You are on page 1of 14

TOPIK 9

KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH DAN MEMBUAT KEPUTUSAN

TOPIK 9 KEMAHIRAN MENYELESAIKAN


MASALAH DAN MEMBUAT KEPUTUSAN
PENGENALAN
Mengapa kita perlu dan sentiasa digalakkan berfikir? Berfikir membolehkan kita menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan. Salah satu tujuan program KBKK yang disarankan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia ialah untuk meningkatkan kemahiran menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan di kalangan pelajar. Mengapa ini penting? Jawapan kepada
persoalan ini terdapat dalam Topik 8, di mana kepentingan mengajar kemahiran berfikir telah
dibincangkan dengan panjang lebar. Topik ini menggabungkan dua kemahiran penting dalam
berfikir iaitu kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran membuat keputusan. Keduadua kemahiran ini merupakan kemahiran dalam proses berfikir. Aspek-aspek yang akan
dicakup termasuklah definisi tentang kemahiran tersebut, fungsi dan tujuannya dan langkah
perlaksanaannya.

OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. menghuraikan maksud kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran membuat
keputusan;
2. mengenal pasti tujuan menjalankan proses penyelesaian masalah dan membuat
keputusan; dan
3. mengaplikasikan langkah-langkah dalam menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan.

OUM

143

KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH DAN MEMBUAT KEPUTUSAN

TOPIK 9

PETA MINDA TOPIK


TOPIK 9:
KEMAHIRAN MENYELESAIKAN
MASALAH DAN MEMBUAT
KEPUTUSAN

Definisi Penyelesaian
Masalah

Langkah-langkah
Penyelesaian Masalah

Definisi Membuat
Keputusan

Langkah-langkah
Membuat Keputusan

9.1 DEFINISI PENYELESAIAN MASALAH


Setiap orang menghadapi masalah tersendiri dan kemahiran menyelesaikan masalah
merupakan satu keperluan dalam kehidupan manusia. Ada masalah yang dianggap sukar
dan ada yang dianggap mudah. Sesuatu yang menjadi masalah pada kita mungkin tidak
menjadi masalah pada orang lain.
Sebagai contoh, mengikat tali kasut merupakan masalah besar untuk kanak-kanak lima tahun,
tetapi bukan lagi masalah bagi orang dewasa. Adakalanya sesuatu itu suatu ketika dulu
menjadi masalah kepada kita, tetapi tidak lagi sekarang. Tiap-tiap hari kita terjaga dari tidur
dan memikirkan sesuatu yang perlu diselesaikan dan setiap malam juga sebelum tidur kita
sering teringat sama ada kita telah selesaikan masalah pada hari itu atau belum. Persoalan
lain ialah seperti: Berapa banyakkah masalah yang telah berjaya kita selesaikan seumur
hidup kita? Adakah keputusan yang diambil dalam menyelesaikan masalah tersebut adalah
yang terbaik? Adakah proses yang kita jalankan itu yang terbaik? Marilah sama-sama kita
lihat.
Apa itu masalah? Masalah adalah situasi yang dialami oleh individu apabila ia menghadapi
kekangan untuk mencapai sesuatu matlamat. Sebagai contoh, kekangan kekurangan wang

144

OUM

TOPIK 9

KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH DAN MEMBUAT KEPUTUSAN

dalam mengurus perbelanjaan keluarga, tiada kemahiran menjahit untuk menjahit baju yang
koyak, tidak faham kuliah untuk menyudahkan tugasan sekolah dan lain-lain lagi.
Masalah ini boleh dirajahkan seperti dalam Rajah 9.1:

Masalah

Baju koyak

Rintangan

Matlamat

Tidak tahu
menjahit

Perlu baju
ke majlis

Rajah 9.1: Masalah

9.1.1 Bentuk Masalah


Sebelum memulakan proses menyelesaikan masalah, kita perlu kenal pasti bentuk masalah
tersebut. Sesuatu masalah boleh berbentuk struktur atau well-defined atau tidak berstruktur
atau ill-defined. Masalah berstruktur merupakan masalah yang boleh kita peroleh maklumat
yang lengkap dan jelas mengenainya dan kita boleh menjana satu bentuk jawapan yang
betul. Sebagai contoh, aktiviti mengira keluasan segi empat tepat. Dalam kehidupan seharian,
kita bukan sahaja berdepan dengan masalah yang berbentuk struktur. Masalah sosial, politik,
ekonomi dan saintifik biasanya tidaklah begitu teratur jalan penyelesaiannya. Bentuk masalah
sebegini dikenali sebagai masalah yang kabur atau tidak berstruktur. Sebagai contoh,
menyelesaikan masalah sosial di kalangan remaja, meningkatkan pencapaian pelajar dan
meningkatkan motivasi pekerja.
Untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah ditentukan, individu perlu bertindak ke atas
perkara yang menjadi kekangan, rintangan atau penghalang kepada tercapainya matlamat
tersebut. Sebagai contoh dalam masalah yang ditunjukkan dalam Rajah 9.1, individu perlu,
sama ada mengupah tukang jahit untuk membaiki koyak pada pakaian tersebut. Lebih kreatif
individu tersebut, lebih mudah baginya untuk mengatasi rintangan yang ada. Apa yang
dilakukan oleh individu ini ialah antara langkah-langkah dalam proses penyelesaian masalah.
Apa pula proses penyelesaian masalah? Wicklegren (1974), menerangkan penyelesaian
masalah sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat spesifik. Van Dijk dan Kintsch (1983),
menyatakan penyelesaian masalah berlaku apabila langkah-langkah dan operasi mental
diperlukan bagi mencapai matlamat tertentu. Proses penyelesaian masalah adalah langkahlangkah yang diikuti secara berturutan untuk mengatasi rintangan atau kekangan dalam
mencapai sesuatu matlamat. Proses ini merupakan proses mental yang memerlukan
pemikiran kritis dan kreatif dalam mencari idea-idea alternatif untuk mengatasi rintangan
yang wujud bagi mencapai matlamat yang diharapkan.
Daripada penerangan di atas, cuba anda terangkan maksud penyelesaian
masalah menggunakan perkataan anda sendiri.

OUM

145

KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH DAN MEMBUAT KEPUTUSAN

TOPIK 9

Apakah tujuan kita belajar menyelesaikan masalah? Kemahiran menyelesaikan masalah


dapat membantu individu:
(a) mengamalkan proses penyelesaian masalah yang sistematik iaitu mengambil kira
langkah-langkah penting seperti mengenal pasti masalah, merancang jalan
penyelesaian, membuat tindakan dan menilai semula tindakan;
(b) bertindak secara rasional dan objektif dalam menghadapi masalah;
(c)

meningkatkan daya berfikir secara kritis dan kreatif dalam diri individu; dan

(d) berkeyakinan dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah.


Sekarang, cuba latihan di bawah untuk memastikan anda memahami bahagian ini.

Latihan 9.1
Senaraikan beberapa contoh masalah bentuk struktur dan bentuk tidak
berstruktur.

9.2 LANGKAH PENYELESAIAN MASALAH


Terdapat pelbagai proses penyelesaian masalah yang disarankan oleh ahli pemikir. Sebagai
contoh, seorang ahli matematik bernama Polya mengemukakan empat langkah dalam proses
penyelesaian masalah. Langkah-langkah ini secara berurutan terdiri daripada:
(a) langkah memahami masalah;
(b) membuat perancangan;
(c)

melaksanakan rancangan; dan

(d) menilai keputusan.


Seorang lagi ahli pemikir yang bernama Beyer, telah mengemukakan lima langkah dalam
proses penyelesaian masalah. Langkah-langkahnya adalah:
(a) mengenal pasti masalah;
(b) mendefinisi atau menyatakan semula masalah;
(c)

merancang dan memilih rancangan;

(d) melaksanakan rancangan; dan


(e) menilai keputusan yang diperoleh.
Knippen dan Green telah mereka tujuh langkah dalam proses penyelesaian masalah.
Langkah-langkah tersebut termasuk:
(a) menentukan matlamat;
(b) mengenal pasti masalah;
(c)

mengenal pasti kekangan;

(d) mengenal pasti alternatif atau pilihan-pilihan;


146

OUM

TOPIK 9

KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH DAN MEMBUAT KEPUTUSAN

(e) menilai pilihan-pilihan;


(f)

membuat pilihan terhadap alternatif; dan

(g) membentuk perlaksanaan.


Terdapat beberapa cara yang dirasakan berkesan dalam menyelesaikan masalah oleh ahli
teori yang lain. Bagaimanapun terdapat komponen kemahiran yang boleh membantu individu
menyelesaikan masalah dengan berkesan. Kemahiran tersebut disenaraikan di bawah.

Kemahiran strategi generik iaitu kefahaman dan kemahiran dalam proses-proses yang
terlibat dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Kemahiran tentang kandungan subjek. Ini bermakna, individu perlulah terlebih dahulu
mempunyai pengetahuan dalam aspek teknikal subjek yang hendak diselesaikan.
Sebagai contoh, untuk menyelesaikan masalah penebangan hutan, individu terlibat
perlulah mempunyai ilmu tentang perhutanan.

Pengetahuan tentang masalah yang hendak diselesaikan. Ini perlu untuk membolehkan
individu menentukan maklumat yang perlu diperolehi.

Kesedaran metakognitif sebagai penyelesai masalah. Ini adalah kebolehan mengawal,


memantau dan menilai sesuatu aktiviti yang sedang dilakukan supaya lebih berkesan.

Bransford dan Stein (1984) membentuk model penyelesaian masalah yang dikenali sebagai
IDEAL. IDEAL adalah kata ringkas kepada (I) Identifying the problems, (D) Defining the
problem, (E) Exploring Strategies, (A) Acting on ideas dan (L) Looking for the effects.
Secara amnya dapat dirumuskan bahawa langkah-langkah am untuk menguasai kemahiran
penyelesaian masalah ini dapat dilihat dalam Rajah 9.2.

LANGKAH-LANGKAH AM
PENYELESAIAN MASALAH

Mengenal pasti masalah

Bertindak/pelaksanaan

Mendefinisikan masalah

Mencari kemungkinan
penyelesaian

Menilai kejayaan tindakan


Rajah 9.2: Langkah-langkah penyelesaian masalah

OUM

147

KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH DAN MEMBUAT KEPUTUSAN

TOPIK 9

Berikut adalah penerangan berkait dengan langkah-langkah penyelesaian masalah yang


tersenarai di atas:
(i)

Mengenal Pasti Masalah


Langkah pertama ini merupakan langkah terpenting dalam proses penyelesaian masalah.
Kegagalan mengenal pasti masalah dengan tepat akan menyukarkan proses mencari
penyelesaian. Di sini kita harus tahu membezakan simtom masalah daripada masalah
itu sendiri. Kita juga perlu boleh mengenal pasti sama ada masalah itu berbentuk struktur/
well-defined atau bentuk tidak berstruktur/ill-defined.

(ii)

Mendefinisi Masalah
Setelah mengenal pasti masalah, kita perlu menyatakan masalah tersebut untuk lebih
memahaminya. Pada peringkat ini, individu perlu menghuraikan masalah kepada
komponen-komponen kecil supaya lebih mudah difahami. Kita boleh juga mengubah
bentuk persembahan masalah kepada bentuk imagenari atau grafik untuk memudahkan
kefahaman.
Beberapa bentuk soalan boleh digunakan serentak di peringkat ini. Antaranya, soalan
seperti apa yang perlu kita ketahui? Apakah yang masih tidak diketahui? Apakah
penyelesaian yang dicari? Apakah rintangan atau kekangan yang wujud? Kebolehan
individu untuk membentangkan masalah dalam bentuk imej mental, atau dalam bentuk
gambar rajah adalah sangat penting di peringkat ini.

(iii) Mencari Kemungkinan Penyelesaian


Dalam langkah ini, kita mendapatkan atau menjemput beberapa strategi yang dikatakan
boleh menyelesaikan masalah. Branford dan Stein (1984), mencadangkan agar masalah
tersebut dicerakinkan kepada komponen kecil. Dengan ini, strategi penyelesaian akan
lebih ketara dan khusus lagi kepada komponen tersebut.
(iv) Bertindak/Perlaksanaan dan Menilai Kejayaan Tindakan
Kedua-dua langkah ini adalah berkaitan. Newel dan Simon (1972), merujuk langkahlangkah ini sebagai means-end analysis. Ini merupakan aktiviti yang berterusan dengan
cara membandingkan keadaan sekarang dengan matlamat yang diinginkan. Soalansoalan penting seperti: Apakah perbezaan sekarang dengan apa yang saya inginkan?
Bagaimana perlu saya lakukan untuk mengurangkan jurang tersebut?
Kita perlu mengamalkan langkah-langkah ini dalam menyelesaikan masalah harian
kita. Begitu juga dengan pelajar. Mereka perlu didedahkan dengan pelbagai strategi
ini. Walau bagaimanapun, terdapat heuristik dalam penyelesaian masalah. Frederiksen
(1984), menyenaraikan 10 heuristik dalam penyelesaian masalah. Antaranya:

148

Dapatkan gambaran menyeluruh dan jangan sesat atau lemas dalam maklumat.

Menangguhkan pertimbangan.

Permudahkan gambaran masalah. Gunakan komponen kecil, gambar rajah, atau


simbol.

Ubah cara persembahan masalah.

Menyatakan pelbagai bentuk soalan berhubung masalah secara lisan.

Fleksibel.

Bermula dari belakang.

OUM

TOPIK 9

KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH DAN MEMBUAT KEPUTUSAN

Menggunakan analogi dan metafor.

Bercakap tentang masalah tersebut.

Tinggalkan masalah tersebut buat beberapa ketika apabila sampai tahap


kebuntuan.

Terdapat juga pelbagai pendekatan penyelesaian masalah. Antaranya:

Cuba jaya-mencuba pelbagai cara sehingga berjaya.

Algoritma mengikut prosidur yang telah diuji.

Heuristik-mengikut jalan senang.

Means-end analysis-proses membanding situasi sekarang dengan apa yang


diinginkan/matlamat.

Bekerja dari belakang (working backwards) - menyelesaikan masalah dengan


mengkaji atau menentukan matlamat terdahulu.

Guna analogi dan metafor.

Tukar cara persembahan. Sebagai contoh, tukar bentuk persembahan daripada


bentuk linear atau bertulis kepada bentuk diagram atau gambar rajah.

Seperti juga kemahiran berfikir yang lain, kemahiran menyelesaikan masalah juga
mempunyai pengurusan grafik dan pengurusan lisan sebagai panduan. Rajah
pengurusan ini adalah seperti dalam Rajah 9.3.

Pengurusan Lisan
1. Mengapakah timbul masalah?

Pengurusan Grafik
Sebab Timbul Masalah

2. Apakah masalah yang dihadapi?


Apakah masalah
3. Apakah pilihan-pilihan yang boleh
diambil untuk menyelesaikan
masalah tersebut?
4. Apakah akan berlaku sekiranya
masalah tersebut diselesaikan
mengikut pilihan-pilihan tersebut?
5. Apakah penyelesaian yang terbaik
untuk menyelesaikan masalah itu?

Kemungkinan-kemungkinan
penyelesaian masalah
Apakah kesan dan akibat
sekiranya pilihan ini dibuat

Apakah pilihan penyelesaian


terbaik

Rajah 9.3: Pengurusan lisan dan grafik penyelesaian masalah

OUM

149

KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH DAN MEMBUAT KEPUTUSAN

TOPIK 9

Untuk memastikan anda telah benar-benar faham, sila jawab cuba latihan di bawah.

Latihan 9.2
Untuk latihan berikut, kenal pasti pendekatan yang paling sesuai anda
gunakan dalam menyelesaikan masalahnya dan cuba selesaikan.
Penyelesaian masalah matematik. Anda diberi sebatang kayu sepanjang
24 sm. Masa yang diambil untuk menggergaji keratan kayu sepanjang 6
sm ialah 6 minit. Kirakan masa untuk membuat 4 keratan kayu. Kenal
pasti pendekatan penyelesaian masalah yang digunakan.

9.3 DEFINISI MEMBUAT KEPUTUSAN


Anda telah didedahkan dengan Kemahiran Penyelesaian Masalah. Sekarang, lihat pula
kemahiran yang berkaitan dengannya, iaitu Kemahiran Membuat Keputusan.
Kemahiran membuat keputusan sama seperti kemahiran menyelesaikan masalah, ada yang
mudah dan ada yang kompleks. Proses membuat keputusan memerlukan kita memilih sesuatu
yang kita rasa kita puas hati, suka atau setuju. Sebagai contoh, pilih jenis ais krim yang
hendak dibeli, pilih baju yang hendak dipakai, pilih fesyen rambut yang hendak didandan dan
lain-lain lagi. Proses di atas lebih mudah untuk diselesaikan berbanding dengan proses
membuat keputusan tentang memilih pasangan hidup, memilih rumah untuk dibeli, bagaimana
hendak menjaga ibu yang sakit dan seumpamanya.
Dalam kedua-dua situasi di atas, setiap keputusan yang diambil bergantung kepada kriteria
dan nilai yang kita letak pada kriteria ini. Sebagai contoh, anda hendak membeli aiskrim.
Terdapat beberapa kriteria yang anda tentukan seperti duit yang ada, perisa dan jenama.
Anda akan membeli ais krim yang mempunyai kesemua kriteria atau beberapa kriteria yang
terpenting buat anda pada ketika proses membuat keputusan itu.
Kalau kita fikirkan, agak lama juga masa yang diambil untuk membuat keputusan walaupun
untuk membeli ais krim. Tetapi oleh kerana kita sudah kerap membuat keputusan yang mudah
begini, seakan-akan kita tidak lagi memikirkannya semasa hendak membeli ais krim. Adakalanya
kriteria yang telah kita tentukan tidak sesuai dengan orang lain. Dalam hal sebegini, kita perlu
meneliti kriteria yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi.
Halpern (1984), menyatakan membuat keputusan merupakan membuat pilihan antara dua
atau lebih alternatif yang saling bertentangan yang mana menyukarkan si pembuat keputusan.
Dengan itu, kita mesti boleh memilih keputusan terbaik berasaskan kriteria tertentu.

150

OUM

TOPIK 9

KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH DAN MEMBUAT KEPUTUSAN

Kemahiran berfikir kreatif dan kritis amat diperlukan dalam membuat keputusan. Individu perlu
mempunyai kemahiran dalam membanding membeza, membuat ramalan, menjana idea dan
mengesahkan sumber maklumat. Sesuatu keputusan yang dibuat setelah seseorang itu berjaya
membuat pertimbangan berhubung beberapa kriteria akan menjadi keputusan terbaik.
Tujuan belajar kemahiran membuat keputusan adalah untuk:

melatih individu membuat keputusan yang terbaik;

mengelakkan individu daripada membuat keputusan terburu-buru;

lebih rasional dan sabar; dan

berupaya memanfaatkan sumber maklumat semasa membuat keputusan. Sekiranya


anda ingin menguji kefahaman anda tentang pelajaran di atas, sila cuba latihan di bawah.
Cuba anda bandingkan tujuan belajar kemahiran penyelesaian masalah dan
kemahiran membuat keputusan.

Latihan 9.3
Rumah anda terbakar dan anda hanya boleh membawa tiga barang yang
anda rasa paling penting buat anda. Buat keputusan tentang barangan
tersebut dan nyatakan kriteria yang anda tentukan semasa memilih.
Bandingkan keputusan anda dengan rakan yang lain.

9.4

LANGKAH MEMBUAT KEPUTUSAN

Kebanyakan pendidik merasakan kemahiran membuat keputusan menjadi fokus dalam


pendidikan, bersama-sama dengan kemahiran-kemahiran berfikir yang menjadi asas
pengetahuan untuk menyokongnya. Beberapa model membuat keputusan telah dibina untuk
membantu individu berfikir secara sistematik. Satu daripada model ini di ketengahkan oleh
Wales, Nardi dan Stager (1986). Model tersebut ditunjukkan dalam Rajah 9.4.

OUM

151

KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH DAN MEMBUAT KEPUTUSAN

1.

Kenal pasti Masalah


(Analisis)

Pernyataan
Matlamat

TOPIK 9

2. Membentuk pilihan
(Sintesis)

3. Memilih gol/matlamat
(Penilaian)
4. Kenal pasti Masalah
(Analisis)

Menjana
idea-idea

5. Membentuk pilihan
(Sintesis)

6. Memilih idea
(Penilaian)
7. Kenal pasti Masalah
(Analisis)

Menyediakan
Rancangan

8. Membentuk pilihan
(Sintesis)

9. Memilih rancangan
(Penilaian)
10. Kenal pasti Masalah
(Analisis)

Mengambil
tindakan

11. Membentuk pilihan


(Sintesis)

12. Memilih tindakan


masa depan
(Penilaian)

Rajah 9.4: Model membuat keputusan Wales, Nardi dan Stager

Mengikut model ini, terdapat empat operasi dalam membuat keputusan. Operasi-operasi ini
adalah, menyatakan matlamat, menjana idea, menyediakan rancangan dan mengambil
tindakan. Setiap operasi dalam model ini memerlukan individu untuk membuat keputusan
dalam peringkat analisis, sintesis dan penilaian. Apabila dijumlahkan, langkah-langkah dalam
model ini, terdapat 12 langkah yang harus diikuti. Model ini sesuai digunakan apabila
keputusan yang hendak diambil itu melibatkan beberapa siri pilihan.
Satu lagi model membuat keputusan diterokai oleh Ehrenbergs dan Duffy (1979). Model ini
sesuai digunakan apabila kita perlu membuat keputusan untuk menentukan yang mana satu
daripada beberapa alternatif yang paling baik dalam memenuhi keperluan satu-satu situasi.
Terdapat tiga langkah dalam model ini.
(a) Menjelaskan dan mengesahkan keperluan sesuatu situasi. Menjangkakan satu item
yang memenuhi semua keperluan tersebut yang disebut sebagai ideal.
(b) Kenal pasti, jelaskan dan sahkan ciri-ciri setiap alternatif. Bandingkan ciri yang wujud
pada alternatif dengan ciri pada ideal. Pilih alternatif yang paling hampir dengan ideal.
(c)

152

Sahkan pilihan tersebut sebagai satu pilihan yang dapat memenuhi keperluan situasi
yang diberi, berbanding dengan pilihan yang lain.

OUM

TOPIK 9

KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH DAN MEMBUAT KEPUTUSAN

Sebagai contoh, Kelab Ekonomi Rumah Tangga memulakan bisnes kecil di sekolah. Langkah
pertama mengikut model Ehrenberg ialah menjangkakan ciri-ciri satu item yang memenuhi
keperluan. Dalam situasi ini ciri-ciri adalah, produk yang boleh dibuat dalam bilik darjah dan
mendatangkan keuntungan. Ciri-ciri yang perlu untuk memenuhi keperluan ini termasuk:

produk yang diminati pelajar;

kos barangan rendah;

harga yang rendah termampu pelajar; dan

boleh dihasilkan dengan cepat.

Beberapa barangan atau produk disenaraikan seperti bekas pensil, pizza, alas gelas dan
kek buah. Setiap produk atau barangan ini diberi pemberatan mengikut kriteria atau ciri yang
telah dibuat. Setelah membuat perbandingan antara barangan tersebut, barangan yang
mendapat pemberatan tertinggi akan dipilih. Sahkan pilihan ini dengan membandingkannya
dengan jumlah pemberatan produk yang lain.
Sebagai contoh, pizza dipilih sebagai produk yang akan diminati pelajar. Ia memerlukan kos
pengeluaran yang rendah kerana menggunakan bahan tempatan, harga mengikut
kemampuan kerana ianya boleh dijual mengikut saiz atau potongan kecil kepada besar,
boleh dihasilkan dengan cepat dan peralatan yang diperlukan terdapat dalam makmal ERT
yang ada di sekolah.
Pengurusan grafik untuk kemahiran membuat keputusan ada diperjelaskan dalam Som dan
Dahalan. Rajah 9.5 menerangkan tentang ini.

OUM

153

KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH DAN MEMBUAT KEPUTUSAN

PENGURUSAN LISAN
1. Mengapa perlunya membuat
keputusan?

TOPIK 9

5.3 (ii) PG Membuat Keputusan


Situasi :

2. Apakah pilihan-pilihan saya?


3. Apakah maklumat yang ada
tentang akibat tiap-tiap satu
pilihan yang dibuat?

Pilihan-Pilihan

4. Sejauh manakah pentingnya


akibat tersebut?
5. Pilihan mana yang terbaik
jika dilihat dari segi akibat?

Pilihan Yang Dibuat

Akibat

Alasan/Kesan
dan Akibat

Nilai
(Positif atau Negatif)

Kriteria

Keputusan

Rajah 9.5: Pengurusan grafik dan pengurusan lisan membuat keputusan

Sebagai latihan, kita gunakan satu situasi yang direka sendiri. Kesnya adalah seperti berikut:
Tiga orang adik beradik menghadapi masalah untuk menjaga adik keempat mereka yang
lumpuh sejak kematian ibu bapa mereka secara mengejut. Adik perempuan keempat ini
telah lumpuh sejak lahir, berumur 17 tahun dan tidak boleh mengurus diri sendiri. Mereka
tidak dapat menjaga adik mereka kerana alasan-alasan berikut:
(a) Kakak sulung sudah berkeluarga, tinggal di kolej kerana sedang menuntut di IPT.
(b) Abang telah berkeluarga, mempunyai 4 orang anak. Isteri tidak sanggup menjaga kerana
sibuk bekerja.
(c)

154

Kakak kedua masih bujang, bekerja di Kuala Lumpur dan berkongsi bilik rumah pangsa
bersama 5 teman sepejabat.

OUM

TOPIK 9

KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH DAN MEMBUAT KEPUTUSAN

Setelah menjalankan proses penyelesaian masalah, beberapa alternatif telah diputuskan


oleh saudara bertiga itu.
1.

Bergilir-gilir menjaga adik iaitu 4 bulan seorang.

2.

Menggaji pembantu menjaga adik di kampung.

3.

Daftar adik di rumah kebajikan.

Pilihan manakah yang paling sesuai antara ketiga-tiga ini? Proses membuat keputusan boleh
dilihat dalam Rajah 9.6 bagi alternatif (3).

5.3 (ii) PG Membuat Keputusan


Situasi : Siapa yang harus menjaga adik yang cacat

Pilihan-Pilihan
1. Bergilir-gilir menjaga adik iaitu 4 bulan seorang
2. Menggaji pembantu menjaga adik di kampung
3. Daftarkan adik ke rumah kebajikan

Pilihan Yang Dibuat


Daftar adik di rumah kebajikan

Alasan/Kesan
dan Akibat

Akibat

- Kewangan
- Adik dapat pendidikan
- Suasana baru yang
tidak suka
- Semua saudara boleh
kerap mengunjungi
kerana berhampiran

Nilai
(Positif atau Negatif)

- Yuran - ada pencen


- Baik untuk adik
- Adik stress

+
+
-

- Adik diberi perhatian

Kriteria
Perlu segera, adik selesa, tidak ganggu kehidupan saudara lain

Keputusan
Antara ketiga-tiga pilihan, pilihan ini lebih
memenuhi kriteria yang telah dibentuk

Rajah 9.6: Proses membuat keputusan (Pilihan 3)

OUM

155

KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH DAN MEMBUAT KEPUTUSAN

TOPIK 9

Setelah mempelajari topik ini, cuba jawab soalan di bawah untuk memastikan bahawa anda
benar-benar memahaminya.

Latihan 9.4
Bagaimana anda membuat keputusan bagi alternatif (2) dalam contoh
yang diberikan?

RUMUSAN
Otak yang telah dikurniakan oleh Tuhan merupakan satu anugerah yang tiada tandingannya.
Segala penerangan yang telah diberi merupakan satu pengetahuan kepada kita supaya
sentiasa sedar dengan proses berfikir yang kita laksanakan dalam kehidupan kita.
Pengetahuan tentang alat, misalnya bukanlah mengharapkan kita menghafal bentuknya tetapi
mengharapkan kita berfikir mengikut turutan tertentu agar apa jua yang ingin kita selesaikan
itu telah diselidik dengan baik. Dalam topik ini, kita telah membincangkan tentang kemahiran
penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Perkara seperti definisi, langkah-langkah
perlaksanaan proses penyelesaian masalah dan membuat keputusan telah dijelaskan.
Beberapa konsep seperti masalah well-defined dan ill-defined telah disentuh untuk
membantu individu mengenal pasti masalah. Topik ini juga telah mengenengahkan beberapa
model penyelesaian masalah dan membuat keputusan yang boleh menjadi panduan kepada
kita.

GLOSARI
IDEAL

Ia merupakan singkatan bagi model penyelesaian masalah yang


diketengahkan oleh Bransford dan Stein (1984). Ia membawa maksud
Identifying the problems, Defining the problem, Exploring strategies, Acting
on ideas and Looking for the effects.

Masalah

Masalah adalah situasi yang dialami oleh individu apabila ia menghadapi


kekangan untuk mencapai suatu matlamat.

UJIAN 1
Huraikan model membuat keputusan yang diketengahkan oleh Wales, Nardi dan Stager
(1986).

UJIAN 2
Apakah langkah-langkah yang perlu kita ambil untuk menyelesaikan masalah? Apa pendapat
Beyer terhadap perkara ini?

156

OUM

You might also like