You are on page 1of 34

FAKULTI PENDIDKAN DAN BAHASA

HBPE3103
KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)
SEPTEMBER 2013

NAMA

NO. MATRIKULASI

NO. KAD PENGENALAN

NO. TELEFON

E-MEL

PUSAT PEMBELAJARAN

HBPE3103
KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)

ISI KANDUNGAN
NO

TOPIK

MUKA
SURAT

1.0

PENGENALAN

2.0

KERTAS CADANGAN TENTANG PERTANDINGAN


PERMAINAN MINI BOLA BALING

2.1
2.2
2.3
2.4
2.5
2.6
2.7
2.8
2.9
2.10
2.11
2.12
2.13
2.14
2.15
2.16

Pengenalan
Rasional
Matlamat
Objektif
Nama Kejohanan
Penganjuran
Pengelola
Tarikh, Masa, Dan Tempat Kejohanan
Sasaran / Penyertaan
Kelayakan Pemain
Pendaftaran Pemain Dan Pegawai Pasukan
Jadual Pertandingan
Ahli Jawatankuasa
Anggaran Belanjawan
Peraturan Kejohanan Bola Baling
Penutup

4-5
5
6
7
8
8
8
8
8
9
9
10
11-12
13
14-26
27

3.0

KESIMPULAN

4.0

RUJUKAN

29-30

5.0

LAMPIRAN

31-34

28

34

HBPE3103
KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)

1.0

Pengenalan
Kemajuan dalam bidang sukan menjadi semakin penting pada masa kini kerana ia

mampu mewujudkan perpaduan sejagat, memupuk keamanan serta meningkatkan imej


sesebuah negara. Bidang sukan juga merupakan antara landasan terbaik dalam usaha
membangunkan modal insan yang cergas, kreatif, berdaya saing dan mempunyai jati diri yang
kukuh demi memastikan kelangsungan keutuhan sesebuah negara. Bagi memastikan matlamat
tersebut dapat direalisasikan, bidang sukan perlu menyediakan peluang penyertaan dan
penglibatan yang seluas-luasnya kepada golongan muda yang merupakan pewaris kepimpinan
negara di masa hadapan.
Bagi menyemarakkan kembali kegiatan sukan di sekolah Kementerian Pelajaran
telah pun memulakan pelaksanaan dan pengukuhan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S)
untuk mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah.
Dasar ini bertujuan untuk memastikan penglibatan setiap murid dalam aktiviti sukan di
sekolah, menerapkan nilai-nilai sukan di kalangan seluruh warga sekolah, serta
mengembalikan sekolah sebagai institusi utama untuk melahirkan bakat-bakat sukan dari
peringkat akar umbi. Dasar ini juga diharapkan dapat mewujudkan budaya persaingan yang
sihat di kalangan murid-murid dan sekali gus membentuk satu persekitaran sosial yang
kondusif untuk perkembangan mereka.
Kejayaan menggerakkan dan membudayakan sukan di peringkat sekolah perlu
melibatkan sokongan daripada semua pihak terutamannya guru Pendidikan Jasmani. Guru
Pendidikan Jasmani seharusnya pakar dalam pelbagai bidang sukan dan kecergasan fizikal
bagi menentukan bagaimana cara mereka menyampaikan ilmu dan sejauhmana murid belajar
dalam satu-satu unit konten pelajaran. Salah satu aspek penting pengajaran seseorang guru
ialah penguasaan dalam teras pengetahuan mengajar (knowledge based of teaching) secara
interaktif dan mendalam serta berupaya mewujudkan suasana proses pengajaran dan
pembelajaran yang lebih menarik serta dapat memotivasikan murid dengan mengambil
bahagian dalam aktiviti-aktiviti Pendidikan Jasmani. Dengan itu, guru Pendidikan Jasmani
dikatakan mempunyai peranan utama dalam memacukan pembangunan sukan di Malaysia.
34

HBPE3103
KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)

2.0 KERTAS CADANGAN PERTANDINGAN PERMAINAN MINI BOLA


BALING
2.1 PENGENALAN
Permainan Bola baling merupakan gabungan daripada beberapa kemahiran asas bola
jaring, bola keranjang dan bola sepak.

Permainan ini mulai mendapat pengiktirafan

antarabangsa sebagai satu permainan yang diminati. Dari segi populariti, bola baling sudah
menjadi permainan yang setanding dengan permainan-permainan lain.
Bola baling mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1976, oleh Encik Lim Hock
Han (Pengarah Sukan Universiti Malaya). Beliau memperkenalkan permainan ini kepada
kumpulan guru dan pelajar di beberapa buah sekolah di negeri Selangor. Selepas itu sebuah
jawatankuasa kerja, khusus untuk permainan bola baling telah dibentuk untuk tujuan menjadi
badan menyelaras bagi mempopularkan pemainan ini khusus dalam kalangan pelajar sekolah,
maktab dan universiti.
Kementerian Pendidikan serta Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM)
mengadakan pelbagai kursus dalam aspek pengenalan permainan, pengadilan dan
kejurulatihan bola baling kepada guru-guru. Tujuannya adalah untuk mengembangkan
permainan ini ke sekolah-sekolah di seluruh negara. Pada tahun 1981, Persatuan Bola Baling
Selangor, Wilayah Persekutuan telah ditubuhkan. Pada tahun 1984, Persekutuan Bola Baling
Malaysia telah ditubuhkan dengan Encik Cheah Hai Su (Pegawai dari Unit Pendidikan
Jasmani dan Sukan, Kementerian Pendidikan) telah dilantik sebagai Presiden manakala Encik
Kan Tong Leong sebagai Setiausaha. Pada tahun 1986, Persekutuan Bola Baling Malaysia
telah menjadi ahli gabungan Persekutuan Bola Baling Asia (AHF).

34

HBPE3103
KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)

Usaha juga telah dilakukan oleh Persekutuan Bola Baling Malaysia dengan
menganjurkan Kejohanan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa termasuklah Kejohanan
Bola Baling antara kelab-kelab negara komanwel telah pun diadakan di Kuantan, Pahang pada
tahun 1994. Negara-negara yang mengambil bahagian terdiri daripada Kenya, England,
Nigeria, New Zealand, Bangladesh, India dan Malaysia.
Untuk

melahirkan modal insan yang sihat dan cergas melalui penyertaan yang

menyeluruh dalam kegiatan permainan bola baling dan juga meningkatkan perkembangan
motor kanak-kanak sebelum mengurus dan mengendalikan sesuatu pertandingan sebenar, saya
sebagai guru Pendidikan Jasmani telah mengambil inisiatif menyediakan satu kertas
cadangan tentang pertandingan permainan mini bola baling untuk murid-murid sekolah SJK
Chung Hua Bintulu.

2.2 RASIONAL
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1Murid 1Sukan agar
setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi
yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik. Dasar

ini selaras

dengan Dasar Sukan Negara yang memberikan penekanan kepada Sukan Untuk
Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Matlamat dasar ini memberikan perhatian
yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam
aktiviti sukan.

Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap dan

dibangunkan melalui program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS). Justeru,


permainan bola baling diperkenalkan bagi menarik minat murid agar mengamalkan gaya
hidup sihat dan aktif.

34

HBPE3103
KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)

2.3 MATLAMAT
. Pelaksanaan program seumpama ini adalah untuk mengembangkan potensi dan minat
pelajar ke arah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Melalui penglibatan pelajar
dalam aktiviti-aktiviti permainan di peringkat sekolah, membolehkan murid-murid
mengimbangkan antara emosi, jasmani, intelek dan rohani selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Negara.
Pelaksanaan aktiviti permainan bola baling juga berharap akan membantu mengatasi
masalah disiplin dan mengurangkan masalah obesiti dalam kalangan murid. Wajar diakui
melalui kegiatan permainan bola baling, murid akan dapat mengisi masa dengan aktiviti
yang bermanfaat, baik untuk kesihatan fizikal terutamanya mengurang masalah obesiti,
menyemai nilai sahsiah yang terpuji, membina keyakinan diri yang tinggi di samping
berasa seronok hadir ke sekolah seterusnya membendung gejala ponteng.
Di samping itu, melalui penglibatan pelajar dalam permainan bola baling juga
memberikan peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi dalam
sukan untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. Hal ini juga menyumbang kepada
penggalakan pertandingan yang sihat, semangat muhibah, kesefahaman, toleransi
dan meningkatkan nilai moral dan fizikal yang memberikan

satu landasan

yang

betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang
bersatu padu serta memupuk semangat cinta akan negara.
.

34

HBPE3103
KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)

2.4 OBJEKTIF
Adalah diharapkan program ini akan dapat :
2.4.1 Memartabatkan bola baling sebagai permainan yang disukai di kalangan pelajar
sekolah.
2.4.2 Memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan bakat mereka ke tahap
yang lebih optimum.
2.4.3 Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid-murid dalam
permainan yang diceburi.
2.4.4 Melahirkan pelajar yang berkeyakinan dan memantapkan diri untuk lebih berjaya
dengan lebih cemerlang.
2.4.5 Pelajar yang aktif dan berpotensi akan dipilih dan dihantar mewakili sekolah ke
kejohanan olahraga peringkat daerah.
2.4.6 Mencapai saranan rekabentuk Modul Gaya Hidup Rakan Muda (Rakan Sukan )
iaitu melaksanakan aktiviti kesukanan yanng berasaskan semangat pertandingan
dan kecergasan fizikal. Bagi membangun elemen remaja yang ceria, mencabar,
menarik dan bersifat penjelajahan untuk memberikan inovasi dan kreativiti dalam
pembaharuan, peningkatan, futuristic dan kualiti serta bersifat berterusan dalam
membangunkan sukan negara.

34

HBPE3103
KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)

2.5

NAMA KEJOHANAN
Kejohanan Bola Baling Mini SJK Chung Hua 2013

2.6

PENGANJURAN
Unit KoKurikulum SJK Chung Hua, Bintulu

2.7

PENGELOLA
Kelab Bola Baling SJK Chung Hua, Bintulu

2.8

2.9

TARIKH, MASA, DAN TEMPAT KEJOHANAN


Tarikh

: 15-18 November 2013

Masa

: 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Tempat

: Gelanggang Bola Baling Sekolah SJK Chung Hua, Bintulu.

SASARAN / PENYERTAAN
Kejohanan ini terbuka kepada
2.9.1

Pelajar tahap dua SJK Chung Hua Bintulu

2.9.2

Kategori Lelaki dan Perempuan Bawah 12 Tahun

2.9.3

Hanya 8 Pasukan Lelaki dan 8 Pasukan Perempuan sahaja akan dipilih


menyertai kejohanan ini. Pihak anjuran berhak membuat keputusan dalam
pemilihan pasukan untuk menyertaan kejohanan ini.

2.9.4

Setiap penyertaan akan dikenakan bayaran sebanyak RM 25.00 sepasukan.


34

HBPE3103
KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)

2.10 KELAYAKAN PEMAIN


2.10.1 Pemain mesti ialah murid SJK Chung Hua Bintulu.
2.10.2 Kelayakan umur pemain adalah seperti berikut;
Kategori Lelaki dan Perempuan Bawah 12 Tahun;
Lahir pada tahun 2003 dan selepasnya.
Kiraan umur adalah 1 Januari tahun pertandingan.
2.10.3 Seorang pemain yang telah didaftarkan bermain dalam satu pasukan dalam
pertandingan bola baling tidak layak mewakili pasukan lain dalam siri
pertandingan yang sama.
2.10.4 Sebarang pertelingkahan atas hak atau status pemain akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Pengelola dan keputusannya adalah muktamad.

2.11 PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEGAWAI PASUKAN


2.11.1 Hanya pemain yang berdaftar sahaja layak mengambil bahagian dalam
pertandingan ini.
2.11.2 Setiap pemain mesti didaftarkan dengan Borang pendaftaran Individu (R01)
yang telah disahkan oleh Guru Besar.
2.11.3 Setiap pasukan mesti melengkapkan Borang R02 dan setiap pasukan
hendaklah mengandungi 7 orang pemain dan 3 orang pegawai.
2.11.4 Semua borang pendaftaran R01 dan R02 yang telah diashkan oleh Guru Besar
dan bayaran pertandingan hendaklah diserahkan kepada Jawatankuasa
pengelola pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.
34

HBPE3103
KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)

2.12 JADUAL PERTANDINGAN

PERTANDINGAN PERMAINAN BOLA BALING BAWAH 12 TAHUN


SJK CHUNG HUA, BINTULU

Hari /Masa

8.00am- 9.30 am

9.45am-12pm

12.00pm-1.00pm

3pm-5pm

Jumaat
(15 NOV)

Pendaftaran
pasukan dan
taklimat sistem
pertandingan serta
acara pembukaan.

Perlawanan
peringkat
kumpulan Lelaki
& Perempuan

Rehat

Perlawanan
peringkat
kumpulan Lelaki
& Perempuan

Hari/Masa
Sabtu
(16 NOV)

8.00am9.30am

11.00am12.30pm

12.30pm1.00pm

Perlawanan
Separuh
pertama

Perlawanan
separuh akhir
kedua

Rehat

1.00 pm4.00 pm
Perlawanan

untuk tempat
ketiga dan
keempat
Perlawanan
akhir

34

4.15pm5.00 pm
Majlis
penutupan
dan
penyampaian
sijil dan
hadiah

HBPE3103
KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)

2.13 AHLI JAWATANKUASA

AHLI JAWATAN KUASA INDUK


KEJOHANAN BOLA BALING BAWAH 12 TAHUN
SJK CHUNG HUA BINTULU
Penasihat

En. Abd Khalib b Abd Hamid


(Guru Besar SJK CHung Hua Bintulu)

Pengerusi

Pn Siti Hawa bt Abd Majid


(GPK Kokurikulum SJK CHung Hua Bintulu)

Naib Pengerusi 1

Pn. Rusnawati bt Wok Ali


(GPK Kurikulum SJK CHung Hua Bintulu)

Naib Pengerusi 2

Pn. Hajah Raziah bt Md Hashim


(GPK Hem SJK CHung Hua Bintulu)

Penyelaras

En Mohamad Razali B. Mean


(Penyelia Sukan SJK CHung Hua Bintulu)

Pengerusi Teknik

En Syahrul Effendy Bin Ahmad Fuzi

Setiausaha

Pn Norashikin bt Md Yusoff

Penolong Setiausaha

Pn Helda Anak Mapan

Bendahari

Pn Nurul Adha bt Md Yatim

34

HBPE3103
KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)

AHLI JAWATANKUASA KECIL

JURI RAYUAN
1. En Abd Khalid b Abd Hamid

DOKUMENTASI / FOTOGRAFI
1. Pn Mas Iza bt Abd Rahman

2. En Syahrul Effendy b Ahmad Fuzi

2. Pn Siti Suhanah bt Mukhruni

PANEL PEMILIHAN

PENDAFTARAN

1. En Syahrul Effendy b Ahmad Fuzi

1. Pn Zulaiha bt Dakun

2. Panel pemilihan yang dilantik

2. Pn Sunita bt Ngawitu

HADIAH/SIJIL DAN
CENDERMATA

TEKNIK/ALATAN/ PERSIAPAN
TEMPAT/PADANG

1. Pn Nor Liza bt Ayob

1.

En Ismail b Ahmmed

2. Pn Ainunhaida bt Badarzaman

2.

En Zaidi b Hamid

PENAJAAN

JURUACARA

1. Pn Hasnoni bt Hasan

1.

Pn Nurul Adha bt Md Yatim

2. En Abd Halim b Mohammad

2.

Pn Syarina Diana bt Basri


KECEMASAN

ALAT SIARAYA/PUBLISITI
1. En Harun b Nawari

1.

Pn Suzana bt Aziz

2. En Wan Muadzam b Wan Abidin

2.

Pn Hermiyanti bt Hj Sain

KESELAMATAN DAN
KEBERSIHAN

MAKANAN/MINUMAN

1. En Ismail b Ibrahim
2. Pn Maisarah bt Ishak

1.

Pn Nor Azian bt Md Nor

2.

Pn Nurulazila bt Abd Majid

URUSETIA

STATISTIK/BORANG SKOR

1. Pn Sasirega K. Narayanasamy

1.

Pn Fairoes bt Abd Shukor

2. Pn Normaziah bt Mat Isa

2.

Pn Zuraida bt Mohd Noor

34

HBPE3103
KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)

2.14 ANGGARAN BELANJAWAN


2.13.1 Sumber Kewangan
Bil

Sumber

Harga Seunit

Yuran Tajaan PIBG

Yuran pendaftaran
pasukan

Harga Keseluruhan
RM 2500.00

RM25.00
Satu pasukan

16 pasukan X RM25.00 =RM 400.00

Sumber Kewangan Keseluruhan

RM 2900.00

2.13.2 Anggaran Perbelanjaan Kejohanan Bola Baling Bawah 12 Tahun


Bil
1

Perkara
Mesyuarat Pengurusan

Anggaran

Jumlah

RM 4.00 X 2 X 40 orang

RM 320.00

RM 10 X 32 perlawanan

RM 320.00

Pertandingan ( 2 kali )
2

Elaun Pengadil
( 32 perlawanan)

Elaun Petugas

RM 8.00 X 2 hari X 20 orang

RM 320.00

Makanan & Minuman

RM 10.00 X 2 hari X 20 orang

RM 400.00

Ahli Jawatankuasa
5

Hadiah

RM 6. 00 X 80 medal

RM 480.00

Piala (penjaring terbanyak)

RM 50.00 X 2

RM 100.00

Piala Kejohanan

RM 50.00 X 6

RM 300.00

Sijil

RM 1.00 X 160 orang murid

RM 160.00

Kecemasan

RM 140 X 2 hari

RM 280.00

Jumlah Keseluruhan

34

RM 2680.00

HBPE3103
KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)

2.15

PERATURAN KEJOHANAN BOLA BALING

2.15.1

UNDANG-UNDANG PERMAINAN
(a) Undang-undang kejohanan kali ini adalah merujuk kepada Undang-undang yang ditetapkan
oleh Persekutuan Bola Baling Antarabangsa (IHF), Persekutuan Bola Baling Malaysia
(MH), dan Peraturan - Peraturan AM MSSM.
(b) Jikalau timbul sebarang keadaan yang diluar jangkaan, pihak pengajur akan
membuat keputusan yang muktamad.

2.15.2

JENIS PERTANDINGAN
Pertandingan berpasukan ( Lelaki dan Perempuan ) bawah 12 tahun

2.15.3

TEMPOH PERMAINAN
Secara Liga pusingan awal dan Kalah Mati pusingan kedua dengan masa permainan
10 minit setiap separuh masa dengan 5 minit masa rehat (10 :5: 10)

2.15.4

MASA REHAT PASUKAN (1 MINIT )


(a) Setiap pasukan dibenarkan meminta 1 minit masa rehat (Team Time-Out) sekali
bagi setiap separuh masa.
(b) Pegawai yang berdaftar bagi setiap perlawanan sahaja dari mana-mana pasukan
dibenarkan memohon masa rehat dengan menyerahkan KAD HIJAU berukuran
15 cm x 20 cm kepada Penjaga Masa (Time Keeper).
(c) Situasi yang dibolehkan untuk memberi kebenaran berhenti untuk masa rehat 1
minit : Semasa pasukannya mengawal bola.
Selepas pasukannya terkena jaringan gol atau semasa balingan gol dari pasukan
sendiri setelah bola tersasar keluar.

34

HBPE3103
KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)

2.15.5

PENDAFTARAN PEMAIN
Tiap-tiap pasukan terdiri tidak lebih daripada 10 orang pemain, iaitu 7 orang pemain
dengan 3 pegawai.

.
2.15.6

SISTEM PERTANDINGAN
Sistem pertandingan dijalankan secara liga (pusingan awal) dan kalah mati (separuh
akhir).

Liga Dua Kumpulan (8 pasukan )


Pusingan Pertama
(a)

Oleh sebab lapan pasukan yang mengambil bahagian, maka mereka


dibahagikan kepada dua kumpulan .

(b)

Johan dan tempat keempat dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan
dalam Kumpulan A dan Naib Johan dan tempat ketiga ditempatkan dalam
Kumpulan B .

(c)

Pasukan lain akan ditempatkan dalam dua kumpulan dengan cabutan undi .

34

HBPE3103
KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)

Pusingan Kedua ( Separuh Akhir )


(a)

Johan A kumpulan A akan melawan Naib Johan B kumpulan B.


Johan B kumpulan B akan melawan Naib Johan A kumpulan A .

(b)

Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

Pusingan Akhir
(a)

Johan akan melawan Johan untuk menentukan tempat pertama dan kedua .

(b)

Naib Johan akan melawan Naib Johan untuk menentukan tempat ketiga dan
keempat.

Catatan:
*A ialah pasukan Johan dalam kumpulan A.
*B ialah pasukan Naib Johan B dalam kumpulan B.
*C ialah pasukan Johan B dalam kumpulan B.
*D ialah pasukan Naib Johan A dalam kumpulan A.

34

HBPE3103
KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)

2.15.7

CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN KUMPULAN

2.15.7.1 Secara Liga

Cara Memberi Mata


Menang
2 mata
Seri
1 mata
Kalah
0 mata
(a)

Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama maka pemenang
akan ditentukan seperti berikut :

(b)

Pasukan yang memperolehi perbezaan gol yang terbanyak akan dikira menang.

(c)

Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dikira menang.

(d)

Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang.

(e)

Jika masih seri, cabutan undi akan dijalankan.

2.15.7.2 Secara Kalah Mati

(a)

Bagi perlawanan secara kalah mati, jika kedudukan seri selepas sepenuh masa,
langkah-langkah berikut akan dipatuhi untuk menentukan pemenangnya.

(b)

Perlawanan masa tambahan 5 minit akan diadakan setelah berehat 5 minit

(c)

Selepas 5 minit perlawanan separuh masa pertama, satu minit diberi untuk
bertukar tempat dan perlawanan diteruskan.

(d)

Jika keputusan masih seri balingan 7 meter akan dijalankan.

(e)

Jika balingan 7 meter tidak dapat dijalankan kerana cuaca, penglihatan kurang
jelas atau keadaan-keadaan lain tidak mengizinkan, maka lambungan syiling
sebanyak 3 (tiga) kali hendaklah dijalankan.

34

HBPE3103
KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)

2.15.7.3 Sistem Balingan 7 Meter (Penalti)


(a)

Tiap-tiap pasukan mengambil 5 balingan dari garisan balingan 7 meter dengan


cara membaling berselang-seli oleh 5 pemain.

(b)

Jika masih seri, maka balingan 7 meter hendaklah diteruskan secara berselang-seli
dengan sistem Sudden death sehingga keputusan diperoleh.

(c)

Pengadil akan memutuskan gol mana balingan 7 meter itu dijalankan.

(d)

Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang akan membuat
balingan dahulu.

(e)

Hanya

pemain-pemain

yang

layak

menyertai

perlawanan

tersebut dibenarkan mengambil balingan 7 meter.


(f)

Pemain-pemain yang akan mengambil balingan 7 meter dan penjaga gol pasukan
mestilah berada diluar garisan balingan percuma.

(g)

Semua pemain lain hendaklah berada di garisan tengah gelanggang.

(h)

Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa semasa balingan 7 meter
dijalankan.

34

HBPE3103
KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)

2.15.8

KEPERLUAN DAN PERALATAN

2.15.8.1 Pakaian
Sila rujuk Undang-Undang Bola Baling Antarabangsa (IHF) dan perkara-perkara
berikut :(a)

Semua pemain dimestikan memakai kasut dan bersarung kaki.

(b)

Pemain-pemain dibenarkan memakai kasut biasa atau boot. Kasut berpaku


tidak dibenarkan sama sekali.

(c)

Kasut boot yang mempunyai 6 - 8 stud tidak dibenarkan dipakai dan tinggi
stud yang dibenarkan tidak melebihi 12 mm.

(d)

Setiap pasukan dikehendaki membawa sekurang-kurangnya 2 set jersi yang


berlainan warna bagi setiap peringkat umur. Pemain dimestikan memakai jersi
yang bernombor di antara 1 hingga 20 di bahagian belakang dengan ukuran
ketinggian nombor sekurang-kurangnya 20 cm dan 10 cm ukuran dibahagian
dada. Pemakaian nombor pemain hendaklah dikekalkan sehingga tamat
kejohanan.

(e)

Pengurus-pengurus pasukan dikehendaki mengisytiharkan warna jersi masingmasing semasa mesyuarat pengurus-pengurus pasukan.

(f)

Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan kain berwarna terang di bahagian atas
lengan dengan ukuran lebar 4 cm.

(g)

Pertukaran warna jersi: Jika berlaku pemakaian jersi yang sama warna sebelum
pertandingan oleh kedua-dua pasukan, pasukan yang namanya tercatat dahulu
dalam jadual perlawanan dikehendaki menukar jersi.

34

HBPE3103
KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)

2.15.8.2 Tatacara Berpakaian Semasa Aktiviti Dijalankan


(a)

Pakaian untuk pemain lelaki dan wanita terdiri daripada baju lengan pendek atau
Rajah:
Contoh
jersi stoking
yang sesuai
panjang,
seluar pendek
atau panjang,
dan kasut untuk
biasa atau but.
permainan bola baling

(b)

Semua pemain gelanggang hendaklah berpakaian serupa (seragam) kecuali


penjaga gol yang berlainan daripada pemain lain dalam pasukannya dan pemain
pasukan lawan.

(c)

Pemakaian segala alat yang dianggap berbahaya kepada pemain-pemain tidak


dibenarkan.

Rajah:

Kasut

Rajah: Peralatan
Penjaga Gol

34

HBPE3103
KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)

2.15.8.3

Gelanggang Permainan
Sila rujuk Undang-Undang Bola Baling Antarabangsa (IHF)
Tiap-taip gelanggang permainan hendaklah disediakan satu kawasan keselamatan di
luar gelanggang permainan dengan ukuran sekurang-kurangnya 1 meter dari garisan
tepi dan sekurang-kurangnya 2 meter dari garisan gol.

34

HBPE3103
KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)

2.15.8.4

Gawang Gol

2.15.8.5

Alatan (Bola)

PERINGKAT UMUR

LILITAN

BERAT

SAIZ BOLA

12 Perempuan
12 Lelaki

50 52 cm

290 330 gm

Saiz 1

Rajah:

Contoh Bola
Baling

34

HBPE3103
KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)

2.15.9

KELEWATAN
Hanya 10 minit akan diberi kepada sesuatu pasukan yang lewat. Selepas itu, pihak
lawannya akan diberikan kemenangan dengan 2 mata dan dengan bilangan gol 3 0.

2.15.10 PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN


Sekiranya pengadil berpendapat bahawa gelanggang tidak sesuai disebabkan oleh
cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangka atau perlawanan dihentikan akibat halhal luar kawalan kedua-dua pasukan, maka perlawanan tersebut akan dimainkan
semula pada suatu masa yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola.

2.15.11 MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH


(a)

Pasukan yang telah bersetuju mengambil bahagian tidak dibenarkan menarik


diri semasa pertandingan dijalankan.

(b)

Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja
daripada pertandingan-pertandingan, semua keputusan pertandingan yang
dimainkan oleh pasukan itu akan dibatalkan. Pasukan tersebut tidak dibenarkan
menyertai perlawanan seterusnya dan hendaklah memberi sebab secara bertulis
kepada pihak pengelola kenapa berbuat demikian untuk menggelakkan
tindakan tatatertib dikecualikan.

34

HBPE3103
KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)

2.15.12 BATAL ( KAD MERAH ) DAN SINGKIR


(a)

Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima satu kad merah atau
dibatal dalam satu-satu perlawanan, ia akan digantung satu perlawanan
berikutnya. Kecuali pemain yang dikenakan tindakan 2 minit selama 3 kali
berturut-turut dalam sesuatu perlawanan dan diikuti dengan satu kad merah
dibenarkan bermain untuk perlawanan seterusnya.

(b)

Jika seorang pemain atau pegawai pasukan disingkir, ia tidak dibenarkan


bermain atau berada di gelanggang di mana pasukannya bermain dalam manamana perlawanan sepanjang pesta tersebut.

2.15.13 BANTAHAN
(a)

Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh pegawai pasukan hendaklah


diserahkan kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya tidak lewat daripada
satu (1) jam selepas tamat perlawanan dengan bayaran sebanyak RM10.00.
Wang tersebut tidak akan dikembalikan jika didapati bantahan itu tidak
berjaya.

(b)

Jika sesuatu pasukan membuat bantahan, perlawanan mereka selepas itu


hendaklah dijalankan dengan keadaan bermain dalam bantahan

2.15.14 ETIKA PEGAWAI DAN PERMAINAN


(a)

Pengurus pasukan hendaklah bertanggungjawab memastikan setiap pegawai


dan pemain termasuk penyokong berpegang teguh kepada etika dan tingkah
laku yang dihormati berdasarkan kepada semangat kesukanan yang tulen.

(b)

Tertakluk kepada pengesahan oleh Jawatan kuasa Pengelola Kejohanan,


Jawatan Kuasa Pengelola boleh mengambil sebarang tindakan yang
bersesuaian terhadap mana-mana pemain , pegawai yang bertindak tidak
mengikut peraturan-peraturan pertandingan atau objektif pertandingan
keseluruhannya dan tindakan ini mungkin meliputi hal-hal seperti
penggantungan mana-mana pasukan , pemain atau pegawai dari apa-apa
penglibatan bagi sebarang jangka masa yang ditimbang sesuai.

(c)

Sebarang penipuan dalam sebarang hal pendaftaran pemain sama ada sengaja
atau tidak adalah dianggap sebagai kesalahan besar dan bertentangan dengan
etika permainan bola baling.

34

HBPE3103
KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)

2.15.15 LEMBAGA JURI RAYUAN


(a)
(b)
(c)
(d)

Pengerusi Pengelola Pertandingan


Setiausaha Pertandingan
Penyelaras Permainan Unit Sukan
3 orang pengurus pasukan dari pasukan yang bertanding dan tidak terlibat
dengan bantahan tersebut

2.15.16 LEMBAGA TATATERTIB


(a)
(b)
(c)
(d)

Penyelaras Permainan
Pengerusi Teknik
Pengerusi Pengelola Pertandingan
Setiausaha Pertandingan

2.15.17 PERATURAN TAMBAHAN


(a)

Sekiranya terdapat balingan percuma selepas wisel penamat dibunyikan oleh


penjaga masa, ia perlu diambil. Pasukan yang mendapat balingan itu hanya
boleh menukar seorang pemain sahaja, iaitu pembaling balingan percuma
tersebut. Pemain lain termasuk dari pihak bertahan tidak dibenarkan
melakukan sebarang pertukaran. (Peraturan 2:5)

(b)

Tidak ada time out untuk balingan 7 meter kecuali berlaku dalam keadaankeadaan tertentu seperti bola terkeluar jauh atau pemain dikenakan hukuman
(kad kuning / 2 minit / kad merah / singkir). Hanya pembaling dan penjaga gol
yang dibolehkan untuk pertukaran. (Peraturan 2:8)

(c)

Mana-mana pegawai yang dibenarkan masuk ke padang oleh pengadil untuk


rawatan pemain yang cedera tidak dibenarkan memberi arahan kepada
pasukan, menghampiri pengadil atau pasukan lawan. Sekiranya berlaku,
pegawai tersebut boleh dikenakan hukuman atas dasar tiada semangat
kesukanan. (Peraturan 4:11)

(d)

Tidak ada ketua pasukan. Mana-mana pemain atau pegawai boleh terlibat
dalam lambungan duit syiling untuk permulaan perlawanan. (Peraturan 4:1)
34

HBPE3103
KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)

(e)

Hanya 2 orang pegawai atau pemain yang didaftar boleh masuk ke padang
untuk rawatan pemain yang cedera atas arahan pengadil. (Peraturan 4:2)

(f)

Untuk balingan permulaan, pembaling mesti memijak garisan tengah dengan


sekurang-kurang sebelah tapak kaki dan berada di posisi itu sehingga bola
dilepaskan. Rakan pasukan tidak dibenarkan melintas garisan tengah padang
sehingga tiupan wisel. (Peraturan 10.3)

(g)

Isyarat pasif play batal sekiranya bola terkena tiang gol atau penjaga gol serta
terdapat pemain pertahanan yang mendapat hukuman. (Klarifikasi No. 4)

(h)

Sebarang posisi yang tidak betul pemain pasukan menyerang yang mendapat
balingan percuma atau balingan ke dalam, perlu diperbetul oleh pengadil.
(Peraturan 15.6)

(i)

Sekiranya bola terkena siling, balingan ke dalam diberi pada kedudukan yang
terhampir kepada pasukan lawan. (Peraturan 11.3)

(j)

Sewaktu team time out, pemain pasukan boleh berada di dalam atau luar
gelanggang. (Klarifikasi No. 3)

2.15.17 PERKARA PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN


Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusan adalah muktamad.

34

HBPE3103
KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)

2.16

PENUTUP
Adalah diharapkan penganjuran ini akan dapat dijalankan dengan lancar dan mencapai
matlamatnya. Kerjasama dan sokongan dalam bentuk idea, dan sumbagannya amatlah
dihargai.Terima Kasih.

Disemak oleh,

Disediakan oleh,

(Pn Siti Hawa bt Abd Majid)

(Pn Norashikin bt Md Yusoff )

GPK Kokurikulum SJK CHung Hua Bintulu

Setiausaha,
Gerko Bola Baling

3.0 Kesimpulan
34

HBPE3103
KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)

Kejayaan pembangunan sukan negara perlu bermula dengan menggerakan masyarakat


aktif dalam sukan sebagai amalan dan budaya hidup mereka. Pendekatan menggerak dan
membudayakan sukan hendaklah ditumpukan kepada pendidikan sukan di peringkat
sekolah. Pendidikan sukan menitikberatkan pengajaran kemahiran, strategi dan pengetahuan
tentang sukan dan aktiviti kecergasan fizikal. Pendekatan tersebut melibatkan sokongan
daripada semua pihak termasuk guru.

Peranan guru bukan semata-mata mengajar topik-topik pelajaran yang ditentukan dalam
sukatan pelajaran bidang masing-masing, malah seorang jurulatih juga perlu bijak membuat
perancangan dan persediaan untuk menghadapi kejohanan dan pertandingan secara berkesan. Ini
kerana suatu program latihan yang dirancang dengan teliti bukan sahaja dapat membantu atlet
membuat persediaan yang mencukupi sebelum pertandingan, malah ia juga menjaga keselamatan
fizikal atlet-atlet serta memberi motivasi kepada atlet-atlet yang bakal menyertai sesuatu
pertandingan.

Oleh itu, perancangan program latihan merupakan satu proses yang sangat

penting dalam melahirkan atlet-atlet yang berprestasi tinggi.

Dengan adanya program kejohanan seperti ini diharap mendapat sokongan daripada
semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Selain daripada itu,
program ini juga dapat melahirkan bakal guru yang berkualiti dan bertangungjawab
melakukan tugas yang telah diamanahkan.

4.0

Rujukan

Joseph, G., Helen Ten, Lim, C. B., & Haridas, M. P. (1995). Teknik Pengadilan Sukan Padang.
Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

34

HBPE3103
KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)

Lee, C. C. (2006). Bola baling (Ed. ke-2). Shah Alam: Oxford Fajar.
Mohd Sofian Omar Fauzee, Syibuddin Ismail, Tuan Kamarudin Tuan Sulaiman, & Roniah Shuib
(2006). Dril bola baling. Shah Alam: Karisma.
Teng, B. T. (2001). Panduan Pengajian Kemahiran Asas Permainan. Kuala Lumpur: Longman.
Wee, E. H. (1995). Pengajaran Jasmani Dan Kesihatan (Ed. Ke-2). Shah Alam: Fajar Bakti.

Asas permainan bola baling. Dirujuk pada 5 Oktober 2013, daripada


http://www.scribd.com/doc/13592634/Asas-permainan-bola-baling

Bola Baling, Sejarah dan Perkembangannya. Dirujuk pada 12 Oktober 2013, daripada
http://www.slideshare.net/gtabbas/bola-baling-7829306

Kertas Kerja Bola Baling. Dirujuk pada 11 Oktober 2013, daripada


http://www.scribd.com/doc/40154358/Kertas-Kerja-Bola-Baling

Kertas Kerja Bola Baling 2012. Dirujuk pada 10 Oktober 2013, daripada
http://www.scribd.com/doc/98081867/Kertas-Kerja-Bola-Baling-2012

Kertas Kerja Pertandingan Bola Baling 5 Sebelah Lelaki Dan Perempuan Bawah 11 Tahun
Terbuka Kluang, 2010. Dirujuk pada 8 Oktober 2013, daripada
http://nasirhisam.blogspot.com/2010/08/bola-baling_26.html

Kertas Kerja Ajk Induk Bola Baling Msspk 2011.Dirujuk pada 19 Oktober 2013, daripada
http://www.docstoc.com/docs/116008582/KERTAS-KERJA-AJK-INDUK-BOLABALING-MSSPK-2011

34

HBPE3103
KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)

Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan SekolahSukan Bola Baling Sekolah
Menengah. Dirujuk pada 1 Oktober 2013, daripada
http://www.moe.gov.my/bsukan/images/stories/pdf/bolabalingsm.pdf

Peraturan Pertandingan Bola Baling. Dirujuk pada 1 Oktober 2013, daripada


http://handball-samarahan.blogspot.com/2009/08/peraturan-pertandinganbola-baling.html

Peraturan Pertandingan Bola Baling. Dirujuk pada 8 Oktober 2013, daripada


http://pgsrpjipik.blogspot.com/2010/12/peraturan-pertandingan-bolabaling.html

Pertandingan Bola Baling 1m1s Bawah 14 Dan 11 Mssd Pasir Gudang 2011. Dirujuk pada 8
Oktober 2013, daripada
http://pgsrpjipik.blogspot.com/2010/12/peraturan-pertandingan-bolabaling.html

BORANG PENDAFTARAN PASUKAN

5.0
LAMPIRAN
PERMAINAN/SUKAN :
NEGERI

JANTINA

M02
KUMPULAN UMUR:

34

HBPE3103
KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)

Bil
1
2
3
4
5
6

Nama Pegawai

Jawatan

No. KP

Bil
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14

Nama Pemain

No. Sijil Lahir

Posisi
Gol Keeper
Gol Keeper
Center Back
Center Back
Right Back
Left Back
Circle Runner
Circle Runner ( Line Player)
Left Winger
Left Winger
Right Winger
Right Winger

No.
Telefon

No. Jersi

Mengesahkan bahawa segala maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar seperti
dalam borang M01.

Pengurus Pasukan
Nama :
No. KP :

Ketua Unit Sukan


Cop Rasmi:

Tarikh :

Tarikh :

BORANG PENDAFTARAN INDIVIDU


P

PERMAINAN

NEGERI

JANTINA

M01
KUMPULAN
UMUR:
34

HBPE3103
KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)

Nama Pemain

__________

Alamat Pemain

__________
gambar ukuran

Sediakan 2 keping
pasport,

(Alamat Rumah)

________
1 keping lekatkan di
sini

No. Sijil Lahiir

_________

No. Telefon (Rumah):

AKUAN KEBENARAN IBUBAPA / PENJAGA

Nama IbuBapa / penjaga :

No. KP :

No. Telefon (Pejabat) :

No. Telefon bimbit :

Saya bapa / penjaga kepada pelajar di atas mengesahkan segala keterangan di atas adalah benar dan gambar terbaru adalah betul.
Saya juga membenarkan anak / jagaan saya didaftarkan sebagai pemain
untuk pasukan
dan bersetuju mematuhi Perlembagaan, undang-undang, peraturan-peraturan, Pekeliling-pekeliling dan
syarat-syarat mengenai pertandingan ini. Saya juga faham bahawa pihak tuan sentiasa memberikan segala penerangan dan akan
mengambil langkah-langkah keselamatan dan pengawasan yang diperlukan sepanjang masa kejohanan tersebut.

Tandatangan :

Tarikh :

AKUAN GURU BESAR / GURU PENOLONG KANAN

Nama Guru Besar / Guru Penolong Kanan :

No. Telefon Sekolah :

Alamat Sekolah :

Saya mengesahkan segala keterangan di atas adalah betul dan gambar di atas adalah terbaru dan benar

(Tandatangan dan Cop Rasmi)

Tarikh

34

HBPE3103
KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)

34

HBPE3103
KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)

34

You might also like