You are on page 1of 3
PEJABAT KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA Office of Director-General of Education Malaysia ARAS8, BLOK 83 Lzvel8, Block E8, KOMPLEKS KERAJAAN PARCELE Government Complex Parcel & PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Tel: 03-8884 6077 Federal Government Administrative Centre Fax: 03-8889 4548 62604 PUTRAJAYA Laman web: http: www.moe.govmy. KP(BS-DSR)8787/008/2/JI6.2( 3 ) 15° Januari 2007 Semua Pengarah Pelajaran Negeri SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 2/2007: PERUNTUKAN WAKTU UNTUK KEGIATAN KOKURIKULUM DI ‘SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH Kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. la bertujuan memberi peluang kepada murid untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran serta nilai yang dipelajari di bik darjah, 2. Subperaturan 3(3) Kurikulum Kebangsaan, dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, telah dinyatakan bahawa kegiatan kokurikulum dj sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan hendaklah mengandungi 2.4 penyertaan dalam sukan dan permainan; 2.2 penyertaan dalam persatuan dan kelab; 2.3 penyertaan dalam badan beruniform; dan 2.4 _ lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri. 3. Sehubungan dengan ini, semua Pengetua dan Guru Besar hendaklah diingatkan bahawa kegiatan kokurikulum merupakan komponen penting dalam dasar pendidikan kebangsaan dan ia hendaklah dilaksanakan oleh sekolah. 4, Oleh yang demikian, kegiatan kokurikulum hendaklah dirancang dengan teratur dan teliti sepertimana perancangan untuk aktiviti-aktiviti kurikulum dan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. 5. Bagi memantapkan pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah maka peruntukan waktu minimum berikut hendaklah dipatuhi: 5.1 Sekolah Rendah Tahun 3 dan Tahun 4 ~ 60 minit seminggu Tahun 5 dan Tahun 6 - 120 minit seminggu 5.2 Sekolah Menengah Jurusan Teknik dan Vokasional - 120 minit semiggu Sekolah Menengah Harian, SBP, SMA dan Lain-lain ~ 180 minit seminggu 6. Sila maklumkan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah/Gabungan serta Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” oo DATO’ Dr. HAJI AHAMAD BIN SIPON Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sk. 10. 4 Y.B. Dato’ Sri Hishammuddin bin Tun Hussein Menteri Pelajaran Malaysia Y.B. Dato’ Hon Choon Kim. Timbalan Menteri Pefajaran Malaysia Y.B. Dato’ Noh bin Haji Omar Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia Y.B. Puan Komala Devi Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran ‘Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pelajaran Ketua Nazir Sekolah Kementerian Pelajaran Penasihat Undang-Undang Kementerian Pelajaran Pegawai Perhubungan Awar Kementerian Pelajaran

You might also like