You are on page 1of 11

1

Telah

diceritakan pada suatu masa dahulu, di

satu tempat yang jauh terdapat seekor Keldai


yang tinggal di muara sungai.

Hampir

setiap hari Keldai akan berjalan

merentasi sungai, merentasi jambatan yang


panjang

untuk

pergi

mendapatkan

sebiji

manggis yang letaknya di atas sebuah bukit


yang tinggi.

Perjalanan
bukanlah

untuk

satu

menaiki

perjalanan

bukit

yang

itu

mudah,

perjalanan yang memerlukan keazaman yang


tinggi,
berliku.

merentasi

banyak

Perjalanan

yang

halangan

yang

memerlukan

persediaan, bekalan untuk melalui perjalanan


yang panjang.

Tanpa

disedari, hampir setiap hari seekor

Rusa akan melihat gelagat Sang Keldai. Pada


mulanya Sang Rusa hanya mengabaikan sahaja
Keldai, tetapi kerana hampir setiap hari akan
muncul juga Keldai maka gelagat Keldai telah
menarik perhatian Rusa.

Setelah

disiasat, Rusa mendapati yang

tujuan Keldai memanjat bukit itu adalah untuk

mendapatkan sebiji manggis yang letaknya di


atas sebuah bukit.
Ini rupanya kerja Keldai, tujuannya untuk
memetik manggis yang terdapat tinggi di atas
sebuah bukit, aku pun nak rasalah Rusa
berbicara sendirian.

Keinginan

Rusa yang kuat mendorong Rusa

memanjat bukit untuk memakan manggis dari


pokok
mudah

yang

sama.

kerana

Perjalanan

terpaksa

Rusa

melalui

tidak

halangan,

merentas arus sungai yang deras, melalui

jambatan gantung untuk pergi ke pokok yang


dituju, setelah penat merentas hutan, tibalah
Rusa ke bawah pokok manggis tersebut.

Sebaik
manggis

sahaja

tersebut,

Rusa

mahu

didapati

mengambil

ketinggiannya

tidak mencukupi untuk mengambil manggis itu,


Rusa

mencuba

dan

terus

mencuba

dan

akhirnya berputus asa kerana penat.


Buat penat sahaja aku datang sini, dah
la tak dapat makan manggis, nak ke sini pun
susah, aku pun bukan tau panjat pokok Rusa
6

meninggalkan

manggis

itu

begitu

sahaja.

Walaupun belum rasa tapi Rusa tahu yang


manggis itu memang tidak sedap.

Selang

beberapa hari kemudian, seperti

biasa ketika Keldai hendak memanjat bukit


yang terdapat di atasnya pokok manggis, Rusa
telah bertanya khabar kepada Keldai.
Hai Sang Keldai, apa yang engkau nak
lakukan? Rusa bertanya walaupun dia sudah
tahu akan jawapannya.
Aku
memakan

nak

memanjat

buah

manggis

bukit
yang

ini

untuk

terdapat

di

puncak bukit ini, sedap manggis tu Balas


Keldai.

Owh pokok manggis yang di atas bukit itu


ke?

Tapi

mudah,

perjalanan

kena

nak

melalui

arus

ke

sana

sungai,

bukan
melalui

tebing yang curam dan banyak lagi cabaran


yang bakal dilalui, sedap sangat ke manggis di
atas bukit itu, ada beza ke dengan manggis
yang di bawah ini?Tanya Rusa.

Walaupun perjalanan untuk mendapatkan


manggis itu jauh dan panjang, tetapi engkau
8

akan rasa kemanisan manggis itu jika engkau


memakannya balas Keldai.
Taknaklah, kalau dah namanya manggis
tu, sama sahaja dengan manggis di sini pun,
Rusa pun berlalu meninggalkan Keldai

Keldai
memetik
faham

meneruskan
buah

Rusa

perjalanan

manggis.Engkau
kerana

engkau

untuk

tidak

belum

akan

pernah

merasa lagi betapa manisnya manggis itu

Kerana

manisnya manggis, Keldai sanggup

mengharungi perjalanan yang panjang sematamata untuk memakan manggis. Kesabaran dan
kecekalan amat perlu untuk hanya memakan

sebuah manggis yang terdapat di atas bukit


yang tinggi.

Rusa

pula tidak pernah merasa manggis

yang terdapat di atas bukit, masakan pula dia


boleh

mengatakan

sedap

yang manggis

sedangkan

dia

tidak

itu tidak
pernah

menikmatinya, bahkan pula menjamahnya.

Begitu
manisnya,

juga dakwah, jika tidak kerana


masakan

ada
10

yang

sanggup

berkorban

kerananya,

malahan

mati

kerananya. Berhabis duit, memerah segala


yang

ada

tertegaknya

hanya
Islam,

untuk
untuk

memastikan

berdakwah,

ya,

kerana manisnya dakwah.

Lihat

para sahabat, kalau tidak mahu

lihatlah sekeliling, lihat kepada mereka yang


berdakwah.

Jangan
belum

jadi

rasa

seperti

Rusa,

dikatanya

tidak

manis.

11

You might also like