You are on page 1of 10

Mengikut pendapat Ahmad Mohd Salleh dalam Pendidikan

Islam,Falsafah,Pedagogi dan Metadologi pendekatan ialah wujud


berasaskan tanggapan-tanggapan yang berhubung dengan Falsafah
agama dan pengajaran serta pengajian agama itu sendiri.Ia menghuraikan
sifat mata pelajaran yang diajar. Ia menyatakan suatu pendapat,falsafah
atau suatu pengajaran tetapi tidak semestinya boleh dibuktikan secara
mutlak. Umpamanya dalam sebarang pengajaran,kita membuat beberapa
tanggapan asas dan asas-asas inilah yang menjadi prinsip amalan bilik
darjah.

Mendekatkan sesuatu dalam bidang pendidikan dinamakan pendekatan.


Setiap pendekatan hendaklah mencerminkan satu pandangan atau
pendapat tentang hakikat satu matlamat pelajaran. Ia bertujuan untuk
memudahkan murid menerima dan memahami isi pelajaran yang
disampaikan oleh guru. Dengan adanya pendekatan guru dapat membuat
tanggapan asas yang akan dijadikan prinsip amalan bilik darjah.

Menurut pendapat Gestalt kita mempelajari sesuatu situasi itu secara


keseluruhan dan kemudian memperinci elemen-elemen situasi satu
pandangan atau sebagai teori pembelajaran,maka kita boleh
menjadikannya sebagai satu pendekatan dalam sesuatu pengajaran. Ini
membawa maksud sesuatu pengajaran itu harus dimulakan dengan
mengamati keseluruhannya terlebih dahulu dan kemudian dikaji bahagianbahagiannya.

Menurut pendapat Edward M.Anthony (1963), pendekatan ialah satu set


andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran
serta mempunyai unsure aksiomatik. Melalui pebdapt ibi dapatlah kita
merumuskan bahawa pendekatan harus berlandaskan kepada model,
prinsip atau teori pembelajaran,

Kaedah

Mengikut pendapat Ahmad Mohd Salleh, kaedah ialah suatu perancangan


yang sisitematik secara keseluruhan untuk menyampaikan bahan

pengajaran.Ia merupakan satu prosedur melakukan sesuatu berasaskan


tanggapan-tanggapan asas yang dibina melalui pendekatan.Dengan itu
sesuatu pendekatan,memugkinkan beberapa kaedah berbagai-bagai
faktur mempengaruhi persembahan bahan secara sisitematik umpamanya
jenis pelajaran. Dengan itu,berbagai-bagaikardah harus diwujudkan untuk
memenuhi keperluan pelbagai golongan tadi.

Mengikut pendapat Ee Ah Meng, kaedah ialah suatu ciri tindakan guru


yang sistematik serta berurutan dan bertujuan mencapai objektif
spesifik,iaitu jangka pendek sesuatu pelajaran.Ia juga membawa implikasi
penyusunan,oleh itu,kaedah mengajar bererti cara mendekati sesuatu
objektif dengan langkah-langkah yang tersusun dan teratur.

Kaedah adalah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan


sesuatu pengajaran secara teratur,kemas dan sistematik.Ia merupakan
langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun rapi
dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai
sesuatu pelajaran.

Dalam menerangkan sesuatu prosedur pengajaran dan


pembelajaran,guru-guru boleh menggunakan kaedah yang
sesuai,terutama kaedah-kaedah yang dapat memenuhi keperluan muridmurid.Oleh itu guru-guru sepatutnya dapat merancang prosedur.Mereka
perlu dapat menggambarkan dengan jelas dalam fikiran mereka ciri-ciri
fikiran atau sifat-sifat sejati kaedah berkenaan.

Perancangan prosedur tersebut boleh dilakukan melalui cara-cara


berikut :

1. Kenal pasti terlebih dahulu apa yang akan digunakan.


2. Tetapkan bahan yang hendak disampaikan,mengikut peruntukan masa
yang diperlukan.
3. Tetapkan langkah-langkah mengikut aktiviti yang akan diperkenalkan.
4. Tetapkan alat bantu mengajar yang diperlukan.

5. Susunkan langkah-langkah secara berperingkat.

dward M. Anthony, merumuskan bahawa strategi pengajaran dan


pembelajaran berhubung rapat dengan pendekatan, kaedah dan teknik
mengajar. Ia merujuk kepada satu perancangan yang berkesan dalam
menentukan pendekatan serta memilih dan menyusun kaedah dan teknik
mengajar secara logikal dan sistematik untuk mencapai objektif pelajaran
secara optimum.

Bagi seseorang yang baru mengorak langkah dalam arena pengajaran


malah ramai guru yang berpengalaman, konsep pendekatan, strategi,
kaedah serta teknik pengajaran amat sukar dibeza-bezakan. Apa lagi
terdapat orang yang menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah
sama dengan cara pengajaran sahaja. Ini adalah suatu perkara yang harus
diberi perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut adalah
merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian
yang sempurna oleh seseorang guru. Penjelasan tentang perhubungan di
antara keempat-empat konsep adalah amat berguna bagi guru-guru
pelatih yang menjalankan latihan mengajar supaya ilmu pedagogi yang
dipelajari itu dapat diamalkan dalam bilik darjah.

Secara literalnya, Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat


memberi makna yang secara keseluruhannya dapat memberi pengertian
yang berbeza antara pendekatan, strategi, kaedah dan teknik. Menurut
Kamus Dewan, strategi membawa maksud rancangan yang teratur untuk
mencapai matlamat atau kejayaan manakala pendekatan diberikan
tafsiran cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan
melaksanakan sesuatu tugas seperti penyelesaian masalah.

STRATEGI PENGAJARAN

Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya


menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar
tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan
pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.

Sebagai contoh, untuk mengajar sebuah kelas berenang, strategi


pengajaran harus mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta
kaedah-kaedah yang perlu digunakan. Adakah kita gunakan pendekatan
individu atau pendekatan kumpulan kecil? Bila kita menerangkan caracara berenang kepada pelajar patutkah kita gunakan pendekatan induktif
atau pendekatan deduktif? Di samping itu, apakah kaedah pengajaran
yang boleh kita gunakan. Antara kaedah syarahan, kaedah demostrasi dan
kaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu?
Bagaimanakah kombinasinya? Ringkasnya rancangan yang lengkap yang
mengandungi pendekatan dan kaedah adalah strategi mengajar yang
dimaksudkan.

Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar
pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian,
kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan
pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulankumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KBSR
yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana
serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran
yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi
keperluan semua kumpulan.

Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintanganrintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah,
nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu,
seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai kaedah
mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana
mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk
strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.

Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana


kaedah yang paling baik sekali. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah
mengajar mestilah diatur untuk membentuk strategi pengajaran mengikut
keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu kaedah
pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat pengaajaran. Yang
lebih penting adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain.

Kaedah dan Teknik Pemusatan Guru

i. Penerangan

ii. Demonstrasi

iii. Syarahan

iv. Pengajaran Berkumpulan/Berpasukan

v. Pengajaran Mikro

vi. Bercerita

vii. Keseluruhan Kelas

Kaedah dan Teknik Pemusatan Murid

i. Projek

ii. Inkuiri-penemuan

iii. Perbincangan

iv. Penyoalan

v. Penyelesaian Masalah

vi. Simulasi

vii. Main Peranan

viii. Sumbangsaran

ix. Kumpulan

x. Pembelajaran Melalui Pengalaman

Kaedah dan Teknik Pemusatan Bahan

i. Audio-visual

ii. Penggunaan Komputer

iii. Penggunaan Bahan Cetak

iv. Pengajaran-pembelajaran Kesepaduan

v. Modul

vi. Penggunaan Buku Teks dan Buku Rujukan

PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA

Dalam pengajaran bahasa terdapat empat pendekatan pengajaran iaitu :

Pendekatan Deduktif

Pendekatan Induktif

Pendekatan Elektif

Pendekatan Komunikatif

1.Pendekatan Deduktif

Pendekatan pengajaran ini mengutamakan penguasaan undang-undang


ataupun peraturan bahasa daripada penggunaan bahasa . Guru guru
yang menggunakan pendekatan ini biasanya memulakan pengajaran
bahasa mereka dengan huraian undang-undang bahasa yang hendak
diajar sebelum memberi contoh-contoh penggunaannya. Contohnya
,apabila seseorang guru mengajar ayat tunggal , guru akan memberi takrif
ayat tersebut sebelum menunjukkkan contoh-contoh penggunaanya .

2.Pendekatan Induktif

Pendekatan ini pula mengutamakan contoh penggunaan bahasa


daripada undang-undang atau peraturan bahasa.Pengajaran dimulakan
dengan memberi contoh penggunaan unsur-unsur bahasa yang diajar
sebelum guru menghuraikan undang-undang bagi unsur tersebut.
Contohnya ,dalam pengajaran tentang ayat tunggal , guru akan
memulakan pengajarannya dengan menunjukkan contoh-contoh ayat
tunggal.Kemudian berpandukan contoh-contoh yang dibuat , guru akan
memandu murid-murid supaya sampai kepada takrif ayat tunggal.

3.Pendekatan Eklektif

Pendekatan ini menggabungkan kedua-dua pendekatan di atas untuk


menghasilkkan satu strategi pengajaran. Misalnya, guru memulakan
pengajaran dengan memberi contoh-contoh yang berkaitan dengan aspek
bahasa yang hendak diajar, ini ditambah dengan contoh-contoh muridmurid. Murid-murid dipandu untuk sampai kepada undang-undang bahasa.
Murid-murid kemudiannya didorongkan untuk memberi contoh-contoh lain
dalam konteks yang hampir sama . Sebaliknya guru boleh juga
memulakan pengajarannya dengan menyatakan undang-undang yang
berkenaan dengan aspek bahasa yang diajar. Kemudian memberi contohcontoh.Contoh-contoh lain didapati oleh murid untuk menerangkan
undang-undang tadi. Akhirnya undang itu digunakan dalam konteks atau
misalan-misalan yang hampir sama.

4.Pendekatan Komunikatif

Pendekatan ini mengutamakan kecekaapan berkomunikasi .Pengajaran


bahasa mestilah merangkumi kecekapan bahasa yakni penguasaan sIstem
tatabahasa serta kecekapan berkomunikasi, kecekapan yang pertama
membolehkan seseorang murid menguasai struktur bahasa yang tepat
bagi menyampaikan mesej kepada khayalaknya. Kecekapan yang kedua
membolehkan murid tersebut menggunakan bahasa yang sesuai dengan
khalayak yang dihadapinya. Pengajaran dimulakan dengan latihan
menggunakan struktrur bahasa yang tepat dan sesuai dengan sesuatu
aktiviti komunikasi yang dipilih oleh guru . Pendekatan induktif dan

deduktif digunakan dalam latihan ini.Kemudian murid- murid akan


melibatkan diri dalam aktiviti berkomunikasi atau berinteraksi bagi
membolehkan mereka menggunakan struktur ayat yang dilatih.
Pendekatan pengajaran ini lebih berpusatkan murid daripada guru.

Istilah pendekatan, kaedah dan teknik merupakan tiga istilah yang sering
mengelirukan kebanyakan orang sama ada dari kalangan guru terlatih
mahupun pelatih guru. Kekeliruan ini timbul disebabkan beberapa istilah
lain yang digunakan secara bersama untuk pendekatan, kaedah dan
teknik. Lebih mengelirukan lagi apabila istilah itu juga digunakan untuk
menjelaskan strategi. Contohnya, terdapat penggunaan deduktif dan
induktif untuk strategi, pendekatan dan kaedah. Begitu juga, kita akan
terjumpa pendekatan penyelesaian masalah dan kaedah penyelesaian
masalah. Banyak definisi mengenai istilah satragei, pendekatan, kaedah
dan teknik telah dikemukakan, namun masih sukar untuk
didiskriminasikan antara satu dengan lain.

Pendekatan merupakan atau menggambarkan asas falsafah atau


kepercayaan mengenai sesuatu perkara yang menjadi pegangan. Ia
merupakan satu set andaian atau pandangan yang dipegang, contohnya,
teori pembelajaran. Untuk mengajar satu-satu topik tertentu, akan ada
beberapa pendekatan yang boleh digunakan, bergantung kepada asas
teori yang membentuk pendekatan tersebut. Contohnya, pendekatan
deduktif berpegang kepada asas kerangka teori stigma oleh Erving
Goffman (1963) atau kerangka teori modal sosial oleh Pierre Bourdieu
(1962) serta pembentukan hipotesis.

Kaedah pula lebih merupakan cara bagaimana melakukan sesuatu (aktiviti


pengajaran atau pembelajaran) secara sistematik yang menggambarkan
langkah-langkah yang disusun secara logik. Contohnya, kaedah deduktif
bermula dengan proses menyampaikan idea umum atau konsep
keseluruhan dan diikuti oleh maklumat spesifik seperti contoh-contoh yang
dapat memantapkan pemahaman murid tentang konsep berkenaan.

Teknik adalah prosedur yang telah didefinisikan dengan lebih jelas dan
digunakan untuk melaksanakan sesuatu tugas atau aktiviti. Terdapat lebih
daripada satu teknik boleh digunakan untuk melaksanakan kaedah
deduktif. Contohnya, guru memulakan pengajaran dengan menggunakan
teknik penjelasan konsep dan diikuti dengan sumbangsaran contoh-contoh
spesifik. Mungkin juga guru boleh memulakan denga teknik gambaran
dan untuk mengemukakan contoh, guru menggunakan teknik penyoalan
atau soal jawab.

Jika dilihat dengan lebih teliti, pilihan susunan pendekatan, kaedah dan
teknik di atas merupakan satu strategi iaitu kerangka perancangan yang
direka bentuk untuk mencapai matlamat khusus pengajaran dan
pembelajaran. Sekiranya peranan yang lebih aktif dimainkan oleh guru
seperti penjelasan konsep, pemberian contoh, refleksi dan rumusan
dilakukan oleh guru, maka strateginya adalah lebih berbentuk strategi
pengajaran langsung / terus atau strategi tumpuan guru. Sebaliknya jika
banyak melibatkan diskusi dan sumbangsaran, maka strategi yang
digunakan adalah strategi pengajaran interaktif. Begitu juga, bagi seorang
guru konstruktivis, ia akan memilih strategi yang lebih berpusatkan murid
seperti strategi pembelajaran individu.

Walau apa pun kesemua istilah tersebut seharusnya tidak menjadi


masalah dalam pelaksanaan kerja mengikut konteks dan maknanya
kepada pengguna (guru). Masalah besarnya ialah pemahaman maksud
dan definisi istilah tersebut seperti yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh
pendidikan apabila dikaitkan dengan tujuan menjawab soalan
peperiksaan. Istilah guidance contohnya telah diterjemahkan kepada
panduan dan bimbingan. Dalam amalan seharian, guru boleh saja
memilih istilah panduan. Dalam situasi lain, mungkin guru memilih istilah
bimbingan. Percanggahan penggunaan lazimnya dikemukakan oleh tokoh
berlainan mazhab (school of thought). Dalam Islam, kelainan mazhab
bukan perkara masalah pokok sekiranya tidak bercanggahan dari sudut
aqidah. Begitu juga dengan sesetengah istilah pendidikan, sekiranya tidak
bertentangan dan tidak menyebabkan gangguan kepada proses
pengajaran dan pembelajaran, malah saling membantu dalam
pemahaman, maka tidak perlu dipertikaikan.

You might also like