You are on page 1of 6

DEFINISI OBESITI

Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di


dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi
apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu
dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah
kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka
hayat penghidapnya juga semakin pendek.

PUNCA & CARA MENGATASI MASALAH OBESITI


Menurut kamus DBP, Kuala Lumpur Edisi Ketiga, obesiti bermakna kegemukan yang
disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan. Obesiti
menimbulkan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, dan tekanan darah
tinggi. Orang yang mengalami masalah obesiti juga tidak dapat men
ikmati
kehidupan mereka sepenuhnya kerana badan yang terlalu gemuk sudah semestinya
membataskan pergerakan mereka. Mereka juga akan mengalami tekanan akibat
perasaan malu dan rendah diri. Hasil kajian yang pernah diterbitkan dalam Media
Permata di Brunei menunjukkan bahawa peratusan penduduk obes di negara ini adalah
yang tertinggi di Asia.
Masalah obesiti sebenarnya berlaku disebabkan oleh cara hdup yang tidak sihat seperti
tidak menjaga pemakanan seharian. Pengambilan makanan yang berlemak tinggi dan
terlalu manis boleh membawa kepada masalah kegemukan. Cara memasak seperti
menggoreng juga boleh menjadi penyumbang kepada pengumpulan lemak dalam
badan. Untukmengelakkan obesiti yang berpunca daripada masalah ini, kita hendaklah
makan lebih banyak sayur, buah-buahan dan sumber protein yang lain seperti ikan. Kita
juga hendaklah mengurangkan penggunaan minyak untuk menggoreng makanan dan
memasak dengan cara mengukus, membakar atau merebus.
Selain daripada itu, sikap malas dan tidak suka bersenam juga menjadi punca
berlakunya masalah obesiti. Apabila kita terlalu memanjakan tubuh dengan cara tidak
melakukan sebarang pergerakan senaman, lemak akan terus terkumpul dalam badan
kita. Akhirnya badan kecil menjadi tembam, gempal, dan gemuk. Oleh itu, kita mesti
melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit. Antara
senaman yang boleh dilakukan oleh mereka yang malas atau sukar melakukan
pergerakan ialah berjalan kaki pantas, berenang, atau bermain badminton. senaman ini
dapat mengelakkan kecederaan.
Di samping itu, peningkatan restoran makanan segera dan penjualan makanan dalam
bungkusan atau tin turut menjadi satu punca obesiti. Restoran makanan segera seperti
KFC, Mcdonald, Ayamku, dan Pizza Hut digemari ramai penduduk Brunei terutama
mereka yang bekerja kerana mereka tidak perlu lagi bersusah payah untuk memasak

makanan selepas penat bekerja. Walaupun makanan yang disediakan oleh restoran
makanan segera ini menyelerakan, orang ramai harus sedar bahawa pengambilan
makanan ini haruslah dikurangkan kerana makanan ini tidak berkhasiat dan
mengandungi kadar garam, gula, dan lemak yang tinggi.
Kesimpulannya, masalah obesiti hendaklah diatasi untuk mengelakkan perkara buruk
yang timbul sebagai akibatnya. Obesiti yang berpunca daripada pemakanan tidak sihat
dan kurang bersenam dapat dielakkan jika kita mengubah pengambilan makanan, cara
memasak, dan lebih kerap bersenam. Membuang lemak dalam badan bukan perkara
mudah untuk dilakukan. Usaha ini memerlukan kesabaran dan kesungguhan.

Minda: Mengatasi kegemukan


MASALAH kegemukan atau obesiti bukan perkara yang boleh dianggap remeh kerana
disifatkan sebagai virus yang semakin menular dalam masyarakat, sementelah pula ia
boleh mengundang pelbagai penyakit, sekali gus memberi tekanan emosi dan
menimbulkan kegelisahan.
Kanak-kanak bersaiz badan besar ketika kecil dikatakan comel dan montel, tetapi
hakikatnya apabila mereka meningkat usia dan tidak diberi pemantauan daripada aspek
pemakanan akan menjadikan ia diselubungi penyakit.
Fakta berkenaan wujud kebenarannya apabila baru-baru ini kita dikejutkan dengan
kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa seramai 16.2 juta atau
60 peratus rakyat di negara ini dikesan mengalami masalah kegemukan seawal usia
kanak-kanak.
Persoalan berkaitan obesiti bukan saja membimbangkan remaja, malah orang dewasa
turut berdepan nasib sama.
Ia tidak seharusnya diambil mudah, sebaliknya perlu diatasi dengan cara terbaik
termasuk melakukan diet bersesuaian.
Pengamalan diet juga berbeza dan tidak boleh dilakukan secara membuta-tuli tanpa
nasihat doktor, terutama pakar pemakanan kerana mampu mengundang keadaan lebih
buruk atau penyakit anoreksia yang banyak dialami wanita.
Apabila kegemukan dialami seseorang, persepsi terhadap dirinya juga berubah,
termasuk hilang daya tarikan, malah menjadi bahan cemuhan di kalangan rakan
berikutan saiz badan lebih besar dan mungkin juga tabiat pemakanan dilihat melampau.

Kebiasaannya, seseorang bersaiz badan besar sebegini sering disebabkan amalan


pemakanan kurang sihat, tetapi terdapat faktor lain seperti genetik dan keturunan,
sekali gus menyebabkan obesiti bersarang pada dirinya.
Menurut Liow, daripada 16.2 juta rakyat berkenaan, 8.1 juta daripadanya atau 30
peratus mengalami masalah berat badan, manakala 30 peratus lagi mengalami
masalah kegemukan berlebihan.
Masalah berat badan dan obesiti ini menyebabkan penyakit kronik seperti jantung,
darah tinggi, barah buah pinggang dan diabetes. Penyakit ini boleh dicegah dari
semasa ke semasa, tetapi kita dapati trend penyakit ini semakin meningkat.
Masalah ini disebabkan gaya hidup rakyat dan kita tiada pilihan melainkan perlu
mengadakan pelbagai kempen dan program kesedaran bagi membolehkan rakyat
mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk mengelak penyakit kronik berkenaan,
katanya.
Nasib dialami seorang lelaki dikenali sebagai M Balagi, 43, dari Bandar Baru Air Itam,
Georgetown, Pulau Pinang seperti dilaporkan media baru-baru ini mampu membuka
mata.
Balagi yang mengalami masalah berat badan mencecah 300 kilogram (kg) mendakwa
makan nasi dengan sayur sebagai sarapan, diikuti nasi bersama lauk (tengah hari), roti
(minum petang) dan capati serta tosai (malam) setiap hari.
Dia memberi alasan masalah berkenaan bermula apabila dibuang kerja sebagai
pengawal keselamatan menyebabkan dia mengalami kemurungan selain selera makan
bertambah berikutan bekas majikannya didakwa gagal melunaskan sejumlah
pampasan.
Pada ketika itu, berat badannya sekadar 126kg, tetapi disebabkan dilanda masalah,
berat badannya meningkat 174kg dan akhirnya, Balagi terpaksa diangkat 10 lelaki
untuk dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) pada Oktober lalu selepas terjatuh di
rumahnya.
Difahamkan, dia menerima rawatan lanjut dan berat badannya mulai menurun selepas
didedahkan dengan amalan pemakanan sihat sepanjang berada di HPP.

Saya merayu mana-mana doktor pakar yang sanggup membantu untuk mengurangkan
berat badan saya kerana saya tidak ingin meneruskan hidup begini selain perlu
menolong ibu saya yang tua, katanya.
Apa yang berlaku itu adalah sebahagian daripada rona kehidupan dan usaha
Kementerian Kesihatan menempatkan 300 pakar pemakanan di klinik kesihatan
kerajaan bagi memberi khidmat kaunseling kepada rakyat yang berdepan masalah
kegemukan atau obesiti adalah langkah terbaik.
Dalam merealisasikan usaha berkenaan, 51 pakar pemakanan akan ditempatkan di
klinik kesihatan terpilih, termasuk Klinik 1Malaysia tahun ini.
Ia diharap mampu mengubah cara hidup rakyat untuk menjalani kehidupan lebih sihat,
terutama mengenai cara pengambilan makanan.
Malah, penubuhan Majlis Cegah Obesiti Malaysia (MCOM) membabitkan 13
pertubuhan profesional dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menangani masalah
kegemukan adalah langkah proaktif dalam memastikan keadaan ini mampu ditangani
dengan baik serta meningkatkan kesedaran.
MCOM juga memberi jaminan kepada Kementerian Kesihatan bahawa majlis itu akan
bekerja rapat dengan kerajaan dalam usaha menjayakan misi penjagaan kesihatan di
negara ini.
Pertubuhan itu buat permulaan akan menumpukan kepada empat bidang iaitu
penyelidikan dalam mencegah kegemukan dan obesiti, melobi mengenai kebimbangan
kegemukan dan obesiti dalam polisi serta undang-undang yang akan dipinda kerajaan.
Berdasarkan kajian pakar kesihatan mendapati masalah obesiti dipengaruhi pelbagai
sebab antaranya faktor genetik, pemakanan berlebihan atau melampau, kurang
bersukan, emosi dan faktor persekitaran.
Kegemukan boleh diturunkan daripada generasi ke generasi kerana jika ibu bapa
gemuk, mereka cenderung memiliki anak-anak yang memiliki saiz badan sama.
Mereka yang terdiri daripada golongan gemuk ini sentiasa berada dalam keadaan lapar

atau bersifat responsif terhadap makanan menyebabkan sukar untuk keluar daripada
perangkap kegemukan jika individu terbabit tidak memiliki kawalan diri dan motivasi
yang kuat untuk mengurangkan berat badan.
Kurang aktif bersukan juga mampu menjadi penyumbang kepada kegemukan. Jadi,
aktiviti sukan sangat penting dalam penurunan berat badan, bukan saja kerana dapat
membakar kalori, malah membantu mengatur fungsi metabolisme secara normal.
Faktor emosi memainkan peranan kerana jika terganggu, kebiasaannya keseluruhan
hidup kita akan terganggu, sekali gus mempengaruhi kadar pemakanan kerana
dianggap satu cara terbaik meredakan tekanan.
Risikonya, apabila seseorang berdepan isu kegemukan atau obesiti, mereka akan
menghadapi pelbagai masalah seperti penyakit kardioviskular (berkaitan jantung), strok,
tekanan darah tinggi dan diabetes yang dianggap musuh manusia.
Bagaimanapun, mereka yang dibelenggu masalah berkenaan tidak harus cepat
berputus asa kerana banyak kaedah atau cara bersesuaian untuk menanganinya. Apa
yang penting, seseorang itu perlu menjaga kesihatan untuk menjamin kehidupan lebih
sihat. Pakar pemakanan, Dr Che Ridzuan Hashim Rozaini berkata, terdapat lima petua
mengekalkan kesihatan sempurna iaitu menerusi pengambilan makanan seimbang,
minum air secukupnya, melakukan riadah, tidak merokok dan cukup rehat.
Menurutnya, pemakanan sihat penting bagi menentukan sejauh mana tahap kesihatan
sama ada pada tahap memuaskan atau sebaliknya dan pengambilan makanan
seimbang perlu diamalkan mengikut diet piramid makanan.
Jangan mengambil makanan berlemak kerana boleh menyebabkan kegemukan atau
obesiti. Ia akan meningkatkan risiko serangan penyakit jantung, darah tinggi dan
kencing manis.
Minum air cukup iaitu sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas air kosong sehari.
Air penting untuk melancarkan peredaran darah dan membersihkan kotoran dalam
badan, katanya.
Beliau berkata, bersenam adalah aktiviti paling penting dalam mengekalkan kesihatan
kerana ia membuatkan kita cergas dan sihat, selain menurunkan berat badan serta
merendahkan kandungan lemak di samping mampu menguat dan menyihatkan jantung.

Selain itu, kita juga boleh melakukan aktiviti lain membabitkan pergerakan anggota
fizikal seperti berjalan kaki, mengemas rumah dan menaiki tangga menggantikan
penggunaan lif.
Elakkan merokok kerana berisiko tinggi diserang penyakit kronik seperti sakit jantung,
angin ahmar dan kanser paru-paru.
Walaupun terlalu sibuk pastikan anda mengambil rehat mencukupi dengan tidur lapan
jam sehari. Rehat yang cukup mengurangkan tekanan selain mengembalikan semula
tenaga yang hilang, katanya.
Ironinya, masalah kegemukan atau obesiti ada kaitan dengan pelbagai perkara dan
semua ini perlu ditangani dengan bijak, tetapi tegas dan berhemah.

You might also like