You are on page 1of 24

TAJUK 1 PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

TAJUK 1

PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN


PENILAIAN

PENGENALAN
Dalam menempuh kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan dengan apa yang
dikatakan sebagai pengujian, pengukuran dan penilaian dalam semua keadaan yang
memerlukan kita membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan. Anda sebagai guru
perlu membuat pertimbangan dan keputusan berhubung dengan pengajaran dan
pembelajaran yang berlangsung untuk menentukan sama ada objektif pembelajaran
sudah dicapai pelajar atau memerlukan ulangan semula dan sebagainya.
Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia
pendidikan. Sering kali istilah ini digunakan secara bertukar ganti. Misalnya, sesetengah
guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mengatakan mereka ingin mengukur atau
menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah, tanpa menghirau maksud khusus
yang mendukung istilah-istilah berkenaan. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah
berkenaan mempunyai makna yang spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan.
Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua faktor
yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperoleh, akan membantu guru
dalam membuat sesuatu keputusan dengan tepat.

OBJEKTIF
Pada akhir bab ini, anda seharusnya dapat:
1. menjelaskan maksud pengujian, pengukuran dan penilaian;
2. membezakan konsep pengujian, pengukuran dan penilaian; dan
3. mengenalpasti tujuan penilaian dijalankan.

PETA MINDA TAJUK

OUM

PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1

1.1

KONSEP PENILAIAN, PENGUKURAN DAN PENGUJIAN

Sekiranya anda diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi


pengajian tinggi, apakah penilaian-penilaian yang anda lakukan terlebih
dahulu sebelum menerima tawaran tersebut. Apakah kayu ukur yang akan
anda gunakan sebelum membuat keputusan dan bagaimanakah anda
menguji keputusan yang dilakukan tersebut sama ada akan membawa
kesan baik atau sebaliknya untuk anda?
Sebagai insan yang hidup di muka bumi ini, kita tidak lari daripada membuat keputusan.
Dalam membuat sebarang keputusan, sama ada mudah atau sukar, penilaian wajar
dilakukan terlebih dahulu. Dalam konteks ini, penilaian akan melibatkan penentuan objektif,
mendapatkan maklumat, memproses maklumat, membuat kesimpulan dan membuat
keputusan. Apabila proses yang dijalankan itu dibuat secara sistematik dan saintifik, maka
keputusan yang diperoleh menjadi lebih tepat dan seterusnya tindakan yang diambil
adalah benar-benar bersesuaian.
Sebenarnya, aktiviti penilaian dalam bidang sains perlakuan dan juga sains
kemasyarakatan bermula dengan kajian yang dijalankan oleh Galton dan Binet untuk
mengukur kebolehan individu. Bermula dengan kajian tersebut, konsep penilaian telah
berkembang sehingga muncul beberapa istilah yang berkaitan seperti pengukuran
(measurement), penilaian (evaluation) dan pentaksiran (assessment). Dalam
pengukuran, individu didedahkan kepada pembolehubah yang sama dalam keadaan
terkawal. Sebagai contoh, pengukuran yang dijalankan bagi menguji kecerdasan kanakkanak melalui ujian oleh Stanford-Binet, Raven- Matrices, Weschler dan A.C.E.R.
Apabila sesuatu penilaian ingin dijalankan, sekurang-kurangnya dua keputusan yang
utama perlu diambil.
(a) Pertama, berkaitan dengan tujuan penilaian dijalankan. Misalnya, pihak sekolah ingin
meningkatkan taraf bacaan murid-murid di sekolah rendah dan selepas membuat
penilaian, mendapati taraf bacaan tidak memuaskan, maka
(b) Kedua, satu tindakan baru perlu diambil.

1.1.1

Penilaian

Pernahkah anda berada dalam satu-satu acara lelongan awam seperti


melelong barang-barang antik. Cuba anda bayangkan bagaimanakah
seseorang tersebut membuat penilaian sebelum membuat keputusan untuk
membeli. Apakah sebenarnya maksud penilaian?
Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian dilakukan
kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian, ia akan
membolehkan kita membuat anggaran, sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu
tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk
mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Maklumat dan bukti ini amat
penting dalam menyelesaikan
2

OUM

TAJUK 1 PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

sesuatu masalah. Misalnya, dalam pendidikan, penilaian dapat menyelesaikan masalah


tentang pencapaian matlamat yang ditetapkan, seperti menguasai kemahiran membaca,
menulis dan mengira (3M) di kalangan murid sekolah rendah.
Dalam membuat penilaian, anda mungkin sering kali berhadapan dengan pelbagai
masalah. Misalnya, tentang persoalan yang ingin diselesaikan, apakah bukti yang
dianggapkan mencukupi atau bagaimana cara mendapatkan maklumat, siapa yang perlu
mendapatkan maklumat dan sebagainya. Dengan memahami konsep pengujian,
pengukuran dan penilaian, anda akan dapat merancang langkah-langkah dengan lebih
teratur dan sistematik bagi mendapatkan maklumat yang tepat. Banyak definisi telah
diberikan kepada istilah penilaian.
Penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau keputusan
dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara.
Stufflebeam et al. (1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai proses delineating,
mencari dan memberikan maklumat yang berguna dalam mempertimbangkan
alternatif-alternatif keputusan.
Definisi ini melepasi maksud pengujian dan pengukuran.
Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa
mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang
telah ditetapkan itu telah tercapai. Ini seterusnya membolehkan guru membuat
pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran.
Justeru, penilaian berbeza dengan pengukuran yang melibatkan hanya pemberian ukuran
dalam bentuk nombor tertentu yang lebih bersifat kuantitatif. Sebelumnya, Popham (1975)
menyatakan penilaian yang sistematik perlu mempunyai satu tafsiran yang formal tentang
nilai fenomena pendidikan.
Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan
pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamat asalnya. Dalam bilik
darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru berkenaan mengukur pencapaian
pelajar atau menilai pencapaian pelajar? Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan guru
sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan. Tindakan susulan
guru ialah menilai ukuran pencapaian tersebut dengan menggunakan keputusan ujian itu
bersama maklumat lain yang berkaitan. Selain menggunakan data kuantitatif, penilaian
juga boleh dibuat dengan menggunakan data berbentuk kualitatif seperti yang diperoleh
daripada pemerhatian atau temubual.
Anda boleh mendapat maklumat lanjut dengan download fail PDF dari laman
web berikut: http://www.gao.gov/special.pubs/pe1014.pdf

Justeru, penilaian boleh dibuat dengan menggunakan sama ada maklumat yang berbentuk
kuantitatif, kualitatif atau kedua-duanya sekali. Dengan menggunakan maklumat kuantitatif,
penilaian boleh dinyatakan dalam bentuk gred (seperti A, B, C, D atau E) bersama
penjelasan nilainya (seperti cemerlang, kepujian, baik, lulus atau gagal). Sementara itu,
penilaian yang menggunakan data kualitatif boleh dinyatakan dalam bentuk kualitatif juga,
misalnya, Ali dapat melukis gambar kawannya dengan cepat, tepat dan bersih. Secara
ringkasnya, penilaian meliputi tiga proses utama, iaitu menentukan ukuran, menganalisis

OUM

PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1

ukuran dan menyatakan nilai/interpretasi ukuran.

OUM

TAJUK 1 PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

Prosedur penilaian boleh dilaksanakan dalam lima peringkat seperti dalam Rajah 1.1 di
bawah.

Rajah 1.1: Prosedur penilaian

Kini istilah pentaksiran mula digunakan dalam penilaian pencapaian. Popham (2000)
menyatakan istilah-istilah pengukuran, pengujian dan penaksiran digunakan secara silih
berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran melibatkan proses membuat
keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran, yang
merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran, merangkumi aktiviti menghurai,
mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang
pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan
Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan
boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada pelajar dan juga untuk mengekalkan
kewibawaan institusi pentaksiran.

1.1.2

Pengukuran

Kita sering melihat bahawa ahli-ahli atlit sukan yang ingin mewakili negara
akan diberi syarat-syarat tertentu untuk membolehkan mereka diterima
secara automatik untuk mewakili negara. Apakah sebenarnya yang diukur,
pencapaian peribadi mereka atau jumlah penyertaan yang mereka sertai.
Apakah maksud dan tujuan pengukuran?
Pengukuran membawa maksud yang lebih luas berbanding pengujian. Pengukuran

OUM

PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1

membawa definisi sebagai suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik

OUM

TAJUK 1 PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

(melalui angka) tentang sebanyak mana individu/pelajar mempunyai sesuatu ciri yang
diukur dengan menggunakan alat tertentu. Dalam erti kata lain pengukuran ialah proses
menentukan sejauh mana seseorang individu memiliki ciri-ciri tertentu.
Biasanya, kita mewakilkan sesuatu pengukuran berbentuk angka kepada prestasi
seseorang individu untuk menggambarkan keupayaan individu tersebut. Contohnya, Ramli
mendapat
60 peratus dalam ujian Matematik. Kita tidak menyatakan prestasi Ramli sama ada baik
atau sebaliknya. Dalam hal ini, kita hanya mengukur pencapaian matematik tanpa
memberikan nilai kepada ukuran yang diperoleh. Justeru, pengukuran hanya menentukan
tahap prestasi/ ciri tertentu seseorang individu/pelajar mengikut alat yang digunakan.
Pengukuran boleh juga dibuat tanpa menggunakan pengujian. Sebagai contoh, kemahiran
melukis seseorang pelajar boleh diukur melalui pemerhatian/pencerapan, sementara
pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temubual. Justeru, kita boleh
menganggapkan pengukuran sebagai proses untuk mendapatkan sesuatu ukuran dengan
menggunakan kaedah tertentu, manakala pengujian pula merupakan salah satu daripada
kaedah tersebut.
Pengukuran tidak bersifat mutlak, misalnya, pengukuran keupayaan mental seseorang
sudah tentu lebih sukar diukur secara tepat berbanding ketinggian fizikalnya. Ketinggian
fizikal seseorang boleh diukur secara tepat dengan menggunakan alat ukur yang tepat
seperti penggunaan pembaris. Seterusnya, seseorang pelajar yang mendapat skor 90
tidak boleh dianggap mengetahui dua kali ganda daripada pelajar yang mendapat skor 45,
walaupun skor 90 itu dua kali ganda 45. Seseorang pelajar yang mendapat skor sifar pula
tidak juga boleh dianggap sebagai tidak mempelajari/ mengetahui tentang sesuatu
pelajaran yang diajar guru. Ini jelas menunjukkan ukuran aspek-aspek berkenaan
bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana ukuran ketinggian fizikal pelajar menggunakan
pembaris.
Justeru, seseorang guru perlu menggunakan alat yang tepat bagi menghasilkan ukuran
yang tepat. Jika alat yang digunakan mempunyai kecacatan, maka sudah pastilah ukuran
yang diperoleh juga tidak tepat.

1.1.3

Pengujian

Kita sering mendengar di stesyen TV atau di akhbar-akhbar bahawa


kerajaan menggalakkan agar kenderaan pengangkutan awam dan
swasta agar membawa kenderaaan mereka ke Puspakom untuk tujuan
pemeriksaan. Pada pendapat anda apakah tujuan sebenar pengujian
dilakukan?
Antara ketiga-tiga istilah berkenaan, pengujian selalunya dianggap mendukung maksud
yang lebih sempit atau khusus. Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set
soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur
yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau
pelajar.
Menurut Cronbach (1970),

OUM

PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1

Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah
laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor, atau
satu sistem yang berkategori.

OUM

TAJUK 1 PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

Contoh skala bernombor ialah angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100/120 untuk ujian
kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran
seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula ialah ekstrovert atau introvert
bagi ujian personaliti, atau rabun warna bagi ujian penglihatan.
Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang
dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik dari Raminah, 1991) yang
menegaskan bahawa:
Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan
oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh
daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan.
(Raminah
1991:2).
Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai markah
akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya
prestasi pelajar yang diuji.
Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan/
pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah
seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan,
kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.
Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui
pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru dalam bilik
darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting, malah sama
pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Anda boleh mendapat maklumat lanjut berherhubung dengan konsep
Pengujian ini di laman web berikut : http://www.measurementexperts.org/

Latihan 1.1
Jelaskan perbezaan antara pengujian, pengukuran dan penilaian.

1.2

ARAS UKURAN

Secara umumnya, terdapat pelbagai bentuk pengukuran yang berbeza, misalnya,


pengukuran yang digunakan untuk mengukur pencapaian akademik pelajar adalah berbeza
daripada pengukuran yang digunakan untuk menentukan tahap apresiasi agama pelajar.
Begitu juga membuat pengkelasan darjah motivasi
sebagai bermotivasi rendah,
sederhana atau tinggi tidaklah setepat ukuran yang menggunakan skor sebenar motivasi
pelajar. Penyataan dan pengkelasan
pembolehubah dalam bentuk kuantitatif
melibatkan pengukuran yang menggunakan skala tertentu. Pada umumnya terdapat dua
jenis pembolehubah asas dalam pengukuran, iaitu: (i) jenis kuantitatif (seperti 20%, 50%,
80%) dan (ii) jenis kategori (seperti motivasi rendah, motivasi sederhana, motivasi tinggi).

OUM

PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1

Kedua-dua jenis pembolehubah ini

10

OUM

TAJUK 1 PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

boleh diukur dengan menggunakan empat jenis skala, iaitu skala nominal, ordinal, sela dan
nisbah. Secara ringkasnya, skala boleh ditakrifkan sebagai angka yang digunakan untuk
mengkelas atau menunjukkan tahap/nilai sesuatu ukuran.

Rajah 1.2 Aras ukuran

1.2.1

Skala Nominal

Skala nominal ialah skala yang dianggap paling mudah dan mempunyai ketepatan
yang paling rendah. Skala ini mengkategorikan pembolehubah berdasarkan
persamaan dan seterusnya memberikan nama kepada pembolehubah berkenaan.

Misalnya, guru ingin mengkelaskan pelajar-pelajar mengikut etnik atau jantina. Guru
berkenaan perlu meletakkan nilai tertentu kepada pembolehubah tersebut bagi mewakili
etnik berkenaan. Misalnya, etnik Melayu diwakili nombor 1, etnik Cina diwakili nombor 2,
etnik India diwakili nombor 3 dan etnik-etnik lain diwakili nombor 4. Nombor I dalam sistem
ini tidaklah menunjukkan bilangan yang kecil berbanding nombor 2, 3 atau 4. Dalam skala
nominal ini, kita boleh menukar ganti nombor berkenaan untuk mewakili kategori etnik
tertentu, misalnya, nombor 4 untuk etnik Melayu, nombor 3 untuk etnik Cina, nombor 2
untuk etnik India dan nombor 1 untuk lain-lain etnik.
Nombor yang digunakan di sini hanyalah mewakili atau melambangkan kategori
pembolehubah yang dinyatakan, iaitu etnik. Nombor ini tidak mempunyai sebarang nilai dan
skala yang menggunakan nombor untuk mengkategori pembolehubah ini disebut sebagai
skala nominal.
Ciri-ciri utama skala nominal adalah seperti berikut:
i.

Setiap ahli hanya dimiliki oleh satu kategori sahaja, misalnya, individu yang dikelaskan
ke dalam kategori Melayu tidak boleh menjadi ahli kategori etnik lain.

ii.

Nombor yang mewakili setiap kategori tidak mempunyai nilai pemeringkatan, tetapi
dianggap sebagai nama kategori sahaja.

iii.

Pengkelasan data asal kepada data nominal bersifat satu kepada satu.

OUM

11

PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1

1.2.2

Skala Ordinal

Ukuran bersifat ordinal pula memberikan nilai pemeringkatan. Data boleh disusun
sama ada daripada yang terrendah kepada yang tertinggi atau daripada yang lemah
kepada yang cemerlang. Nombor atau kategori yang diguna menggambarkan
ukuran asal pembolehubah mengikut susunan daripada kecil kepada yang besar
atau daripada kategori yang baik kepada kategori yang lebih baik.
Misalnya, nombor 1, 2, 3, 4 yang menunjukkan kedudukan pelajar dalam darjah dari segi
pencapaian akademik adalah contoh skala ordinal. Pelajar yang mendapat markat
keseluruhan yang tinggi diberikan nombor 1, diikuti nombor 2, 3, 4 dan seterusnya. Ini
menunjukkan nombor
1 adalah lebih baik daripada nombor 2, 3 4 dan berikutnya. Umumnya, skala ordinal
mampu (a) membezakan kategori dan (b) membezakan nilai pemeringkatan. Contoh lain
skala ordinal ialah skala Likert (misalnya, (1) Sangat Tidak Setuju, (2) Kurang Setuju, (3)
Sederhana Setuju, (4) Setuju, (5) Sangat Setuju).
Ciri-ciri utama skala ordinal adalah seperti berikut:
i.

Kategori yang digunakan bagi mengkelaskan data ordinal adalah saling

eksklusif. ii.
iii.

Ukuran yang diguna menunjukkan pemeringkatan secara logik.

Ukuran mempunyai pemberat, iatu setiap kategori mempunyai pemberat yang kurang
atau lebih berbanding kategori lain.

Rajah 1.3 menunjukkan contoh Borang Soal Selidik yang dilakukan oleh pihak OUM yang
menggunakan konsep Skala Ordinal untuk tujuan penambahbaikan terhadap modul-modul
OUM.

12

OUM

TAJUK 1 PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

Rajah 1.3 Contoh borang soal selidik

OUM

13

PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1

1.2.3

Skala Sela

Skala ketiga ialah skala jenis sela. Data jenis ini mempunyai ciri pemeringkatan dan
juga mempunyai perbezaan bagi setiap unit sela yang sama nilai. Skala ini
berupaya menunjukkan perbezaan antara beberapa kategori dan ia boleh
menunjukkan kesamaan dalam unit ukuran yang digunakan. Contoh ukuran berskala
sela ialah ukuran suhu. Dalam hal ini, perbezaan suhu antara 25C dengan 35C
adalah sama dengan perbezaan suhu antara 15C dengan 5C, iaitu perbezaan 10
darjah.
Skala sela memberikan sela yang sama daripada titik origin. Ini bermaksud skala sela
mempunyai ciri-ciri nominal dan ordinal, terutamanya ciri-ciri aspek pemeringkatan. Jarak
numerik yang sama dalam skala sela menggambarkan jarak yang sama pada ciri-ciri yang
diukur.
Contoh lain, andaikan terdapat empat orang pelajar yang diukur pencapaiannya dalam
skala sela, maka perbezaan pencapaian antara pelajar A yang mendapat 95% dengan
Pelajar B yang mendapat 70% adalah sama dengan perbezaan pencapaian pelajar C yang
mendapat
50% dengan pelajar D yang mendapat 25%. Bagaimanapun kita tidak boleh mengatakan
pencapaian pelajar C adalah dua kali lebih baik daripada D, kerana skala sela tidak
mempunyai nilai mutlak, tetapi hanya berdasarkan jarak. Dalam skala sela, nilai sifar (0)
merupakan suatu nilai yang arbitrari, yang tidak menggambarkan nilai kuantiti kosong, iaitu
skala sela tidak mempunyai nilai mutlak. Misalnya, suhu 0C merupakan nilai permulaan
sistem pengukuran suhu dalam C. Suhu 0C di sini bukan bermakna tidak ada
kepanasan.
Ciri-ciri skala sela adalah seperti berikut:
i.

Kategori yang digunakan bagi mengkelaskan data sela adalah saling

eksklusif. ii.

Ukuran yang diguna menggambarkan susunan pemeringkatan

secara logik.
iii.

Ukuran yang diguna mempunyai pemberat, iaitu sesuatu ukuran sama ada lebih kecil
atau lebih besar daripada yang lain.

iv.

Ukuran dalam skala sela bernilai arbitrari (tidak mutlak). Nilai sifar (0) juga adalah

arbitrari. v.

Perbezaan satu unit ukuran mempunyai nilai yang sama bagi semua

perbezaan ukuran.
Kita sering melihat dan mendengar berlakunya gempa bumi, khususnya
yang berlaku di negara jiran seperti Indonesia. Tahukah anda bagaimanakah
gempa bumi ini diukur dan apakah jenis skala yang digunakan?

1.2.4

Skala Nisbah

Skala keempat ialah skala nisbah, iaitu skala yang mempunyai semua ciri skala
sela dan juga nilai mutlak. Dalam skala nisbah nilai sifar (0) adalah kosong.

14

OUM

TAJUK 1 PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

Misalnya, perbezaan antara 30 hingga 60 adalah sama dengan perbezaan 60 hingga 90.
Malah kita boleh mengatakan 90 adalah dua kali ganda 45 (2 X 45 = 90). Contoh ukuran
berskala nisbah ialah wang, jarak dan tinggi. Jadual di bawah menunjukkan ciri-ciri
keempat- empat skala ukuran yang telah dibincangkan.

OUM

15

PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1

Jadual 1.1: Skala Ukuran


Skala

Ciri-ciri

Nominal

Mempunyai nilai pengkelasan sahaja.

Ordinal

Mempunyai nilai pengkelasan dan pemeringkatan.

Sela

Mempunyai nilai pemeringkatan dan perbezaan ukuran.

Nisbah

Mempunyai nilai pemeringkatan, perbezaan ukuran dan mutlak.

Pengukuran tingkah laku dalam bidang psikologi kadang kala agak sukar dibezakan antara
skala ordinal dan sela. Misalnya, dalam ukuran yang menggunakan skala Likert, andaian
yang logik ialah ukuran ini adalah berskala ordinal. Bagaimanapun, dalam penganalisisan
data, ukuran ini dianggap sebagai berskala sela.
Nyatakan perbezaan antara keempat-empat skala pengukuran. Gunakan peta
minda untuk melakarkan jawapan anda.
Kesimpulannya, setiap jenis skala ukuran memberi maklumat yang berbeza. Skala nisbah
memberikan lebih banyak maklumat daripada skala sela. Skala sela pula dapat
memberikan lebih banyak maklumat daripada skala ordinal. Begitu juga, skala ordinal
memberikan lebih banyak maklumat daripada skala nominal. Hierarki keempat-empat skala
ukuran ini ditunjukkan dalam Rajah 1.3.

Latihan 1.2
Nyatakan jenis skala untuk ukuran berikut:
(a) Jawatan (Pengetua, Penolong Kanan, Guru Kanan, Guru).
(b) Gred pencapaian (Gred A, B, C, D, F).
(c) Skor ujian Sejarah (45, 50, 60, 75, 87).
(d) Respon terhadap soal selidik (Ya, Tidak, Tidak Pasti).

1.3

TUJUAN PENILAIAN DI BILIK DARJAH

Pada pandangan anda, mengapakah aktiviti pengujian dan penilaian penting


kepada guru? Apakah implikasinya kepada pelajar dan sekolah?

Pengujian dan penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sama pentingnya
dengan proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri. Matlamat utama penilaian ialah
untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya ditinjau dari aspek yang
lebih luas, penilaian yang dijalankan memberi manfaat besar kepada guru, pelajar dan ibu
bapa, malah kepada pihak sekolah serta Kementerian Pelajaran sendiri.
16

OUM

TAJUK 1 PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

Rajah 1.3 : Hierarki skala ukuran

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, hasil penilaian yang dijalankan dapat dijadikan asas
kepada guru untuk membuat keputusan berhubung dengan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. Sepanjang guru mengajar, beliau akan menggunakan
maklumat yang diperoleh bagi membuat keputusan untuk meningkatkan keberkesanan
pengajaran guru dan pembelajaran pelajar.
Bagi memudahkan pemahaman anda, tujuan atau kepentingan penilaian dalam pendidikan
khususnya dalam bilik darjah, dijelas berasakan beberapa tujuan seperti membuat
diagnosis, melihat pencapaian, membuat pemilihan dan menempatkan serta memberikan
bimbingan dan kaunseling kepada pelajar.

OUM

17

PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1

Rajah 1.4: Tujuan penilaian

1.3.1

Diagnosis

Penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat memberikan maklum
balas kepada guru tentang tahap penguasaan pelajar terhadap pengetahuan dan
kemahiran yang telah diajar. Selain itu, penilaian ini juga dapat memberi maklum balas
tentang masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran. Dengan itu, guru dapat
mengenal pasti kemajuan seseorang pelajar, sama ada pada tahap yang sangat
memuaskan, memuaskan, sederhana, lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung.
Daripada penilaian yang dijalankan juga, guru dapat mengenal pasti pelajar yang
cepat/cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pelajar yang lemah yang
memerlukan aktiviti pemulihan. Guru juga perlu membuat keputusan sama ada untuk
mengubah strategi pengajaran, supaya ia lebih bersesuaian dengan keperluan pelajar atau
mengulang pelajaran dengan menggunakan strategi yang sama dan sebagainya.
Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran akan
memperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu. Pengesanan kemajuan
pelajar secara berterusan ini akan memberi maklum balas kepada guru tentang masalah
yang dihadapi pelajar. Adakah pelajar mempunyai masalah dalam mempelajari dan
menguasai pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar? Sekiranya pelajar menghadapi
masalah, guru akan menyelidik punca masalah tersebut. Maklumat berkenaan akan
digunakan guru untuk mengubah pendekatan pengajaran atau menyediakan latihan yang
khusus supaya masalah yang dihadapi pelajar dapat diatasi. Tanpa bantuan khas ini,
pelajar-pelajar akan terus menghadapi masalah dan akibatnya mereka akan terus
ketinggalan dalam pembelajaran.

1.3.2

Pencapaian

Penilaian yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan
maklumat tentang tahap penguasaan para pelajar terhadap pengetahuan, kemahiran dan
sikap yang ingin disampaikan guru. Selain itu, penilaian yang dijalankan pada akhir tempoh
pengajian; misalnya pada akhir Tahun 6 (UPSR), Tingkatan 3 (PMR) dan Tingkatan 5
(SPM); adalah bertujuan untuk
menentukan gred pencapaian para pelajar secara
keseluruhan. Penilaian pada peringkat ini lebih bercorak formal dengan tujuan akhirnya
untuk memberi sijil kepada pelajar.
Hasil penilaian ini akan menunjukkan pencapaian akademik pelajar mengikut gred yang
diberikan, seperti cemerlang, sederhana atau gagal. Pihak sekolah akan dapat
menentukan keupayaan keseluruhan seseorang pelajar berdasarkan pencapaian yang
ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki untuk tindakan selanjutnya, seperti pemilihan
dan penempatan.

18

OUM

TAJUK 1 PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

1.3.3

Pemilihan dan Penempatan

Penilaian adalah penting sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula kerana guru
perlu meninjau sejauh manakah pelajar-pelajarnya menguasai pengetahuan dan
kemahiran asas kepada tajuk yang hendak diajar. Misalnya, seseorang guru Bahasa
Melayu yang akan mengajar pelajar bukan penutur asli bahasa Melayu, perlu mengetahui
aspek pengetahuan dan kemahiran manakah yang telah mereka kuasai, seperti
tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya. Maklumat ini penting untuk guru
membuat keputusan dalam menentukan peringkat yang bersesuaian untuk memulakan
pengajaran.
Selain itu, guru juga dapat memilih pelajar untuk dikelompokkan dalam sesuatu kumpulan
berasaskan tahap penguasaan mereka. Sekiranya penguasaan mereka berbeza, guru
perlu menempatkan mereka mengikut
tahap penguasaan masing-masing dan
seterusnya merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut keperluan mereka yang
berbeza-beza itu. Dalam keadaan ini, tujuan penilaian ialah untuk memilih dan
menempatkan pelajar mengikut penguasaan pengetahuan dan kemahiran mereka.
Selain memulakan sesi pengajaran, tujuan penilaian juga ialah untuk memilih dan
menempatkan pelajar mengikut aliran tertentu. Misalnya, keputusan pelajar yang
cemerlang dalam mata pelajaran sains memungkinkan ditempatkan dalam aliran sains
atau mengikut kecenderungan seseorang murid berkenaan.

1.3.4

Bimbingan dan kaunseling

Penilaian juga dapat digunakan untuk tujuan bimbingan dan kaunseling kepada pelajar
yang memerlukannya. Setiap pelajar sepatutnya mempunyai motivasi untuk belajar dan ia
mungkin bersifat intrinsik/dalaman, iaitu motivasi daripada dalam diri pelajar itu sendiri.
Contohnya, mereka yang belajar disebabkan ingin mengetahui sesuatu dengan
mendalam, akan memperoleh pencapaian yang baik dan seterusnya akan dapat
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain motivasi yang bersifat intrinsik
ini, terdapat pula motivasi yang bersifat ekstrinsik/luaran, iaitu motivasi daripada luar,
seperti dorongan daripada ibu bapa/rakan sebaya atau nasihat daripada guru/guru besar.

Rajah 1.5 : Bimbingan dan kaunseling

OUM

19

PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1

Penilaian ini yang dijalankan dari masa ke masa dapat meningkatkan motivasi pelajar
untuk belajar dengan lebih gigih supaya memperoleh pencapaian akademik yang lebih baik.
Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang akan terus berusaha untuk mengekalkan
pencapaian mereka dengan semangat yang tinggi. Sebaliknya, pelajar-pelajar yang lemah
akan dapat mengenal pasti kelemahan mereka dan seterusnya dapat memperbaiki
kelemahan tersebut. Malah, maklumat tentang kelemahan pelajar dapat membantu guru
untuk memberi bimbingan, tunjuk ajar atau kaunseling untuk menangani masalah mereka
dengan cara yang lebih berkesan.

1.3.5

Tujuan Lain Penilaian

Selain tujuan yang dinyatakan di atas, penilaian juga penting dalam menentukan
kesediaan pelajar untuk mempelajari sesuatu kemahiran baru. Penilaian ini dijalankan
guru sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran, yang dibuat melalui
pemerhatian ke atas keadaan fizikal pelajar, seperti tangan, mata, jari-jemari dan
penumpuan pelajar kepada guru. Daripada maklumat yang diperoleh, guru boleh menelah
tahap kesediaan pelajar untuk menerima pengajaran atau sebaliknya. Memulakan
pengajaran mengikut kesediaan pelajar adalah amat penting untuk memastikan pelajar
mempunyai keyakinan dan keupayaan asas untuk mengikuti sesi pengajaran dan
seterusnya memudahkan mereka menguasai kemahiran yang hendak diajar.
Hasil penilaian juga dapat memberikan input kepada guru tentang keberkesanan
pengajarannya. Melalui maklum balas yang ditunjukkan oleh pelajar, guru dapat menilai
sama ada pengajarannya berkesan atau sebaliknya. Sekiranya, rata-rata pelajar tidak
dapat menguasai sesuatu yang diajar; maka jelas menunjukkan strategi pengajarannya
kurang berkesan, yang memerlukan pengubahsuaian segera bagi memperbetulkan
keadaan. Kepada pelajar pula, maklumat penilaian ini dapat menunjukkan tahap
penguasaan mereka terhadap sesuatu tajuk pelajaran. Seandainya mereka lemah dalam
sesuatu tajuk, mereka akan mengetahuinya dan dengan sendiri mereka akan memberi
tumpuan kepada perkara yang mereka kurang kuasai.
Seterusnya, kepada ibu bapa, penilaian guru dapat memberikan maklum balas tentang
kemajuan dan pencapaian anak-anak mereka dalam semua mata pelajaran dan juga
dalam aspek sahsiah. Ibu bapa dapat mengambil tindakan sewajarnya, seperti memberikan
tumpuan yang lebih atau menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen dengan harapan
pencapaian anak-anak mereka akan meningkat.
Selain itu, penilaian juga dapat memberikan maklumat yang jelas kepada pihak penggubal
dasar, khususnya penggubal kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, tentang kurikulum
yang digunakan di sekolah-sekolah. Pihak Kementerian mendapat maklum balas yang
tepat tentang pencapaian objektif sukatan pelajaran, sama ada telah dapat dicapai dengan
jaya atau sebaliknya. Sekiranya maklum balas yang diperoleh tersebut menunjukkan
terdapat kekurangan yang ketara dalam mencapai objektif tertentu, maka pengubahsuaian
sukatan pelajaran serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh dilakukan.
Secara umumnya, pengukuran yang dijalankan di bilk darjah dapat dibuat melalui tiga
bentuk, iaitu : (i) pemerhatian, (ii) lisan dan (iii) penulisan. Ketiga-tiga bentuk pengukuran ini
bertujuan mengesan penguasaan secara serta-merta, mengesan kemajuan dan mengesan
pencapaian pelajar. Secara mudah, jadual di bawah menunjukkan bentuk-bentuk
pengukuran berkenaan.

20

OUM

TAJUK 1 PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

Jadual 1.3 : Pengukuran Secara Pemerhatian


Mengesan Serta-merta
Pengukuran dan penilaian ini dijalankan dengan tujuan mengesan penguasaan hasil
pembelajaran dengan serta-merta. Pengukuran dijalankan dengan cara memerhati sikap dan
perlakuan murid dalam memperlakukan aktiviti yang dijalankan dalam bilik darjah.Guru boleh
merancang sama ada untuk mengadakan aktiviti secara individu atau secara kumpulan. Jika
perlu guru boleh merekodkan segala perlakuan yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajarnya.
Seterusnya, guru akan memberikan bimbingan, teguran dan nasihat sekiranya pelajar
melakukan kesilapan semasa latihan. Sebaliknya, pujian harus diberikan kepada pelajar yang
telah melakukan latihan dengan betul.
Mengesan Kemajuan
Pengukuran dan penilaian ini dibuat untuk mengesan kekuatan dan kelemahan pelajar selepas
beberapa sesi pembelajaran. Misalnya, menilai kemahiran pergerakan fizikal dalam mata
pelajaran Pendidikan Jasmani atau amali dalam Pendidikan Islam.Penilaian dapat dijalankan
dengan teliti sama ada menilai secara individu atau dalam kumpulan melalui alat tertentu, seperti
senarai semak, skala kadar atau rekod anekdot. Guru akan merekodkan maklumat jika perlu
dan seterusnya mengambil tindakan susulan mengikut keperluan setiap pelajar.
Mengesan Pencapaian
Pengukuran dan penilaian ini bertujuan untuk mengesan pencapaian pelajar selepas beberapa
sesi pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, menilai pergerakan fizikal dalam mata pelajaran
Pendidikan Jasmani atau amali dalam Pendidikan Islam.Seperti juga mengesan kemajuan,
untuk mengesan pencapaian, guru perlu merancang dengan teliti untuk mengadakan ujian
secara individu dengan menggunakan alat seperti senarai semak atau skala kadar. Guru perlu
merekod dan melaporkan pencapaian pelajar, dan juga memberi tindakan susulan jika perlu.
Jadual 1.4 : Pengukuran Secara Lisan
Mengesan Serta-merta
Pengukuran dan penilaian ini bertujuan untuk mengesan penguasaan objektif pengajaran
dengan serta-merta dalam bilik darjah. Pengukuran dijalankan secara lisan, seperti menilai
kebolehan pelajar bertutur melalui soal-jawab lisan, perbincangan atau kuiz secara lisan.Guru
perlu merancang sama ada mengadakan aktiviti-aktiviti ini secara individu atau secara kumpulan.
Jika perlu guru hendaklah merekodkan segala perlakuan yang ditunjukkan oleh pelajar.
Seterusnya, jika perlu, guru akan memberikan bimbingan, teguran dan nasihat kepada pelajar.
Begitu juga, sebaliknya, pujian harus diberikan kepada pelajar yang dapat menjawab atau
berbincang dengan baik.
Mengesan Kemajuan
Pengukuran dan penilaian ini bertujuan untuk mengesan kekuatan dan kelemahan pelajar
selepas beberapa sesi pembelajaran. Misalnya, menilai kemahiran bertutur melalui aktiviti
syarahan, lakonan dan bercerita. Menilai kefasihan menghafal melalui aktiviti bacaan kuat, kuiz
dan hafazan.Pengukuran dapat dijalankan dengan guru merancang dengan teliti sama ada
pengukuran dan penilaian dibuat secara individu atau secara kumpulan dan menggunakan alat
tertentu seperti senarai semak atau skala kadar. Guru perlu merekodkan pencapaian pelajar dan
seterusnya mengambil tindakan susulan yang mengikut keperluan pelajar.
Mengesan Pencapaian
Pengukuran dan penilaian ini bertujuan mengesan pencapaian selepas beberapa sesi
pembelajaran. Misalnya, menilai bacaan murid dalam Bahasa Melayu dan menghafaz dalam
mata pelajaran Pendidikan Islam. Seperti juga mengesan kemajuan, mengesan pencapaian
memerlukan guru merancang dengan teliti untuk mengadakan ujian secara individu. Ujian
dijalankan dengan bantuan alat ujian lisan yang sesuai, seperti senarai semak atau skala kadar.
Guru perlu merekod dan melaporkan pencapaian pelajar dan memberikan tindakan susulan jika
perlu.

OUM

21

PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1

Jadual 1.5 : Pengukuran Secara Pemerhatian


Mengesan Serta-merta
Pengukuran dan penilaian ini bertujuan mengesan pembelajaran secara serta-merta, misalnya,
guru
menilai pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran berbahasa pelajar melalui kerja yang
dihasilkan pelajar.Guru perlu merancang sama ada untuk mengadakan aktiviti secara individu
atau secara kumpulan. Guru perlu merekodkan segala perlakuan yang ditunjukkan oleh pelajar.
Seterusnya, guru akan memberikan bimbingan, teguran atau nasihat, sekiranya pelajar
Mengesan Kemajuan
Pengukuran dan penilaian ini bertujuan untuk mengesan kekuatan dan kelemahan pelajar
selepas beberapa sesi pembelajaran, misalnya, menilai proses penulisan pelajar.Guru perlu
merancang dengan teliti sama ada pengukuran dibuat secara individu atau secara kumpulan,
dengan menggunakan alat tertentu seperti senarai semak. Guru perlu merekodkan perlakuan
pelajar dan mengambil tindakan susulan mengikut keperluan pelajar.
Mengesan Pencapaian
Pengukuran dan penilaian ini bertujuan untuk mengesan pencapaian selepas beberapa sesi
pengajaran dan pembelajaran. Pengukuran dibuat melalui pemerhatian seperti juga untuk tujuan
mengesan kemajuan.Guru perlu merancang dengan teliti sama ada pengukuran perlu dibuat
secara individu atau secara kumpulan. Guru perlu merekod dan melaporkan pencapaian pelajar
dan memberikan tindakan susulan jika perlu.

Latihan 1.3
1.

Bagaimanakah penilaian dapat membantu memperbaiki pengajaran dan


pembelajaran?

2.

Nyatakan ciri-ciri:
(a) Pengujian
(b) Pengukuran
(c) Penilaian

RUMUSAN
Dalam bab ini anda telah didedahkan dengan konsep pengujian, pengukuran dan
penilaian. Di samping itu juga, perbincangan turut menyentuh aspek aras ukuran serta
kepentingan penilaian dalam bilik darjah. Perlu ditegaskan sekali lagi bahawa guru
berperanan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan
pencapaian para pelajar dalam bilik darjah. Guru menentukan hasil pembelajaran bagi
pelajar-pelajarnya serta merancang dan melaksanakan penilaian dan juga merekod segala
maklumat yang diperoleh, dan akhirnya melakukan tindakan susulan. Melalui aktiviti
penilaian, guru dapat memastikan perkembangan potensi individu secara menyeluruh agar
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

22

OUM

TAJUK 1 PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

GLOSARI
Pengujian

Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang


biasanya dibuat secara bertulis. Tujuan pengujian ialah untuk menentukan
pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran.

Pengukuran

Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur perubahan tingkah laku


pelajar yang boleh dibuat secara pemerhatian, lisan atau secara bertulis.
Tujuan pengujian ialah untuk menentukan perubahan tingkah laku pelajar,
termasuk pencapaian akademik, penguasaan kemahiran dan sikap pelajar.

Penilaian

Proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam


menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat
tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.

Pentaksiran

Proses/posedur yang sistematik bagi mendapatkan maklumat dan


membuat pertimbangan tentang hasil pembelajaran.

UJIAN 1
1.

Bagaimanakah penilaian dapat membantu memperbaiki pengajaran dan pembelajaran?

2.

Nyatakan skala-skala pengukuran yang boleh digunakan dalam pengukuran dan


pengujian dalam pendidikan.

3.

Mengapakah proses penilaian dijalankan dalam bilik darjah?

UJIAN 2
Skala nisbah mempunyai nilai pemeringkatan, perbezaan ukuran dan mutalak.
1.

Jelaskan hubungan antara pengukuran dan skala.

2.

Jelaskan maksud nilai pemeringkatan dan nilai mutlak.

3.

Berikan contoh ukuran yang menggunakan skala nisbah dan jelaskan nilai
pemeringkatan, nilai perbezaan ukuran dan nilai mutlak bagi ukuran ini.

OUM

23

PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1

RUJUKAN
Cronbach, L.J. (1970). Essential of psychological testing (3rd ed.) New York: Harper & Row.
Gay, L.R. (1985). Educational and evaluation and measurement. Competencies for
analysis
and application. 2nd ed. Charles E. Merril.
Mokhtar Ismail (1995). Penilaian di bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. Penilaian kendalian sekolah. (2002). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan
Malaysia.
Popham, W.J. (1975). Educational evaluation. New Jersey: Printice-Hall Inc.
Popham, W.J. (2000). Testing : What every parent should know about school tests.
London: Allyn & Bacon.
Raminah Hj Sabran. (1991). Penilaian dan pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya
pada peringkat sekolah rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Linn, R.L. & Gronlund, N.E. (2000). Measurement and assessment in teaching. (8th. Ed.)
New Jersey: Printice Hall.
Stufflebeam, D.L. (1971). Evaluation s enlightment for decision making in Beatty, W.H
(Ed.) improving educational assessment and an inventory of measures of
affective behaviour. Washington D.C: ASCD.

24

OUM

You might also like