You are on page 1of 8

Gejala Sosial :

Vandalisme
Koh Calvin 4W

Apa yang dimaksudkan


dengan vandalisme?
Definisi vandalsime : tabiat seseorang
membinasakan atau merosakkan harta
benda awam dan harta benda orang lain
Perkataan vandalisme ini berasal daripada
nama sebuah puak di Eropah, iaitu Vandal.

Mengapakah
Berlakunya
Vandalisme?
Motif utama : emosi
Vandalisme biasanya dianggap sebagai
satu cara untuk melepaskan rasa geram,
ataupun satu cara untuk menghilangkan
kebosanan semata-mata. Walaupun motif
mereka dianggap ringan, tetapi
masyarakat awam terpaksa menanggung
kerugian yang besar untuk memenuhi
nafsu mereka yang hina ini.

Faktor-faktor
Berlakunya Vandalisme
Pengaruh rakan sebaya - Golongan remaja
biasanya lebih mudah terikut dan senang
terpengaruh dengan rakan mereka. Rakan
sebaya merupakan individu yang paling
rapat selepas ibu bapa. Pengaruh rakan
sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan
tingkah laku remaja, lebih-lebih lagi remaja
yang tercicir dan menghadapi masalah
keluarga.

Ibu bapa dan keluarga sesetengah


remaja yang terjebak dalam gejala
vandalisme ini berasal daripada keluarga
yang bermasalah atau keluarga yang
mengamalkan budaya hidup negatif.
Kekurangan kawalan dan bimbingan yang
sempurna daripada ibu bapa juga
mendorong remaja terjebak di dalam
gejala negatif ini.

Jenis-jenis Vandalisme

Langkah-langkah
Mengatasi Vandalisme
Peranan ibu bapa dan keluarga - memberi
tunjuk ajar kepada golongan remaja
tentang kepentingan menjaga harta benda
awam.
Penguatkuasaan undang-undang - Di
bawah Akta Kerajaan Tempatan (UndangUndang Kecil Vandalisme 1991), sesiapa
yang didapati merosakkan harta benda
awam boleh didenda yang membabitkan
RM 2,000 atau dipenjara tidak melebihi
setahun jika sabit kesalahan.

Kesimpulan
Gejala vandalisme yang berlaku ini
berpunca daripada kewujudan mereka
yang suka melepak tanpa sebarang haluan
sehingga menjadikan kemudahan awam
seperti pondok menunggu bas, papan
tanda dan telefon awam dijadikan sasaran.
Pihak berkuasa seharusnya bekerjasama
bagai aur dengan tebing dalam usaha
menangani masalah ini.

You might also like