You are on page 1of 18

KESULTANAN MELAYU MELAKA

PENGENALAN
Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan oleh PARAMESWARA, bangsawan
Srivijaya dari Palembang, keturunan Majapahit, pada tahun 1400 1403.
Pada awalnya, Baginda telah lari mencari perlindungan di Temasik (ketika itu
dikuasai oleh Siam). Diancam Siam pula apabila membunuh Temagi (pemerintah
Temasik).
Melaka pada mulanya merupakan perkampungan kecil berkembang menjadi
pusat perdagangan (Mengambil alih peranan Srivijaya).
Pengislaman Parameswara pada tahun 1414 telah menjadikan Melaka sebagai
pusat perdagangan dan pengembangan agama Islam yang terulung di rantau ini.
Zaman Keagungan Melaka adalah semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah dan
zaman kejatuhan pula adalah semasa zaman Sultan Mahmud Syah.

FAKTOR PERKEMBANGAN
Pemerintah yang berwibawa.
- Parameswara berasal daripada keturunan diraja Palembang
mengetahui selok belok pentadbiran sebuah kerajaan. Dapat
menilai potensi Melaka daripada sebuah perkampungan kecil &
mundur. Menjalinkan hubungan dengan China selepas
menubuhkan kerajaan.
-Bendahara Tun Perak terkenal dengan pentadbiran yang baik,
berkhidmat di bawah 4 Sultan dan merupakan tulang belakang
kepada perkembangan Melaka.

Hubungan diplomatik.
- Hubungan dengan kuasa seperti China, India, Arab, Siam.
- Melaka mendapat perlindungan China (ancaman kerajaan Siam)
- Memudahkan Melaka untuk mempunyai tanah jajahan luas.

Sistem pentadbiran yang teratur.


- Sultan Melaka adalah ketua negeri, ketua agama Islam dan ketua
tentera. Baginda dibantu oleh pembesar 4 lipatan.
- Pembesar yang diketuai oleh pembesar berempat dibantu pembesar
berlapan, pembesar enam belas dan pembesar tigapuluh dua.

Undang- Undang yang sistematik.


- Sistem pentadbiran yang teratur seperti Undang-Undang Laut Melaka
dan Hukum Kanun Melaka yang berlandaskan kepada undang-undang
Islam.
Pengurusan Perdagangan yang Cekap.
- Terdapat golongan penting menguruskan perdagangan seperti
Syahbandar, Nakhoda dan Kiwi. Mereka bertanggungjawab dalam hal
perdagangan,perkapalan dan pelayaran.

Sebagai Pusat Entrepot.


- Melaka terletak di kawasan hasil dagangan penting rempah
ratus yang sangat diperlukan saudagar dari timur dan barat.
Kedudukan yang strategik Melaka.
- Berada di tengah-tengah jalan perdagangan pedagang China &
India.
- Kedudukan strategik - terlindung dari tiupan angin monsun
- Selat yang dalam - membolehkan kapal berlabuh dengan
selamat.
- Bentuk muka bumi berbukit - sesuai dijadikan kubu.
Penggunaan Sistem Matawang.
- Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah. Sistem
matawang yang sistematik, perdagangan lebih lancar & menarik
pedagang.

Kemudahan di Pelabuhan Melaka.


- Gudang bawah tanah dibina untuk membolehkan para
saudagar menyimpan barang dagangan mereka jaminan
daripada kerosakan & kecurian. Juga disediakan tempat
perniagaan, gudang, sistem sukatan dan timbangan dan
kemudahan membaiki kapal.
Sistem Cukai yang Berpatutan.
- Sistem cukai berkeutamaan iaitu cukai rasmi sebanyak 6%
untuk orang India, Sri Lanka dan Burma. 3% bagi saudagar
Barat yang menetap di gugusan Kepulauan Melayu dan bayaran
tidak rasmi bagi pedagang China & negara sahabat Jawa,
Maluku dan Sumatera.
Peranan Orang Laut.
- Sebagai tentera mengawal laluan perdagangan daripada
ancaman lanun. Orang Laut mengetahui selok belok ilmu
kelautan.

ZAMAN SULTAN
MELAKA
1400 1414
1414 1424
1424 1444
1444 1445
1445 1459
1459 1477
1477 1488
1488 1511

Parameswara (Raja Iskandar Shah)


Sultan Megat Iskandar Shah
Sultan Muhammad Shah
Sultan Abu Syahid
Sultan Muzaffar Shah
Sultan Mansur Shah
Sultan Alauddin Riayat Shah
Sultan Mahmud Shah

SISTEM PENTADBIRAN MELAKA

FAKTOR KEJATUHAN
Pemerintah yang lemah.
Sultan Mahmud Shah (1488-1511) menaiki takhta pada usia
muda selepas Sultan Alauddin diracun mati di Pagoh. 10
tahun kemudian Bendahara berkaliber Tun Perak telah
meninggal menyebabkan Melaka semakin lemah.
Akibat termakan fitnah - Sultan Mahmud Shah telah
menitahkan pembunuhan terhadap Tun Mutahir.

Tiada pemimpin yang cekap.


Kematian Bendahara Tun Perak yang berwibawa.

Diganti oleh Tun Mutahir (keturunan Tamil-Islam) yang


mengamalkan pilih kasih. Beliau memilih sanak saudara & untuk
memegang jawatan penting dalam kerajaan.

Masalah Perpaduan.
Pelantikan Tun Mutahir menimbulkan rasa tidak puas hati
menimbulkan persaingan orang Melayu dengan kaum India Muslim.
Akibat konflik antara pembesar Melayu dan India Muslim, rakyat
Melaka berpecah belah dan tidak bersatu.

Cukai yang tinggi.

Cukai yang terlalu tinggi yang dikenakan keatas pedagang


menyebabkan mereka berpindah ke pelabuhan yang lain.

Kelemahan Askar Melaka.


Askar Melaka menggunakan keris, panah, sumpit beracun, perisai,
tombak, dan senjata tradisional untuk menentang askar Portugis.
Askar Melaka juga tidak mempunyai struktur yang lengkap seperti
askar Portugis.

KEJATUHAN KERAJAAN KESULTANAN


MELAYU MELAKA
FAKTOR DALAMAN

FAKTOR LUARAN

Pentadbiran Sultan Mahmud yang Kurang Baik.


Pecah belah antara kaum Antara Melayu dan
Tamil-Muslim.
Rasuah.
Fitnah antara Pembesar.
Serangan Portugis dalam tahun 1511 Alfonso de
Kenaikan Cukai.
Albuquerque telah menyerang dan menawan
Kematian Bendahara Tun Perak Tiada
Melaka dalam tahun 1511.
pengganti yang baik.
Pasukan tentera lemah orang laut tidak
Penemuan Tanjung Harapan.
membantu apabila diserang oleh Portugis sebab
tidak puas hati dengan pentadbiran Melaka yang
telah mengabaikan mereka.
Pertelingkahan dengan negeri Naungan.
Pegangan agama tidak kuat.

KESIMPULAN
Secara keseluruhan dapat dijelaskan bahawa Zaman
Kesultanan Melayu Melaka menjadi titik tolak yang penting
dalam lipatan sejarah di Malaysia. Titik tolak ini bermulanya era
perkembangan pendidikan kerana kemahsyuran Melaka
sebagai sebuah institusi pendidikan awal pada masa itu. Ini
dapat dilihat melalui bukti-bukti yang telah menjadi sumber
rujukan pertama seperti Batu Bersurat, aktiviti perdagangan
(sukatan & timbangan), sistem mata wang dan perkembangan
agama Islam(tulisan jawi) dan lain-lain.

You might also like