You are on page 1of 3

Suatu kisah di Kota Mekah

Diriwayatkan ketika Rasullullah S.A.W akan kembali ke Mekah untuk mengIslamkan


penduduk Mekah. Rasullullah S.A.W telah memberi amaran kepada penduduk
Mekah.
"Aku akan memasuki kota Makkah untuk membersihkannya serta meruntuhkan
berhala-berhala yang kamu sembah dengan apa yang kamu panggil Tuhan yang
diperbuat daripada batu yang bisu"
Kata Rasullullah S.A.W lagi: "Jika kamu ingin selamat, pergilah kamu bersembunyi di
rumah Abu Sufiyan atau kuncilah pintu-pintu rumah kamu atau larilah bersembunyi
di celah-celah bukit dana gunung ganang"

Bila terdengar amaran tersebut, penduduk Mekah menjadi takut dan semua
bertempiaran lari bersembunyi sedangkan Rasullullah S.A.W pada masa itu tidak
sedikit pun berniat untuk membunuh penduduk Mekah. Sampailah berita tersebut
sampai ke telinga ayahnda Abu Bakar As-Siddiq.
Ayahnda Abu Bakar As-Siddiq, Abu Quhafah pada masa itu belum Islam lagi dan
beliau meminta pembantunya membawanya ke bukit kerana ingin melihat tentera
Rasullullah S.A.W walaupun beliau terlalu tua, buta dan sangat uzur. Semasa
pendakian Abu hafah bertanya pembantunya apa yg dia nampak.
Pembantunya memberitahu keseluruhan kawasan di bawah bukit adalah
menghitam dengan debu-debu berterbangan. Lalu Abu Quhaffah menjawab: "Itulah
bala tentera Islam yang dipimpin oleh Muhammad." Lalu beliau bertanya lagi apa
yang pembantunya nampak.
Pembantunya memberitahu lagi bahawa terdapat ramai pasukan-pasukan berkuda
telah bercerai dari pasukan utamanya. Lalu Abu Quhafah menjawab: "Itulah
tandanya pasukan pemanah sudah tiba di hadapan. Marilah kita turun ke bawah
takut-takut nanti kita terkena anah panah tersebut."
Maka Abu Qhaffah dibawa pulang ke rumahnya dan mengunci pintu rapat-rapat.
Apabila Rasullullah S.A.W memasuki Mekah, tiada seorang pun berani menentang
dan itu lah peperangan paling aman tanpa pertumpahan darah dan pembunuhan.

Kita bawakan pula kisah Abu Bakar As-Siddiq.


Pabila sampai di kota Mekah, perkara pertama dilakukan oleh Abu Bakar iaitu
mencari ayahnya. Sampai di rumah, Abu Bakar mengetuk pintu dan memanggil
ayahnya memberitahu bahawa anaknya telah datang bertemu ayahnya.
Apabila bertemu keduanya, Abu Bakar As-Siddiq memeluk erat ayahnya kerana
terlalu rindu. Abu Quhafah bertanyakan Abu Bakar kenapa beliau pulang mencari
dirinya. Lalu dijawab oleh Abu Bakar kerana Abu Quhafah adalah ayahnya.
Abu Quhafah berkata lagi: "Aku ini kafir sedangkan kamu adalah Islam." Maka Abu
Bakar pun menjawab: "Islam adalah agamaku, tetapi ayah adalah tetap ayahku."
Lalu Abu Bakar mengajak ayahnya masuk Islam dan setelah itu, dia bertanya
adakah ayahnya mahu bertemu baginda Rasullullah S.A.W. Maka ayahnya amatlah
ingin bertemu Rasullullah S.A.W. Lalu Abu Bakar As-Siddiq membawa ayahndanya
bertemu Rasullullah S.A.W dan memperkenalkan kepada baginda. Perkara pertama
dilakukan oleh Rasullullah S.A.W ialah memeluk Abu Quhafah.
Setelah itu, Rasullullah S.A.W telah meninggikan suara kepada Abu Bakar As-Siddiq
tanpa sempat Abu Bakar melanjutkan tentang berita gembira ayahnya telah masuk
Islam.
"Kenapa kamu bawakan dia kepada aku?" Abu Bakar As-Sidiq kehairanan dan takut
mungkin kah dia telah melakukan kesalahan.
Rasullullah S.A.W berkata lagi: "Sepatutnya aku yang pergi bertemu dan menziarahi
dia, bukan dia yang datang mencari aku."
Maha suci Allah S.W.T. maka sedarlah Abu Quhafah bertapa mulianya Rasullullah
S.A.W yang dahulunya amat dibenci.
Moral of the story:
1. Bertapa kuatnya tentera Islam ketika itu sehingga berterbangan debu ke langit
dan bertempiran lari kaum kafir bersembunyi
2. Kewajipan menghormati ibu bapa walaupun dia bukan Islam.
3. Kewajipan menghormati orang lain tanpa mengira bangsa dan agama apatah lagi
ketika dia lebih tua dan uzur.

4. Islam tidak berperang untuk membunuh walaupun bertujuan menyebar Islam.


Islam hanya berperang apabila ianya diceroboh kesuciannya, dan membunuh hanya
apabila dan bertujuan untuk mempertahankan diri dari dicederakan oleh pihak
musuh yang ingin membununya.

You might also like