You are on page 1of 2
PEJABAT KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA (Office of Director-General of Education Malaysia ARAS 8, BLOK ES Level 8, Block EB, KOMPLEKS KERAJAAN PARCELE. Government Complex Parcel , PUSAT PENTADBLKAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Tel: 03-8884 6077 Federal Government Administrative Centre Fax: 03-8889 4548 62604 PUTRAJAYA Laman web: http: www.moe.govany. KP(BPSH-SPDK) 201/005/01/ (29) 17 November 2009 Semua Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri, Y.Bhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 10/2009 PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA (PKJR) DALAM BAHASA MALAYSIA DI SEKOLAH RENDAH Kementerian Pelajaran Malaysia memandang serius terhadap kes-kes kemalangan jalan raya yang melibatkan murid-mt sekolah semasa datang dan balik dari sekolah. Sebagai Kementerian yang diamanahkan terhadap kebajikan dan keselamatan warga sekolah di seluruh negara, Kementerian Pelajaran Malaysia berpendapat peraturan -peraturan dan uridang-undang jalan raya wajar diperjelae dan diberi pethatian khusus bermula dari peringkal sekolah rendah. 2. Sehubungan itu, Suret Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan untuk menegaskan keputusan Mesyuaret Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Bil.2/2008 supaya Pendi in Keselamatan Jalan Raya dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia herdaklah dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh Negara. 3, Susulan daripada keputusan tersebut, adalah menjadi tanggungjawab pihak Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan Guru Besar sekolah untuk memastikan; 3.4 Pelaksanaan PKJR dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dilaksanakan secara penyerapan ilmu keselamatan jalan raya ke dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia satu waktu seminggu; 3.2 Semua bahan berkaitan pengajaran dan pembelajaran PKJR dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia yang dihantar ke sekolah dalam makluman Guru Besar dan digunakan sepenuhnya untuk pengajaran dan pembelajaran; dan 3.3. Pihak sekolah memberikan kerjasama kepada pihak penyelidik yang menjalankan kajian pelaksanaan PKJR dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, khususnya pihak Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) 4. Semua Pengarah Pelajaran Negeri hendaklah memaklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan semua Pengetua / Guru Besar di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Dato’ /Datin/Tuan/Puan. Sekian, terima kasih “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” & ‘ TAN SRI DATO" HUI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD DOM Ketua Pengarah Pdjajaran Malaysia Kementerian Pelajatan Malaysia sk - 1. YAB Tan Sti Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran 2. Y.B. Datuk Dr. Ir. Wee Ka Siong Timbalan Menteri Pelajaran 3. Y.B. Dr. Mohd Puad bin Zarkashi Timbalan Menteri Pelajaran 4. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran 5. _ Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia 6. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia 7. KetuaKetua Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia 8. Ketua Nazir Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pelajaran Malaysia 9. Perasihat Undang-Undang Kementerian Pelajaran Malaysia 10. Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia

You might also like