You are on page 1of 2

1

UNDANG-UNDANG
KEJOHANAN BOLA SEPAK 5 SEBELAH ANTARA RUMAH SUKAN 2015
ANJURAN KELAB BOLA SEPAK SMK BANDAR SIBU
SEMPENA KARNIVAL SUKAN DAN PERMAINAN 1 MALAYSIA
31 JANUARI 2015
1. Jenis Pertandingan
a. Pertandingan berpasukan antara Rumah Sukan:i.
Perempuan Kategori A [Tingkatan Peralihan hingga Dua]
ii.
Perempuan Kategori B [Tingkatan Tiga dan Empat]
iii.
Perempuan Kategori C [Tingkatan Lima dan Enam]
2. Tempoh Permainan
a. Masa bermain adalah 25 minit. Masa bagi separuh masa pertama dan separuh masa kedua ialah
10 minit dengan masa rehat 5 minit sahaja.
3. Pendaftaran pemain / pembentukan pasukan
a. Tiap-tiap pasukan mengandungi tidak lebih daripada 8 orang pemain.
b. Tiap-tiap pemain diwajibkan bermain dalam peringkat kategorinya.
4. Sistem permainan
Pertandingan dijalankan secara sistem liga. Pasukan yang mendapat mata tertinggi diisytiharkan
sebagai Johan dan kedudukan seterusnya.
5. Cara memutuskan keputusan
a. Cara Liga
i.
Cara beri mata
- Menang
: 3 mata
- Seri
: 1 mata
- Kalah
: 0 mata
ii.

Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang akan
ditentukan seperti berikut:
- Pasukan yang mendapat perbezaan gol yang terbanyak akan dikira menang.
- Jika seri, pasukan yang menjaringkan gol yang terbanyak akan dikira menang.
- Jika masih seri, kemenangan akan dijalankan melalui sepakan penalti.

6. Pakaian/alatan permainan
a. Pemain-pemain diwajibkan memakai T-shirt rumah sukan masing-masing.
b. Tiap-tiap pasukan hanya dibenarkan memakai seluar pendek di bawah paras lutut.
c. Pemain-permain perlu memakai stoking, shinguard dan kasut bola sepak.
7. Padang permainan
i.
Panjang:
Minimum 25 m
Maksimum 42 m
ii.

Lebar:
Minimum 15m
Maksimum 25 m

8. Bola

2
Bentuk: Sfera
Bahan: Kulit
Lilitan: 62-64 cm
Berat: 400-440 g pada permulaan permainan
Tekanan Angin: 0.4-0.6 atmosfera
9. Kelewatan
Sepuluh [10] minit akan diberikan untuk masa kelewatan. Jika selepas masa itu sesuatu pasukan
tidak dapat hadir dengan sekurang-kurangnya 5 pemain, pasukan dikira menyerah kalah dengan
sengaja.
10. Pengadil
Pengadil utama mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang permainan berkaitan
dengan perlawanan. Pengadil kedua menggunakan wisel dan membantu pengadil utama untuk
mengawal perlawanan.
11. Kesalahan
Pemain yang melakukan kekasaran kepada pmain yang lain akan dikenakan kad kuning dan
seterusnya kad merah apabila kekasaran dilakukan sebanyak dua kali. Mana-mana pasukan yang
tidak lengkap dengan pakaian dan alatan permainan, pasukan dikira menyerah kalah dengan
sengaja.

You might also like