You are on page 1of 3

Di negara maju, penggunaan pengajaran berbantukan computer (PBK) telah

diterima oleh guru, pendidik dan pelajar dalam dunia pendidikan. Di Malaysia
pula, penggunaan pengajaran berbantukan komputer ini telah digunakan
secara meluas. Ia juga berfungsi sebagai alat yang boleh meningkatkan minat
pelajar untuk mempelajari pendidikan seni visual dan membantu mereka
belajar seni visual melalui pengalaman yang menyeronokkan. Pakej
pembelajaran multimedia interaktif (PPMI) adalah sebuah alat yang
mempunyai fungsi menyampaikan pesan. Pakej yang saya sediakan adalah
alat yang berfungsi untuk menyampaikan maklumat pembelajaran. Tujuan
Pakej ini juga bertujuan membantu murid-murid lebih mudah faham langkahlangkah menghasilkan topeng muka dan jenis-jenis topeng.
Melalui pakej ini, segala kemahiran, pengetahuan serta maklumat yang
disampaikan semasa pengajaran akan dapat disampaikan secara menarik
serta berkesan. Dalam pembina perisian membina perisian persembahan
elektronik adalah dengan mengabungkan unsur-unsur animasi, hyperlink,
grafik, audio,video dan juga teks. Dalam pakej ini, saya telah menggunakan
gambar dan grafik yang menarik dan cerah supaya menarik perhatian muridmurid. Melalui penggunaan persembahan pakej

ini, segala kemahiran

memmbuat topeng muka, pengetahuan serta maklumat yang disampaikan


semasa pengajaran akan dapat disampaikan secara menarik serta berkesan.
Gambar dan grafik yang menarik dan cantik akan membantu para pelajar
untuk menjalankani pengajaran dan pembelajaran secara efektif dan
menyeronokkan. Saya juga menggunakan pelbagai animasi yang bergerak
boleh memperkayakan pengalaman murid. Kejadian yang tidak pernah
mereka lihat atau alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan ini
menjadikan mereka seoalah-olah mereka mengalaminya.
Penerangan

langkah

menghasilkan

topeng

muka

seringkali

berhadapan dengan situasi yang sukar semasa mengajar di bilik darjah.


Murid-murid biasa susah ingat secara jelas terhadap setiap langkah
menghasilkan topeng muka. Melalui penggunaan pakej ini pelajar dapat
menguasai pelbagai kemahiran manipulative seperti kemahiran pemprosesan
topeng mukadan mengenali jenis-jenis topeng muka. Dengan ini, guru dapat
menambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan pakej ini.

Murid-murid dapat belajar secara sendiri dengan melihat slaid

yang

menunjukkan langkah-langkah menghasilkan topeng muka. Dalam hal ini,


murid memainkan
merupakan

peranan

pemimpin

yang

yang

penting, sedangkan peranan guru

membimbing

murid

menjalankan

aktiviti

pembelajaran. Pakej ini boleh menjadi murid belajar atas kemampuan diri dan
lebih mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran murid.
Dalam pengajaran pendidikan seni visual, aktiviti menghasilkan karya
seni sentiasa menyebabkan kesuntukan masa. Oleh sebab itu, pengurusan
masa semasa menjalankan pengajaran sentiasa menjadi satu masalah yang
dihadapi oleh guru pendidikan seni visual. Pakej ini juga boleh menjimatkan
masa dan tenaga kerana maklumat dan pengajaran telah disusun dengan
terancang dan jelas dalam slaid. Pembelajaran tutorial dalam pakej ini
merangkumi pembelajaran kebak jenis topeng dan proses menghasilkan
topeng muka di mana guru menyampaikan maklumat kepada murid atau
pelajar yang pasif serta demonstrasi sesuatu fenomena yang berlaku dan
dikawal urutannya oleh sistem. Selain itu pembelajaran secara tutorial ini jaga
merangkumi uji minda yang perlu pelajar lakukan mengikut subjek yang juga
dikawal oleh sistem yang telah dibangunkan. Murid-murid juga diberikan
peluang untuk latih diri dalam kecekapan dan kemahiran menggunakan
bahan ICT untuk mencapai objektif pelajaran.

Pakej ini dapat melicinkan

proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berfokuskan kepada isi-isi


penting kepada topic yang akan disampaikan. Ini kerana akan memudahkan
pengajaran guru di dalam kelas dan mampu menarik perhatian pelajar.
Secara ringkas, pakej ini membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran
yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum. Ini kerana masa
di sekolah adalah amat terhad dan memerlukan guru mahir dalam
menggunakan perisian ini serta mampu memberi kefahaman kepada para
pelajar dalam masa yang singkat.
Tayangan video juga boleh memberikan gambaran yang lebih jelas
kepada murid supaya mereka lebih mudah faham tentang cara membuat
topeng muka. Video melibatkan pelbagai deria pelajar dan menjadi murid
lebih menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru. Tayangan video
yang penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat

dan dengar. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar.
Dalam pakej ini, saya meletak satu video membuat topeng muka haiwan
sebagai penutup. Video ini berfungsi sebagai pengukuhan kepada murid
terhadap penghasilan topeng muka. Selain itu, video ini boleh mengelakkan
berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep melalui deria
melihat, mendengar atau menyentuh. Guru boleh membuktikannya melalui
tayangan video tersebut.
Teks merupakan komponen asas dalam sistem multimedia. Ia
mempunyai pelbagai jenis dan bentuk tulisan yang berupaya memberi daya
tarikan dalam penyampaian sesuatu informasi. Teks juga boleh digunakan
untuk memberikan penekanan bagi sesuatu isi kandungan yang ingin
disampaikan (Jamalludin & Zaidatu, 2000). Dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran di Malaysia, teks dalam multimedia digunakan sebagai asas
penyaluran sesuatu maklumat untuk capaian pelajar melalui bantuan
computer. Teks yang digunakan harus sesuai dalam saiz dan kesesuaian
bahasa. Penggunaan bahasa harus sesuai dengan peringkat perkembangan
kognitif murid. Hal ini boleh membantu murid lebih mudah faham ilmu
pengetahuan yang guru ingin menyampaikan melalui pakej tersebut. Murid
tahun rendah lebih mudah memahami penerangan yang lebih ringkas dan
jelas. Warna dan saiz teks yang digunakan juga harus sesuai supaya murid
dapat lihat dan baca dengan jelas dan tepat. Dalam pakej, saiz teks yang
digunakan ialah sederhana dan warna sesuai untuk memudahkan murid
membaca dan memahami.
Konteks

pengajaran

dan

pembelajaran

di

Malaysia

menekan

perkembangan murid-murid secara menyeruluh. Audio digunakan untuk


membantu penyampaian sesuatu maklumat dengan lebih berkesan, seperti
dalam pakej telah menggunakan suara latar atau kesan istimewa.

You might also like