You are on page 1of 10

EDARAN DALAMAN SAHAJA

UK2063UNDANG-UNDANG JENAYAH II

FAKULTI UNDANG-UNDANG
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

MASALAH BERKAITAN SEBAB MUSABAB (CAUSATION) DALAM KES


PEMBUNUHAN.
PENGENALAN

Ia berkaitan dengan sebab mangsa mati;


apakah yang sebetulnya yang menyebabkan mangsa mati;
ada perkara lain yang menyebabkan mangsa mati;
ia berkaitan dengan tanggungan jenayah.

MAKSUD SEBAB MUSABAB atau CAUSATION


1.
Sebab musabab dalam kes kematian (homisid) merujuk kepada aspek
perbuatan (actus reus). Ini bermakna perbuatan (jenayah) yang dilakukan oleh
tertuduh mestilah telah menyebabkan kematian mangsa. Tambahan pula kematian
adalah result crime yang dibezakan dengan conduct crime.
2.
sebab musabab amat penting dalam kes kematian (homisid) kerana ia
mengaitkan pertalian antara perbuatan dengan kematian. Jika kematian itu
adalah terlalu jauh untuk dikaitkan dengan kematian mangsa, tertuduh mungkin
tidak bertanggungan di atas kematian itu.
3.

Terdapat DUA bahagian sebab musabab


i.
sebab musabab fakta (actual / factual causation)
Mahkamah perlu membuat keputusan sama ada dengan berdasarkan
kepada fakta kes tertuduh telah menyebabkan kematian mangsa. Mahkamah akan
melihat kepada hal dan keadaan kematian mangsa (manner and nature of killing).
Pendakwa mesti membuktikan tanpa keraguan munasabah tertuduh telah
menyebabkan kematian mangsa (R. v. White tertuduh telah memberi racun
kepada ibunya. Ibunya mati bukan disebabkan oleh racun tersebut tetapi akibat
serangan sakit jantung. Mahkamah memutuskan tertuduh tidak bersalah atas
tuduhan membunuh tetapi hanya salah atas tuduhan percubaan membunuh)
ii.
sebab musabab undang-undang (legal causation)
Menurut undang-undang, legal causation adalah penting dan persoalan ini
terpulang kepada mahkamah untuk membuat keputusan. Ianya adalah persoalan
undang-undang dan bukannya persoalan fakta. Legal causation ini boleh
dibahagikan kepada beberapa bahagian:
i.
operating and substantial cause
ii.
intervening events;
iii.
egg-shell skull rule;
iv.
negligent medical treatment;

v.
vi.

escape cases (flight and fright cases);


killing a corpse situation.

4.
Sebelum Februari 1995 ketika perbicaraan bersama juri masih dijalankan,
sebab musabab fakta (factual causation) diserahkan kepada juri untuk
memutuskannya. Tetapi selepas Feb.1995 persoalan fakta diputuskan oleh Hakim.
Kini semua persoalan fakta dan undang-undang diputuskan oleh Hakim tanpa juri.
UJIAN-UJIAN DALAM MENENTUKAN SEBAB-MUSABAB
1.
Ujian legal causation
Ujian sebab musabab undang-undang yang dilakukan dalam menentukan sama
ada kematian itu berpunca daripada tindakan tertuduh, ia mungkin berbeza dari
satu kes ke satu kes yang lain. Tidak semua ujian terpakai bagi setiap kes dan ada
kalanya ujian itu bertindan di antara satu sama lain.
a.
Ujian substantial and operating test.
Ujian ini dapat dilihat dalam kes R v. Smith (1959)2 QB 35 yang meyebutkan:
jika keadaan bencana tubuh yang asal yang disebabkan oleh tertuduh
masih boleh menyebabkan kematian mangsa dan kemudian daripada pada
itu ada perkara lain yang menyebabkan kematian mangsa. Kejadian kedua
yang terkemudian itu tidak boleh dianggap sebaga penyebab utama kepada
kematian mangsa kerana bencana tubuh yang disebabkan oleh tertuduh itu
sendiri masih lagi merbahaya sehingga boleh membawa kepada kematian.
Jika sebab kedua (sebab terkemudian) itu lebih merbahaya daripada
bencana tubuh asalnya, kematian mangsa bolehlah dikatakan bukan
berpunca daripada bencana tubuh asal yang dilakukan oleh tertuduh. Ini
berkamna sebab musabab kematian adalah berpunca daripada kejadian
yang terkemudian.
Bagi memutuskan rantaian sebab musabab perbuatan tertuduh dengan
kematian mangsa, suatu sebab musabab lain yang lebih ketara perlu dibuktikan
yang berupaya mengatasi bencana tubuh asal.
Berdasarkan kepada fakta kes Smith, mahkamah mendapati

the chain of causation is still there and they all operating


together;

the original wound is still operating and substantial cause


although there are other factors Lord parker;

to break the chain of causation there must be shown the


unwarrantable, new cause which is over and above the
original injury
R v Jordan (1956) 40 Cr. App.Rep.152, tertuduh telah menyebabkan kecederaan
kepada mangsa dalam suatu pergaduhan. Mangsa mati dan tertuduh telah
disabitkan atas kesalahan membunuh. Menurut fakta, sebelum kematian mangsa,
mangsa telah diberikan rawatan. Ubat yang diberikan itu telah menyebabkan
alahan kepada mangsa. Dihujahkan bahawa alahan, kurang darah dan lebihan air
dalam badan akibat rawatan yang tidak sempurna telah menyebabkan kematian
mangsa. Mahkamah memutuskan luka yang dialami oleh mangsa telah hampir
sembuh sebaliknya kejadian yang kedua itu yang telah menyebabkan dan
2

memutuskan rantaian sebab musabab kematian mangsa. Rawatan yang diberikan


adalah sebab yang terdekat yang membawa kepada kematian) tidak begitu
diikuti.
Leong Siong Sun v.PP [1985]2 MLJ 250 mangsa telah diserang oleh tertuduh
mengalami kecederaan di bahagian tangan dan perut. Mangsa telah dibawa ke
hospital dan kemudian dibenarkan keluar tanpa melakukan apa-apa pembedahan.
Mangsa mati beberapa hari kemudian. Timbul pertanyaan di sini siapakah yang
menyebabkan kematian mangsa? Mahkamah memutuskan
-kecederaan di bahagian perut adalah yang lazim menyebabkan kematian
-tidak melakukan pembedahan terhadap mangsa tidak memutuskan
rantaian sebab musabab. Tertuduh didpati bersalah menyebabkan kematian
mangsa dan keputusan adalah berdasarkan kepada kes R v. Smith [1959]2 QB
35.
(Ulasan: mahkamah seharusnya merujuk kepada Huraian 2 s 299 dan melihat
keadaan di Malaysia)
b.
intervening event (novus actus interveniens)
Terdapat suatu hal keadaan (kejadian lain) yang berlaku di antara perbuatan
dengan kematian yang boleh dan telah memutuskan rantaian sebab musabab.
Bagi mengenakan sabitan bersalah, perbuatan (kejadian lain) itu mestilah dapat
dipralihat (forseeable). Ujian yang digunakan ialah ujian pralihat.
R v. Pagget (1983), tertuduh cuba melarikan diri daripada ditangkap oleh polis. Dia
telah menahan seorang wanita lalu dijadikannya sebagai perisai. Dalam kejadian
tembak menembak dengan polis wanita tersebut telah terkena tembakan talu mati.
Persoalannya ialah siapakan yang bertanggungan membunuh mangsa tersebut?
Tertuduh menghujahkan terdapatnya novus actus interveniens
Diputuskan dituduh di bawah kesalahan membunuh tetapi disabitkan di
bawah mematikan orang dengan salah. Mahkamah mengatakan secara umumnya
campurtangan pihak ketiga sepertimana yang terjadi dalam keadaan ini
membolehkan tertuduh menggunakan novus actus interveniens.
Walau
bagaimanapun jika campurtangan pihak ketiga terjadi kerana untuk menyelamatkan
dirinya dan ini disebabkan oleh tertuduh sendiri, kejadian itu tidak boleh dianggap
sebagai memutuskan rantaian sebab musabab.
Mahkamah mengatakan
campurtangan pihak ketiga (polis) dalam kejadian ini adalah merupakan suatu
perkara yang boleh dipralihat oleh tertuduh.
c. Kelemahan diri mangsa (weak or intracable victim)
Ujian ini dikaitkan dengan egg shell skull rule. Defendan must take the victim as
he finds him. Huraian 1 s 299 memperuntukan bahawa
seseorang yang menyebabkan bencana tubuh kepada seseorang lain
yang sedang menderita suatu keuzuran, penyakit atau kelemahan
tubuh, dan dengan jalan demikian itu mempercepatkan kematian orang
itu, hendaklah disifatkan sebagai telah menyebabkan kematiannya.
Ini bermakna tertuduh dianggap sebagai telah menyebabkan kematian orang itu.
(Sila lihat gambarajah di bawah)
R v. Blaue (1975) mangsa yang cedera enggan melakukan pemindahan darah
kerana ianya bertentangan dengan ugamanya. Akibat daripada keengganannya itu

mangsa mati. Persoalannya adakah tertuduh bersalah kerana laporan perubatan


mengatak jika pemindahan darah dilakukan, mangsa mungkin dapat diselamatkan.
Mahkamah memutuskan bahawa prinsip undang-undang ialah sesiapa yang
melakukan keganasan harus menerima keganasan itu. Berdasarkan fakta,
keengganan melakukan pemindahan darah tidak memutuskan rantaian sebab
musabab dan dengan itu tertuduh bersalah membunuh mangsa. Keputusan ini
selari dengan Huraian 1 s 299.
Huraian 1 s 299
(Tertuduh dianggap
sbg menyebabkan kematian)

i. menyebabkan bencana ii. mangsa sedang menderita


tubuh kpd mangsa
suatu keuzuran, penyakit,
atau kelemahan tubuh

iii. Tertuduh mempercepatkan


kematian mangsa.

d.
Kecuaian rawatan perubatan (negligent medical treatment)
Prinsip am:
jika mangsa menerima rawatan yang kurang baik tidak memuaskan, tidak
cekap atau yang kurang memusakan ini tidak akan memutuskan rantaian
sebab musabab.

menamatkan rawatan yang membawa kepada kematian tidak akan


memutuskan rantaian sebab musabab (discontinuance of treatment does
not break chain of causation)

Contoh - A telah menyebabkan kecederaan kepada B dan B telah dihantar


ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Mangsa (B) terpaksa dirawat
menggunakan alat bantuan pernafasan.
Walau bagaimanapun atas
permintaan ahli keluarga B, doktor telah menanggalkan alat tersebut dan ini
telah menyebabkan mangsa mati. Persoalannya di sini, siapakah yang
bertanggungan di atas kematian mangsa? A mengatakan doktor yang telah
menyebabkan kematian B.
Keadaan sebegini jika dirujuk kepada Kanun:
-perbuatan menanggalkan alat bantuan pernafasan oleh doktor tidak
memutuskan rantaian sebab musabab jika alat tersebut sudah tidak
memberi apa-apa kebaikan kepada mangsa.
-Peruntukan kecualian 5 s 300 mungkin terpakai dalam kes sebegini..

Huraian 2 s 299 memperuntukan


jika kematian disebabkan oleh bencana tubuh, maka orang yang
menyebabkan bencana tubuh itu hendaklah disifatkan sebagai telah
menyebabkan kematian itu, walaupun sekiranya dengan pertolongan ubatubat yang berpatutan dan rawatan yang cekap kematian itu mungkin dapat
dielakkan.

Huraian 2 s 299
i.menyebabkan bencana
tubuh kpd mangsa

ii.pertolongan ubat-ubatan
& rawatan yg cekap

iii. Sungguhpun
demikian mangsa mati

tertuduh menyebabkan bencana tubuh dan bencana tubuh itu telah


menyebabkan kematian mangsa.
kematian itu ada kaitannya dengan perbuatan tertuduh.
Huraian 2 menjelaskan, tertuduh disifatkan sebagai orang yang telah
menyebabkan kematian mangsa. Sekiranya mangsa boleh diselamatkan
jika mendapat rawatan yang baik atau cekap tetapi tidak dapat dilakukan,
tertuduh tetap bertanggungan mematikan orang dengan salah.

Rantaian sebab musabab tidak akan putus atas alasan tempoh masa yang
lama (chain of causation not broken in spite of lapse of time)

rawatan yang salah akan memutuskan rantaian sebab musabab (wrong


treatment breaks chain of causation)
(sila lihat R v. Jordan (1956)

kengganan mangsa untuk memerima rawatan tidak memutuskan rantaian


sebab musabab (refusal of victim to medical treatment does not break chain
of causation)

e.
Kes melarikan diri atau menyelamatkan diri (flight and fright)
Contoh - A telah mempelawa seorang perempuan menaiki keretanya dan ketika
berada di dalam kereta, A cuba mengusik perempuan tersebut. Perempuan itu
menjadi sangat takut dan telah melompat keluar dari kereta tersebut. Akibatnya
perempuan itu mengalami bencana tubuh dan telah meninggal dunia. Adakah A
bertanggungan atas kematian perempuaan itu (s.299 atau s 300.)
Persoalannya:
-Adakah rantaian sebab musabab terputus akibat tindakan mangsa yang
melompat keluar dari kereta?
-Adakah kemungkinan perbuatan mangsa dapat dipra lihat oleh tertuduh?
A dianggap bertanggungan jika ia mewujudkan suatu suasana bahaya kepada
mangsa yang telah menyebabkan mangsa mengambil tindakan cuba melepas atau
menyelamatkan diri dan telah tercedera akibat daripada tindakannya sendiri.
Mangsa tidak perlu membuktikan kekerasan sebenar yang telah dilakukan oleh A
A bertanggungan jika tindakan/perbuatan yang akan dilakukan oleh mangsa itu
dapat dilihat dengan munasabah oleh A.

A tidak akan bertanggungan sekiranya perbuatan mangsa adalah begitu bodoh


atau di luar jangkaan (chain of causation broken if victims act so stupid or
unexpected). Sila lihat R v. Roberts (1971), Joginder Singh v. State of Punjab
(1980)
f.

Membunuh mangsa yang sudah mati (killing a corpse


situation).
Dalam menghadapi keadaan seumpama ini, unsur mens rea dan actus reus
memainkan peranan yang sangat penting. Terdapat beberapa keadaan;
i.
Mens rea dan actus reus mesti seiring (mens rea and actus reus must coincide)
Ini bermaksud apa yang dihajatkan atau diniatkan dengan perbuatan yang
diakukan adalah bagi mencapai suatu matlamat. Jika ini dapat dibuktikan,
perbuatan itu tidak memutuksan rantaian sebab musabab kerana ianya berada
dalam suatu siri kejadian.

Contoh
Thabo Meli & Ors v R [1954] 1AllER 373, tertuduh dan kawannya
merancang untuk membunuh mangsa. Mereka membawa mangsa ke
sebuat pondok dan kemudiannya memukul mangsa sehingga mangsa tidak
sedarkan diri. Mereka mempercayai mangsa telah mati dan kemudiannya
telah mencampakkan mangsa ke dalam gaung. Mangsa dilaporkan mati
kerana terdedah kepada unsur cuaca. Dituduh atas kesalahan membunuh.
Tertuduh menghujahkan, actus reus dan mens rea tidak wujud dalam
keadaan serentak dan kematian bukan disebabkan oleh tertuduh. Ketika
menyerang mangsa, memang ada mens rea (niat) untuk membunuh tetapi
perbuatan itu tidak mematikan mangsa. Perbuatan mencampakan mangsa
dari tebing tinggi itu tidak disertai dengan mens rea kerana mangsa
disangkakan telah mati ketika itu. Tujuannya hanyalah untuk membuang
mayat sahaja.
Mahkamah memutuskan adalah sukar untuk membahagikan dua
perbuatan (memukul dan mencampakan) itu sebagai berasingan di antara
satu sama lain. Unsur actus reus dan mens rea wujud dalam keadaan yang
berasingan di setiap siri perbuatan itu. Adalah tidak penting bagi kedua-dua
unsur itu sama ada ia wujud serentak atau berasingan.
(sila lihat R v. Church [1966]1QB 59.CCA)

ii.
kematian mangsa tidak diniatkan tetapi mati akibat perbuatan berikutnya
(death of victim not by intended act but by subsequent act)

Contoh
Queen-Empress v. Khandu Valad. (1890)
Tertuduh telah menyerang bapa mertuanya sehingga tidak sedarkan diri.
Dia kemudiannya telah membakar mangsa bagi menghilangkan bukti
tertuduh sepatutnya sabit di bawah kesalahan bunuh kerana perbuatan
memukul dan membakar adalah amat rapat di antara satu sama lain dan
sukar untuk diasingkan. Walau bagaimanapun mahkamah berpendapat
tertuduh bersalah atas kesalahan cuba membunuh kerana terdapat
6

rancangan untuk membunuh mangsa. Mahkamah juga mengatakan


perbuatan (actus reus) dan mens rea tidak wujud dalam suatu siri kejadian.
iii.
jika tiada niat membunuh, tidak bertanggungan (where no intention to kill not liable)

Contoh
Palani Goudan (1919)42 Mad 547
Tertuduh marahkan isterinya lalu memukul kepala isteri beberapa kali
sehingga isterinya jatuh. Tertuduh sangkakan isterinya telah mati. Dia
menjadi takut jerana dia tidak berniat untuk membunuh isterinya. Tertuduh
kemudiannya telah menggantung isterinya seolah-olah ianya suatu
perbuatan membunuh diri. Walau bagaimanapun laporan perubatan
menunjukkan isteri sebenarnya mati akibat perbuatan yang kedua
(digantung oleh suaminya).
Diputuskan bahawa menurut s 299 dan s 300 ini adalah suatu perbuatan
yang membawa kepada kematian. Mahkamah dalam kes ini mengatakan
pengetahuan dalam s 299 dan s 300 mesti ditafsirkan sebagai pengetahuan
yang dimiliki oleh tertuduh (apa yang sedang difikirkan oleh tertuduh).
Mahkamah tidak boleh mentafsirkan niat tertuduh bukan mengikut
nyataan/fakta yang sebenarnya tetapi apa yang difikirkan oleh tertuduh
ketika itu. Seseorang itu tidak boleh dianggap menyebabkan kematian jika
niat itu cuma untuk melakukan sesuatu terhadap mayat
Oleh kerana tiadanya siri perbuatan serentak dalam unsur jenayah (actus
reus) dan mens rea maka tertuduh tidak boleh disabitkan atas kesalahan
bunuh tetapi dikenakan tindakan kerana mengambil langkah yang membabi
buta.

iv.

sungguhpun ada niat tetapi tertuduh tidak bertanggungan


sila lihat kes Khandu Valad (1890)

v.
sekiranya terdapat suatu siri perbuatan atau kejadian maka tertuduh
bertanggungan
(where there are a series of act or one transaction defendant may be liable)
Contoh
Kaliappa Goudan (1938) 57 Mad.158
Bunuh isteri dan meletakkannya di atas landasan keretapi. Ini dilakukan agar
kelihatan seolah-olah ianya suatu kemalangan. Laporan perubatan menunjukkan
mangsa mati digilis keretapi. Mahkamah memutuskan perbuatan tertuduh mencekik
mangsa dan perbuatan meletakkan mangsa di atas landasan supaya digilis
keretapi merujuk kepada suatu siri perbuatan. Keterangan menunjukkan ada
rancangan yang disusun dan bagaimana untuk menguruskan mayat tersebut.
vi.
jika terdapat bukti adanya rancangan yang telah disusun tertuduh
boleh disabitkan
sila lihat kes Kaliappa Goundan, Thabo Meili v. R.

R v Chiswibo (1961) 2 SA 714


Tertuduh telah memukul kepala mangsa dengan kapak. Perbuatan ini adalah suatu
yang merbahayakan. Tertuduh percaya dengan munasabah mangsa telah mati lalu
memasukkan mangsa ke dalam lubang. Mangsa mati disebabkan tidak boleh
bernafas.
Dalam kes ini mahkamah mengatakan tertuduh tiada rancangan awal yang dibuat
oleh tertuduh. Kes nini telah dibandingkan dengan Thabo Meili v. R. Sekiranya
ada mens rea yang berkaitan dengan dua perbuatan dan hanya satu perbuatan
sahaja yang menyebabkan kematian maka terdapat 4 kekecualian:
1. Dalam kes Thabo Meili terdapat rancangan yang diatur yang membawa
kepada kematian mangsa;
2. sekiranya ada rancangan tetapi rancangan itu berkaitan dengan perbatan
yang pertama sahaja; contoh serang dan bunuh mangsa. Mangsa disangkakan
telahmati. Mereka tiada apa-apa rancangan untuk melakukan sesuatu terhadap
mayat itu. Jadi dalam keadaan ini timbullah rancangan untuk membuang mayat itu.
3. Ada niat untuk membunuh tetapi niat itu wujud daripada perbuatan yang
pertama. Contoh tiba-tiba terjumpa mangsa dan terus bunuh. Tertuduh tiada
rancangan untuk memukulnya kerana kebetulan mangsa muncul di situ. Jadi
selepas dibunuh baru timbul rancangan untuk membuang mayat.
4. tidak ada niat, tidak ada rancangan tetapi ada pengetahuan;
Situasi ke empat ini berkaitan dengan perbuatan yang membuta tuli seperti
memukul mangsa, mangs jatuh. Ketila memukul mangsa, mens rea wujud. Bila
selesai memukul, mens rea tidak wujud lagi. Selepas itu dipercayai mangsa telah
mati. Bila sudah mati recklessly conduct sudah tidak timbul lagi. Oleh yang
demikian tidak berbeza dengan Thabo Meili iaitu dua perbuatan dalam transaksi
yang sama dan ada niat untuk membunuh sedangkan dalam Chiswibo terdapat
dua perbuatan dalam dua transaksi yang berlainan. Mahkamah mengambil
pendekatan yang lebih luas berhubung niat. Kalau ada niat pada mana-mana
ketika pada mulanya adalah mencukupi. Niat dianggap sebagai niat yang
berterusan pada keseluruhan transaksi tersebut.
R v Smith [1959] 2 QB 35
R v Jordan (1956) 40 Cr. App.Rep.152
Queen Empress v Khandu Valad (1891) ILR 15 Bom 194
Jayaraman v PP (1982) 2 MLJ 306
PP v Muhammad Sulaiman (1982) 2 MLJ 320
**************************************
RINGKASAN
1.
1.1

Factual Causation
but for test (sine qua non)
i.e. act must be an event without which death would not have occurred.

1.2

The casual link between As act and death must not be too remote.

2.
Legal Causation (imputability)
2.1.1 it is the unlawful actions or A which bring about the prohibited result (death)
2.1.2 As act need not be the sole cause but it must be a substantial and operating
cause
Leong Siong Sun v. PP [1985]2 MLJ 250.
(Ujian substantial and operating test kes R v. Smith)
2.2

Intervening events (Novus actus interveniens)


i.
if it is completely unconnected and unforseeable, A not liable.
ii.
But if intervening event forseenable, A remain liable.

2.3

Weak or intractable victim


i.
egg-shell skull rule.
A must take the victim as he finds him.
(Explaination 1 s.299)
ii.
victims response need not be forseensble and will not break the
chain of causation.

2.4

Negligent medical treatment


Explaination 2 s 300
ii.
chain of causation not broken in spite of lapse of time
(proximate cause test)
iii.
bad treatment does not break chain of causation
iv.
wrong treatment breaks chain of causation.
R v. Jordan (1956)
v.
refusal of victim to medical treatment does not breal chain of
causation
vi.
discontinuance of treatment does not break chain of causation.

2.5

Flight and fright situation


i.
A liable if creates immediate sense of danger which causes victim to
try and escape and in doing so suffers injuries
ii.
Proof of actual physical violence not necessary
iii.
Victims act must be reasonably forseeable or natural results of As
act.
iv.
Chain of causation broken if victims act so daft (stupid) or
unexpected.

2.6

Killing a corpse without mens rea for murder


i.
mens rea and actus reus must co-incide
Thabo Meli v. R [1954]1 WLR 228.PC
ii.
death of victim not by intended act but by subsequent act.
Queen-Empress v. Khandu Valad (1890)
iii.
where no intention to kill, A not liable.
Palani Goundan (1919)42 Mad 547.
iv.
Where there was intention to kill A still not liable
Khandu Valad
v.
But where there are series of acts or one transaction A may be liable.
Kaliappa Goundan (1938) 57 Mad 158

vi.

Where A liable is a preconceived plan


R .v. Chiswibo (1961)
Thabo Meli
Kalippa Goundan

10

You might also like