You are on page 1of 12

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM


TAHUN 2014

TEMPAT:
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BINJAI,
TONGKANG PECHAH, JOHOR

HARI / TARIKH:
RABU
5 November 2014

ANJURAN
UNIT KOKURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BINJAI
83000, JOHOR.

1.0

PENGENALAN

Perkhemahan unit beruniform adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik
darjah yang amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masalah
gejala sosial.
Perkhemahan juga dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan
sedar akan kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka
akan didedahkan dengan suatu persekitaran baru. Ia juga memberikan satu rasa
dengan menanam sifat keberanian dan kepercayaan internal dan intrapersonal.
Dengan semangat dan kepercayaan, adalah diharapkan program ini akan
mencapai objektifnya.
Adalah sangat diharapkan agar perkhemahan ini akan dapat memberikan
peluang kepada murid-murid menonjolkan kemampuan diri mereka.
Disamping menimba pengalaman, perkhemahan ini nanti akan
mengeratkan tali persaudaraan sesama murid dan juga guru-guru.

2.0

dapat

NAMA PROGRAM

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM


SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BINJAI, TAHUN 2014
3.0

MATLAMAT

Antara matlamat program ini ialah seperti berikut:


i.

Mengukuhkan ilmu pendidikan luar yang telah dipelajari serta berkongsi


pengalaman bersama-sama rakan dan jurulatih.

ii.

Mengaplikasi teori-teori yang telah dipelajari bersama-sama unit masingmasing.

iii.

Menanam sikap perihatin dan cintakan alam sekitar terhadap aktiviti-aktiviti


yang dijalankan

4.0

OBJEKTIF

Pada akhir program ini, para peserta akan dapat:


i.

Membina generasi yang bersemangat patriotic, cintakan Agama, Bangsa


dan Negara.

ii.

Memupuk semangat cintakan alam sekitar ke dalam diri murid-murid sejak


dari bangku sekolah

iii.

Membina dan memupuk pemimpin dikalangan pelajar yang sentiasa


mengamalkan, mempraktikkan isi kandungan kokurikulum.

5.0

PENGISIAN PROGRAM
5.1 SENARAI AKTIVITI
AKTIVITI
Mengutip Benang
Menangkap Ikan
Demonstrasi Memadam Kebakaran
Membuat Anyaman
Permainan Kim

PENGENDALI
En. Hamzah b. Salleh
Cik Nurbaiya bt Yassin
En. Hussen b. Manaf
Pn. Noor Azreen bt Kusenan
En. Wan Fadhli B. Ibrahim

Bilangan Peserta Perkhemahan :


Badan Unit Beruniform
Pengakap
Tunas Kadet Remaja Sekolah
Pandu Puteri Tunas
Bulan Sabit Merah
Jumlah

Jumlah
L
20
20
5
45

25
10
35

6.0

JAWATANKUASA PENGELOLA
PENGERUSI
CIK NG GEK LUI
NAIB PENGERUSI
EN. AZMAN B. HASSIAM
SETIAUSAHA
CIK NURBAIYA BT. YASSIN
BENDAHARI
En. Wan Fadhli B. Ibrahim
KETUA PERKHEMAHAN
EN. Hussen b. Manaf

7.0

JAWATANKUASA KECIL PERKHEMAHAN

JAWATANKUASA
KETUA
PERKHEMAHAN DAN
PENOLONG
URUSETIA

TUGASAN
a. Merancang segala pengisian aktiviti.
b. Memastikan segala aktiviti berjalan dengan
lancar dan selamat.
a. Menyediakan borang penyertaan dan
mendaftar peserta.

PENEMPATAN

a. Merancang dan mengurus tempat


penginapan.
b. Menyediakan khemah untuk peserta.
a. Merancang dan menentukan peralatan yang
diperlukan untuk program.
b. Memastikan segala peralatan dibawa ke
tapak perkhemahan dalam keadaan baik
dan sedia digunakan.
c. Memastikan segala peralatan disimpan
dalam keadaan yang baik selepas aktiviti.
a. Menyediakan peti pertolongan cemas yang
lengkap.
b. Memastikan keselamatan para peserta
terjamin sepanjang aktiviti.
c. Mengambil tindakan awal dengan pantas
sekiranya berlaku kecemasan.
d. Mengawal disiplin para peserta sepanjang
perkhemahan.
a. Merancang dan menentukan menu makanan
b. Merancang jadual makan dan minum
peserta, guru dan jurulatih
c. Memastikan urusan semasa makan berjalan
dengan lancar.
a. Mencatat segala aktiviti yang berjalan.
b. Mengambil gambar setiap aktiviti.

PERALATAN,
ELEKTRIK DAN
SIARAYA

KESELAMATAN DAN
DISIPLIN

MAKANAN DAN
MINUMAN

DOKUMENTASI /
BULETIN

KETUA
En. Hussen
Pn. Zainaf
Cik Nurbaiya
Pn. Linda
Salwani
Asmad

En. Idham
En. Hasrie

En. Kamal
Pn. Fauziah

Noorlela
Siti Nur Ain
En. Idham

HADIAH DAN SIJIL


JAWATANKUASA
AKTIVITI REKREASI
JAWATANKUASA
AKTIVITI
PERTANDINGAN

8.0

c. Menyediakan laporan perkhemahan dan


dokumentasikan.
d. Berhubung dengan setiausaha untuk
mendapatkan bahan-bahan untuk
didokumentasikan.
a. Menyediakan hadiah, sijil dan cenderamata
program
a. Merancang, menyelaras dan menjalankan
senaman setiap pagi.
b. Merancang, menyelaras dan menjalankan
program untuk slot rekreasi/permainan.
a. Merancang dan menyelaras aktiviti
pertandingan.
b. Memastikan hadiah dan cenderamata telah
disediakan.

Aminah
Siti Hajjar
Wan Fadli
Saiful
Wan Fadli
Saiful

BUTIRAN PERKHEMAHAN

Perkhemahan tersebut akan diadakan seperti butiran berikut:


Hari
Tarikh
Tempat
Jurulatih
9.0

: Sabtu
: 8hb November 2014
: Sekolah Jenis Kebangsaan Seri Binjai
: Guru-guru SK Seri Binjai

SASARAN PENYERTAAN

Program ini adalah terbuka kepada semua ahli unit beruniform Darjah 4 dan 5
Sekolah Kebangsaan Seri Binjai ( 80 orang )
10.0

BAYARAN PENYERTAAN

Tiada bayaran dikutip daripada peserta. Segala perbelanjaan dibayar dengan


peruntukan kerajaan. Sumbangan daripada kerajaan adalah untuk menampung
perbelanjaan seperti:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

Makan dan minuman


Kad Aktiviti
Tanda Nama Peserta
Pengurusan perkhemahan
Hadiah, sijil dan cenderamata
Bahan-bahan aktiviti / permainan
Peralatan perkhemahan

11.0 MENU MAKANAN


11.1

Menu minum pagi

11.2

11.1.1 Roti
11.1.2 Milo (cawan)
Menu makan tengah hari
11.2.1 Nasi campur
11.2.2 Jus oren

12.0 ANGGARAN KEWANGAN


BIL
1
2
3
4

SUMBER KEWANGAN
Makan Dan Minuman:
i. Minum pagi
ii. Makan tengah hari
Pengurusan Perkhemahan:
i. Dokumentasi
ii. Tanda nama peserta
Hadiah, Sijil Dan Cenderamata:
i. Pingat
ii.
hamper
Bahan-Bahan Aktiviti / Permainan:
i. tali rafia
ii. bahan makanan (masakan rimba)
iii. tali (ikatan)
iv. bahan (mencari harta karun)
Peralatan Perkhemahan
i. kompas
ii. lighter
iii. messtin
iv. dapur mudah alih & gas
v. hexamine stove & fuel tablet
vi.
flysheet

UNIT

ANGGARAN
PERBELANJAAN
(RM)

250
250
250
5
5
2 Gelung
5 kumpulan
200
5 kumpulan
10
5
10 SET
5 SET
10 SET
5
JUMLAH

13.0
BIL

TENTATIF PROGRAM
MASA

AKTIVITI

8.00 pagi

Pendaftaran

8.30 pagi

Pembahagian kumpulan dan ice-breaking

9.00 pagi

Permainan mencari harta karun

10.30 pagi

minum pagi

11.00 pagi

Masakan hutan dan pertandingan memasak

1.00 tengah hari

1.30 tengah hari

3.00 petang

Makan tengah hari


Aktiviti stesyen (ikatan, kawad kaki, halangan,
mendirikan khemah dan permainan Kim)
Mengemaskan tapak khemah

3.30 petang

Penyampaian hadiah

10

4.00 petang

Bersurai

14.0

PENUTUP

Adalah sangat diharapkan melalui program yang dirancang ini bakal melahirkan
insan yang kental jiwanya, bersih dan bersemangat, mempunyai jati diri dan sifat
ingin berdikari.
Pihak jawatankuasa dengan seberapa daya merancang dan berusaha untuk
merealisasikannya. Apa yang paling penting adalah kesungguhan para
peserta untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang telah dirancang untuk mereka.
Melalui program ini juga, adalah diharapkan ianya berjaya dilaksanakan
dengan selamat tanpa berlaku sebarang kemalangan dan kecederaan.
Dengan berakhirnya program ini, segala bahan dan pengalaman serta segala
bentuk proses yang dilalui akan dapat dijadikan sumber rujukan untuk individu
atau kumpulan seterusnya yang merancang dan mengelola program seumpama
dengan lebih baik.

DISEDIAKAN OLEH,

..
(
)
Penyelaras,
Perkhemahan Unit Beruniform
SJKC Woon Hwa
DISAHKAN OLEH,

DISEMAK OLEH,

..
(
)
GPK Kokurikulum,
SJKC Woon Hwa

.
(
)
Guru Besar
SJKC Woon Hwa

PERMAINAN LUAS
Ia merupakan permainan yang memerlukan kawasan yang luas untuk dikendalikan
. Tempat yang sesuai ialah di kawasan pinggir hutan, padang yang luas, bandar
dan juga di luar bandar. Permainan ini amat sesuai untuk menguji kecekapan ahli
semasa aktivti berkhemah. Pada kebiasaannya permainan ini dimainkan selama
lebih kurang satu atau dua jam Ianya bergantung kepada kawasan dan juga
kecekapan pemimpin menyediakan aktiviti dan tugasan permainan .Tetapi
sekiranya kawasan anda tidak terlalu banyak ruang, pemimpin bolehlah
menjalankan permainan ini di sekitar bangunan tempat aktiviti di jalankan.
Permainan ini diadakan adalah bertujuan untuk

menerap nilai kerjasama,

kepimpinan, kepanduan dan juga kerjasama berpasukan .


Di antara kemahiran yang boleh diuji melalui permainan ini ialah kecekapan ahli
memikirkan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah atau tugasan, mengendap,
kerjasama dalam pasukan, toleransi, nilai-nilai murni, kesabaran, simpulan dan
ikatan, tanda-tanda mengesan dan lain-lain aktiviti kemahiran kepanduan.
Sebelum aktiviti dijalankan pemimpin perlu merancang apakah kemahiran yang
hendak diuji dan juga sasaran masa permainan. Tugasan di setiap stesen perlu
dipelbagaikan supaya ianya memenuhi objektif.

Pemimpin perlu melantik

beberapa pembantu bagi setiap stesen supaya mereka boleh memerhati dan
memberi komen terhadap reaksi kumpulan dalam menyelesaikan tugasan.
Bilangan stesen tidak tetap dan ianya bergantung kepada jangkamasa aktiviti dan
juga keluasan kawasan permainan.
Kumpulan boleh dilepaskan secara serentak atau berurutan. Pemimpin boleh
memberi satu aktivti ringkas di garis permulaan, mana-mana kumpulan yang dapat
menyelesaikan tugasan boleh meneruskan permainan.

CONTOH AKTIVITI
Aktiviti 1:
Bekalan : alat tulis, buku catatan ,buah dadu ,duit RM3.00 ( sekiranya aktiviti
diadakan berdekatan dengan kawasan bandar atau pekan)
Aktiviti 1

: Mengutip Benang ( Pembuangan Sampah )


Dalam aktiviti perkhemahan ini, murid diberikan arahan untuk
mengutip benang berdasarkan warna yang telah ditetapkan.
Benang-benang tersebut telah digunting dalam ukuran 4 - 5CM bagi
memudahkan murid untuk mengenalpasti benang kumpulan masingmasing. Benang tersebut ditabur di sepanjang jalan berhampiran
sekolah. Jarak perjalanan untuk aktiviti ini dalam anggaran 2.5 KM.
Setelah sampai di garisan penamat, setiap kumpulan hendaklah
menyambungkan benang-benang tersebut agar dapat ditentukan
pemenangnya. Peserta diberi masa lebih kurang 1 jam untuk
menyempurnakan aktiviti ini.

RASIONAL : Aktiviti ini dilaksanakan bertujuan untuk memupuk semangat / sikap


menjaga kebersihan persekitaran dan mengelakkan dari membuang
sampah merata-rata tempat. Sampah-sampah haruslah diletakkan di
tempat yang telah disediakan.

AKTIVITI 2 : MENANGKAP IKAN ( Isu Pencemaran )


Dalam aktiviti ini, setiap kumpulan ditugaskan untuk menangkap
sekurang-kurangnya 8 ekor ikan talapia yang terdapat di dalam kolam
sekolah. Setiap ahli kumpulan wajib untuk menangkap ikan tersebut dengan
menggunakan tangan. Apabila ikan telah ditangkap, ia perlu ditunjukkan
pada pegawai yang bertugas di stesen tersebut. Kumpulan yang telah
berjaya menaikkan 8 ekor ikan dalam masa yang paling pantas dikira
sebagai pemenang.

RASIONAL : Memupuk semangat cintakan alam sekitar, terutamanya kawasan


air kerana air merupakan sumber yang amat penting dan seharusnya
kita menjaganya demi kesejahteraan hidup.

AKTIVITI 3 : MEMADAM KEBAKARAN ( PEMBAKARAN TERBUKA )


Dalam aktiviti ini, pihak sekolah telah menjemput pihak bomba untuk
membuat satu demonstrasi cara untuk memadamkan api sekiranya berlaku satusatu kes kebakaran. Demonstrasi ini dilakukan di padang sekolah. Pihak Bomba
juga

menunjukkan

satu

contoh

aktiviti

menyelamat

mangsa

kebakaran.

Berdasarkan kepada contoh aktiviti menyelamat yang telah ditunjukkan, setiap


kumpulan harus melakonkan watak dalam suasana kebakaran dan bagaimana
tindakkan menyelamat dilakukan oleh anggota kumpulannya. Kumpulan yang
dapat melaksanakan tugasan dengan sempurna dikira sebagai pemenang.
RASIONAL :

Melalui aktiviti ini, ianya melatih para peserta untuk


menghadapi saat-saat kecemasan ( terutama kebakaran ).
Latihan ini juga dapat memupuk semangat cintakan alam
sekitar dan dapat menghindarkan dari melakukan pembakaran
secara terbuka.

AKTIVITI 4 : Membuat Anyaman ( Pertanian )


Dalam aktiviti ini, setiap kumpulan diminta untuk menghasilkan 3 anyaman yang
berbeza dar segi coraknya. Daun-daun kelapa sawit diagihkan kepada semua
kumpulan dan setiap peserta mestilah mengambil bahagian dengan membantu
sama lain bagi membuat anyaman. Setiap kumpulan diberi masa 1 jam untuk
menghasilkan anyaman tersebut. Pemenang dikira berdasarkan anyaman yang
paling kreatif dan menarik.

RASIONAL : Menggalakkan murid menghasilkan kraftangan dengan


menggunakan bahan terbuang. Dengan itu, ianya akan
menggalakkan murid untuk bergiat aktif dalam bidang seni disamping
menghargai dan menggunapakai sumber-sumber terbuang untuk
melaksanakan aktiviti. Aktiviti ini juga dilakukan agar murid lebih
menghargai alam sekitar dan memelihara sumber semulajadi untuk
warisan generasi yang akan datang.
AKTIVITI 5

: Permainan Kim
Permainan ini merupakan satu aktiviti yang menguji dan
meningkatkan kemahiran daya ingatan ahli. Ahli perlu diberi peluang
memerhati benda yang dipamerkan selama dua minit
sebelum ditutup dengan sehelai kain. Sekiranya ahli berjaya
mengenalpasti sekurang-kurangnya 25 dari 30 benda yang
dipamerkan maka ia telah berjaya dalam permainan ini.

RASIONAL : Dalam permainan ini, ia melatih peserta untuk mengingat dan


menghafal objek yang ditunjukkan. Objek tersebut berupa gambar-gambar sungai
berserta namanya. Sungai-sungai tersebut ada yang bersih dan ada yang tercemar
dengan sisa toksik. Ianya melatih daya ingatan para perserta disamping
menghargai sumber air yang ada di negara kita.

You might also like