You are on page 1of 2

JURNAL

PERSEPSI GURU TERHADAP PENGGUNAAN

KURIKULUM
BERASASKAN BERMAIN BAGI ASPEK PERKEMBANGAN
BAHASA DAN LITERASI MURID PRASEKOLAH.
BINCANGKAN CARA ANDA MENGATASI ISU TERSEBUT
Pendidikan Prasekolah berfokus kepada kurikulum berpusatkan murid
melalui pelbagai aktiviti melibatkan kanak-kanak secara aktif seperti belajar
melalui bermain, meneroka alam sekitar, membuat eksperimen dan cuba jaya.
Setiap kanak-kanak minat bermain kerana bermain adalah fitrah mereka.
Duncan dan Lockwood (2008) mengatakan bahawa keinginan semula jadi
kanak-kanak dapat dipenuhi melalui bermain dan semasa bermain. Kanak-kanak
memahami isu-isu yang berlaku di sekeliling dalam keadaan menggembirakan.
Mereka membina identiti dan pengetahuan tentang persekitaran melalui
bermain. Bermain juga dapat memupuk keyakinan dan membina personaliti
serta menjadikan mereka lebih yakin.
International Play Association (IPA), organisasi yang menegaskan bahawa
pentingnya hak bermain kepada kanak-kanak, yakin bahawa bermain dapat
memberikan kesejahteraan kepada perkembangan kanak-kanak. Kegiatan
bermain adalah pengalaman pembelajaran terbaik dan menjadi keutamaan
dalam pendidikan awal kanak-kanak. Keperluan mengintegrasikan main dalam
kurikulum pendidikan awal kanak-kanak telah lama dikenal pasti oleh pengkaji
dalam pendidikan awal kanak-kanak. Malah pentingnya mengintegrasikan main
dalam kurikulum dinyatakan dalam dokumen National Accociation Of Education
Of Young Children (NAEYC-2010). Pengajaran dan pembelajaran dalam
pendidikan awal kanak-kanak seharusnya mengikut amalan bersesuaian dengan
perkembangan kanak-kanak.
Persepsi guru tentang kurikulum berasaskan main dalam konteks
perkembangan bahasa kanak-kanak melibatkan rangsangan yang memerlukan
pengamatan dalam menginterpretasikan pendekatan ini dalam prasekolah. Hal
ini adalah kerana persepsi guru tentang pengajaran dan pembelajaran
berasaskan main penting bagi menentukan bagaimana guru mengajar bahasa di
prasekolah. Bersama-sama kita membincangkan permasalahan ini dan cara
menangani isu tersebut.

Pertama adalah masalah tahap pemahaman guru yang kurang mantap


tentang pendekatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan bermain bagi
perkembangan bahasa dan literasi kanak-kanak prasekolah. Dapatan daripada
kajian mendapati guru yang mempunyai pengalaman mengajar kurang lima
tahun mempunyai tahap pemahaman yang rendah tentang pengajaran dan
pembelajaran dari segi aspek bahasa. Oleh yang demikian sebagai cadangan
cara menangani isu ini adalah dengan memberikan pendedahan kepada guru
novis ini tentang latihan dan bimbingan berkaitan pendekatan yang sesuai
dengan perkembangan kanak-kanak supaya mereka menjadi lebih efektif dalam
pengajaran berpusatkan murid.
Kedua masalah pengurusan masa dalam mengendalikan aktiviti bermain
dalam pengajaran dan pembelajaran.\
Ketiga pengurusan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran
Keempat masalah kawalan murid
Kelima masalah kekangan ruang pembelajaran yang tidak sesuai
Keenam sokongan pentadbir dan ibu bapa serta komuniti setempat
Kesimpulannya, peringkat prasekolah adalah peringkat penting bagi
kanak-kanak belajar membaca ( learning to read ) kerana apabila sebaik sahaja
kanak-kanak mengikuti pendidikan formal mereka akan beralih kepada membaca
untuk belajar ( reading to learn ). Memberikan peluang kepada semua kanakkanak prasekolah melalui tempoh pembelajaran yang menyeronokkan adalah
wajar bagi memberikan pengalaman pertama yang manis untuk dikenang di
masa depan.

You might also like