You are on page 1of 3

Rahsia- Khasiat Buah Pisang

February 14, 2008 By: PakarHowTo Category: Rahsia

Tahukah anda buah apakah yang paling berkahsiat dalam dunia ni?
Yaaa�jawapannya ialah Pisang.

Tetapi ramai diantara kita masih memperlekehkan Pisang.


Mereka menganggap pisang sebagai buah yang low standard dan buah kampung.
Sebaliknya mereka menganggap buah-buahan luar negara seperti epal, anggur,
strawberi lebih bagus, berkhasiat dan lebih high class�kata mereka.

Sebenarnya mereka telah silap. Pisang adalah jauh lebih baik daripada semua buah2
yang disebutkan diatas. Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi yang terpenting
iaitu sucrose, fructose and Glucose. Selain itu ia juga kaya dengan fiber.

Pisang dapat membekalkan tenaga yang segera kepada badan. Hasil kajian
membuktikan, dengan hanya memakan 2 biji pisang,badan kita dibekalkan tenaga yang
mencukupi untuk membuat kerja-kerja berat selama tidak kurang sejam setengah.
Sebab itu pisang telah menjadi buah pilihan utama bagi atlit dan ahli sukan
seluruh dunia.

Pisang sebenarnya bukan saja membantu kita membekalkan tenaga kepada tubuh badan.
Tetapi ia juga berkhasiat dalam melindungi kita daripada terkena pelbagai jenis
penyakit.

Menurut kajian yang dijalakan, pisang adalah berkhasiat dalam mengurangkan


penyakit-penyakit seperti berikut ;

Kemurungan
Satu kajian oleh MIND kepada orang yang mengalami masalah kemurungan telah
mendapati bahawa pisang telah membantu orang mengalami kemurungan mengurangkan
tahap tekanan dan kemurungan yang mereka hadapi. Ini adalah kerana, Pisang
mengandungi sejenis protein yang digelar tryptophan. Trytophan ini akan ditukarkan
oleh badan kepada serotonin yang mana unsur ini membuatkan tubuh badan kita
menjadi lebih rileks dan meningkatkan mood seseorang. Ia membantu meningkatkan
kesegaran tubuh badan.

PMS
Masalah PMS adalah masalah orang perempuan yang moody ketika datangnya haid. Untuk
mengurangkan masalah PMS ni, ramai yang mengambil jalan mudah dengan menelan pil
ubat saja. Selepas ini, anda tak perlu lagi makan pil/ubat yang mahal itu.
Sebaliknya, amalkan makan pisang kerana Pisang mengandungi vitamin B6 yang
mengawal paras glucose di dalam darah.
Apabila paras glucose dalam darah terkawal dengan baik,ianya mengurangkan perasaan
moody anda.

Anemia
Di dalam pisang terdapat kandungan zat besi atau iron yang tinggi. Iron ini akan
merangsangkan pembentukan hemoglobin di dalam darah kita. Jadi, ianya membantu
menangani masalah penyakit Anemia ini.

Tekanan Darah
Pisang sangat kaya dengan kandungan Potassium dan kurang kandungan garamnya. Jadi,
ia sangat membantu dalam masalah tekanan darah dan stroke. Jabatan Pemakanan dan
Ubatan Amerika Syarikat telah mengiktiraf bahawa Pisang memang membantu manusia
dalam menangani masalah tekanan darah dan stroke.
Mencerdaskan Otak
Satu kajian yang dijalankan kepada seramai 200 orang pelajar di Twickenhem
mendapati, Pisang telah membantu semua pelajar tersebut dalam mencerdaskan otak
mereka. Sepanjang minggu peperiksaan, semua pelajar telah diberi makan pisang pada
waktu makan pagi, tea break dan makan tengah hari. Hasil yang ditunjukkan adalah
amat positif.

Penghadaman
Kandungan fiber yang tinggi di dalam Pisang membantu tubuh kita dalam proses
penghadaman makanan.

Mabuk disebabkan minuman keras


Salah satu ubat yang paling mujarab yang sangat popular di dunia barat ialah
banana milkshake.
Pisang di blender bersama dengan susu dan madu kemudian diminum. Ianya terbukti
dapat mengurangkan mabuk alcohol.

Heartburn
Pisang juga mengandungi satu unsur semulajadi yang dapat meneutralkan kandungan
asid di dalam badan kita. Jadi, jika sesiapa yang mengalami masalah heartburn,
bolehlah amalkan memakan pisang.

Masalah Morning Sickness / muntah-muntah.


Amalan memakan Pisang diantara waktu makan dapat membantu tubuh dalam mengawal
kandungan gula didalam tubuh badan. Ini secara tak langsungnya membantu mereka
yang menghadapi masalah morning sickness / masalah muntah2.

Gigitan Nyamuk
Jika anda terkenan gigitan nyamuk, gunakan bahagian dalam kulit pisang untuk
mengurangkan kegatalan dan kesan gigitan. Kini anda tak perlu lagi membazirkan
wang untuk membeli krim penyembuh gigitan nyamuk. Gunakanlah kulit pisang. Ianya
pasti berkesan.
* Nota : Pisang hanya berkesan untuk gigitan nyamuk sahaja. Ianya tidak berkesan
untuk gigitan cinta�hehe.

Saraf
Pisang kaya dengan Vitamin B yang membantu dalam mengawal sistem saraf. Secara tak
langsungnya mengawal mententeramkan mereka yang ada masalah gugup.

Ulser
Pisang adalah buah yang enak dan lemabut serta membuat tekstur yang senang
dihadam. Selain itu ianya mempunyai sifat antacid atau peneutral kepada asid yang
dapat mengurangkan tahap acid di dalam usus.

Pengawal suhu badan


Pisang memang dikenali sebagai buah yang bersifat sejuk /�cooling� fruit. Jadi ia
memang membantu kita dalam menurunkan suhu badan. Di Thailand, ramai wanita yang
mengandung di sana mengamalkan makan Pisang sebagai cara untuk mengurangkan suhu
badan dan memudahkan kelahiran.

Masalah perokok
Oleh kerana pisang kaya dengan kandungan vitamin B6 & B12, Potassium dan
Mangesium,
ianya juga digunakan oleh perokok perokok tegar dalam membantu mereka mengurangkan
tabiat merokok. Unsur seperti B6,B12 dan Potassium dapat mengurangkan kesan
ketagihan nikotin.
Stress / Tekanan
Potassium yang ada di dalam pisang adalah mineral asas yang dapat mengawal tahap
kandungan air dan oksigen dalam darah. Ia dapat membantu mengawal penghantaran
oksigen ke otak dan mengawal tahap metabolic dalam badan. Ini secara tak
langsungnya membantu mereka yang mengalami masalah tekanan.

Strokes
Satu kajian yang dijalankan oleh �The New England Journal of Medicine� membuktikan
bahawa,
Amalan memakan pisang dapat mengurangkan risiko sebanyak 40% daripada risiko mati
disebabkan strokes.

Ketuat
Kulit pisang dapat mengubati kita daripada ketuat. Hanya tekapkan bahagian dalam
kulit pisang kepada biji ketuat selama beberapa kali, InsyaAllah, lama kelamaan
ianya akan hilang.

Pisang memang terbukti mempunyai pelbagai khasiat yang dapat membantu manusia
dalam menangami masalah kesihatan manusia. Pisang adalah buah penawar yang
mujarab.

Kita rakyat Malaysia patut berbangga dan bersyukur kerana di Malaysia, pisang
sangat mudah didapati dan sangat murah.

Jika nak dibandingkan pisang dan epal, pisang adalah jauh lebih baik samaada
daripada segi rasa mahupun khasiatnya. Kandungan protein dalam pisang adalah 4
kali lebih banyak daripada epal. Karbohidarat 2kali lebih, Phosphorus 3 kali
lebih, Vitamin A dan Iron 5 kali lebih, mineral dan vitamin lain adalah 2 kali
lebih banyak daripada epal.

Sekarang�
adakah anda masih lagi beranggapan bahawa Pisang adalah buah yang low class??
Saya kini telah menjadikan pisang sebagai buah kegemaran saya.
Anda bagaimana??

Most Commented Posts


Tips mengenai kitaran haid & waktu subur (223)
Lepas Geram? (174)
Petua Untuk Mengandung (161)
Rahsia Tarian Poco-poco (154)
Suami takde nafsu�Apa patut buat? (131)
Tips Dan Petua Untuk Mudah Mengandung (127)
Cara untuk kenalpasti perangai kawan (120)
Tips Diet Untuk Kuruskan Badan (111)
Siapa Kami? (110)
Sebab dan punca wanita ditinggalkan� (84)
Email Artikel Ini Kepada Kawan2

You might also like