You are on page 1of 4

1903: Dilahirkan pada 8 Februari di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar.

1913: Dihantar untuk belajar di Sekolah Debsirindir, Bangkor.


1916: Pulang ke Kedah dan memasuki Penag Free School.
1919: Belajar di England.
1925: Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah).
1927: Belajar undang-undang di Universiti Cambridge
1930: Lulus semester pertama, jurusan undang-undang di Inner Temple.
1931: Berkhidmat sebagai pegawai latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah dan
kemudiannya sebagai Penolong Pegawai Jajahan di Kulim.
1932: Berkhidmat sebagai Pegawai Jajahan di Kuala Nerang.
1933: Berkahwin dengan Mariam.
1934: Mariam meninggal dunia kerana penyakit malaria di Kuala Nerang. Tunku berkahwin
dengan kekasih lamanya Violet Coulson.
1935: Dipindahkan ke Pulau Langkawi oleh Pensihat British.
1937: Bertugas sebagai Pegawai Jajahan serta hakim daerah di Sungai Petani dan
Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani.
1938: Menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang.
1939: Kembali ke Kedah kerana ada berita perang akan meletus di Eropah.
1940: Dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan
Kedah.
1941: Jepun menyerang Kota Bahru, Kelantan pada 8 Disember.
1947: Berangkat semula ke England untuk menyambung pengajian.
1948: Dipanggil ke bar di Inner Temple.
1951: Menjadi Presiden UMNO pada Oktober dan menganjurkan Pertandingan Membaca AlQuran peringkat negeri yang pertama di Kedah.
1954(umur 51): Mengetuai rombongan ke England untuk berbincang bagi menuntut
kemerdekaan tetapi tidak berhasil.
1955: Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama.
Satu lagi rombongan ke London diadakan.
1956: Tunku mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu buat kali pertamanya pada 20
Februari di Bandar Hilir, Melaka.
1957: Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos.

1958: Dilantik sebagai Presiden pertama Asian Football Confederation (AFC).


1960: Menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM).
1961: Menubuhkan Association of Southeast Asia (ASA). Menjadi tuan rumah Pertandingan
Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang pertama.
1963: Membentuk Malaysia pada 16 September.
1967: ASA dibubarkan. Association of Southeast Asian Nations ditubuhkan.
1969: Membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantik sebagai
Setiausaha Agungnya yang pertama.
1971: Tunku meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.
1982: Menjadi Presiden Majlis Dakwah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP).
1990: Mangkat pada 6 Disember.

1922: Dilahirkan pada 11 Mac di Pulau Keladi, Pekan, Pahang


1934: Melanjutkan pengajian ke peringkat menengah di Maktab Melayu
Kuala Kangsar.
1939: Menyertai Perkhidmatan Awam Melayu (MAS, iaitu Malay
Administrative Service ) di Pahang.
1940: Mendapat biasiswa negeri untuk melanjutkan pelajaran di Kolej
Raffles, Singapura.
1941: Menyertai Pasukan Askar Wataniah dan Force 136.
1950: Menerima ijazah undang-undang dari Lincoln's Inn dalam masa 18
bulan lalu menyertai Perkhidmatan Awam Tanah Melayu (MCS),
sekembalinya ke tanah air.
Menjadi anggota biasa UMNO lalu dipilih untuk mengetuai Pergerakan
Pemuda UMNO yang sebelum itu dipimpin oleh Tun Hussein Onn.
1951: Dilantik menjadi Timbalan Yang Dipertua UMNO lalu dilantik sebagai
Ahli Tidak Rasmi Dewan Perundangan Persekutuan.
1952: Dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Berkahwin
dengan Tun Rahan Noah.
1955:

Menjadi Menteri Besar Pahang. Dilantik sebagai Menteri Pelajaran yang


pertama dalam Kabinet Tunku Abdul Rahman.
1956: Menyertai rombongan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman ke
London untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.
Selaku Menteri Pelajaran, menggubal dasar pelajaran seperti yang
terkandung dalam Penyata Pelajaran Razak.
6 Julai: Selaku Menteri Pembangunan Luar Bandar, mengasaskan Lembaga
Pembangunan Tanan Persekutuan yang kini dikenali sebagai Lembaga
Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) untuk memberi peluang kepada
orang Melayu yang tidak bertanah memulakan kehidupan baharu.
1957: Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri
Pembangunan Luar Bandar, selepas kemerdekaan dicapai.
1963: Ditugaskan oleh Tunku Abdul Rahman untuk meredakan keadaan
dam memulihkan hubungan Kuala Lumpur-Jakarta apabila Indonesia
melancarkan kempen ganyang Malaysia melalui konfrontasinya.
1969:13 Mei: Rusuhan kaum tercetus. Namun mengikut buku May 13:
Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969 yang ditulis oleh
Kua Kia Soong, pengasas SUARAM, rusuhan tersebut tidak berlaku secara
spontan. Sebaliknya, bertentangan dengan laporan rasmi yang
menyalahkan parti pembangkang atas keganasan tersebut, dokumen
terubah status yang dibebaskan oleh Pejabat Rekod Awam British di
London mendakwa bahawa rusuhan itu sengaja dimulakan oleh "kelas
kapitalis negara yang berkuasa" (puak Razak) dalam UMNO sebagai suatu
rampasan kuasa untuk menggulingkan Perdana Menteri Tunku Abdul
Rahman.
Merampas kuasa lalu menguatkuasakan pemerintahan darurat menerusi
Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang ditubuhkannya, dengan kuasa
mutlak untuk memerintah. Parlimen digantungnya dan demokrasi
diisytiharkan berkubur.
1970: Memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB/NEP) yang dikatakan
bertujuan untuk menghapuskan kemisikan dalam kalangan rakyat tanpa
mengira kaum dan menyusun semula masyarakat.
22 September: Menjadi Perdana Menteri Malaysia kedua, selepas Tunku
meletakkan jawatan dari kerajaan dan Parti Perikatan.

1972: Menjemput Dr Mahathir Mohamad yang tersingkir pada 1969, kembali


ke pangkuan UMNO.
1974: Memperkenalkan Barisan Nasional (BN), pembesaran Parti
Perikatan, kepada pengundi pada Pilihan Raya Umum 1974.
1976: Meninggal dunia di London pada , 14 Januari sewaktu menerima
rawatan untuk leukemia, lalu dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid
Negara.

You might also like