You are on page 1of 21

ANATOMI DAN FISIOLOGI BAGI

KEMAHIRAN SERVIS
(BOLA TAMPAR)
Disediakan oleh

MOHD SHAHRIL FAIZUL BIN SHAFIEE

OTOT-OTOT UTAMA YANG TERLIBAT


DALAM KEMAHIRAN BOLA TAMPAR
Kemahiran

Otot-otot utama

Menyangga

Deltoid

Servis

Deltoid, Pectoralis major

Mengumpan

Deltoid

Mengadang

Gastrocnemius, Quadriceps, Deltoid

Merejam

Gastrocnemius, Erector spinae,Quadriceps, Deltoid

Semasa fasa persediaan, kedua-dua tangan akan


dibengkokkan dan terletak pada paras bahu. Tangan kiri
(bukan dominan) dibengkokkan ke atas pada paras bahu
sambil memegang bola manakala tangan kanan tidak
memegang bola. Untuk menghasilkan pergerakan
membengkok, dua jenis otot akan bergerak secara berlawanan
yang bermaksud salah satu mengendur dan satu lagi
menguncup sama seperti tuas kelas ketiga. Otot-otot
tersebut ialah otot triseps braki dan otot biseps braki.
Serentak dengan pergerakan otot ini, otot deltoidakan
mengecut. Pengecutan otot ini akan menyebabkan tangan
diangkat ke hadapan. Pergerakan ini melibatkan sendi
lesung di bahu dan menghasilkan pergerakan abduction.

Sementara itu, semasa tangan dibengkokkan, otot triseps


braki akan mengendur manakala otot biseps braki akan
mengecut. Pergerakan otot ini akan menyebabkan tulang
radius dan ulna menghampiri tulang humerus. Oleh yang
demikian, sendi engselpada bahagian siku akan
digerakkan. Pergerakan ini dinamakan fleksor di mana
tangan dibengkokkan. Posisi kedudukan tangan yang
dibengkokkan adalah sama seperti sistem tuas kelas
ketigadi mana daya terletak di antara beban dan fulkrum.
Pada masa ini, siku bertindak sebagai fulkrum, tangan
sebagai beban dan menghasilkan pengecutan pada otot
biseps braki.Oleh yang demikian, pemain boleh
membengkokkan tangan untuk persediaan melakukan
servis.

Untuk memegang bola pada tangan kiri pula, otot fleksor karpi
radialis dan fleksor karpi ulnarisakan bertindak secara
berlawanan. Tulang yang terlibat dalam pergerakan ini adalah
tulang metacarpal 2, 3 dan 5, pisiform dan
hamate.Pergerakan ini berlaku kerana adanya sendi
engselpada bahagian pergelangan tangan yang membolehkan
pemain membuat pergerakan fleksi dan abduksi.Selain itu,
pergerakan tulang carpal dan metacarpal pula disebabkan
adanya sendi gelungsur dan sendi pelana di bahagian ibu jari
membolehkan jari pemain dibengkokkan sedikit dan melakukan
pergerakan abduction untuk menggenggam bola semasa fasa
persediaan.Kedudukan pergelangan tangan yang memegang
bola adalah berasaskan kepada sistem tuas kelas pertama.Hal
ini kerana sendi (fulkrum) berada di antara otot (daya) dan bola
(beban).Oleh itu, pergerakan ini tidak memerlukan daya yang
banyak namun pergerakannya adalah perlahan.

Semasa fasa ini juga, bahagian kaki diluruskan.Keadaan ini


adalah untuk menampung berat badan dan memberi
kestabilan kepada pemain untuk fasa seterusnya. Ketika ini,
otot biseps femoris mengendur, otot kuadriseps iaitu otot
vastus lateralis, otot vastus medialis dan otot vastus
intermediusakan mengecut dan otot di pinggul iaitu
gluteus maksimus turut mengecut untuk menarik tulang
femurbagi meluruskan kaki. Selain daripada tulang
femur, tulang tibia dan fibula turut terlibat membantu
pemain berada dalam posisi ini manakala tulang tarsel
yang terletak di bahagian tapak kaki digunakan untuk
menampung berat badan. Oleh yang demikian, sendi
engsel di bahagian lutut dan di bahagian pergelangan kaki
akan terlibat bagi memastikan lutut dalam keadaan lurus.
Pergerakan ini dikenali sebagai ektensi.

Sewaktu fasa pelaksanaan, pemain akan


membengkokkan sedikit bahagian kaki manakala
bahagian badan didongakkan ke atas. Pada
kedudukan ini, hampir keseluruhan otot pada
bahagian tubuh badan pemain akan terlibat. Pada
waktu yang sama, kedua-dua tangan dibengkokkan
dan kepala pemain akan sentiasa mendongak ke atas
untuk melihat ke arah bola yang melambung tinggi.

Pergerakan seterusnya,adalah pada bahagian leher.Semasa


fasa ini, kepala akan di dongakkan ke atas untuk melihat
bola diudara. Oleh yang demikian,beberapa otot pada
bahagian yang terlibat akan terlibat ketika fasa ini berlaku.
Otot-otot tersebut antaranya trapezius dan
Stemocleidomastoid . Untuk mendongakkan kepala ke
atas, otot trapeziusakan mengecut manakala otot
Stemocleidomastoid mengendur. Apabila otot
trapeziusmengecut, otot Stemocleidomastoid menagalami
pengenduran seterusnya secara automatik kepala pemain
akan mendongak ke atas. Pergerakan ini melibatkan sendi
paksi pada bahagian tulang servikal iaitu atlas dan aksis
dan menghasilkan pergerakan hiperekstension. Oleh yang
demikian , pemain dapat mendongakkan kepala ke atas dan
dapat memandang bola bagi melakukan kontak pada bola
tampar tersebut.

Seterusnya, tangan dominan


(kanan atau kiri) pemain akan
diangkat ke atas ke dalam posisi
dibengkokkan. Tangan pemain
akan dibengkokkan ketika
melakukan fasa ini. Hal ini kerana
tangan yang dibengkokkan
membantu memberikan kuasa
kepada bahagian otot-otot badan
untuk mengahasilkan daya tolakan
kuasa yang maksimum pada bola.
Otot yang terlibat semasa tangan
diangkat dan dibengkokkan ke atas
antaranya otot pectoralis
,majordeltoid,biseps brakil dan
juga trisep brakil.

Manakala semasa tangan di angkat ke


atas, otot pektoralis majorakan
mengalami penguncupan.
Penguncupan ini menyebabkan
humerus digerakkan ke atas yang
turut melibatkan sendi lesung pada
bahu. Oleh yang demikian, tangan
mengalami hiperekstension iaitu
keadaan di mana tangan bergerak ke
atas.Otot-otot mengalami pengenduran
dan pengecutan ketika tangan
dibengkokkan.Semasa otot Biseps
brakil pada lengan mengecut, Otot
Trisep brakilakan mengendur
serentak dengan pengecutan otot
biseps brakil. Pengecutan otot bisep
brakil ini akan menyebabkan
ulnadan radius merapati humerus
ketikalengan dibengkokkan. Semasa
tangan dibengkokkan ,sendi engsel
pada bahagian siku memainkan
peranan bagi membolehkan ianya
dibengkokkan. Pergerakan ini dikenali
ekstensi.Kesimpulannya, melalui
pergerakan ini pemain dapat
menghasilkan daya yang maksimum
untuk melakukan kontak dengan bola.

Seterusnya, keadaan tangan adalah sama seperti


fasa persediaan sebelum bola dilambungkan ke
udara. Tulang metakarpal dan karpalterlibat
ketika melambungkan bola ke udara dan keduadua tulang ini akan melakukan pergerakan
ekstensi menggunakan sendi gelungsur yang
terdapat diantara karpal. Setelah bola
dilambung ke udara, tangan kiri akan diluruskan
dan diangkat ke hadapan. Otot deltoid yang
berada pada bahagian sisi di hujung bahu akan
menguncup bagi membolehkan tangan kiri
diluruskan. Penguncupan otot deltoid anterior
membolehkan tulang humerus diangkat
kehadapan. Pergerakan ini melibatkan sendi yang
berada pada bahagian bahu iaitu sendi lesung
dan menghasilkan pergerakan abduksi. Otot
biseps brakil dan trisep brakil pula terlibat
untuk meluruskan tangan.Otot-otot ini akan
bertindak secara berantagonis dan pengecutan
dan pengenduran ini akan menyebabkan tulang
ulnadan radius tertarik ke arah humerus dan
sendi engsel pada bahagian siku bertindak
untuk menghasilkan pergerakan fleksi.

Bahagian seterusnya yang terlibat dalam fasa ini adalah


badan ( body) . Pada masa ini, pemain akan melentikkan
badan ke belakang bagi memberikan lebih daya semasa
kontak dengan bola supaya menepati sasaran dan tangan
pemain menampar bola pada bahagian bola yang betul.
Oleh itu, semasa badan dilentikkan , bahagian hadapan
badan dan bahagian belakang akan mengalami
pengecutan dan pengenduran. Otot-otot dibahagian
hadapan iaitu otot pektoralis major, rektusabdominis
dan eksternal oblikakan mengalami pengenduran.
Manakala otot-otot di bahagian belakang pula iaitu otot
Latisimus dorsi dan Trapeziusakan mengecut.

Apabila otot-otot bahagian hadapan badan mengalami pengenduran dan


bahagian belakang mengalami pengecutan , tulang belakang yang terdiri
daripada tulang toraksik, lumbar dan sakrum pemain akan
mengalami lentikan dan menyebabkan badan pemain melentik ke
belakang. Lentikan badan akan memberikan pemain lebih daya untuk
mengahasilkan kontak pada bola dan membolehkan pemain menampar
bola dengan baik.
Seterusnya, kaki pemain yang dibengkokkan pada fasa ini akan dapat
memberikan momentum yang cukup semasa melakukan kontak pada
bola. Berat badan pemain secara automatik akan ditampung oleh
bahagian kaki yang dibengkokkan ketika itu. Otot-otot kaki akan
mengecut dan mengendur samasa kaki dibengkokkan dan otot yang
terlibat sewaktu kaki dibengkokkan ialah otot vastus lateralis, otot
vastusmedialis dan otot vastus intermedius . Secara serentak ,otot
Hamstring pula akan mengecut. Ketika kaki dibengkokkan juga ,Otot
Gluteus maksimus dibahagian pinggul mengalami pengenduran.
Mekanisme pengenduran dan pengenduran otot-otot ini membuatkan
tulang tibia dan febula ditarik menghampiri tulang femur. Oleh yang
demikian, sendi engsel pada bahagian lutut akan bergerak untuk
membolehkan kaki dibengkokkan. Keadaan ini akan menghasilkan
pergerakan posterior fleksi anggota bawah. Justeru itu, kaki pemain
akan berada dalam keadaan bengkok yang membolehkan pemain bersedia
melakukan fasa pelaksanaan.

Berat badan pemain secara automatikakan ditampung oleh kaki


yang dibengkokkan ketika fasa kontak pada bola. Antara otot
yang terlibat sewaktu melakukan posisi ini ialah otot Kuadrisep
yang terdiri daripada otot vastus lateralis, otot vastus
medialis dan otot intermediusakan mengendur. Pada masa
yang sama otot hamstring akan mengecut manakala otot
Gastrocnemius di bahagian betis pemain turut mengecut.
Ketika kaki dibengkokkan, otot Gluteus maksimus dibahgian
pinggul mengalami pengenduran.Mekanisme pengecutan dan
pengenduran otot-otot membuatkan tulang tibia dan fibula
ditarik menghampiri tulang femur. Oleh yang demikian, sendi
engsel pada bahagian lutut akan bergerak untuk membolehkan
kaki dibengkokkan. Keadaan ini akan menghasilkan pergerakan
posterior fleksi pada anggota bawah. Justeru itu, kaki pemain
akan berada dalam keadaan bengkok yang membolehkan
pemain bersedia untuk melakukan fasa pelaksanaan.

OTOT YANG TERLIBAT

Semasa fasa ikut lajak, mata pemain memandang ke arah


pergerakan bola setelah melakukan kontak. Kedua-dua tangan
kanan dan kiri akan diluruskan kehadapan. Tangan kiri akan
berada lurus di sisi badan manakala tangan kanan diangkat lurus
dihadapan badan .Tangan kanan berada dalam kedudukan lurus
otot-otot tangan yang berada di humerus akan bertindak secara
berantagonis untuk meluruskan tangan dihadapan badan.Otot
deltoid akan mengecut dan pengecutan ini akan membolehkan
humerus bergerak ke hadapan badan. Pergerakan ekstensi
terlibat semasa menggerakkan tangan ke hadapan.Sendi yang
terlibat ketika ini ialah sendi lesung.Otot trisep braki akan
mengendur serta pengecutan dan pengenduran ini melibatkan
tulang ulna dan radius dan juga tulang skapula sewaktu
tangan digerakkan kehadapan.Kemudian pergelangan tangan
akan berada dalam kedudukan fleksi dan ikut lajak yang
melibatkan tulang karpel, metakarpel dan phalanges.

Tangan kiri berada di sisi badan setelah bola dilambung ke udara.


Pergerakan otot deltoid tengah yang mengalami pengenduran telah
menyebabkan tangan dilurus ke bawah dan berada di sisi badan.
Sendi yang terlibat semasa tangan digerakkan ke bawah ialah sendi
lesung yang menggerakkan bahagian bahu dan sendi engsel di
bahagian siku. Serentak dengan itu ,ototBiseps brakil dan Otot
Trisep brakil akan mengendur dan otot brakil bertindak secara
berlawanan. Pengenduran otot-otot ini akan menjarakkan tulang
humerus dengan tulang radius dan ulna yang menyebabkan
ekstensi berlaku.
Setelah melakukan servis, kedudukan kaki kiri dan kanan berada
dalam keadaan lurus.Kedudukan kaki kanan agak berbeza sedikit
dengan kaki kiri keranan seperti berdiri dihujung kaki.Posisi ini
adalah salah satu posisi yang menyamai tuas kelas kedua.Tuas kelas
kedua berlaku apabila beban terletak diantara daya dan fulkrum,otot
kaki sebagai daya dan berat badan badan sebagai beban.

Keadaan kaki lurus


disebabkan otot Kuadriseps
mengecut manakala otot
Gastrocnemius juga akan
turut mengecut dan otot
dibahagian pinggul iaitu otot
Gluteusmaksimus juga
mengecut serentak dengan
pengecutan dan pengenduran
otot-otot dibahagian kaki.
Sendi engsel terlibat dalam
keadaan ini dan tulang
femur, tibia dan fibula juga
terlibat.Kaki kanan yang
berdiri dengan hujung kaki
melibatkan tulang tarsal,
metatarsal dan
phalanges.Fleksiplantar
berlaku dalam keadaan ini.

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like