You are on page 1of 3

Anak Solah Merupakan Idaman Ibu Bapa

Sesungguhnya anak-anak merupakan anugerah dari Allah s.w.t. yang cukup


berharga kepada Ibubapa. Mereka juga merupakan amanah daripada Allah untuk dijaga dan
dipelihara dengan sempurna dan memastikan keselamatan di dunia dan akhirat.
Amanah ini akan ditanya oleh Allah diakhirat nanti, apakah kita telah menunaikannya dengan
sebaik-baiknya ataupun kita mengkhianatinya.
Sebagai ibu bapa atau yang bakal menjadi ibu bapa sudah pasti berharap supaya dikurniakan
anak-anak yang baik dan soleh yang bakal menjadi penyejuk mata dan penawar hati. Anak-anak
bukan sahaja dapat membantu kita sewaktu di dunia bahkan diharap dapat membantu kita
sampai ke alam akhirat.
Sabda Rasulullah s.a.w :


" :
".
Maksudnya : Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga
perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan
kepadanya.
Oleh itu, sekiranya kita berhasrat dan mengidamkan untuk mendapat zuriat yang terbaik dan
soleh, maka kita mestilah memberikan pendidikan yang sempurna kepada mereka yang berkaitan
dengan dengan fardhu ain dan fardhu kifayah. Justeru itu, proses mendidik anak agar benarbenar menjadi anak yang soleh merupakan suatu tugas dan tanggungjawab yang besar serta
mencabar kepada setiap ibu bapa, terutamanya dalam dunia hari ini yang serba canggih sedikit
sebanyak telah mempengaruhi corak kehidupan masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak.
Maka dalam perkara ini, beberapa faktor penting perlu diberi perhatian oleh ibu bapa bagi
memastikan anak-anak menjadi insan yang soleh dan terbaik serta mampu memberi manfaat
kepada agama, bangsa dan negara. Diantara perkara-perkara utama yang perlu diberi perhatian
oleh ibu bapa dalam proses melahirkan zuriat yang soleh ialah :
Pertama : Sentiasa Berdoa Kepada Allah s.w.t.
Keinginan untuk memiliki zuriat yang soleh dan cemerlang hendaklah dengan cara berdoa
kepada Allah s.w.t. kerana amalan ini merupakan amalan yang dilakukan oleh para nabi dan
rasul.
Firman Allah dalam surah Ali - Imran ayat: 38

()

Yang bermaksud : "Wahai tuhan kami kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat keturunan yang
baik, seseungguhnya engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan." Dalam ayat ini
menjelaskan kepada kita para nabi dan rasul mengutamakan zuriat yang soleh dalam kehidupan
mereka, walaupun zuriat itu belum dilahirkan lagi mereka berdoa kepada Allah s.w.t. agar
dikurniakan zuriat keturunan yang baik.
Ini memberi gambaran dan contoh kepada manusia untuk diamalkan. Di samping kita berdoa
hendaklah kita memberi pelajaran yang sempurna dari segi fardhu Ain dan Fardhu Kifayah
semoga mereka dapat membangunkan diri, masyarakat dan negara.
Kedua : Hendaklah Menanam Akidah Didalam Diri Anak-Anak
Akidah merupakan asas yang perlu diberi perhatian dan keutamaan, kerana akidah yang mantap
sahaja mampu menjamin kebahagian dan kecemerlangan hidup manusia di dunia dan di akhirat.
Selain itu, anak-anak yang mempunyai pegangan akidah yang mantap tidak akan mudah untuk
menyeleweng atau diselewengkan. Lebih-lebih lagi dapat melahirkan insan yang sentiasa dapat
menjaga iman mereka serta menjauhi perkara-perkara syirik yang boleh menyesatkan mereka.
Ketiga : Hendaklah Diberi Penekanan Terhadap Tuntutan Syariah Khususnya Dari
Sudat Ibadah
Penekanan dari sudut ibadah yang sempurna melambangkan sifat kepatuhan dan ketaatan
kepada Allah. Selain itu, sebagai tanda penyempurnaan jalinan hubungan dengan Allah s.w.t
sepanjang masa dengan sentiasa menyerahkan segala jiwa dan raganya terhadap setiap suruhan
dan meninggalkan segala larangannya pada setiap masa.
Selain itu, dengan melakukan ibadah kepada Allah dapat menyedarkan anak-anak tentang sifatsifat manusia sebagai hamba disisi Allah s.w.t.
Firman Allah dalam surah al-Anam ayat 162 :

)

Yang bermaksud : Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk
Allah tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam .
Keempat : Hendaklah Diberi Penekanan Dari Sudut Akhlak
Memiliki akhlak terpuji merupakan lambang kecemerlangan dan keindahan terhadap
keperibadian seorang muslim sejati. Dengan memiliki akhlak yang terpuji menyebabkan
seseorang itu dihormati dalam sesebuah masyarakat berbanding dengan orang yang memiliki
akhlak yang tercela akan dibenci dan dikeji oleh masyarakat.
Kerana itulah, junjungan besar nabi Muhammmad s.a.w. diutuskan untuk menyempurnakan
akhlak manusia. Selain itu, dengan memiliki akhlak yang mulia merupakan amalan yang paling
berat dalam timbangan dihari akhirat berbanding dengan akhlak tercela yang akan melambatkan
proses hisab dihadapan Allah s.w.t.
Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. :

( )

Maksudnya : Tidak ada sesuatu yang lebih berat diatas neraca timbangan seseorang hamba di
hari kiamat selain dari akhlak yang mulia .
Kelima : Memastikan Makanan Anak-Anak Dari Sumber Yang Halal
Setiap ibu bapa perlu memastikan setiap makanan yang diberikan kepada anak-anak merupakan
makanan dari sumber yang halal serta menjauhi dari sumber-sumber yang subhah, apatah lagi
dari sumber yang haram seperti rasuah, riba, penipuan dan sebagainya.
Kerana makanan yang bersumberkan dari rezeki yang halal bukan sahaja membawa keberkatan
tetapi sebenarnya dapat melahirkan zuriat yang pintar dan sehat. Dan akhirnya mendorong
seseorang kearah melakukan kebaikan di dunia dan mendapat rahmat Allah di akhirat.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 168 :




()
Yang bermaksud : Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat
di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan
itu adalah musuh yang nyata bagimu .
Untuk memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak, demi melihat generasi yang
terbaik dimasa hadapan, korbanlah sedikit masa dan harta untuk mereka, berikan kasih sayang
dan tunjukkanlah contoh yang terbaik kepada mereka serta mengambil tahu hal-hal yang
berkaitan dengan kehidupan anak-anak seperti dengan siapa mereka berkawan, kemana mereka
pergi, jam berapa mereka keluar rumah dan sebagainya.
Ini semua membuktikan kita telah melaksanakan amanah Allah s.w.t. terhadap anak-anak
dengan baik dan sempurna.
Kelima-lima perkara yang telah disebut tadi amat penting diberi perhatian untuk membina insan
yang sempurna dan merupakan modal insan yang akan memainkan peranan untuk membangun
masyarakat dan Negara.


()
Maksudnya : Dan orang orang yang berkata: " wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami
isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi
orang-orang yang bertakwa.
( Surah al-Furqan : 74 )

You might also like