You are on page 1of 8

BAB 6: Sumber Tenaga

Lau Wen Han


Lee Mei Rui
Jenning Teh Jia Ning

Kepentingan Memulihara Sumber


Tenaga
1. Sumber tenaga menyumbangkan ke arah
pembangunan.
2. Sumber tenaga dari bahan api fosil dan tenaga
nuklear adalah terhad dan suatu hari nanti
tenaga ini akan habis digunakan.
3. Jadi, kita mestilah memulihara sumber tenaga ini
supaya dapat bertahan seberapa lama yang
mungkin
4. Kita tidak sepatutnya membenarkan sumber
tenaga ini habis sebelum kita menjumpai sumber
alternatif yang sesuai bagi menggantikannya.

Cara utama untuk Memelihara


Sumber Tenaga
a) Cuba tidak membazirkan tenaga
yang diperoleh dari bahan api fosil
kerana tenaga ini tidak boleh
diperbaharo
b) Cari sumber tenaga alternatif yang
lain:
) Tenaga suria
) Angin
) Tenaga dari pasang surut air laut dan
ombak

Penggunaan dan Pengurusan


Sumber Tenaga
1. Sumber tenaga membekalkan kita
tenaga yang menjadikan kehidupan
kita lebuh selesa.
2. Sumber tenaga ini mestilah
digunakan dan diuruskan dengan
baik untuk mengelakkan
pembaziran dan menyebabkan
masalah alam sekitar

Cara-cara menggunakan sumber tenaga dengan


cekap

1. Jimatkan tenaga
a) Kita mestilah menjimatkan tenaga
pada bila-bila masa yang boleh
b) Dapur gas mestilah ditutup apabila
tidak digunakan
c) Suis lampu dan kipas mestilah
ditutup apabila tidak digunakan

Cara-cara menggunakan sumber tenaga dengan


cekap
2. Mempertingkatkan kecekapan
a) Kecekapan peralatan elektrik perlu dipertingkatkan.
Contohnya, mentol berfilamen tidak cekap kerana
membazirkan banyak tenaga elektrik dalam bentuk
haba
b) Kaedah-kaedah yang lebih cekap dalam mengesan
petroleum bawah tanah akan membolehkan kita
mengesan semua sumber petroleum yang ada bawah
tanah dengan lebih mudah
c) Kita mestilah sentiasa mempertingkatkan kecekapan
dalam menggunakan sumber tenaga. Untuk melakukan
ini, kajian yang berterusan mesti dijalankan.

3. Mengurangkan pencemaran alam sekitar


a) Bahan api fosil, terutamanya arang batu, mestilah
digunakan dengan berhati-hati kerana menghasilkan
bahan pencemar seperti gas berasid, jelaga dan debu.
b) Bina enjin yang lebih baik dan lebih cekap dalam
kenderaan untuk megelakkan pembakaran yang tidak
sempurna yang dapat menyumbangkan pencemaran
alam sekitar.
c) Sumber tenaga seperti uranium dan plutonium mestilah
dikendalikan dan digunakan dengan berhati-hati kerana
boleh mencemarkan alam sekitar dengan sinaran yang
berbahaya yang tiudak dapat dilihat dan boleh
membawa maut.

4. Menggunakan sumber tenaga alternatif


a) Kita mestilah selalu mencari cara-cara untuk
menggunakan sumber tenaga alternatif
sepenuhnya seperti tenaga suria, angin,
pasang surut air laut, hidro dan biogas.
b) Metana biogas boleh menggantikan gas asli
dan gas petroleum jika gas itu dihasilkan dalam
kuantiti yang banyak pada harga yang murah.
Penggunaan biogas akan membantu
menyingkirkan bahan buangan organik yang
tidak diperlukan di kilang, ladang dan estet.

You might also like