You are on page 1of 2

LAPORAN PERLAKSANAAN PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG 2014

1. LATAR BELAKANG (MAKLUMAT)


1.1 Nama Sekolah

: SK Senadin, Miri.

1.2 No. Tel. Sekolah

: 085-660140

1.3 Jenis Sekolah

: SK ( / )

SJK ( )

1.4 Jumlah Murid Tahun 1

: 203 orang

1.5 Bilangan Guru Tahun 1

: 22 orang

1.6 Bilangan Guru Tahun 1 yang pernah menghadiri Kursus Pemantapan Program
Transisi dan Guru Penyayang (PTGP): 1

2. KEKUATAN PELAKSANAAN PROGRAM


Pelaksanaan Program Transisi dan Guru Penyayang 2014 dapat dilaksanakan dengan
baik seperti yang dirancang berdasarkan buku program. Guru-guru yang melaksanakan
program ini juga berpengalaman mengendalikan kelas dan murid-murid tahap satu
khasnya tahun satu. Di samping itu, murid-murid tahun satu telah mempunyai
pengalaman sedia ada dalam alam persekolahan semasa berada di pra sekolah atau
tadika. Ini memudahkan mereka menyesuaikan diri dengan suasana pengajaran dan
pembelajaran serta dapat menyesuaikan diri dengan interaksi waktu persekolahan yang
lebih panjang. Aktiviti yang dilaksanakan juga bersesuaian dengan tahap pembelajaran
murid serta dapat menarik minat sama ada secara individu mahu pun secara
berkumpulan.

3. KELEMAHAN / ISU / MASALAH PELAKSANAAN PROGRAM


Walaupun pelaksanaan program ini agak berjaya namun isu seperti sikap ibu bapa yang
masih menunggu anak-anak mereka di luar bilik darjah walaupun aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dijalankan menyebabkan murid-murid kurang memberi tumpuan dalam
kelas.

4. CADANGAN
Memberi taklimat yang jelas kepada ibubapa agar mereka dapat memberikan ruang
kepada anak-anak mengikuti program ini supaya murid-murid dapat menyesuaikan diri
dengan persekitaran sekolah, suasana bilik darjah dan berkomunikasi dengan rakanrakan disamping memupuk nilai bertanggungjawab dan berdikari dalam diri murid-murid.

5. RUMUSAN
Secara keseluruhan berdasarkan pemerhatian dan penilaian yang dilakukan, muridmurid dapat menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran yang baru serta
menunjukkan minat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun ada
beberapa orang yang belum dapat menyesuaikan diri pada peringkat awal, namun
masalah ini dapat diatasi dengan adanya pengisian aktiviti yang berjaya menarik minat
mereka. Selain itu, pengalaman berada di alam persekolahan tadika sekurangkurangnya selama dua tahun telah membantu murid-murid untuk menyesuaikan diri
dengan persekitaran sekolah serta dapat memupuk minat untuk belajar, berinteraksi dan
membina hubungan yang baik di kalangan murid-murid.

MINDA CERDAS MATA BERCAHAYA

Laporan disediakan oleh:

Disahkan Oleh,

________________________

__________________________

ANNIE AHJIN

WILFRED MAC

Penyelaras Program Transisi dan Guru Penyayang,

Guru Besar,

You might also like