You are on page 1of 1

LAPORAN AKTIVITI

Program ini telah disempurnakan secara rasminya oleh guru besar.


Kekuatan.
Program yang dijalankan dapat menyuntik semangat perpaduan dalam diri murid
murid. Oleh itu, murid lebih menghayati erti sebenar perpaduan setelah negara Malaysia lama
mengecapinya. Selain itu, murid perlu diingatkan untuk mengekalkan keamanan negara
supaya Malaysia lebih aman dan selamat untuk satu tempoh yang akan datang.
Kelemahan.
Segelintir murid hilang fokus semasa LDK serta berbual-bual sewaktu aktiviti sedang
dijalankan. Perkara ini membuatkan murid lain terganggu.
Cadangan mengatasi.
Murid tersebut perlu ditegur agar tidak mengulangi perkara sedemikian. Jika
perlu, guru boleh mengenakan dendaan sebagai salah satu inisiatif untuk murid memberi
tumpuan yang lebih sepanjang program berlangsung.
Diharapkan agar impak program ini dapat dihayati dengan jayanya oleh murid-murid.
Guru-guru yang mencadangkan program ini mengucapkan ribuan teriman kasih di atas segala
kerjasama dan sokongan oleh semua pihak adalah dari segi bentuk kewangan,fizikal,dan
moral mahupun yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung. Semoga dengan
sumbangan ini dapat memberi pengetahuan kepada murid-murid dan mengeratkan lagi
hubungan di kalangan murid SK Serdang.

You might also like