You are on page 1of 2

ABSTRAK

Kajian dijalankan bertujuan membandingkan adat menyambut kelahiran bayi dalam kalangan
masyarakat Melayu dan India di Taman Macang Manis, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Kajian ini mengemukakan dua objektif. Objektif pertama adalah untuk mengenal pasti adat
yang diamalkan semasa menyambut kelahiran bayi dalam kalangan masyarakat Melayu dan
India di Taman Macang Manis. Objektif kedua adalah untuk mengkaji persamaan dan
perbezaan adat menyambut kelahiran bayi dalam masyarakat Melayu dan India di Taman
Macang Manis. Kajian ini dijalankan di Taman Macang Manis, Bukit Mertajam, Pulau
Pinang. Kajian yang digunakan ialah kajian tinjauan. Instrumen kajian yang digunakan dalam
kajian ini ialah rujukan, soal selidik dan temu bual. Sampel kajian ialah 30 orang penduduk
Taman Macang Manis, Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang berbangsa Melayu dan India.
Tiga orang informen juga ditemu bual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat
persamaan dan juga perbezaan dalam adat menyambut kelahiran bayi dalam kalangan
masyarakat Melayu dan India di Taman Macang Manis.

PENGHARGAAN
Semasa menjalankan kajian ini, ibu bapa, guru-guru dan juga rakan-rakan telah
banyak membantu saya dalam pelbagai aspek. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua SMKJ Chio Min, Encik Tan
Teik Seong kerana sudi memberi kebenaran untuk menjalankan kajian ini.
Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Pengajian
Am saya, Puan Suraini binti Jamaluddin kerana telah banyak membimbing saya dalam
menjalankan kajian ini. Beliau juga memberikan tunjuk ajar mengenai cara menyiapkan kerja
kursus ini. Pada masa yang sama, beliau juga menerangkan kesilapan yang saya lakukan agar
dapat dibetulkan untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna. Bimbingan dan tunjuk
ajar beliau amat dihargai.
Di samping itu, tidak dilupakan ibu bapa saya iaitu Encik Supramaniam a/l
Tannimalai dan Puan Sumathi a/p Suppiah yang telah memberikan dorongan dan sokongan
yang tidak terhingga dalam menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah banyak membantu
saya dari segi pengangkutan dan juga meluangkan masa dalam menjalankan kajian ini.
Sokongan dan dorongan mereka tidak akan dilupakan.
Selain itu, saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada rakanrakan saya yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Antaranya
ialah Pavithira a/p Sivasubramaniam, Jane Gooi Khai Yuen, Tan Chu Yin, Loh Xue Jing, dan
juga rakan-rakan sekelas saya. Mereka telah banyak berkongsi maklumat dan berbincang
tentang cara menyiapkan kerja kursus ini. Jasa mereka amatlah dihargai.
Akhir sekali, tidak dilupakan 30 orang responden yang sudi meluangkan masa mereka
dan memberikan kerjasama untuk menjawab soal selidik yang diedarkan. Ribuan terima kasih
diucapkan juga kepada informen yang sudi meluangkan masa untuk menjawab soalan yang
ditanya semasa temu bual, iaitu Puan Wan Nur Suriati binti Wan Sulaiman, Encik Abidin bin
Ahmad dan Puan Saraswathi a/p Muniandy. Begitu juga dengan pihak yang terlibat secara
langsung mahupun secara tidak langsung dalam menjalankan kajian ini. Jasa semua pihak
amat saya hargai. Sekian, terima kasih.

You might also like