You are on page 1of 12

SOALAN PKSR TAHUN 6 BM

10 Jun 2012 4 Komen


by Cikgu Norhazalina in Uncategorized Label:KERTAS PEPERIKSAAN
Soalan 1 hingga Soalan 20
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1
_____________ mestilah menjaga kebersihan kelas, kata Muaz kepada
kawan-kawannnya.
A Kita
B Kami
C Beliau
D Engkau
2
Penduduk Kampung Damai berusaha untuk mengumpulkan wang bagi
_________ masjid.
A membesar
B dibesarkan
C memperbesar
D memperbesarkan
3

Aiman membeli enam _________ tembikai dari gerai buah-buahan itu.

A bilah
B keping
C potong
D puntung
Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah ini.
4

Pak Rahim ___________ buah durian yang telah gugur di dusunnya.

A mengangkat

B mengambil
C memegang
D mengutip
5
berjerebu.

Najihan mengalami ___________ nafas kerana keadaan cuaca pada hari itu

A seksa
B sesak
C sebak
D susah
6
Encik Redzuan menggunakan __________ untuk mengukur sudut 90 darjah
pada pelan rumah berkembar itu.
A kekisi
B tetikus
C sesiku
D bebola
Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah ini.
7
Izzat duduk di tepi pantai ____________ menikmati keindahan
pemandangannya.
A sambil
B supaya
C tetapi
D lalu
8
berlian .

Encik Mohd Faizul _____________ isterinya sebentuk cincin emas bertatahkan

A dihadiahi
B dihadiahkan
C menghadiahi

D menghadiahkan
Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah ini.
9

Ibu menyandarkan payung itu di __________ bilik selepas pulang dari kedai.

A tengah
B bawah
C sudut
D sisi
10
Ketika menyusuri pinggir hutan itu, kami dapat mendengar dengan jelas bunyi
________ yang nyaring.
A pepijat
B reriang
C lelabah
D lelabi
11
Keluarga Pak Mat mengadakan majlis kenduri doa selamat sebagai tanda
__________ kerana kejayaan anaknya dalam UPSR
A kemulian
B kesyukuran
C ketenangan
D kemenangan
12
Dina Husna __________ kejayaan cemerlang dalam peperiksaan UPSR tahun
lepas kerana usahanya yang gigih.
A peroleh
B perolehi
C memperoleh
D memperolehSoalan 13 berdasarkan gambar di bawah ini
13

Kakak Fatimah sedang _________ ketupat untuk menyambut hari raya.

A menganyam

B mengupas
C menyirat
D menjala
Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah ini.
14
Puan Rohaniza ______________ lauk-pauk yang disediakannya untuk makan
tengah hari.
A meletakkan
B mengeluarkan
C mempamerkan
D menghidangkan
15
Mesyuarat Kurikulum di Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
itu dihadiri oleh ____________ sahaja.
A Guru Besar
B Guru-Guru Besar
C Guru Besar-Besar
D Guru Besar-Guru Besar
16
Siti Suhana mengambil beberapa __________ serai dan dua __________ daun
kunyit muda di belakang rumahnya.
A helai helai
B batang helai
C rumpun ketul
D pucuk kuntum
17

Setelah berbincang, mereka telah ____________ tentang perkara itu.

A gelap mata
B murah hati
C bulat kata
D bulat hati

18
Para pelancong haruslah mematuhi __________ berpakaian ketika melawat ke
Masjid Putrajaya.
A tatacara
B tataetika
C tatatertib
D tatasusila
19

Jalan raya dari Tapah ke Comeron Highlands _______________ .

A licin-licau
B kusut-masai
C lintang-pukang
D bengkang-bengkok
20
________________ semua murid berkumpul di dewan sementara menunggu
ketibaan tetamu kehormat, kata Guru Besar.
A Minta
B Tolong
C Pelawa
D Jangan
Soalan 21
Pilih perkataan seerti bagi perkataan bergaris.
21
Novelis itu mendapat ilham menulis novel Mahligai Gading ketika bercuti di
Tasik Kenyir.
A ilusi
B idea
C karya
D inspirasi
Soalan 22
Pilih perkataan berlawan bagi perkataan bergaris.

22

Nurul Athirah menceritakan kisah hidupnya dengan nada yang sebak.

A sayu
B girang
C geram
D lantang

Soalan 23
Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.
23
Murid-murid diingatkan supaya menjawab semua soalan dalam tempoh yang
ditetapkan.
A Mengapakah murid-murid diingatkan supaya menjawab semua soalan ?
B Siapakah yang mengingatkan murid-murid supaya menjawab semua soalan?
C Bagaimanakah murid-murid diingatkan supaya menjawab semua soalan ?
D Apakah peringatan yang diberikan kepada murid-murid?
Soalan 24
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah ini.
24

Hari sudah jauh malam. Mengapakah kamu tidak memadamkan lampu?

A Saya akan tidur apabila lampu dipadamkan.


B Saya akan memadamkannya jika diberitahu lebih awal.
C Saya biasa berjaga hingga larut malam, tidak perlu lampu dipadamkan.
D Saya sedang membaca buku. Sebentar lagi lampu ini akan saya padamkan.
Soalan 25
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
25
Kalau tidak kerana Saiful, belum tentu pasukan bola sepak kita akan memenangi
perlawanan dengan pasukan bola sepak Sekolah Datuk Maharajalela itu.
A Kemenangan pasukan bola sepak Sekolah Datuk Maharajalela itu disebabkan

oleh kehadiran Saiful.


B Pasukan bola sepak sekolah menang dalam perlawanan dengan pasukan bola sepak
Sekolah Datuk Maharajalela kerana kehebatan Saiful.
C Kalau tidak kerana sekolah, tidak mungkin Saiful akan memenangi perlawanan dengan
pasukan bola sepak Sekolah Datuk Maharajalela.
D Kehadiran Saiful, pasukan bola sepak sekolah tentu akan memenangi perlawanan
menentang pasukan bola sepak Sekolah Datuk Maharajalela.
Soalan 26
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
26
Walaupun Amirul Irfan dan Amirul Hakim saudara kembar tetapi tingkah laku
mereka jauh berbeza seperti _______________ .
A anjing dengan kucing
B pahat dengan penukul
C pinang dibelah dua
D langit dengan bumi
Soalan 27 dan Soalan 28
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
27

Seluar yang dipakai oleh Pak Hassan itu agak singkat sedikit.

II

Sungai di kampung itu sungguh singkat airnya sejak bulan lepas.

III

Para penculik itu singkat pemikirannya, kata pihak polis kepada kami.

IV

Lawatan Yang Berhormat Ahli Parlimen Titiwangsa ke kawasan perumahan kami

singkat saja.
A

I dan III sahaja

III dan IV sahaja

I, III dan IV sahaja

I,II, III dan IV

28

Kawasan perumahan setinggan di pinggir kota itu telalu sesak.

II

Pesakit asma biasanya mengalami sesak nafas, jelas Doktor Wahab.

III

Stadium itu penuh sesak dengan ribuan peminat bola sepak tanah air.

IV

Sikap boros menyebabkan dia selalu sesak walaupun gajinya lumayan.

II dan III sahaja

I,II dan III sahaja

II, III dan IV sahaja

I , II , III dan IV

Soalan 29 dan Soalan 30


Pilih ayat-ayat yang betul.
29

Pemuda yang berseluar hitam itu berasal dari Temerloh, Pahang.

II

Di waktu malam, suasana di Kampung Kuala Ibai sunyi sepi.

III

Wau ialah satu daripada permainan tradisional masyarakat Melayu.

IV

Berbagai-bagai jenis kuih-muih dijual di warung Mak Jemah setiap hari.

I dan III sahaja

I dan IV sahaja

I,II dan III sahaja

I,II dan IV sahaja

30

II

Siapatah yang suka membuang sampah sarap di kawasan ini.

III

Ketiga-tiga orang pegawai Bank Simpanan Nasional itu kawan ayah saya.

IV

Masukkan sedikit cili sos ke dalam masakan itu, kata ibu kepada kakak.

I dan III sahaja

I, II dan III sahaja

I, III dan IV sahaja

I , II , III dan IV

Junaidi suka mendengar lagu-lagu berentak keroncong.

Soalan 31 hingga Soalan 35


Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

9.00 pagi
Ayah dan pak long masih berada di sisi kawah di belakang rumah. Beberapa orang jiran dan
penduduk kampung turut berada di situ untuk sama-sama membantu. Ibu dan kakak sibuk
menyiapkan pelamin dan bilik pengantin. Aku dan Miswan sedang mencuba-cuba mikrofon
yang disewa daripada Persatuan Belia Kampung Sungai Nipah.
9.45 pagi
Nasi minyak dan nasi putih serta lauk-pauk sudah siap dimasak. Lagu Selamat Pengantin
Baru mula berkumandang di udara. Ayah masuk ke rumah untuk menyalin pakaiannya. Pak
long mengarahkan aku dan anaknya, Miswan mengemaskan, menyusun, dan mengelap kerusi
meja di bangsal tetamu.
10.15 pagi
Sanak saudara terdekat mula tiba. Ada antara mereka yang membawa hadiah untuk abang
long. Dua puluh orang anggota kumpulan Rebana Sinar Nurani tiba pada masa yang sama.
Ketibaan mereka memang kami nanti-nantikan. Mereka akan menghiburkan tetamu dan
jemputan dengan lagu-lagu irama padang pasir.
11.30 pagi
Para tetamu sudah memenuhi keempat-empat buah bangsal yang telah disediakan. Ayah ke
hulu dan ke hilir melayan saudara mara, sahabat handai dan para jemputan. Ayah kelihatan
agak kekok dan gementar. Aku, Miswan, dan beberapa orang saudaraku yang lain sibuk
menghidangkan makanan.
12.00 tengah hari
Rombongan pengantin perempuan tiba. Pasangan pengantin disambut dengan tembakan ke
udara sebanyak tujuh das oleh pak long. Paluan rebana dan aksi pencak silat turun mengalualukan ketibaan Raja Sehari itu. Pasangan ini kemudiannya diiringi ke bangsal untuk
menikmati hidangan yang disediakan.
31

Apakah yang mungkin dilakukan oleh ayah dan pak long pada pukul 9.00 pagi ?

Melayan tetamu

Mendirikan bangsal

Memasak lauk-pauk

Mencuci pinggan mangkuk

32

Berdasarkan petikan di atas, siapakah Miswan ?

Adik penulis

Abang penulis

Kawan penulis

Sepupu penulis

33

Di manakah majlis kenduri kahwin tersebut diadakan ?

Rumah pak long

Rumah keluarga pengantin lelaki

Balai Raya, Kampung Sungai Nipah

Rumah keluarga pengantin perempuan

34

Mengapakah ayah penulis kelihatan agak kekok dan gementar ?

Dia tidak pernah menghadiri majlis kenduri kahwin

Tetamu yang hadir dalam majlis kenduri tersebut telalu banyak.

Bimbang akan hidangan lauk-pauk yang disediakan tidak

mencukupi.
D

Baru kali pertama mengadakan majlis kenduri kahwin anaknya.

35

Pernyataan manakah yang salah tentang petikan di atas

rombongan pengantin tiba pada pukul 12.00 tengah hari

hidangan lauk- pauk dimasak oleh ibu dan kakak penulis.

para jemputan terdiri daripada saudara mara dan sahabat handai.

Majlis tersebut turut diserikan oleh Kumpulan Rebana Sinar Nurani.

Soalan 36 hingga Soalan 40


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

PANDU CERMAT JIWA SELAMAT

Rancang perjalanan anda. Jika berasa letih, mengantuk atau tidak fokus, tangguhkan
perjalanan.
Patuhi had laju yang ditetapkan. Berhati-hatilah ketika memandu.

Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong.
Periksa cermin sisi dan cermin pandang belakang sebelum menukar lorong.

Sentiasa patuhi semua peraturan jalan raya. Bersedia untuk berhenti apabila lampu
isyarat bertukar kuning dan berhenti sepenuhnya apabila lampu isyarat bertukar
merah. Beri keutamaan kepada pejalan kaki.

Jangan ekori kenderaan di hadapan dengan rapat kerana perbuatan ini selalu
mengakibatkan kemalangan.

Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong kenderaan lain. Jangan


memotong jika teragak-agak.

Jangan memotong barisan atau menggunakan lorong kecemasan tanpa sebab


munasabah.

Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana perbuatan itu mendatangkan bahaya.


ANDA MAMPU MENGUBAHNYA !

36

Merancang perjalanan adalah penting supaya pemandu tidak

mengantuk

keletihan.

kebosanan.

terburu-buru.

37

Bilakah pemandu perlu berhenti di lampu isyarat ?

Apabila lampu isyarat hijau

Apabila lampu isyarat merah

Apabila lampu isyarat kuning

Apabila lampu isyarat kuning atau merah

38

Apakah yang sering menjadi punca kemalangan ?

Mengekori kenderaan di hadapan dengan rapat

Berhenti di lorong kecemasan apabila kenderaan rosak

Tidak berhenti ketika lampu isyarat bertukar kuning

Memotong kenderaan lain dengan yakin

39

Pilih pernyataan tidak benar tentang petikan

Jangan mencelah di antara kenderaan

Beri keutamaan kepada pejalan kaki

Jangan menukar lorong ketika di tepi jalan raya

Pandu kenderaan mengikut had laju yang ditentukan

40

Rangkai kata tidak fokus dalam petikan bermaksud

tidak selesa

tidak bermasalah

tiada lesen memandu

tidak dapat memberikan tumpuan


KERTAS SOALAN TAMAT
SKEMA JAWAPAN

NO
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20

JAWAPAN
A
C
C
D
B
C
A
C
C
B
B
C
A
D
B
B
C
A
D
A

NO
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40

JAWAPAN
D
B
D
D
B
D
C
D
A
B
C
D
B
D
B
D
B
B
A
D

You might also like