You are on page 1of 24

TOPIK 6

OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

TOPIK 6 OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH


PENGAJARAN
PENGENALAN
Dalam Topik 5, kita telah membincangkan tentang pengajaran yang berkesan. Guru yang
berkesan adalah guru yang bertanggungjawab membantu pelajar mencapai kebolehan yang
tertulis dalam kurikulum atau sukatan pelajaran sesuatu mata pelajaran. Jika seseorang guru
mengharapkan pengajarannya akan dapat mengubah tingkah laku pelajar, guru tersebut perlu
mengetahui bagaimana untuk menterjemah maklumat dalam sukatan pelajaran kepada
pernyataan yang terperinci yang menerangkan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang guru
harapkan pelajar perlu pelajari setelah mengikuti pengajarannya. Harapan guru juga perlu dikongsi
dengan pelajar, supaya pelajar mengetahui hala tuju pengajaran guru dan jangkaan guru
terhadapnya.
Dalam topik sebelum ini, telah disebutkan bahawa objektif pengajaran adalah salah satu
daripada perkara yang perlu ada dalam perancangan pengajaran. Dalam topik ini, kita akan
mempelajari tentang objektif pengajaran dan bagaimana guru boleh menulisnya dalam
perancangan pengajaran.
Kita telahpun mempelajari cara merancang pengajaran. Topik ini akan menerangkan
bagaimana anda hendak menyampaikan pengetahuan yang telah dirancangkan kepada
pelajar.Terdapat pelbagai cara anda boleh menyampaikan pengetahuan berkenaan. Anda boleh
memilih mengikut kesesuaian pengetahuan, pelajar dan kemudahan.

OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. menghurai kepentingan objektif pengajaran;
2. menghuraikan elemen yang perlu ada dalam satu objektif yang lengkap;
3. mengenal pasti domain-domain dalam objektif pengajaran;
4. menentukan aras dalam penulisan objektif;
5. menulis objektif pengajaran dengan betul;
6. menghurai maksud strategi pengajaran;
7. menghurai bagaimana menggunakan kaedah pengajaran;
8. mengenal pasti kaedah yang sesuai untuk pengajaran; dan
9. menghurai jenis soalan dalam pengajaran.

OUM

87

OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

TOPIK 6

PETA MINDA TOPIK

88

OUM

TOPIK 6

6.1

OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

KEPENTINGAN OBJEKTIF PENGAJARAN

Apakah itu objektif pengajaran? Objektif pengajaran adalah satu penyataan yang menentukan
tingkah laku spesifik yang boleh diukur dan dilakukan pelajar setelah mengikuti sesuatu
pengajaran.
Umumnya, kepentingan objektif boleh dilihat daripada tiga perspektif. Daripada perspektif pelajar,
objektif pengajaran memberi maklumat jangkaan yang diharapkan daripada mereka tentang
proses pendidikan. Daripada perspektif guru pula, objektif pengajaran memberikan rangka
tindakan untuk proses pengajaran yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Kepada pentadbir
pula, objektif pengajaran berfungsi untuk menyemak sama ada guru telah menjalankan proses
pengajaran seperti yang tercatat dalam sukatan pelajaran.

6.1.1

Mengapakah Objektif Itu Penting?

Objektif pengajaran penting kerana ia membantu guru:

merancang pengajaran, supaya lebih terperinci dalam pengajarannya;

mengenal pasti kaedah yang digunakan untuk mengajar;

memilih dan mengenal pasti bahan pengajaran seperti sampel sebenar, peralatan amali
dan lain-lain lagi;

menentu tugasan yang sesuai bagi setiap pelajar;

menentu aktiviti pembelajaran;

memilih dan/atau membina ujian;

menentu masa untuk mengumpul data penilaian pelajar ;

menentu tahap pembelajaran pelajar sama ada mereka telah memperoleh pengetahuan
dan kemahiran tersebut;

merancang dengan lebih teliti kerana mereka mengetahui bahawa pencapaian pelajar
akan ditunjukkan di akhir pengajaran sesuatu kelas, unit atau kursus; dan

menentu pencapaian pelajar dan ini merupakan tanggungjawab guru kerana objektif
pengajaran mengandungi elemen kriteria.

6.2

KOMPONEN OBJEKTIF PENGAJARAN

Objektif ditulis mengikut di mana konteks objektif itu digunakan. Konteks bermaksud objektif
ditulis untuk keseluruhan program pendidikan, sesuatu kursus atau sesuatu pengajaran.
Objektif untuk sesuatu program pendidikan selalunya ditulis dalam bentuk objektif umum.
Dalam penilaian program pula, objektif ditulis dalam konteks untuk menerangkan apa yang
penilai itu ingin tahu dalam sesuatu jangka masa tertentu. Umumnya, objektif ditulis untuk
menyatakan apakah pencapaian akhir yang akan diperoleh oleh sesuatu program atau
kursus atau pengajaran. Untuk topik ini, perbincangan dikhususkan kepada objektif
pengajaran.

OUM

89

OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

TOPIK 6

Sebagai permulaan, cuba perhatikan objektif di bawah:


Untuk menunjukkan kepada pelajar bagaimana memasang peralatan perenjis di
tapak semaian.
Objektif di atas ditujukan kepada guru. Di samping itu, ia ditujukan kepada aktiviti pengajaran,
bukannya pencapaian pembelajaran yang akan diperoleh oleh pelajar. Objektif di atas tercapai
setelah guru selesai mendemontrasi bagaimana memasang peralatan perenjis, tidak kira
sama ada pelajar telah mempelajari ilmu itu atau tidak. Setelah selesai pengajaran,
bagaimanakah guru tersebut boleh mengetahui bahawa pelajarnya telah boleh memasang
alat perenjis? Apakah bukti yang boleh dilihat bahawa pelajarnya boleh melakukan tingkah
laku memasang? Setakat manakah yang dikatakan pelajarnya telah menguasai kemahiran
yang ditunjukkan itu? Di sini kita lihat yang belajar bukannya pelajar tetapi guru! Oleh itu
cara yang paling baik untuk menulis objektif ialah dengan melihat pencapaian pelajar hasil
daripada pengajaran guru.

6.2.1

Apakah Elemen yang Perlu Ada dalam Satu Objektif Pengajaran yang
Lengkap?

Objektif yang baik perlu mengandungi elemen-elemen berikut:


(a) Tingkah laku atau kebolehan yang pelajar perlu ada di akhir sesuatu pengajaran.
Tingkah laku ini hendaklah dalam bentuk perbuatan. Contoh: menganalisis, mengenal
pasti, mengukir, membancuh dan lain-lain lagi.
(b) Situasi, keadaan atau had-had di mana sesuatu tingkah laku akan dilakukan. Bahagian
ini menerangkan:

(c)

apakah bahan atau peralatan yang diberikan kepada pelajar untuk melakukan
tingkah laku berkenaan?
Contoh: Dengan peralatan dan bahan yang diberi,

persekitaran di mana tingkah laku itu ditunjukkan.


Contoh: dalam situasi makmal, dalam bengkel di industri

maklumat yang diberi kepada pelajar yang mengarahkan tingkah laku kepada
kedaan tertentu.
Contoh: Dengan kajian kes yang diberi

masa yang dibenarkan untuk melakukan tingkah laku berkenaan.


Contoh: Di akhir pengajaran ,

Kriteria atau piawai yang menerangkan paras penguasaan atau kecekapan yang perlu
dicapai oleh pelajar untuk menunjukkan pencapaian objektif. Bahagian ini sukar ditulis,
namun ia memberi maklumat kepada guru tentang bagaimana hendak menilai
pencapaian pelajar.
Contoh kriteria adalah seperti berikut:

90

ketepatan;

menjawab 5 daripada 7 soalan dengan betul; dan

menyiapkan tugas/kerja dalam masa 5 minit.

OUM

TOPIK 6

6.2.2

OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

Bagaimana Menulis Objektif?

Setiap elemen yang dinyatakan di atas perlu ada apabila menulis sesuatu objektif. Contohnya:
Di akhir pengajaran pelajar boleh melabel bahagian luar seekor katak dengan tepat.
Objektif di atas mengandungi ketiga-tiga elemen untuk objektif yang lengkap. Di akhir
pengajaran adalah situasi, iaitu melabel sebagai tingkah laku dan dengan tepat sebagai
kriteria. Dalam objektif ini guru telah mengajar tajuk bahagian luar katak dan untuk
membuktikan kefahaman pelajar tentang tajuk ini, guru mahu pelajar menunjukkan tingkah
laku melabel. Adakah pelajar tersebut setakat hanya boleh melabel sahaja? Dalam objektif
ini guru mengharapkan pelajarnya boleh melabel dengan tepat.
Cuba kritik objektif di bawah dari segi elemen yang terdapat dalam satu objektif
yang lengkap.
(a) Pelajar boleh menerangkan maksud pensterilan dengan jelas.
(b) Di akhir perbincangan, pelajar boleh menerangkan faktor yang
mempengaruhi aktiviti organisma dengan betul.
Cuba anda pula menulis objektif.

6.3 DOMAIN OBJEKTIF PENGAJARAN


Dalam pembelajaran, terdapat domain-domain pengajaran. Domain pembelajaran digunakan
untuk mengkelaskan pengajaran. Pengkelasan ini membantu guru menyusun pengajaran
mereka supaya struktur pengajarannya lebih baik dan pengajarannya lebih jelas. Pencapaian
pelajar akan meningkat jika pengajaran guru tersusun dan jelas. Untuk proses pengajaran
kita akan memberi tumpuan kepada taksonomi Benjamin Bloom. Dalam taksonomi ini, ada
tiga domain pembelajaran seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.1. Sekarang kita lihat
setiap satu Domain Pembelajaran Taksonomi Bloom.

Rajah 6.1: Domain pembelajaran Taksonomi Bloom

OUM

91

OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

6.3.1

TOPIK 6

Domain Kognitif

Domain kognitif adalah domain pembelajaran yang terdiri daripada pengetahuan seperti
prinsip, fakta, teori dan konsep. Ada enam peringkat pembelajaran kognitif yang disusun
mengikut hierarki (Bloom, 1956):

Rajah 6.2: Peringkat pembelajaran domain kognitif

(a) Pengetahuan mewakili tahap objektif yang paling rendah. Pengetahuan di tahap ini
ialah pengetahuan yang telah dipelajari. Keperluan untuk mencapai objektif ini ialah
hanya dengan mengingat kembali fakta. Maklumatnya perlu diingat kembali, bermula
daripada yang mudah hingga kepada teori yang kompleks, tetapi semuanya memerlukan
proses mengingat maklumat.
Contoh tingkah laku:

mendefinisi;

menamakan;

menyenaraikan; dan

mengenal pasti.

(b) Kefahaman adalah satu peringkat selepas tahap mengingat maklumat. Peringkat ini
adalah peringkat yang menunjukkan kebolehan memberi interpretasi, menterjemah dan
menerangkan dengan perkataan sendiri. Pada tahap ini pelajar boleh menggunakan
maklumat tersebut, tetapi tidak boleh menghubungkaitkannya dengan maklumat lain.
Contoh tingkah laku:

92

menyatakan semula;

mengenal;

melapor;

menerang;

mengulas;

mentafsir; dan

merumus.

OUM

TOPIK 6

(c)

OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

Aplikasi adalah kebolehan menggunakan maklumat dalam situasi yang khusus atau
konkrit. Di peringkat ini, pelajar boleh menggunakan maklumat seperti prinsip, teori dan
konsep kepada situasi baru dan dalam situasi yang berlainan. Di peringkat ini, pelajar
telah mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang pengetahuan berkenaan.
Contoh tingkah laku:

menyusun;

mengguna;

menunjuk;

mengira;

mempraktik;

menjangka;

menterjemah; dan

mengilustrasi.

(d) Analisis adalah peringkat yang memerlukan lebih daripada pengetahuan, kefahaman
dan aplikasi. Analisis ialah kebolehan memecahkan perkara yang telah dipelajari kepada
bahagian-bahagian tertentu sehingga kefahaman hubungan struktur organisasi
diperolehi. Kebolehan yang diperlukan ialah pelajar mengenal pasti bahagian-bahagian,
menjelaskan hubungan antara bahagian, dan mengenal keseluruhan organsisasi sistem
yang dibahagi-bahagikan tadi.
Contoh tingkah laku:

menganalis;

membanding;

mengkaji;

mengkategori;

mengkelas;

memeriksa; dan

membeza.

(e) Sintesis adalah peringkat yang menunjukkan kebolehan mengintegrasikan bahagianbahagian kecil kepada satu bahagian besar yang baru. Kebolehan ini memerlukan
pelajar menganalis elemen-elemen dalam sesuatu maklumat dan melihat hubung kait
antara elemen tersebut serta kebolehan mengenal dan mengesan susunan sistematik
dan struktur yang eksplisit atau implisit yang menggabungkan sesuatu.
Contoh tingkah laku:

menggubah;

menghasilkan;

mereka bentuk;

mengaitkan;

menyusun;

membina;

mencadang;

OUM

93

OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

(f)

menjangka; dan

memodifikasi.

TOPIK 6

Penilaian merupakan tahap hasil pembelajaran yang paling tinggi dalam heirarki domain
kognitif. Ia meliputi semua tahap dan ditambah dengan kebolehan membuat keputusan
dan penghakiman berdasarkan rasional dan kriteria tertentu.
Contoh tingkah laku:

menghakim;

mentaksir;

memilih;

mengesah;

menilai;

mengkritik;

menganggar; dan

merumus.

Antara contoh-contoh objektif domain kognitif adalah:


(i)

Di akhir perbincangan pelajar dapat menerangkan proses pengangkutan dengan


jelas.

(ii)

Berdasarkan gambar rajah yang diberi, pelajar dapat membezakan sel haiwan dan
sel tumbuhan dengan tepat.

(iii) Dalam kelas amali, pelajar dapat menggunakan mikroskop untuk mengkaji sel pipi
dan sel bebawang dengan betul.

Latihan 6.1
Cuba anda menulis objektif dalam domain kognitif.

6.3.2

Domain Psikomotor

Domain psikomotor pula mengintegrasi kemahiran intelektual dan fizikal untuk pembelajaran.
Pembelajaran dalam domain ini adalah pembelajaran tentang pergerakan fizikal seperti
menggergaji, menjahit dan lain-lain. Pelajar yang telah menguasai pembelajaran domain
psikomotor akan menunjukkan kemahiran melakukan aktiviti fizikal berkenaan atau
menghasilkan sesuatu produk. Objektif domain psikomotor selalunya:

94

OUM

TOPIK 6

OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

mengikuti sesuatu turutan prosedur;

melakukan setiap prosedur kepada sesuatu paras kompeten; dan/atau

membentuk produk akhir atau keputusan yang memenuhi kriteria tertentu.

Ketiga-tiga objektif ini boleh dinilai melalui pemerhatian/cerapan. Objektif ini dapat dilihat
dengan penggunaan kata kerja yang menunjukkan kemahiran yang spesifik. Tidak seperti
domain kognitif dan afektif, domain psikomotor mempunyai pelbagai bentuk pembahagian
peringkat-peringkatnya. Untuk modul ini, penulis menggunakan peringkat yang dicadangkan
oleh Simpson (1972). Beliau mencadangkan pembelajaran domain psikomotor melibatkan
tujuh peringkat. Peringkat ini juga disusun mengikut hierarki.

Rajah 6.3: Peringkat pembelajaran domain psikomotor

(a) Persepsi adalah peringkat di mana pelajar mengenal pasti kiu yang signifikan dan
mengaitkan kiu dengan tingkah laku.
Contoh tingkah laku:

mengesan;

mendengar;

mengenal;

melihat;

memerhati; dan

merasa.

(b) Sedia adalah peringkat di mana pelajar mempamer kesediaan mental dan fizikal untuk
melakukan sesuatu tingkah laku.

OUM

95

OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

TOPIK 6

Contoh tingkah laku:

merespons;

meletakkan tangan dan badan;

mempamerkan; dan

menunjukkan.

(c) Respons terbimbing adalah peringkat di mana pelajar meniru respon, melakukan di
bawah bimbingan atau sesuatu model.
Contoh tingkah laku:

membina;

memasang;

mempraktik;

melakukan di bawah bimbingan;

meniru; dan

mencuba.

(d) Mekanisme adalah peringkat di mana pelajar melakukan sesuatu tugas yang sudah
menjadi kebiasaan dengan satu tahap keyakinan dan kecekapan. Tingkah laku hampir
sama dengan peringkat respons terbimbing.
Contoh tingkah laku:

melengkapkan dengan yakin;

menunjukkan memanipulasi;

memasang;

meningkatkan kecekapan; dan

menjalankan.

(e) Respons Kompleks Overts adalah peringkat di mana pelajar melakukan tingkah laku
dengan kompeten dan cekap. Tingkah laku hampir sama dengan peringkat respons
terbimbing.
Contoh tingkah laku:

(f)

melakukan dengan automatik;

mengawal tangan dan badan;

mempamerkan; dan

menunjukkan.

Adaptasi adalah peringkat di mana pelajar menggunakan kemahiran yang telah dipelajari
untuk melakukan tugas yang baru tetapi berkaitan, menyesuaikan kemahiran kepada
situasi.
Contoh tingkah laku:

menyesuai;

membentuk;

menggubah;

mengadaptasi;

96

OUM

TOPIK 6

OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

meminda; dan

menyusun semula.

(g) Permulaan adalah peringkat di mana pelajar mencipta perlakuan baru selepas
membentuk kemahiran-kemahiran; mereka pola baru untuk situasi yang spesifik.
Contoh tingkah laku:

mereka bentuk;

merumus;

membina;

membentuk; dan

menggubah.

Contoh objektif domain psikomotor:


(i)

Di akhir pengajaran, pelajar dapat menggunakan peralatan makmal dengan cekap.

(ii)

Di akhir demonstrasi, pelajar dapat membuat cantuman baju dengan betul.

(iii) Di akhir kelas amali, pelajar dapat mengadaptasikan pola pakaian dengan tepat.

Latihan 6.2
Cuba anda menulis objektif dalam domain psikomotor.

6.3.3

Domain Afektif

Pembelajaran bukan hanya mempelajari pengetahuan seperti fakta, konsep dan prosedur,
tetapi pembelajaran juga bertujuan untuk membentuk sikap, kepercayaan atau nilai terhadap
pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari. Cuba anda ingat kembali Falsafah Pendidikan
Negara. Salah satu penekanan dalam Falsafah Pendidikan Negara ialah pembentukan aspek
kerohanian dan emosi. Oleh itu, domain afektif adalah domain pembelajaran yang bertujuan
untuk membentuk individu ke arah ini.
Domain afektif adalah berkaitan perasaan, emosi minat, sikap, kepercayaan atau nilai dan
lain-lain yang berkaitan. Guru hari ini semakin prihatin tentang pembentukan aspek ini di
kalangan pelajar mereka. Sebagai contoh, hari ini semakin ramai pelajar sekolah yang tidak
begitu berminat untuk mengikuti bidang sains dan matematik. Mereka mengatakan bidang
ini susah. Ada juga pelajar yang mengikuti bidang sains, tetapi menukar kepada bidang lain
kemudiannya.
Untuk mengubah perasaan, minat, sikap, kepercayaaan atau nilai, guru perlu merancangnya
dalam perancangan pengajaran. Sebagai permulaan, guru perlu mengetahui dan
berkemahiran menulis objektif untuk domain afektif. Menulis objektif ini selalunya lebih sukar
daripada menulis objektif dalam domain kognitif dan psikomotor. Guru perlu memikirkan
dengan mendalam bagaimana hendak membentuk kriteria untuk domain ini.
Sebagai contoh, cuba guru fikirkan tentang masalah yang disebutkan di atas tentang minat
pelajar terhadap sains dan matematik. Bagaimanakah guru boleh mengenal pasti pelajar

OUM

97

OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

TOPIK 6

yang mempunyai sikap yang positif terhadap mata pelajaran sains dan matematik setelah
mengikuti pengajaran tentang kedua-dua mata pelajaran ini?
Domain afektif juga mempunyai beberapa peringkat (Krathwohl, Bloom & Masia, 1964).
Peringkat ini berbentuk hierarki seperti berikut:

Rajah 6.4: Peringkat pembelajaran domain afektif

(a) Menerima adalah peringkat di mana pelajar menyedari dan memberi perhatian secara
pasif tentang sesuatu rangsangan dan fenomena. Ini merupakan tahap yang paling
bawah dalam domain afektif. Apabila pelajar memberi perhatian atau mendengar tentang
pengajaran guru, pelajar tersebut mungkin berada di tahap ini. Ada tiga tahap
penerimaan, iaitu kesedaran, kesanggupan menerima maklumat dan perhatian yang
terpilih.
Contoh tingkah laku:

menyoal;

memilih;

mengenal pasti;

mendengar; dan

memberitahu.

(b) Merespons bermakna pelajar melakukan sesuatu dengan rangsangan dan fenomena
yang dipilih. Pembelajaran akan menghasilkan tiga tahap respons iaitu:
(i)

Persetujuan
Pelajar membuat apa yang diarahkan atau yang dikehendaki.

(ii)

Kesanggupan
Pelajar melakukan apa yang diarahkan dan lebih daripada itu.

(iii) Kepuasan
Pelajar mempelajari sesuatu kerana mereka suka dan minat.
Contoh tingkah laku:

98

menjawab;

membantu;

melengkap;

OUM

TOPIK 6

(c)

OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

melapor;

memerhati; dan

mendeklamasi.

Menghargai adalah peringkat di mana pelajar menunjukkan tingkah laku yang tekal
terhadap sesuatu tanpa dipaksa. Peringkat ini juga terdapat tiga tahap iaitu:
(i)

persetujuan sesuatu nilai;

(ii)

mengutamakan atau lebih suka kepada sesuatu nilai; dan

(iii) komitmen.
Contoh tingkah laku:

menerima;

mendebat;

melengkap;

menerang;

mencadang;

melapor; dan

mengkaji.

(d) Mengorganisasi adalah peringkat di mana pelajar mengorganisasikan nilai kepada satu
sistem. Penekanan dilihat kepada membanding, mengait dan mensintesis antara nilai.
Pada peringkat ini, pelajar komited untuk membentuk nilai yang dipamerkan sebagai
tingkah laku. Pelajar mengkonsepsikan sesuatu nilai dan mengorganisasikannya kepada
sesuatu sistem nilai.
Contoh tingkah laku:

berpegang teguh kepada sesuatu aktiviti;

mengubah;

mensintesis;

menyusun;

mengintegrasi;

mendebat; dan

mempertahan.

(e) Mewatak bermakna keseluruhan tingkah laku tekal dengan nilai yang tersirat. Pada
peringkat ini, pelajar menunjukkan tingkah laku yang selari dengan nilai yang telah sebati
dengan dirinya.
Contoh tingkah laku:

bertindak;

mengesah;

mempamer;

OUM

99

OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

mempengaruhi;

menyelesai;

mempraktik; dan

menyoal.

TOPIK 6

Contoh objektif domain afektif:


(i)

Di sepanjang perbincangan dalam kelas, pelajar sanggup melibatkan diri dengan


menjawab soalan secara suka rela.

(ii)

Di akhir kelas, pelajar akan menunjukkan minat terhadap sains dengan menunjukkan
inisiatif untuk mencari bacaan lanjutan dalam Internet.

(iii) Sepanjang kelas amali, pelajar menunjukkan sikap kerjasama dengan membantu
ahli dalam kumpulan untuk menyiapkan projek.
Untuk memastikan anda memahami apa yang telah dipelajari, jawab soalan berikut. Selamat
mencuba!

Latihan 6.3
Cuba anda menulis objektif dalam domain afektif.

Jika anda mahu mengetahui lebih mendalam tentang Domain Objektif


Pengajaran, sila rujuk laman-laman web berikut:
http://faculty.washington.edu/~krumme/guides/bloom.html
http://www.tedi.uq.edu.au/Assess/Assessment/bloomtax.html

6.4 STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN


Konsep dan penggunaan istilah strategi dan kaedah pengajaran adalah pelbagai dan kadangkadang mengelirukan. Para pendidik menggunakan istilah yang berbeza-beza.
Strategi pengajaran merangkumi beberapa aspek urutan dan susunan maklumat dan membuat
keputusan bagaimana menyampaikannya (Dick & Carey, 1996). Guru akan memikirkan
keseluruhan proses pengajaran beliau. Kaedah pengajaran pula adalah cara menyampaikan
maklumat atau menjalankan aktiviti pengajaran, contohnya kuliah, perbincangan, main
peranan, simulasi dan lain-lain. Teknik pengajaran pula ialah kemahiran spesifik dalam
pengajaran seperti set induksi, peneguhan, kawalan suara, penggunaan papan hitam dan
lain-lain lagi. Teknik mengajar merujuk kepada satu kemahiran mengajar, manakala strategi
mengajar mewakili satu pendekatan yang kompleks dalam pengajaran dan selalunya
mengandungi beberapa kaedah pengajaran yang menggunakan pelbagai teknik pengajaran.
Contohnya, seorang guru hendak mengajar bagaimana untuk memperoleh pengetahuan
dan kemahiran bagi memandu traktor. Guru akan menetapkan objektif pengajaran peringkat
kognitif, psikomotor dan afektif. Apakah strategi pengajaran guru tersebut? Guru ini akan
100

OUM

TOPIK 6

OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

melihat pelbagai aspek, iaitu cara untuk memotivasikan pelajar untuk mempelajari pengetahuan
dan kemahiran memandu traktor. Untuk mengetahui ini, beliau akan meneliti pengetahuan
sedia ada pelajar dan latar belakang pelajar.
Apakah kaedah yang sesuai digunakan untuk memastikan objektif dalam domain
pembelajaran tercapai? Anda mungkin menggunakan kaedah kuliah dan perbincangan untuk
mengajar perkara yang melibatkan fakta. Bagaimana pula dengan domain psikomotor? Anda
akan menggunakan kaedah demonstrasi. Apa pula media dan bahan bantu mengajar yang
diperlukan? Mungkin carta atau maklumat dalam bentuk power point? Bagaimana dengan
kelas amali? Berapa kalikah pelajar dibenarkan mempraktik kemahiran sebelum anda menilai
kemahiran psikomotor mereka? Bagaimanakah anda hendak memotivasikan pelajar supaya
terus mempraktikkan kemahiran sehingga mereka mahir dan boleh dinilai? Bagaimanakah
anda akan menilai pengetahuan dan kemahiran pelajar tersebut? Di sini anda boleh lihat
bahawa strategi pengajaran melibatkan keseluruhan pengajaran.
Berdasarkan kefahaman anda, apakah kaedah pengajaran yang
berkesan dan mengapa?

6.5

KAEDAH PENGAJARAN

Ada banyak kaedah pengajaran yang boleh anda gunakan. Dalam modul ini akan diterangkan
kaedah kuliah, perbincangan, demonstrasi, sumbangsaran, main peranan, lawatan luar dan
inkuiri.

6.5.1

Kuliah

Bagaimanakah anda boleh menggunakan kuliah sebaik mungkin? Kaedah ini tidak sesuai
digunakan sepanjang waktu pengajaran kerana pelajar akan menjadi bosan dan tidak dapat
menumpukan perhatian. Waktu pengajaran yang menggunakan kaedah ini biarlah pendek.
Selain itu, pastikan pelajar mengetahui cara mengambil nota. Penggunaan kaedah ini
memerlukan perancangan. Apakah yang perlu diambil kira oleh anda semasa merancang?
(a) Pengenalan kepada kuliah untuk menarik minat pelajar.
(b) Nyatakan ulasan keseluruhan atau rangka isi kandungan kuliah. Ini boleh dinyatakan
secara lisan atau ditulis di atas transparensi atau papan hitam.
(c)

Nyatakan kepada pelajar bagaimana maklumat yang diberikan dalam kuliah ini dapat
digunakan. Contoh maklumat ini akan digunakan sebagai asas semasa kelas
perbincangan atau membuat rujukan untuk tugasan.

(d) Beri definisi kepada terminologi yang pelajar tidak pernah dengar.
(e) Pastikan masa kuliah fleksibel dengan maklumat yang akan dikuliahkan untuk memberi
peluang soalan atau komen daripada pelajar.
(f)

Kenal pasti perkara penting yang akan dikuliahkan dan kemudian, kembangkan perkara
penting ini semasa kuliah supaya pelajar akan lebih jelas dengan apa yang dikuliahkan.

OUM

101

OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

TOPIK 6

(g) Susun maklumat yang hendak dikuliahkan mengikut susunan yang logik, iaitu sama ada
secara topikal, masalah-penyelesaian, sebab-kesan, urutan masa, perbandingan dan
lain-lain lagi.
(h) Sediakan contoh-contoh untuk menjelaskan idea utama.
(i)

Guna alat bantu mengajar, jika ia boleh memberi kesan yang baik kepada kuliah yang
diberikan.

(j)

Elakkan bercakap tanpa henti lebih daripada 15 minit dalam sesuatu masa. Tukar format
pengajaran anda. Kajian menunjukan tumpuan seseorang kepada sesuatu adalah lebih
kurang 10-15 minit. Selepas 15 minit, pelajar mula tidak memberi perhatian; walaupun
sesetengah mungkin akan terus mengambil nota, mereka tidak lagi memproses maklumat
yang diterima.

(k)

Perhatikan komunikasi tanpa bahasa yang ditunjukkan oleh pelajar untuk menentukan
kefahaman mereka terhadap kuliah. Suara perlu ada intonasi untuk menunjukkan
kepentingan maklumat.

(l)

Libatkan pelajar dalam kuliah dengan menyoal atau berinteraksi dengan mereka untuk
melibatkan komunikasi dua hala. Cara ini akan menyebabkan pelajar aktif di sepanjang
pengajaran.

(m) Buat kesimpulan di akhir kuliah.

6.5.2

Perbincangan

Untuk mendapatkan pengajaran yang baik, pembentukan kemahiran kaedah perbincangan


memakan masa, praktis dan maklum balas. Sesetengah orang mempunyai kebolehan semula
jadi, tetapi kebanyakan orang perlu mempelajarinya sebelum mahir.
Apakah panduan yang anda boleh ikuti untuk memastikan kaedah perbincangannya
dilaksanakan dengan berjaya?
(a) Kenali pelajar anda - perbincangan yang berkesan mengetahui kemahiran yang dipunyai
oleh pelajar. Tentukan pelajar yang mana akan dipanggil bercakap untuk memastikan
perbincangan berjalan seperti yang dirancangkan.
(b) Perlu ada perancangan - perancangan perlu untuk memastikan perbincangan dibawa
kepada halatuju yang dikehendaki. Guru yang berkesan ialah guru yang mengetahui
bagaimana menyesuaikan objektif pengajaran dengan perbincangan yang sedang
berjalan. Tanpa perancangan, sukar untuk guru membuat keputusan.
(c)

Kenal antara satu dengan lain - bukan guru sahaja perlu mengenali pelajar, pelajar juga
perlu mengenali antara satu dengan lain, supaya berasa selesa apabila bercakap di
hadapan rakan sebaya mereka.

(d) Hargai semua soalan dan komen - adalah penting untuk kita membuat sesuatu
penghakiman tentang respons pelajar supaya mereka tidak berasa malu apabila
menanya soalan.
(e) Integrasikan respons pelajar dalam perbincangan - pelajar akan lebih berasa bebas
untuk melibatkan diri apabila mereka merasai idea dan perhatian mereka dapat memberi
sumbangan kepada perbincangan.
(f)

102

Mulakan dengan soalan terbuka - soalan terbuka boleh menggalakkan perbincangan.


Sebagai contoh Apa pendapat anda tentang pencemaran air sungai di negara kita?

OUM

TOPIK 6

OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

atau Apakah masalah yang kita hadapi dengan sungai di negara kita? Soalan ini meminta
pendapat pelajar dan menggalakkan pelbagai jawapan.
(g) Tanya soalan yang boleh memberi pelbagai jawapan - cara ini boleh menggalakkan
penglibatan pelajar dalam perbincangan kerana pelajar kurang berasa takut jika jawapan
mereka kurang tepat. Sebagai contoh, Mengapakah bidang pengeluaran pertanian di
negara ini masih dilakukan oleh orang tua? atau Apakah cara untuk menarik minat
belia dalam bidang pertanian?. Soalan ini memaksa pelajar mengintegrasikan maklumat
yang mereka telah baca dan membuat satu kesimpulan untuk menyokong fakta tersebut.
Ini boleh menggalakkan pemikiran kritikal.
(h) Elakkan pelajar daripada hanya memberi maklumat - guru perlu mengelakkan soalan
yang hanya memerlukan pelajar memberi maklumat. Ini kerana ia tidak menggalakkan
pemahaman yang sebenar mengenai sesuatu pengetahuan. Bina soalan peringkat tinggi
untuk menggalakkan pelajar berfikir.
(i)

Setiap jenis soalan ada fungsinya - penyoalan adalah kemahiran yang sangat penting
dalam kaedah perbincangan. Guru perlu mengetahui tujuan dan fungsi soalan. Guru
juga perlu mengetahui teknik menyoal. Sebagai contoh, Ada sesiapa yang tahu
bagaimana fotosintesis berbeza? atau Adakah setiap anda tahu tentang proses
transpirasi?. Soalan begini mungkin tidak banyak mendapat respons daripada pelajar.
Jika soalan itu hendak mendapatkan penglibatan pelajar, soalan ini lebih sesuai, Boleh
sesiapa tolong rumuskan apakah perbezaan antara fotosintesis dan transpirasi? atau
Boleh sesiapa tolong terangkan kepada saya apa dia fotosintesis?

(j)

Pastikan setiap orang mempunyai peluang melibatkan diri - setiap soalan yang
dikemukakan kepada pelajar, mestilah diikuti dengan masa menunggu sekejap, dan
tidak semestinya pelajar yang mengangkat tangan mesti diberi peluang memberi
jawapan. Sekali-sekala, anda boleh menyuruh pelajar menulis jawapan yang diberikan
supaya mereka dapat memikirkannya sebelum bercakap.

(k)

Susun, rumus dan sintesis, - sekali-sekala, guru membuat rumusan tentang perbincangan
untuk memastikan ia tidak meyimpang daripada tajuk. Buat hubungan antara tajuk atau
sub-tajuk di papan hitam. Dengan lain perkataan, dari semasa ke semasa, ingatkan
pelajar tentang matlamat anda dan respons mereka. Di akhir kelas, rumusan fakta atau
cara penyelesaian yang diperoleh hendaklah dihubungkan dengan soalan asal yang
dikemukakan di permulaan kelas.

Latihan 6.4
Bandingkan kaedah pengajaran secara kuliah dengan perbincangan.

6.5.3

Demonstrasi

Demonstrasi adalah kaedah mengajar di mana guru menunjukkan sesuatu kepada pelajar
atau sekelompok pelajar. Jika pembelajaran itu bertujuan untuk membentuk psikomotor
domain, demonstrasi guru tadi perlu diikuti dengan memberi peluang kepada pelajar
mempraktikkan apa yang ditunjukkan oleh guru.

OUM

103

OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

TOPIK 6

Ada beberapa perkara yang perlu difikirkan semasa merancang demonstrasi.


(a) Kenal pasti konsep atau prinsip atau kemahiran yang hendak diajar. Tulis langkah-langkah
keseluruhan demontrasi tersebut.
(b) Jika konsep atau prinsip atau kemahiran yang ada cuba ajar itu kompleks, bahagikan
kepada beberapa konsep atau prinsip atau kemahiran.
(c)

Pastikan supaya setiap pelajar terlibat di dalam aktiviti yang dirancangkan.

(d) Kumpulkan bahan dan peralatan yang diperlukan.


(e) Cuba demonstrasi tersebut sekurang-kurangnya sekali sebelum kelas bermula.
(f)

Sediakan soalan yang akan guru tanya semasa demonstrasi. Bahagian ini penting
terutamanya jika guru membuat demonstrasi secara induktif.

(g) Fikirkan bagaimana guru akan menggunakan alat bantu mengajar semasa demonstrasi.
(h) Tentukan bagaimana guru akan menilai pemahaman demonstrasi. Penilaian boleh dibuat
secara bertulis, lisan, atau pemerhatian. Jika ianya dalam bentuk kemahiran, guru perlu
melihat setakat mana pelajar telah mahir melakukan kemahiran yang ditunjukkan.
(i)

Fikirkan faktor masa demonstrasi itu akan berlaku. Jika demontrasi melibatkan
kemahiran, pastikan guru menetapkan masa untuk pelajar mempraktikkan kemahiran
yang ditunjukkan.

Menjalankan Demontrasi
Apabila menjalankan demonstrasi, ada beberapa panduan yang perlu diikuti.
(a) Pastikan demonstrasi itu dapat dilihat oleh semua pelajar.
(b) Timbulkan minat pelajar tehadap demonstrasi tersebut di peringkat awal demonstrasi
supaya mereka dapat memberikan tumpuan sepanjang pengajaran guru. Salah satu
cara ialah dengan menunjukkan objek atau sampel yang telah siap, atau peralatan yang
telah siap dipasang atau peralatan yang berkaitan dengan demonstrasi. Ini akan
menimbulkan rasa ingin tahu pelajar. Guru boleh juga mengaitkan demonstrasi dengan
pengetahuan yang berkaitan yang telah dipelajari.
(c)

Terangkan langkah atau prosedur satu persatu. Guru perlu mengelakkan daripada
mengambil jalan singkat dalam menerangkan langkah-langkah. Ulang langkah atau
prosedur yang sukar.

(d) Buat ulasan keseluruhan.


(e) Beri peluang pelajar mencubanya - masa mesti diberikan untuk pelajar praktis dan
pengalaman diperlukan untuk membentuk kemahiran. Seseorang tidak akan jadi mahir
tanpa praktis.

104

OUM

TOPIK 6

6.5.4

OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

Sumbangsaran

Sumbangsaran adalah satu cara yang berkesan untuk mendapatkan banyak idea daripada
pelajar dan kemudian menentukan idea yang mana paling sesuai untuk digunakan dalam
menyelesaikan sesuatu masalah.
Apakah langkah yang perlu diambil kira?
(a) Definisikan masalah yang hendak dibincangkan. Pastikan masalah itu jelas dan difahami
oleh pelajar. Tulis masalah di papan tulis dengan jelas.
(b) Beri masa untuk membolehkan pelajar memberi idea. Lagi besar kumpulan, lebih banyak
masa yang diperlukan kerana peluang perlu diberi kepada sebanyak mungkin pelajar.
(c)

Setiap pelajar digalakkan memberi idea untuk menyelesaikan masalah yang dinyatakan.
Tidak sesiapa dibenarkan mengkritik atau mentertawa idea yang diberikan oleh rakan
mereka. Ini adalah untuk menggalakkan penglibatan pelajar dalam memberi idea. Idea
yang kurang baik mungkin merupakan salah satu cara menyelesaikan masalah atau
boleh dikembangkan dan membawa kepada idea yang lebih baik.

(d) Setelah selesai, anda dan pelajar anda memberikan idea-idea, pilih idea yang
dikehendaki dan pastikan semua yang terlibat setuju dengan idea yang dipilih.
(e) Kemudian pilih idea yang paling baik untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

6.5.5

Main Peranan

Main peranan melibatkan interaksi manusia dan melibatkan perlakuan yang diimaginasikan.
Lakonan dilakukan secara spontan, tanpa skrip. Selalunya main peranan sangat rapat dengan
situasi sebenar dalam kehidupan seharian.
Bagaimanakah kaedah ini boleh digunakan?
(a) Nyatakan objektif pembelajaran.
(b) Bincangkan peranan yang akan dimainkan termasuk, hubungan antara peranan.
(c)

Terangkan situasi dan latar belakang.

(d) Lakonkan peranan.


(e) Buat perbincangan.

Latihan 6.5
Apakah perbezaan yang terdapat antara kaedah pengajaran demonstrasi
dan sumbangsaran.

6.5.6

Lawatan Luar

Lawatan membawa maksud membawa sekumpulan pelajar ke tempat tertentu dengan tujuan
tertentu. Tujuan lawatan ialah untuk melihat sesuatu situasi atau sesuatu yang berlaku atau
sesuatu amalan yang tidak boleh dibawa ke dalam bilik darjah. Lawatan luar yang baik boleh
memberikan pelajar pengalaman untuk aktiviti kelas yang lain.

OUM

105

OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

TOPIK 6

Apakah yang perlu guru lakukan?


(a) Kebenaran daripada pihak pentadbir.
(b) Kebenaran daripada ibu bapa pelajar.
(c)

Penggunaan pengangkutan.

(d) Disiplin pelajar semasa lawatan.


(e) Nyatakan tujuan lawatan.
(f)

Buat susunan dengan tuan rumah.

(g) Rancang lawatan supaya ianya berlaku yang sesuai dengan waktu pengajaran.
(h) Sediakan pelajar untuk lawatan.
(i)

Tempah pengangkutan.

(j)

Ucap terima kasih kepada tuan rumah.

(k)

Rumus dan nilai lawatan.

6.5.7

Inkuiri

Kaedah seterusnya ialah inkuiri. Inkuiri merupakan kaedah saintifik yang digunakan dalam
pengajaran sains yang merujuk kepada proses penyoalan, mencari pengetahuan dan
maklumat, atau mengkaji sebab sesuatu fenomena itu berlaku. Kaedah ini memberi tumpuan
kepada penyelesaian masalah. Ia dikatakan kaedah saintifik, kerana ia merujuk kepada aktiviti
di mana pelajar membentuk pengetahuan dan pemahaman sebagaimana ahli sains mengkaji
fenomena yang berlaku.
Apakah elemen yang terdapat dalam kaedah inkuiri?
(a) Masalah merupakan asas kepada kaedah ini. Seboleh-bolehnya, masalah sepatutnya
benar berlaku, bermakna dan boleh dikaji. Masalah yang diperoleh daripada kelas
adalah lebih baik.
(b) Latar belakang maklumat maklumat yang berkaitan supaya pelajar memahami
masalah yang hendak dikaji. Ini boleh dibuat dengan perbincangan ringkas, atau
membaca bahan yang berkaitan, percubaan awal untuk memberi pemahaman umum
kepada semua kelas.
(c)

Bahan peruntukan mesti diberi untuk bahan yang akan digunakan, peluang untuk
kerja individu dan peluang untuk pelajar memilih bahan-bahan untuk menyelesaikan
masalah.

(d) Soalan memandu terdiri daripada soalan yang dijangkakan yang akan ditanya oleh
guru untuk mengarahkan proses pemikiran pelajar. Sediakan rangka dan juga ruang
untuk mendapatkan input daripada pelajar.
(e) Hipotesis dibentuk hasil daripada perbincangan dan soalan memandu.
(f)

Memungut data dan analisis jalankan eksperimen. Beri penekanan kepada cara
mengumpul data dan pendekatan yang sistematik dalam menyelesaikan masalah.

(g) Kesimpulan buat kesimpulan dan generalisasi berdasarkan eksperimen tadi.

106

OUM

TOPIK 6

6.6

OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

PENYOALAN

Penyoalan adalah satu aspek penting dalam pengajaran dan ianya terlibat dalam semua
kaedah pengajaran. Anda perlu berkemahiran dalam penyoalan. Menyoal merupakan cara
yang paling berkesan untuk menggalakkan pemikiran dan pembelajaran.
Ada pelbagai jenis soalan dan setiap soalan akan memberikan respons yang berlainan. Soalan
boleh dibahagikan kepada beberapa tahap. Dalam modul ini, kami memilih penyoalan
berdasarkan taksonomi Bloom. Terdapat enam tahap dalam taksonomi Bloom, dan soalan
pada setiap tahap memerlukan pelajar menjawab dengan menggunakan tahap proses
pemikiran yang berlainan. Anda perlu berupaya membina soalan pada setiap tahap supaya
dapat menggalakkan pelajar terlibat dalam pelbagai proses kognitif. Sebelum guru membina
soalan pada setiap tahap, mereka perlu memahami keenam-enam kategori.

6.6.1

Pengetahuan

Pengetahuan memerlukan pelajar mengenal pasti atau mengingat kembali maklumat. Pelajar
tidak dikehendaki memanipulasi maklumat, tetapi hanya mengingatinya sahaja. Untuk
menjawab soalan ini, pelajar mesti mengingat kembali fakta, memerhati dan mendefinisi apa
yang telah dipelajari.
Contoh:
1.

Definisikan fotosintesis.

2.

Bilakah pokok getah mula ditanam di Malaysia?

6.6.2

Pemahaman

Peringkat pemahaman memerlukan pelajar menunjukkan bahawa mereka telah mempunyai


pengetahuan yang mencukupi untuk menyusun maklumat secara mental. Pelajar perlu memilih
fakta yang penting untuk menjawab soalan. Bagi pemahaman, pelajar perlu pergi lebih jauh
daripada hanya setakat mengingat kembali. Pelajar perlu menunjukkan mereka memahami
apa yang telah dipelajari dan boleh menyatakannya dengan perkataan sendiri atau membuat
perbandingan. Selalunya, soalan pemahaman memerlukan pelajar menterjemah atau
mentafsir bahan pembelajaran yang ditunjukkan dalam bentuk carta, graf, jadual dan kartun.
Perlu diingat bahawa pelajar perlu ada maklumat yang berkaitan sebelum mereka boleh
menjawab soalan peringkat pemahaman.
Contoh:
1.

Terangkan apa yang anda lihat semasa lawatan kita di Pameran Sains.

2.

Apakah idea utama yang anda boleh dapati daripada sajak itu?

3.

Bagaimanakah fotosintesis berbeza daripada transpirasi?

6.6.3

Aplikasi

Soalan tahap ini mengkehendaki pelajar mengaplikasikan maklumat yang telah dipelajari.
Soalan aplikasi memerlukan pelajar menggunakan peraturan atau proses untuk
menyelesaikan masalah. Selalunya hanya satu jawapan yang betul dikehendaki.

OUM

107

OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

TOPIK 6

Contoh:
1.

Dengan menggunakan kaedah saintifik, selesaikan masalah ini.

2.

Klasifikasikan spesimen haiwan yang diberikan kepada serangga dan bukan serangga.

6.6.4 Analisis
Soalan peringkat ini adalah soalan peringkat tinggi dan memerlukan pelajar memikirkan dengan
kritikal dan mendalam. Untuk menjawab soalan peringkat ini, pelajar perlu mengenal pasti
sebab sesuatu perkara itu berlaku, menganalisis maklumat untuk membuat sesuatu
kesimpulan, inferens dan generalisasi berdasarkan maklumat tersebut. Selain itu, pelajar
menganalisis kesimpulan, inferens atau generalisasi untuk mendapatkan bukti bagi
menyokong atau menyangkal hipotesis.
Contoh:
1.

Apakah kesannya kepada pengeluaran hasil makanan, jika keadaan berjerebu


berterusan?

2.

Bagaimanakah keadaan ekonomi negara maju boleh mempengaruhi keadaan ekonomi


negara ini?

6.6.5

Sintesis

Sintesis juga merupakan soalan peringkat tinggi. Pelajar dikehendaki menghasilkan pemikiran
kreatif dan asli. Pelajar perlu membuat jangkaan atau menyelesaikan masalah atau
menghasilkan satu komunikasi yang asli. Soalan sintesis tidak semestinya memberikan hanya
satu jawapan betul. Jawapannya boleh terdiri daripada pelbagai jawapan atau pelbagai cara
untuk menyelesaikan masalah. Soalan sintesis memerlukan pemahaman yang terperinci
tentang sesuatu subjek. Pelajar tidak boleh hanya meneka untuk menjawab soalan sintesis.
Contoh:
1.

Bagaimanakah kita boleh dapatkan sumber kewangan untuk membuat projek ini?

2.

Apakah yang anda jangka jika bilangan pelajar yang mengikuti aliran sains berkurangan?

6.6.6

Penilaian

Soalan peringkat penilaian ialah soalan tahap yang paling tinggi. Ianya juga seperti soalan
peringkat sintesis dan analisis yang merupakan soalan peringkat tinggi. Soalan penilaian
tidak mempunyai satu jawapan betul. Ia memerlukan pelajar membuat penghakiman sesuatu
idea, penyelesaian kepada sesuatu masalah atau penilaian kepada sesuatu kerja estetik.
Ianya juga memerlukan pelajar memberikan pendapat tentang sesuatu isu dan membuat
penghakiman. Untuk melakukannya, pelajar perlu mempunyai kriteria.
Contoh:
1.

108

Bagaimana pandangan anda tentang disiplin bioteknologi membantu manusia


menghasilkan makan dengan efisien?

OUM

TOPIK 6

2.

OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

Bincangkan bagaimana bidang kejuruteraan genetik boleh membantu dan merosakkan


kesejahteraan kehidupan di dunia.

Untuk membantu anda memahami topik ini, jawab soalan berikut.

Latihan 6.6
Cuba bina soalan-soalan untuk setiap tahap. Kemudian, perhatikan
soalan tahap mana yang mudah dan sukar dibina?

6.7

PEMILIHAN KAEDAH MENGAJAR

Setelah mempelajari semua pendekatan pengajaran, berikut adalah beberapa panduan untuk
memilih kaedah yang sesuai untuk memenuhi objektif yang tertentu.
Sesuatu kaedah itu sesuai sekiranya ia mengambil kira faktor-faktor berikut:
(a) Matlamat pengajarannya di akhir pengajaran apakah pengetahuan dan kemahiran
yang akan diperoleh oleh pelajar?
(b) Bilangan pelajar jika terlalu ramai bolehkah dibuat kaedah perbincangan?
(c)

Minat dan pengalaman sedia ada pelajar. Pelajar yang kurang pengetahuan asas sedia
ada yang berkaitan akan menyukarkan guru membuat kaedah perbincangan.

(d) Masa jika masa singkat, kaedah perbincangan mungkin tidak sesuai.
(e) Kebolehan dan pengetahuan guru dengan tajuk yang diajar.
(f)

Minat guru terhadap sesuatu kaedah ini bukan bermakna guru perlu mengetepikan
kaedah yang beliau tidak gemar. Beliau perlu terus menambah kebolehan beliau
menggunakan kaedah yang baru.

(g) Kebolehan pelajar. Pelajar yang kebolehan bahasanya belum berkembang.


(h) Untuk memberi peluang pelajar mempraktikkan kemahiran dan membentuk sikap
terhadap kemahiran tersebut.
(i)

Pencapaian pelajar yang dikehendaki.

(j)

Sumber yang ada jika makmal dan peralatan tidak lengkap pengajaran yang melibatkan
psikomotor tidak dapat dijalankan.

RUMUSAN
Setelah mengikuti modul ini, guru akan mendapati terlalu banyak klasifikasi dalam setiap
domain pembelajaran. Guru tidak perlu bimbang atau terkongkong dengan pengkelasan
objektif. Pengkelasan tersebut adalah sebagai panduan guru untuk memahami proses
pembelajaran dan mengapa objektif itu perlu ditulis mengikut arasnya. Yang penting ialah
guru tahu bagaimana hendak mempraktikkannya dan bagaimana objektif pengajaran boleh
membantu guru untuk melaksanakan pengajaran yang berkesan.

OUM

109

OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

TOPIK 6

Strategi dan kaedah pengajaran berfungsi sebagai satu panduan pengajaran ke arah
keberkesanan dalam usaha menyampaikan ilmu kepada pelajar. Kaedah pengajaran dapat
disampaikan secara kuliah, perbincangan, demonstrasi, sumbangsaran, main peranan,
lawatan luar dan inkuiri. Guru juga boleh menentukan pelbagai soalan bagi mengetahui tahap
pencapaian dan kebolehan pelajarnya. Penyoalan boleh dilakukan dalam bentuk
pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Guru juga hendaklah
berkebolehan memiliki kaedah mengajar kerana ini ada kaitan dengan keberkesanan
pengajaran di dalam bilik darjah.

GLOSARI
Objektif Pengajaran Objektif pengajaran merupakan suatu penyataan yang menentukan
tingkah laku spesifik yang boleh diukur dan dilakukan oleh pelajar
setelah mengikuti sesuatu pengajaran.
Taksonomi Bloom

Taksonomi Bloom merupakan senarai domain pengajaran yang


dibahagikan kepada tiga kategori penting iaitu domain kognitif,
domain psikomotor dan domain afektif. Setiap domain mempunyai
peranan masing-masing .

UJIAN 1
Huraikan ciri-ciri penting yang terdapat dalam domain kognitif. Berikan contoh-contoh yang
sesuai.

UJIAN 2
Domain psikomotor mengintegrasikan kemahiran intelektual dan fizikal. Huraikan dari aspek
persepsi dan persediaan.

110

OUM

You might also like