You are on page 1of 9

PENGENALAN

Perkataan statistik mempunyai berbagai makna di dalam budaya kita.


Websters Third New International Dictionary memberikan definisi statistik sebagai
sains yang berurusan dengan pungutan, analisis, tafsiran dan persembahan data
numerik. Dari sudut pandangan ini, statistik akan kita bincangkan di dalam kursus
ini. Statistik juga merupakan satu cabang matematik, dan banyak daripada sains
statistik berdasarkan kepada pemikiran matematik, dan terbitannya. Banyak
daripada bidang-bidang akademik, termasuk perniagaan, menawarkan kursus
statistik di dalam disiplinnya. Walau bagaimanapun, statistik telah menjadi satu
bidang pengajian di dalam bidangnya.
Manusia kerapkali menggunakan perkataan statistik dengan merujuk kepada
kumpulan data. Sebagai contoh, mereka mungkin berkata mereka memungut
statistik dari operasi perniagaan mereka. Apa yang mereka rujukkan adalah
mengukur kenyataan dan angka. Pilihan model kereta dan lain-lain juga
menggunakan perkataan statistik untuk merujuk kepada kematian.
Pernyataan statistik adalah digunakan sekurang-kurangnya di dalam dua cara
yang penting. Pertama, statistik boleh merupakan pengukuran perihalan yang dikira
daripada sampel dan digunakan untuk membuat penerangan terhadap populasi.
Penggunaan ini akan dicincangkan kemudian. Kedua, statistik merupakan taburan
yang digunakan di dalam analisis data. Sebagai contoh, penyelidik menggunakan
taburan untuk menganalisis data yang akan merujuk kepada statistik di dalam
menganalisis data.
Antara contoh beberapa penggunaan yang biasa bagi perkataan statistik
ialah sains yang memungut, menganalisis, mentafsir dan mempersembahkan data,
cabang metematik, kursus pengajian, kenyataan dan angka, pengukuran yang
diambil dari sampel dan jenis taburan yang digunakan untuk menganalisis data.
Oleh itu, statistik sememangnya dapat membantu kita untuk merumuskan data yang
banyak ini kepada bentuk lain yang mudah kita faham, seperti grafik atau angka
rumusan.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Mempelajari kemahiran dan ilmu statistik sangat penting kerana statistik


mempunyai peranan dalam memberikan kita info dan maklumat. Pada abad ke-21
ini, kita dilanda belenggu dan keadaan yang disebut sebagai information overload
dimana dengan adanya Internet, yang membuat kita terlalu banyak bergantung
kepada Internet untuk mendapatkan maklumat dan menyebabkan manusia malas
berfikir. Sebagai contoh, seorang pelajar ingin menjawab persoalan, Adakah aspirin
dapat meredakan simptom sakit kepala? Maka pelajar tersebut cuba untuk mencari
jawapan menggunakan pelbagai search engine di Internet, sebagai contohnya,
Google, Yahoo!, Bing! dan sebagainya. Secara analoginya, dengan mencari jawapan
di Internet, sudah tentu pelbagai sumber akan ditemui dan belum tentu jawapan dari
sumber tersebut adalah tepat dan betul. Oleh itu, pelajar tersebut harus
menggunakan statistik untuk memilih sumber yang paling relevan dan signifikan
dalam menjawab persoalan.
Selain itu, peranan statistik sebagai sains yang berurusan dengan pungutan,
analisis, tafsiran dan persembahan data. Statistik digunakan untuk mentafsir
maklumat yang diperoleh dari pemerhatian dan analisis secara tepat dan efisien.
Sebagai contohnya, apabila kita mencari maklumat dari jurnal-jurnal ataupun buku
ilmiah, sudah pasti kita akan menganalisis istilah-istilah statistik seperti P-value, chisquare test and analysis, t-test. Pemahaman dalam ilmu statistik akan membantu
kita untuk memahami pelbagai istilah tersebut dengan lebih mendalam.
Tegasnya, manfaat mempelajari statistik adalah dapat memperoleh gambaran
tentang suatu gejala, keadaaan atau peristiwa. Kita akan mampu mengikuti
perkembangan atau pasang surut mengenai gejala, keadaan atau peristiwa tersebut
dari waktu ke waktu, serta bijak melakukan pengujian dan meramalkan hal-hal yang
mungkin terjadi di masa akan datang, serta memikirkan pelbagai langkah konkrit apa
yang perlu dilakukan oleh seorang pendidik.

ANALISIS DATA
(MARYLYN ANNE ANAK MICHAEL JEALI)
C. PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGURUSAN ASRAMA

JUMLAH

SKALA
BIL.

1.

2.

3.

4.

5.

KENYATAAN
4

Saya berpendapat bahawa pagar


di Kolej Kediaman tidak perlu
dikunci pada waktu kuliah.

24

13

50

Saya berpuas hati dengan


peraturan yang ditetapkan di
Kolej Kediaman.

20

24

50

Saya berpuas hati dengan


layanan di Pejabat Penyelia Kolej
Kediaman.

28

14

50

Saya berpendapat bahawa rakan


bilik haruslah terdiri daripada
pengkhususan/opsyen yang
sama.

20

17

10

50

Kolej Kediaman hanya perlu


didiami oleh pelajar yang tinggal
di luar kawasan Lembah Klang.

13

16

14

50

HURAIAN

Bagi item yang pertama, seramai 37 orang pelajar bersetuju bahawa pagar di
Kolej Kediaman tidak perlu dikunci pada waktu kuliah, manakala seramai 13 oraang
pelajar tidak bersetuju setuju dengan pernyataan tersebut.

Bagi item yang kedua, seramai 23 orang pelajar bersetuju dan berpuas hati
dengan peraturan yang ditetapkan di Kolej Kediaman, manakala seramai 27 orang
pelajar tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut.

Bagi item yang ketiga, seramai 33 orang pelajar bersetuju dan berpuas hati
dengan layanan di Pejabat Penyelia Kolej Kediaman, manakala seramai 17 orang
tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut.

Bagi item yang keempat, seramai 37 orang pelajar yang bersetuju bahawa
rakan bilik haruslah terdiri daripada pengkhususan/opsyen yang sama, manakala 13
orang pelajar tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut.

Bagi item yang kelima, seramai 29 orang pelajar yang bersetuju bahawa Kolej
Kediaman hanya perlu didiami oleh pelajar yang tinggal di luar kawasan Lembah
Klang, manakala 21 orang pelajar tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut.

SISIHAN PIAWAI UNTUK ITEM KEEMPAT


(Rakan bilik haruslah terdiri daripada pengkhususan/opsyen yang sama)

Formula yang digunakan adalah seperti berikut:

Min

2=

Varians

fx
N

1
fx 2
N

= 2| varians

Sisihan piawai

Pengiraan:

fx

f x2

20

80

320

17

51

153

10

20

40

Min, =

fx
N

20 (4)+17 (3)+ 10(4)+3 (1)


50

= 3.1

154
50

2
Varians, =

1
fx 2
N

20(4)2+ 17(3)2+ 10(4 )2+3 (1)2

50

(516 9.61)
50

506.39
50

2
- (3.1) ]

= 10.13

Sisihan Piawai, =

2
-

= 10.13

2 / varians

= 3.18

PERSEMBAHAN VISUAL

Item 4: Rakan bilik haruslah terdiri daripada pengkhususan/opsyen


yang sama.

25

20

15
Frekuensi, f
10

3
Skala, x

REFLEKSI

Salam sejahtera Salam satu Malaysia, syukur dengan izin Tuhan Yang Maha
Esa saya dapat menyiapkan tugasan yang diberi dalam tempoh yang telah
ditetapkan. Sepanjang proses melaksanakan tugasan ini terdapat kekuatan dan
kelemahannya yang tersendiri. Semasa saya mula mendapat tugasan, saya agak
kurang yakin untuk menyiapkannya. Hal ini demikian kerana masih banyak ilmu
yang belum saya ketahui dalam menyiapkan tugasan ini tetapi saya cuba untuk
menyiapkannya dalam masa yang telah ditetapkan. Tambahan pula, dengan
bantuan Encik Alias@Aliason bin Awang selaku pensyarah pembimbing bagi subjek
Statistik Asas dari Jabatan Sains dan Matematik, segala kekusutan yang memberi
tekanan kepada saya dapat dirungkaikan satu persatu.
Sepanjang melaksanakan tugasan ini, banyak pengalaman yang saya
peroleh. Bukan sahaja mengajar saya erti kesabaran, bahkan saya juga dapat
mengetahui dengan lebih terperinci mengenai kaedah-kaedah penulisan mengenai
statistik, bagaimana cara untuk mengaplikasikannya dalam penggunaan seharian
serta dapat mempelajari pelbagai jenis graf yang dapat menarik minat saya. Sebagai
contoh, saya dapat mengetahui bagaimana cara untuk melaksanakan kajian dan
memungut data untuk diterjemahkan dalam bentuk graf serta dapat menyediakan

laporan hasil daripada kajian yang telah dilaksanakan. Walaupun saya sudah
mengetahui apa itu yang dimaksudkan dengan statistik sebelum ini, namun saya
memerlukan masa yang panjang untuk menyiapkannya.
Dalam pelaksanaan tugasan ini, jelaslah bahawa pembelajaran statistik asas
ini sememangnya cukup berfaedah dan bermanfaat. Dengan adanya kerja kursus
sebegini, ia dapat melatih para guru pelatih dalam menyediakan pelbagai jenis graf
sekiranya ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Matematik di sekolah suatu
hari nanti. Contohnya apabila saya telah ditugaskan di sekolah kelak, jika diminta
untuk mengantikan kelas buat sementara waktu dan telah disuruh untuk mengajar
mata pelajaran Matematik dimana pada masa itu pembelajarannya ialah mengenai
statistik, sekurang-kurangnya saya tidak terpinga-pinga kerana saya telah
mempelajari ilmu statistik ini terlebih dahulu. Kemahiran statistik amat penting
kerana ilmu ini jarang dipelajari dan apabila kita mempelajarinya, ilmu baru ini
menjadi sebuah ilmu yang seronok dipelajari. Walaupun agak sukar, tetapi ia
merupakan sebuah kelainan.
Selain itu, kita tidak dapat menjangka apa akan berlaku pada masa hadapan.
Justeru itu apa yang saya dapat perhatikan bahawa, guru-guru bahasa kini harus
berkemahiran dalam pelbagai bidang untuk memdalami profesionalisme keguruan
ini kerana dalam usaha menjamin kualiti seorang guru itu sendiri ianya datang dari
hasil usaha dan penat lelah diri sendiri, dan bukannya hanya menungu ia datang
bergolek di hadapan kita sahaja. Ini merupakan satu keperluan mendadak untuk
menghasilkan guru-guru yang dapat berdaya saing pada peringkat global dan
menepati Falsafah Pendidikan Negara. Selain itu, penghasilan untuk membentuk
sikap-sikap yang

sihat dan mulia dalam kalangan pelajar supaya mereka akan

menghormati dan menyayangi sesama manusia yang lain, mewarisi suatu komitmen
dan rasa tanggungjawab terhadap kemakmuran dan kemajuan Negara serta
menghormati bidang-bidang lain.

You might also like