You are on page 1of 15

Jirim

Kimia (chemistry) adalah kajian mengenai jirim (matter), komposisi dan perubahan yang
dilaluinya.
Jirim (matter) adalah apa jua benda (samada hidup atau bukan hidup) yangmemenuhi
ruang (occupies space) dan mempunyai jisim (mass). Dalam erti kata lain, jirim adalah apa
jua benda yang mempunyai isipadu (volume) dan jisim.
Contoh jirim adalah buku, pen, kerusi, air, udara dan tumbuh-tumbuhan. Contoh bukan
jirim (non-matter) adalah seperti elektrik dan cahaya.
Teori zarah menyatakan jirim terdiri zarah diskret yang sangat kecil. Kajian sifat zarah
dalam jirim adalah seperti berikut:
1. Susunan zarah dalam pepejal.
2. Susunan zarah dalam cecair.
3. Susunan zarah dalam gas.
Zarah asas yang membentuk jirim adalah atom, molekul atau ion.
Kewujudan zarah adalah disokong oleh beberapa pemerhatian (observation). Antara
contohnya adalah seperti berikut:

Apabila setitik dakwat biru jatuh ke dalam air didalam sebuah bikar, warna biru
dakwat tersebut merebak ke seluruh air. Ini menunjukkan bahawa dakwat terdiri
daripada zarah dalam gerakan (particles in motion).

Apabila paip gas di makmal dibuka, bau gas dapat dikesan dengan serta-merta. Ini
menunjukkan bahawa gas juga adalah terdiri daripada zarah dalam gerakan.

Unsur (element) adalah bahan yang tidak boleh dijadikan apa-apa jua yang lebih mudah
atau diringkaskan lagi melalui sesuatu tindak balas kimia.
Zarah dalam beberapa unsur (element) terdiri daripada atom. Sebagai contoh, logam seperti
emas, tembaga, besi, zink, kesemuanya terdiri daripada atom.
Sebatian (compound) adalah bahan yang boleh dibuat kepada sesuatu yang lebih kecil
melalui tindak balas kimia.
Sebatian (compounds) mengandungi lebih dari satu unsur. Unsur-unsur dalam suatu
sebatian itu tidak hanya bercampur-campur antara satu sama lain, ianya juga beserta
dengan daya yang kuat yang dipanggil ikatan kimia (chemical bond).
Sebatian tidak mempunyai sifat-sifat yang sama seperti unsur-unsur yang terkandung di
dalamnya.

Suatu sebatian adalah:

Dibentuk oleh tindak balas kimia.

Mempunyai sifat yang berbeza daripada unsur-unsur yang terkandung didalamnya.

Zarah dalam sebatian boleh terdiri daripada molekul atau ion.


Molekul terdiri daripada dua atau lebih atom-atom yang dipegang bersama (held together)
oleh suatu ikatan kimia. Molekul juga adalah zarah yang tidak bercas.
Molekul boleh terdiri daripada atom dari unsur yang sama, contohnya molekul oksigen (O2),
molekul nitrogen (N2), molekul hidrogen (H2) dan molekul sulfur (S8).
Molekul boleh juga terdiri daripada atom dari dua atau lebih unsur yang tidak sama,
contohnya molekul air (H2O) yang terdiri daripada dua atom hidrogen dan satu atom
oksigen, dan karbon dioksida (CO2) yang terdiri daripada satu atom karbon dan dua atom
oksigen.
Sesetengah molekul boleh menjadi terlalu besar, contohnya kuinin (quinine) yang
merupakan dadah yang digunakan bagi merawat pesakit malaria, mempunyai formula
C20H24N2O2.
Walau bagaimanapun, beberapa sebatian terdiri daripada atom atau kumpulan atom yang
membawa cas positif atau negatif. Zarah bercas (charged particle) tersebut dipanggil ion.
Sebagai contoh, garam, NaCl, terdiri daripada ion natrium (Na+) dan ion klorida (Cl-). Karat
pada paku besi terdiri daripada ion ferum (III) (Fe3+) dan ion oksida (O2-).
Ion-ion yang bercas positif dipanggil kation (cation). Sebagai contoh, ion natrium (Na+) dan
ion ferum (III) (Fe3+) adalah kation.
Ion-ion yang bercas negatif dipanggil anion. Sebagai contoh, ion klorida (Cl-) dan ion
oksida (O2-) adalah anion.
Secara umumnya, logam membentuk ion positif manakala bukan logammembentuk ion
negatif. Beberapa contoh kation dan anion adalah sepert jadual di bawah.

Teori Zarah Jirim


Jirim (matter) ialah sebarang benda yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang.

Jirim dikelaskan kepada unsur dan sebatian.


Unsur merupakan bahan yang terdiri daripada satu jenis atom sahaja. Unsur dibahagikan
kepada unsur logam (logam besi) dan unsur bukan logam (oksigen).
Sebatian ialah bahan yang terdiri daripada dua atau lebih unsur yang terikat secara kimia.
Sebatian dibahagikan kepada sebatian ion dan sebatian kovalen.
Mengikut teori zarah jirim;
1. Jirim terdiri daripada zarah-zarah yang halus dan diskrit.
2. Zarah-zarah sesuatu jirim sentiasa bergerak.
Zarah-zarah yang membina jirim wujud dalam pelbagai bentuk iaitu:
Atom (dalam unsur logam dan gas adi).

Zarah neutral yang terdiri daripada elektron yang bergerak mengelilingi nukleus yang
terbina daripada proton dan neutron.

Zarah yang paling ringkas dan tidak stabil kecuali atom gas adi.

Contoh: satu atom magnesium, satu atom karbon, dll.

Molekul (dalam unsur bukan logam dan sebatian kovalen)

Zarah neutral yang merupakan gabungan dua atau lebih atom yang sama atau
berlainan jenis.

Stabil.

Contoh:

i. Satu molekul air terdiri daripada satu atom oksigen dan 2 atom hidrogen, H2O.
ii. Satu molekul oksigen yang terdiri daripada 2 atom oksigen, O2.

Ion (dalam sebatian ion)

Zarah bercas yang terdiri daripada atom yang kehilangan elektron (ion positif) atau
atom yang menerima elektron (ion negatif).

Stabil.

Contoh:

i. Ion natrium, Na+, terbentuk daripada atom natrium yang kehilangan elektron.
ii. Ion klorida, Cl-, terbentuk daripada atom klorida yang telah menerima elektron.
Zarah-zarah dalam sesuatu unsur mungkin merupakan atom atau molekul. Dalam unsur
logam dan gas adi, zarah wujud sebagai atom. Bagi kebanyakan unsur bukan logam, atomatom bergabung antara satu sama lain untuk membentuk molekul. Zarah unsur bukan
logam biasanya wujud sebagai molekul. Contohnya;

Logam besi ialah unsur yang mengandungi satu jenis atom sahaja, iaitu atom besi.

Oksigen ialah unsur bukan logam yang mengandungi satu jenis atom, iaitu atom
oksigen. Dua atom oksigen bergabung untuk membentuk satu molekul oksigen. Oleh
itu, zarah-zarah dalam gas oksigen merupakan molekul oksigen, O2.

Unsur bukan logam seperti hidrogen, nitrogen, klorin, fosforus, sulfur, bromin, iodin
dan fluorin juga mengandungi zarah-zarah molekul.

Zarah-zarah dalam suatu sebatian mungkin merupakan molekul atau ion.Sebatian


ion mengandungi zarah ion manakala sebatian kovalen mengandungi zarah molekul.
Contohnya;

Air ialah sebatian kovalen kerana terdiri daripada molekul yang terbentuk daripada
gabungan atom oksigen dan atom hidrogen, iaitu H2O.

Garam biasa (natrium klorida) ialah sebatian ion kerana terdiri daripada ion natrium
dan ion klorida yang terbentuk daripada unsur natrium dan unsur klorin masingmasing.

Eksperimen-eksperimen yang menyokong Teori Zarah Jirim adalah termasuk;

Resapan gas bromin dalam udara.

Resapan kalium manganat (VII) dalam air.

Resapan kuprum (II) sulfat dalam pepejal.

Gerakan Brown.

Eksperimen titisan minyak (anggaran saiz zarah).

Jisim Atom Relatif & Jisim Molekul Relatif

Kita sudah biasa dengan mengukur jisim dengan penimbang makroskopik (macroscopic
scale). Kita juga boleh menimbang sebungkus gula, sebungkus tepung atau pun berat diri
kita sendiri dengan menggunakan penimbang yang terdapat di rumah kita.
Walau bagaimanapun, adalah mustahil bagi kita untuk menimbang jisim satu atom dalam
unit gram. Sedangkan sebiji debu pun mengandungi lebih daripada 10 17atom! Sebagai
contoh, suatu atom tembaga/kuprum (copper) mempunyai berat kira-kira 1.06 x 10 -22 gram.
Jelasnya, tiada sebarang mesin penimbang (weighing machine) yang boleh memberikan
bacaan jisim satu atom.
Adalah mustahil untuk menimbang atom dalam unit gram. Jadi para ahli kimia (chemists)
membandingkan berat satu atom dengan satu atom lain yang lain yang telah telah dijadikan
rujukan piawai (standard). Perbandingan jisim suatu atom dengan suatu atom yang lain
dipanggil sebagai jisim atom relatif (relative atomic mass).
Pada mulanya, ahli kimia membandingkan jisim suatu atom dengan jisim atom hidrogen
(hydrogen) kerana ianya adalah elemen yang paling ringan yang diketahui (the lightest
element known). Jisim atom suatu atom hidrogen diberikan nilai dengan 1 unit. Sebagai
contoh, suatu atom natrium/sodium adalah 23 kali lebih berat daripada suatu atom
hidrogen, dan dengan itu, jisim atom relatif bagi Na ialah 23.
Jisim satu atom Na = Jisim 23 atom hidrogen. Secara alternatifnya,

Pada tahun 1919, seorang saintis British bernama Aston mencipta spektrometer jisim (mass
spectrometer). Dari spektrometer jisim, ia mendapati bahawa hidrogen terdiri daripada 3
isotop (isotopes), iaitu 1H, 2H dan 3H. Ini menunjukkan bahawa purata jisim atom relatif bagi
hidrogen adalah lebih daripada 1 unit, dan dengan membandingkan jisim unsur-unsur lain
dengan atom hidrogen dengan andaian bahawa j.a.r. (r.a.m) adalah 1 unit adalah tidak
tepat.
Kemudiannya, atom oksigen telah dipilih sebagai piawai (standard). Pada masa itu, satu
fakta yang telah diketahui adalah oksigen terdiri daripada tiga isotop, iaitu, 16O, 17O dan 18O.
Walau bagaimanapun, masalah timbul apabila ahli fizik menggunakan isotop oxygen-16
sebagai piawai, manakala ahli kimia pula menggunakan jisim purata 3 isotop oksigen
sebagai piawaian. Oleh itu, wujud dua skala bagi jisim atom relatif suatu atom.
Akhirnya, pada tahun 1961, kedua-dua kumpulan saintis tersebut telah bersetuju untuk
menggunakan carbon-12 sebagai standard. Jisim atom carbon-12 diberikan nilai tepat
kepada 12 unit. Dengan itu, masalah kewujudan dua skala j.a.r (jisim atom relatif) dapat
diatasi.
Karbon (carbon) dipilih sebagai piawai kerana:

1. Banyaknya isotop suatu unsur carbon-12 adalah hampir 99%. Isotop carbon-13 and
carbon-14 hanya terdiri lebih kurang 1% sahaja. Oleh itu, jisim atom karbon yang
menggunakan isotop carbon-12 atau menggunakan jisim purata tiga isotop karbon
adalah masih lagi 12.00 unit.
2. Karbon adalah berbentuk pepejal pada suhu bilik (room temperature). Tidak seperti
hidrogen dan oksigen yang berbentuk gas, ia tidak memerlukan bekas berpenutup
untuk mengandunginya.
3. Karbon hadir (present) dalam pelbagai bahan organik, iaitu, kayu, gas asli dan
petroleum. Oleh itu, karbon adalah mudah diperolehi. Karbon boleh diperolehi
dengan membakar bahan-bahan organik dengan bekalan oksigen yang terhad.

Jisim atom relatif (Ar) suatu unsur ditakrifkan sebagai, bilangan kali ganda satu atom
sesuatu unsur lebih berat daripada 1/12 jisim atom karbon-12,iaitu:

Sebagai contoh, satu atom natrium/sodium, Na adalah 23 kali lebih berat daripada 1/12 jisim
satu atom carbon-12. Oleh itu, jisim atom relatif bagi Na ialah 23.

Oleh itu jisim atom relatif Na ialah 23.


(Nota: jisim satu carbon-12 atom adalah 12 unit)
Molekul (molecule) adalah kumpulan kecil atom-atom yang turut serta bersama. Yang paling
mudah/ringkas adalah molekul dwiatom (diatomic molecules) seperti O 2, N2, Cl2. Contoh
molekul triatom (triatomic molecules) adalah CO2 dan H2O.
Beberapa contoh molekul yang lebih besar adalah ammonia (NH3), metana (methane,CH4),
sulfur (sulphur, S8), fosforus (phosphorus,P4) dan etanol (ethanol, C2H5OH).
Jisim molekul relatif (Mr) bagi sebatian (compound) ditakrifkan sebagaibilangan kali
ganda satu molekul suatu sebatian lebih berat daripada 1/12 jisim atom carbon12, iaitu:

Sebagai contoh, molekul metana, CH4, adalah 16 kali lebih berat daripada 1/12 jisim karbon12. Oleh itu, jisim molekul relatif bagi CH4 ialah 16.

Jadual Berkala Unsur


Jadual Berkala

Ringkasan:
Simbol unsur
(Symbol of
element)
H

Nama unsur
(Name of
element)
Hydrogen

Nombor proton
(Proton number)

Jisim atom relatif


(Relative atomic mass)

He
Li
Be
B
C
N
O
F
Ne
Na
Mg
Al
Si
P
S
Cl
Ar
K
Ca
Sc
Ti
V
Cr
Mn
Fe
Co
Ni
Cu
Zn
Ga
Ge
As
Se
Br
Kr
Rb
Sr
Y
Zr
Nb
Mo
Tc
Ru
Rh

Helium
Lithium
Beryllium
Boron
Carbon
Nitrogen
Oxygen
Fluorine
Neon
Sodium
Magnesium
Aluminium
Silicon
Phosphorus
Sulfur
Chlorine
Argon
Potassium
Calsium
Scandium
Titanium
Vanadium
Chromium
Manganese
Iron
Cobalt
Nickel
Copper
Zinc
Gallium
Germanium
Arsenic
Selenium
Bromine
Krypton
Rubidium
Strontium
Yttrium
Zirconium
Niobium
Molybdenum
Technetium
Ruthenium
Rhodium

2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45

4
7
9
11
12
14
16
19
20
23
24
27
28
31
32
35.5
40
39
40
45
48
51
52
55
56
59
59
64
65
70
73
75
79
80
84
85.5
88
89
91
93
96
98
101
103

Pd
Ag
Cd
In
Sn
Sb
Te
I
Xe
Cs
Ba
La
Ce
Pr
Nd
Pm
Sm
Eu
Gd
Tb
Dy
Ho
Er
Tm
Yb
Lu
Hf
Ta
W
Re
Os
Ir
Pt
Au
Hg
Tl
Pb
Bi
Po
At
Rn
Fr
Ra
Ac

Palladium
Silver
Cadmium
Indium
Tin
Antimony
Tellurium
Iodine
Xenon
Caesium
Barium
Lanthanum
Cerium
Praseodymium
Neodymium
Promethium
Samarium
Europium
Gadolinium
Terbium
Dysposium
Holmium
Erbium
Thulium
Ytterbium
Lutetium
Hafnium
Tantalum
Tungsten
Rhenium
Osmium
Iridium
Platinum
Gold
Mercury
Thallium
Lead
Bismuth
Polonium
Astatine
Radon
Francium
Radium
Actinium

46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89

106
108
112
115
119
122
128
127
131
133
137
139
140
141
144
147
150
152
157
159
162.5
165
167
169
173
175
178.5
181
184
186
190
192
195
197
201
204
207
209
209
210
222
(223)
(226)
(227)

Th
Pa
U
Np
Pu
Am
Cm
Bk
Cf
Es
Fm
Md
No
Lr
Rf
Db
Sg
Bh
Hs
Mt
Ds
Rg
Uub
Uut
Uuq
Uup
Uuh
Uus
Uuo

Thorium
Protactinium
Uranium
Neptunium
Plutonium
Americium
Curium
Berkelium
Californium
Einsteinium
Fermium
Mendelevium
Nobelium
Lawrencium
Rutherfordium
Dubnium
Seaborgium
Bohrium
Hassium
Meitnerium
Darmstadtium
Roentgenium
Ununbium
Ununtrium
Ununquadium
Ununpentium
Ununhexium
Ununseptium
Ununoctium

90
91
92
93
94
95
96
97
98
99
100
101
102
103
104
105
106
107
108
109
110
111
112
113
114
115
116
117
118

232
231
238
237
242
243
247
247
251
254
253
256
254
257
(261)
(262)
(266)
(264)
(265)
(268)
(271)
(272)
(285)
(284)
(289)
(288)
(292)
(?)
(293)

Sejarah Pembangunan Jadual Berkala


Banyak unsur-unsur (elements) yang dikenali hari ini telah ditemui dari tahun 1800 hingga
1900.
Ahli kimia menyatakan bahawa terdapat unsur-unsur tertentu yang mempunyai sifat kimia
yang sama (similar chemical properties). Sebagai contoh: klorin, bromin dan iodin; kalium
(potassium) dan natrium (sodium); magnesium dan kalsium, mempunyai sifat kimia yang
sama.
Para ahli kimia kemudiannya cuba untuk meletakkan unsur-unsur dengan sifat kimia yang
sama di dalam satu kumpulan. Ini membawa kepada pembangunan dalam jadual berkala
(periodic table).
Kaedah pengkelasan unsur yang sistematik (systematic method of classification of the
elements) akan membantu kita dalam:

Mengkaji sifat kimia dan fizikal sesuatu unsur dalam kumpulan sama.

Meramal kedudukan sesuatu unsur dalam jadual berkala daripada sifat-sifatnya.

Mengenal pasti, membanding dan membezakan unsur-unsur dari kumpulan yang


berbeza.

Meramal sifat kimia dan fizikal unsur-unsur baru dalam kumpulan yang sama.

Ahli-ahli kimia seperti Lavoisier, Dobereiner, Newlands, Meyer, Mendelev dan Moseley
telah menyumbang kepada pembangunan dalam jadual berkala yang digunakan pada hari
ini.

Pembentukan Sebatian
Kerak bumi terdiri daripada sebatian (compounds) dan unsur (elements) yang berlainan.
Logam seperti emas, platinum dan bukan logam seperti karbon wujud sebagai unsur bebas
dalam kerak bumi.
Unsur-unsur lain berpadu antara satu sama lain untuk menghasilkan berbagai lagi sebatian
yang berlainan.
Unsur dan sebatian yang wujud semula jadi dalam kerak bumi dipanggil mineral.
Unsur
karbon
Intan
Grafit

Rupa bentuk

Penggunaan

Memotong kaca.
Barang hiasan.
Pepejal hitam yang rapuh dan lembut
Bahan pelincir
Elektrod bateri
Contoh mineral yang wujud dalam bentuk unsur.
Pepejal lutsinar yang indah dan sangat
keras

Di dalam kerak bumi, terdapat mineral yang wujud dalam kuantiti yang cukup banyak
membolehkan juzuk utamanya diekstrak. Contohnya, logam timah dapat diekstrak
daripada bijih timah, timah (IV) oksida, yang wujud semula jadi.
Sebatian
Batu marmar
(kalsium
karbonat)
Garam biasa

Rupa bentuk
Batu yang keras

Kegunaan
Bahan binaan untuk sektor
pembangunan.

Perisa makanan.
Pengawet makanan.
Contoh mineral yang wujud dalam bentuk sebatian.

Pepejal putih dan mempunyai


rasa masin

Kestabilan gas adi (noble gases)

Unsur-unsur Kumpulan 18 merupakan unsur bukan logam (non metal) dengan atomnya
mempunyai 8 elektron valens (kecuali atom helium dengan 2 elektron valens sahaja).
Atom neon, argon, krypton, xenon dan radon mempunyai susunan elektron oktet (octet).
Atom helium mempunyai susunan elektron duplet.
Gas adi (noble gases) adalah lengai (inert) secara kimia. Ini adalah kerana semua atom gas
adi mempunyai susunan elektron (electron) yang stabil. Maka, atom unsur gas adi tidak
perlu menerima, melepaskan, atau berkongsi elektron dengan atom lain. Oleh itu, gas adi
wujud sebagai atom-atom bebas (monoatom).
Cara untuk atom-atom yang tidak stabil untuk mencapai kestabilan ialah:
1. Menghilangkan elektron.
2. Menerima elekron.
3. Berkongsi elektron.

Menghilangkan elektron dan menerima elektron, adalah juga dikenali sebagai pemindahan
elektron.

Gas adi
Helium, He
Neon, Ne
Argon, Ar
Kripton, Kr
Xenon, Xe
Radon, Rn

Susunan elektron
2
2.8
2.8.8
2.8.18.8
2.8.18.18.8
2.8.18.32.18.8
Susunan elektron bagi unsur-unsur Kumpulan 18.

Asid
Asid (acid) ialah bahan yang mengandungi atom - atom hidrogen yang mengion dalam air
untuk menghasilkan ion hidroksonium (hydroxonium ions), H3O+.
Ion hidroksonium digambarkan sebagai ion hidrogen yang berpadu dengan molekul air.
H+ + H2O H3O+ (ion hidroksonium)
Oleh itu, ion hidroksonium H3O+ juga ditulis sebagai H+ (ak).
Apabila gas hidrogen klorida dilarutkan dalam air, molekul hidrogen klorida, HCl mengion
untuk menghasilkan ion hidrogen, H+, dan ion klorida, Cl-.
Ion hidrogen kemudiannya berpadu dengan air untuk membentuk ion hidroksonium. Larutan
yang terbentuk disebut asid hidroklorik (hydrochloric acid).

Asid juga ditakrifkan sebagai penderma proton apabila larut dalam air kerana ion
hidrogen hanya mempunyai satu proton.
Kebesan (basicity) sesuatu asid ialah bilangan atom hidrogen dalam setiap molekul asid
yang mengion dalam larutan akueusnya (aqueous) untuk menghasilkan ion
hidrogen (hydrogen ions).
Asid dengan setiap molekulnya mengion dalam larutan akueus untuk menghasilkansatu ion
hidrogen disebut sebagai asid monobes dan kebesan (basicity) asid ini adalah satu.
HCl H+ + ClAsid dengan setiap molekulnya mengion dalam larutan akueus untuk menghasilkandua ion
hidrogen disebut asid dwibes dan kebesan (basicity) asid ini adalah dua. ( H2SO4 2H+ +
SO42- )
Perhatikan bahawa asid etanoik (ethanoic acid) adalah asid monobes. Walaupun satu
molekul asid etanoik mengandungi 4 atom hidrogen tetapi hanya satu atom
hidrogen mengion dalam larutan akueus untuk menghasilkan satu ion hidrogen.

Jadual di bawah menunjukkan pelbagai asid yang digunakan dalam kehidupan harian.
Nama asid
Asid hidroklorik
Asid nitrik
Asid etanoik
Asid sulfurik
Asid karbonoik
Asid fosforik

Nama asid
Asid sulfurik
Asid nitrik

Formula kimia
Kebesan (basicity)
HCl
Satu (monobes)
HNO3
Satu (monobes)
CH3COOH
Satu (monobes)
H2SO4
Dua (dwibes)
H2CO3
Dua (dwibes)
H3PO4
Tiga (tribes)
Kebesan (basicity) bagi beberapa asid yang tertentu.
Penggunaan
Membuat baja kimia, detergen, polimer, dan sebagai elektrolit
bagi akumulator asid-plumbum
Membuat baja garam nitrat, bahan letupan dan plastik

Asid
Asid
Asid
Asid

hidroklorik
metanoik
benzoik
etanoik

Menghilangkan karat, mencuci logam untuk disadur elektrik


Membeku susu getah
Mengawet makanan
Membuat cuka dan mengawet makanan
Penggunaan asid.

Garam
Garam (salts) adalah sebatian ion (ionic compound) yang terbentuk apabila ion hidrogen
dalam asid diganti oleh ion logam atau ion ammonium (NH4+).
Formula kimia bagi garam adalah terdiri daripada kation (selain ion hidrogen) dan anion
(selain daripada ion oksida dan ion hidroksida).
Kation (cations) dan anion suatu garam diikat oleh ikatan ionik yang kuat (strong ionic
bonds).

Garam klorida terbentuk apabila ion H+ dalam asid hidroklorik diganti oleh ion logam atau
ion ammonium (NH4+).
Contoh garam terbentuk daripada asid sama:
Asid
Asid Hidroklorik, HCl

Contoh garam
NaCl, KCl, CuCl2, ZnCl2,
NH4Cl
Asid Nitrik, HNO3
NaNo3, KNO3, Mg(NO3)2,
Pb(NO3) 2, NH4NO3
Asid Sulfurik, H2SO4
Garam sulfat (sulphate
Na2SO4, K2SO4, FeSO4,
salts)
CaSO4, (NH4) 2SO4
Asid Karbonik, H2CO3
Garam karbonat (carbonate Na2CO3, CaCO3, MgCO3,
salts)
ZnCO3, PbCO3
Asid diprotic dan asid triprotic mengandungi lebih daripada satu ion H + yang boleh diganti.
Oleh itu, adalah mungkin bagi sesuatu asid itu untuk membentuk lebih daripada satu jenis
garam.
Jenis asid

Nama umum garam


Garam klorida (chloride
salts)
Garam nitrat (nitrate salts)

Contoh asid

Jenis garam yang

Contoh garam

Dibasic acid

H2SO4

boleh dibentuk
2

Tribasic acid

H3PO4

NaHSO4
Na2SO4
NaH2PO4
Na2HPO4
Na3PO4

You might also like