksud gaya manusia yang membolehkan untuk bertindak
mengikut pemikirannya. Menurut Stanley dan Hopkins (1990), pengetahuan
kognitif termasuklah kegiatan-kegiatan yang berhubungan dengan proses
mengingati atau mengenal pasti maklumat. Mereka berpendapat bahawa
pengetahuan kognitif wajar dianggap sebagai asas kepada kurikulum dan
perkembangan pendidikan. Kenyataan ini turut diperkuatkan lagi dengan
pandangan Richard C. Sprinthall, Norman A. Saprinthall dan Sharon N. Oja
sebagai hal-hal yang berkait rapat dengan daya pemikiran dan yang berkaitan
dengan proses rasional. Pada pendapat mereka, kognitif adalah proses
perhubungan antara manusia dan persekitaran (Baharom et al, 2007).
Psikomotor juga ditafsirkan sebagai kemahiran motor.
Selain itu juga,
kemahiran psikomotor juga dikenali sebagai kemahiran manipulatif (Zol Azlan
2000 dalam Azizi Yahaya et, al 2007). Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua

161

kemahiran adalah kecekapan dan kepandaian melakukan sesuatu. Menurut


Ahmat (1997) dalam Ghazali (2006), kemahiran diertikan sebagai ketrampilan,
kecekapan dan pengetahuan guna tenaga dalam dalam bidang teknikal yang
melibatkan operasi kognitif, psikomotor dan penggunaan sumber yang
berkesan. Dalam konteks kajian ini, kemahiran bermaksud ketrampilan,
kecekapan dan berpengetahuan.
Menurut Sufean 1995, sikap ialah perasaan terhadap pemenuhan keinginan
dan kemahuan. Ia tidak bersifat sejagat dan menyeluruh seperti nilai kerana
hanya manusia dan setengah-setengah haiwan sahaja mempunyai sikap.
Sikap yang tinggi dan positif lahir daripada keinginan dan motivasi yang
mendesak, sementara sikap negatif dan lemah wujud disebabkan oleh
keinginan dan motivasi yang tidak mendesak. Sikap dan nilai saling berkait
rapat dan melengkapi di antara satu sama lain tetapi kedua-duanya tidak
serupa. Nilai menerbitkan dan menggagaskan sikap, misalnya jika seseorang
itu menyanjung nilai kemewahan, maka individu berkenaan bersikap positif
terhadap produktiviti dan keuntungan, dan bersikap negatif terhadap kemalasan
dan kerugian. Sikap boleh dikatakan sebagai manifestasi pegangan nilai. Ini
bermakna nilai adalah lebih abstrak daripada sikap. Kedua-dua nilai dan sikap
mendorong dan mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran, tetapi yang menjadi
pengimbangtara ialah nilai dan bukannnya sikap.

KOMPETENSI PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU


PELATIH
TERHADAP PROSES PENGAJARAN AMALI DI DALAM
BENGKEL
Menurut Ghazali (2006), dalam kajian yang dijalankan oleh beliau menunjukkan
bahawa tahap pengetahuan guru pelatih adalah berada tahap yang sederhana.
Guru pelatih perlu melengkapkan diri sebelum mereka menjalankan proses
pengajaran amali di dalam bengkel. Sekiranya tahap pengetahuan guru pelatih
ini berada pada tahap yang rendah, maka proses pengajaran akan mengalami
masalah dan mengganggu perjalanan proses pengajaran tersebut. Menurut
Siti Fatimah (2006) dalam kajiannya menyatakan bahawa tahap kesediaan
pengetahuan pedagogi dan kesediaan mengajar adalah sederhana. Kesediaan
mengajar penting bagi setiap guru pelatih yang akan mengajar samada di
dalam kelas mahupun di dalam bengkel kerana ia akan mempengaruhi
keberkesanan pengajaran tersebut. Tahap pengetahuan guru ini merangkumi
pelbagai aspek seperti pengetahuan isi pengajaran, penyampaian proses
pengajaran, pengetahuan pedagogi serta pengetahuan keperibadian dan
ikhtisas perguruan. Menurut Magisos (1989), sebaik-baik guru adalah mereka
yang berpengetahuan tinggi, mahir dalam bidang teknikal dan cekap
menjalankan tugas sebagai seorang guru. Sementara Kauchak dan Enggan
(1989), berpendapat pengajaran yang berkesan memerlukan kemahiran dan
pengetahuan yang luas terhadap mata pelajaran serta mempunyai kefahaman
terhadap aspek pembelajaran murid (Abdul Rahim et al, 2006).
Menurut Zol Azlan, 2000 menyatakan bahawa kemahiran psikomotor dikenali
sebagai kemahiran manipulatif (Azizi Yahaya et al, 2007).
Kemahiran
manipulatif lebih menjurus kepada penggunaan dan pengendalian peralatan

162

semasa melakukan sesuatu aktiviti. Pelajar dilatih untuk mengikut segala


arahan dan peraturan yang telah digariskan semasa menjalankan sesuatu
aktiviti. Di samping itu, pelajar didedahkan dengan teknik-teknik amali iaitu cara
mengguna, membersih dan menyimpan segala peralatan dengan betul dan
selamat (Abu Hassan, 2004). Oleh itu, setiap guru pelatih perlulah menyiapkan
diri mereka dengan kemahiran manipulatif supaya dapat membimbing para
pelajar menguasai kemahiran tersebut (Azizi Yahaya et al, 2007). Menurut
Sharif Omar (1993), dalam kajiannya terhadap prestasi guru pelatih semasa
latihan mengajar menunjukkan bahawa prestasi yang sederhana dalam
mengendalikan kerja-kerja amali secara berkesan. Ini kerana disebabkan oleh
faktor persediaan guru pelatih tersebut sebelum menjalankan pengajaran di
samping bimbingan yang kurang dari penyelia dan guru pembimbing.
Kemahiran ini merangkumi pelbagai aspek. Dalam konteks pendidikan,
kemahiran ini merujuk kepada kemahiran guru di dalam kelas dan di dalam
bengkel. Kemahiran yang perlu dimiliki oleh setiap guru adalah kemahiran
belajar, kemahiran berfikir, kemahiran merancang, kemahiran pemudahcara,
kemahiran berkomunikasi dan kemahiran mengurus.
Di dalam proses
pengajaran, guru pelatih perlu mempunyai kemahiran merancang iaitu sebelum
pengajaran, kemahiran penyampaian iaitu semasa pengajaran dan kemahiran
penilaian iaitu selepas pengajaran
Menurut Mok Soon Sang (2002), guru adalah pendidik yang akan menjadi
warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan negara pada masa
depan. Selain menyebar ilmu, segala tingkah laku guru akan menjadi contoh
teladan kepada murid-muridnya. Oleh yang demikian, guru seharusnya
mempunyai sifai dan kualiti peribadi, profesional dan sosial yang baik dan
murni. Hanya guru yang mempunyai tatasusila yang tinggi akan berjaya
menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna, khasnya
melaksanakan perancangan penyampaian pengajaran dengan berkesan.
Menurut Mok Soon Sang (2002) lagi, seorang guru yang baik seharusnya
mempunyai sifat dan kualiti peribadi seperti baik hati, jenaka, sabar,
bertanggungjawab, yakin dan berkepimpinan. Beliau juga menyatakan bahawa
seseorang guru perlu mempunyai kualiti profesional yang tinggi seperti ingin
tahu, pengetahuan iktisas, suka membaca, kemahiran bertutur, daya ingatan
dan daya usaha yang tinggi. Tambahan pula, beliau juga menyatakan bahawa
seseorang guru seharusnya mempunyai kualiti sosial yang tinggi seperti budi
pekerti, ramah mesra, merendah diri, semangat berbakti dan jujur. Ini kerana
tugas guru tidak terhad di dalam kelas mahupun di dalam bengkel, tetapi juga di
luar bilik darjah dan bengkel.
Seseorang guru itu perlulah sentiasa
berkejasama dengan rakan sejawat kerana kemajuan pelajaran dan pendidikan
murid-murid di sekolah bergantung kepada kerjasama dan muafakat di antara
semua golongan guru di sekolah itu. Menurut Zakaria Kasa dan Abdul Rahman
(1995), dalam kajian yang dilakukan ke atas sikap guru pelatih adalah
menunjukkan sikap guru pelatih adalah positif.
Sikap terhadap latihan
mengajar didapati mempunyai hubungan yang signifikan dengan pengalaman
mengajar. Ini kerana sikap guru pelatih dipengaruhi oleh latar belakang dan
juga minat mereka terhadap bidang pendidikan.

163

METODOLOGI
Menurut Majid 2009, reka bentuk sesuatu penyelidikan adalah teknik dan
kaedah tertentu untuk memperolehi maklumat yang diperlukan untuk
menyelesaikan masalah. Untuk melakukan kajian ini, pengkaji telah mengambil
keputusan untuk menggunakan kaedah kajian deskriptif. Pemilihan kaedah ini
bertujuan mengetahui kompetensi guru pelatih keluaran Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia (UTHM) terhadap proses pengajaran amali di dalam bengkel
mengikut perspektif guru pembimbing. Pembolehubah dalam kajian ini adalah
merangkumi tahap kompetensi pengetahuan, kemahiran dan juga sikap guru
pelatih. Dalam kajian yang akan dijalankan oleh penyelidik, rekabentuk kajian
deskriptif ini akan akan mengumpulkan data melalui borang kaji selidik.
Menurut Majid (2009), populasi merupakan cerapan ke atas sekumpulan
individu atau objek. Menurut Abu Hassan 1998, sesuatu populasi boleh
ditakrifkan sebagai terhad (finite) atau tidak terhad (infinite) bergantung pada
sama ada unit pensampelannya terhad atau tidak terhad. Persampelan
merupakan strategi penyelidikan bilamana penyelidik boleh mendapatkan
maklumat mengenai sesuatu populasi daripada sebahagian individu yang
menganggotai populasi tersebut. Maklumat yang didapati daripada sampel
boleh digunakan bagi menganggarkan maklumat tentang populasi yang dikaji.
Dalam kajian ini populasi dan persampelan kajian adalah guru pembimbing sesi
2009/2010 yang pernah membimbing guru pelatih dari Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia (UTHM). Guru pembimbing ini adalah dari Sekolah Menengah
Teknik dan Vokasional yang telah dipilih oleh pengkaji. Pengkaji akan
menggunakan jadual Krejeie dan Morgan untuk menentukan saiz sampel hasil
daripada jumlah keseluruhan populasi yang dikehendaki.
Dalam kajian yang akan dijalankan, penyelidik akan menggunakan instumen
kajian dengan mennggunakan set borang soal selidik untuk mengenalpasti
kompetensi guru pelatih keluaran Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
terhadap proses pengajaran amali di dalam bengkel mengikut perspektif guru
pembimbing. Data dan maklumat yang diperolehi akan dianalisis dengan
menggunakan perisian komputer SPSS 15.0 for windows (Statistical Packages
For Social Sciences). Prosedur statistik deskriptif diperlukan bagi membentuk
profil jumlah sampel di mana taburan kekerapan dipamerkan oleh setiap nilai
skor. Dalam kajian ini, analisis dilakukan dalam bentuk skor min, frekuensi dan
peratusan.

164

Berikut adalah carta alir operasi kajian yang akan digunakan oleh pengkaji :
Fasa 1
Peringkat reka bentuk
kerangka
konsep kajian
Kerangka konsep kajian

Sorotan kajian

Rekabentuk kajian

Fasa 2
Peringkat pembinaan soal
selidik
Kajian rintis
Ubahsuai dan Penambahbaikan
Soal selidik kajian
Fasa 3
Peringkat mengumpul,
memproses
data dan menyediakan laporan.
Mengumpul data
Memproses data
Laporan kajian

Rajah 2 : Carta alir operasi kajian (diubahsuai daripada Azam, 2008)


JANGKAAN HASIL PENYELIDIKAN
Penyelidik menjangkakan hasil kajian akan dapat dicapai bagi mencapai
objektif kajian iaitu mengenalpasti tahap kompetensi guru pelatih dalam proses
pengajaran amali di dalam bengkel di dalam proses pengajaran amali di dalam
bengkel.

165

RUJUKAN
Ab. Wahab, S. F (2006). Tahap Kesediaan Pengetahuan Dan Kemahiran
Pedagogi, Sikap Dan Minat Mengajar Guru Pelatih Kimia Tahun Akhir
5spk Dan 5spc, Fakulti Pendidikan, UTM. Dicapai pada Mac 11, 2010 dari
ms.
8
di
http://www.fp.utm.my/e
PusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/SITIFATIMAHBP020049D2006TTP.pdf
Awang, A. (2008). Penerpan Kemahiran Generik Dalam Pengajaran Guru
Kejuruteraan Di Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Kelantan Dan
Negerri Terengganu. Dicapai pada Mac 16, 2010 pada ms. 82 di
http://eprints.utm.my/6588/1/AZAMMP052038D2007TTT.pdf
Emat, H.Y. (2005). Pendidikan Teknik Dan Vokasional Di Malaysia : Pendidikan
Teknik Dan Vokasional Dalam Reformasi Pendidikan Di Malaysia : Satu
Analisis. Selangor : IBS Buku Sdn Bhd.
Hamdan, A.R., Sihes, A.J & Ismail, M (2006). Tahap Minat, Pengetahuan Dan
Kemahiran, Latihan Guru Dan Beban Tugas Guru Program Pemulihan
Khas Sekolah Kebangsaan Daerah Pontian, Johor. Dicapai pada Mac 13,
2010 dari ms.7 di http://eprints.utm.my/2231/1/5_7.pdf
Hussin, S (1995). Pengajaran Nilai Dalam Kurikulum. Edisi Kedua. Shah Alam :
Fajar Bakti Sdn Bhd.
Idris, S. (2003). Pelaksanaan Sistem Pentauliahan Pelajar-Pelajar SKM Di
Sekolah Sekolah Menengah Teknik Di Johor Dalam Bidang Kejuruteraan
Jentera. Dicapai pada Januari 13, 2010 dari ms.16 di
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/SALLEHUDDINBP
000142D2003TTP.pdf
Kasa, Z & Md. Aroff, A.R (1995). Sikap dan Masalah Guru Pelatih dalam
Menjalani Latihan Mengajar. Dicapai pada Mac 10, 2010 dari ms.1
dihttp://psasir.upm.edu.my/3081/1/Sikap_dan_Masalah_Guru_Pelatih_dal
am_Menjalani.pdf
Konting, M. M (2009). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Edisi Kelapan. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Lim, W.M (2008). Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih
UTM.
Dicapai
pada
Mac
11,
2010
dari
ms.20
di
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/LIMWEEMEIAP040
441D2008TTP.pdf
Mohamad, B., Esa, A., & Junoh, H. (2007) Psikologi Pendidikan Dalam PTV.
Batu Pahat : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Mok, S. S (2002). Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3.
Edisi Ketiga. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Muhd Ali, S & Mukrim, Z (2007). Tahap Penerapan Nilai Nilai Murni Di
Kalangan Pensyarah Kolej Matrikulasi Perak Semasa Proses Pengajaran
Dan Pembelajaran Dijalankan. Dicapai pada Mac 30, 2010 dari ms. 3 di
http://www.kmpk.matrik.edu.my/webrnd/TAHAP%20PENERAPAN%20NIL
AI%20%96%20NILAI%20MURNI%20DI%20KALANGAN%20PENSYARA
H%20KO.pdf
Musta'amal, A.H. (1999). Pendidikan Teknik Dan Vokasional (Ptv) Dalam
Pembangunan Sumber Manusia Di Malaysia. Dicapai pada Januari 13,
2010 di http://aede.tripod.com/HRD2.htm

166

Peraturan Keselamatan Bengkel. Dicapai pada Mac 18, 2010 di


http://www.scribd.com/doc/13226014/PERATURAN-KESELAMATANBENGKEL
Saaid, M.G.M (2006). Persepsi Guru Pelatih Tahun Lima Pendidikan Teknik
Dan Vokasional (Awam, Elektrik Dan Jentera) Terhadap Tahap
Pengetahuan Dan Kemahiran Mereka Dalam Kursus Kejuruteraan Di
Fakulti Pendidikan. Dicapai pada Mac 11, 2010 dari ms.15 di
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/PSM%20complete.
pdf
Salimi, N.F. (2008). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pengurusan Bengkel Di
Sekolah-Sekolah Menengah Teknik Yang Dinaik Taraf Di Negeri Selangor
Dan Kuala Lumpur. Dicapai pada Januari 13, 2010 dari ms.19 di
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/NURULFAIZAHAP
040237D2008TTP.pdf
Samsuddin, H (2008). Tahap Perlaksanaan Pengurusan Bengkel Mata
Pelajaran Vokasional Di Sekolah Menengah Akademik Harian Di Daerah
Kuala Selangor, Klang Dan Kuala Langat, Selangor. Dicapai pada Januari
15,2010
dari
ms.18
di
http://www.fp.utm.my/e
PusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/HASSANBP050045D2008TTP.pdf
Sistem peyelenggaraan bengkel. Dicapai pada Mac 18, 2010 di
http://www.scribd.com/doc/13226023/Sistem-Penyelenggaraan-Bengkel
Skim guru pembimbing : Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan : Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia. Dicapai pada Mac 18, 2010 di
http://www.usm.my/education/LM/BPLM-Front.pdf
Tan, L.R (2004). Tahap Kesediaan Guru-Guru Pelatih Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (A/E/J) Perdana Dalam Menghadapi Latihan
Mengajar.
Dicapai
pada
Mac
10,
2010
dari
ms.17
di
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/persoalan%20kajia
n%20%282%29.pdf
Tahap penilaian kognitif bloom. Dicapai pada Mac 17, 2010 di
http://www.scribd.com/doc/1138769/Kognitif-Bloom-Tahap-Penilaian
Taksonomi
bloom.
Dicapai
pada
Mac
17,
2010
di
http://id.wikipedia.org/wiki/Taksonomi_Bloom
Tay, M. G (2003). Satu Tinjauan Terhadap Sikap Dan Masalah Guru Bahasa
Melayu Di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan. Dicapai pada 6 Februari
2010
dari
ms.1
dihttp://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/
jurnalpapers/jurnal2003/2003_tay.pdf
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. (2010, 13 Januari). Laman Utama, Info
Korporat, Sejarah, Penubuhan UTHM. Dicapai pada Mac 10, 2010 dari
UTHOM: http://www.uthm.edu.my/v2/content/view/55/63/lang,ms/
Emat, H.Y. (2005). Pendidikan Teknik Dan Vokasional Di Malaysia : Cabaran
Dan Strategi Dalam Pembentukaan Guru Teknik Dan Vokasional Bagi
Menghadapi Wawasan 2020. Selangor : IBS Buku Sdn Bhd.
Yahaya, A., Hashim, S & Mohamed, F. (2007). Tahap Penguasaan Kemahiran
Manipulatif Di Kalangan Guru Pelatih Kimia Universiti Teknologi Malaysia.
Dicapai
pada
Februari
10,
2010
dari
ms.
2
di
http://eprints.utm.my/3960/1/AziziYahaya_penguasaan_matematik.pdf
Yusof, Y. (2003). Kompetensi pensyarah dalam proses pengajaran : Satu kajian
di Politeknik Port Dickson. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia : Tesis
Sarjana.

167

You might also like