You are on page 1of 2

Saya Penyiasat Terbaik

Pengenalan
Latihan ini memberikan kesempatan kepada peserta untuk menggunakan kecepatan dan
mengetahui hal-hal unik tentang anggota kelompok yang lain.
Tujuan
1. Membuat peserta saling mengenali antara satu sama lain.
2. Membuat peserta bergaul mesra.
Waktu yang diperuntukan : 15-20 minit.
Jumlah peserta : Ramai.
Keperluan yang diperuntukan : Lembaran Kertas siasatan dan Pensil/Pen
Prosedur
1. Katakan kepada peserta bahawa mereka akan menyiasat seseorang. Berikan lembaran kertas
siasatan kepada peserta.
2. Beritahu peserta bahwa mereka harus bergerak dan mencari orang yang sesuai dengan syarat
pada setiap bahagian di lembaran tersebut.
3. Setelah peserta menemui orang tersebut, peserta harus meminta orang tersebut menuliskan
namanya di dalam ruangan yang sesuai. Kemudian peserta meneruskan mencari orang lain.
4. Seorang peserta hanya boleh menulis satu sahaja nama dalam ruangan yang ada meskipun ia
memenuhi syarat dalam ruangan lainnya.
5. Orang pertama yang berjaya melengkapi seluruh ruangan meneriakkan Saya Penyiasat
Terbaik.
6. Fasilitator memeriksa lembarannya dan berikan ia hadiah (jika perlu).
Perbincangan
1. Apakah para peserta menemukan hal-hal unik tentang peserta lainnya?
2. Adakah terdapat perbezaan/persamaan di antara peserta dan rakan lainnya?
Lembaran Kertas Siasatan
Anda harus menemukan seseorang yang:
Soalan Siasatan
Nama Kawan
Ketinggian yang sama

Soalan Siasatan
Memakai Jam tangan

dengan anda
Memakai Tali Leher

Memakai

Tahu

Bersih
Mempunyai Abang

Nama

Penuh

Kasut

Bapa
Tahu Nama Penuh Ibu

Mempunyai Kakak

Mempunyai Adik

Bulan

Kelahiran

sama dengan anda

Nama Kawan

yang

yang

Siapa Nama Awak?


Pengenalan
Latihan ini memberikan kesempatan kepada peserta untuk berkenalan dengan lebih rapat dengan
anggota kelompok yang lain.
Tujuan
1. Membuat peserta saling mengenali antara satu sama lain.
2. Membuat peserta bergaul mesra.
Waktu yang diperuntukan : 15-20 minit.
Jumlah peserta : Ramai.
Keperluan yang diperuntukan : Tiada
Prosedur
1. Katakan kepada peserta bahawa mereka akan memeprkenalkan diri dengan cara tepuk
tangan.
2. Fasilitator akan mengajar cara tepuk iaitu: tepuk tangan 1 kali, tepuk peha 1 kali, tepuk
tangan 2 kali, tepuk peha 1 kali diikuti nama peserta secara bergilir-gilir.
3. Ulangi aktiviti sehingga peserta terakhir
Variasi: Fasilitator boleh juga menggantikan tepuk dengan cara :- setelah peserta pertama
beritahu nama beliau, peserta tersebut menjerit Siapa Nama Awak kepada peserta seterusnya
Perbincangan
1.
Fasilitator membincangkan bahawa dengan mengetahui nama orang sekeliling, dapat
memudahkan kita untuk mendapatkan bantuan serta mengeratkan lagi silaturahhim antara
kawan-kawan.

You might also like