You are on page 1of 11

TOPIK 7

PENGURUSAN BILIK DARJAH

TOPIK 7 PENGURUSAN BILIK DARJAH


PENGENALAN
Dalam topik yang lepas, kita telah mempelajari tentang bagaimana guru boleh menyampaikan
pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar. Kita lihat bahawa seorang guru, bukan sahaja
perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu mata pelajaran, malah guru
perlu berkemahiran mengesan masalah pembelajaran, menentukan objektif, mengajar dan
lain-lain lagi. Guru juga perlu membantu setiap pelajar bagaimana hendak belajar. Untuk
membolehkan guru melaksanakan tugas ini, guru perlu mengetahui sistem sosial yang terdapat
di dalam bilik darjah.
Pengurusan bilik darjah adalah salah satu aspek yang selalu menjadi keprihatinan di kalangan
bakal guru, guru yang baru berkhidmat dan guru yang telah berpengalaman. Ini adalah kerana
pengurusan bilik darjah adalah satu set tingkah laku yang kompleks, yang digunakan untuk
mengurus keadaan bilik darjah supaya proses pengajaran tercapai. Oleh itu, pengurusan
bilik darjah yang berkesan merupakan pra-syarat kepada pengajaran yang berkesan.
Pengetahuan dan kemahiran pengurusan bilik darjah adalah penting bagi seseorang guru
untuk menjadi guru yang berkesan. Kebanyakan guru akan menyangka bahawa pengurusan
bilik darjah hanyalah berkaitan dengan disiplin dan perlakuan yang menimbulkan gangguan.
Hubungan antara pengajaran dan pengurusan adalah kritikal dalam bilik darjah. Apabila
merancang pengajaran, guru perlu mengambil kira perbezaan pelajar; pembelajaran dan
pengajaran mesti terarah kepada setiap pelajar, tetapi pengurusan melibatkan bagaimana
sekelompok pelajar belajar dalam satu persekitaran yang telah ditetapkan. Topik ini akan
menerangkan bagaimana cara menguruskan persekitaran pembelajaran, peraturan dan
prosedur dan pengurusan tingkah laku pelajar.

OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. menghurai maksud pengurusan bilik darjah;
2. mengenal pasti perkara yang perlu diambil kira untuk mengurus bilik darjah yang
sesuai untuk pembelajaran;
3. mengenal pasti peraturan yang sesuai untuk mengurus bilik darjah; dan
4. menghurai bagaimana mengurus tingkah laku pelajar.

OUM

111

PENGURUSAN BILIK DARJAH

TOPIK 7

PETA MINDA TOPIK


TOPIK 7:
PENGURUSAN BILIK DARJAH

Merancang Peraturan

Ganjaran dan Hukuman

Apakah Pengurusan
Bilik Darjah?

Pengajaran dan Pengurusan

Pembentukan dan
Pengurusan Persekitaran
Pembelajaran

Apakah Perkara Utama untuk


Mendapatkan Susunan Bilik
Darjah yang Baik?

Pembentukan
Peraturan

Pengurusan Tingkah
Laku Pelajar

Memantau Perlakuan Pelajar

Ketekalan

Pengurusan Segera kepada


Tingkah Laku Negatif

7.1 APAKAH PENGURUSAN BILIK DARJAH?


Ada pelbagai maksud pengurusan bilik darjah yang dinyatakan oleh para pendidik. Lemlech
(1988), menyatakan pengurusan bilik darjah sebagai pengorkestraan kehidupan dalam bilik
darjah: merancang kurikulum, mengorganisasi prosedur dan sumber, menyusun atur
persekitaran untuk memaksimumkan kecekapan, memantau kemajuan pelajar dan menjangka
kemungkinan masalah. Guru yang berkesan ialah guru yang boleh memantau kemajuan
pelajar dengan menjangka masalah pembelajaran dan tingkah laku pelajar, boleh
menyediakan pelbagai aktiviti pembelajaran dan boleh memadankannya dengan keperluan
pembelajaran pelajar. Anderson (1989), pula menambah pengurusan bilik darjah yang
berkesan terdiri daripada tingkah laku guru yang menghasilkan penglibatan pelajar yang
maksimum dalam aktiviti pembelajaran dan meminimumkan tingkah laku pelajar yang
mengganggu tugas guru dan pelajar lain serta penggunaan masa pembelajaran yang efisien.
Beliau menegaskan bahawa peranan guru dan hubungan peranan tersebut dengan
pembelajaran sangatlah penting dalam pengurusan bilik darjah.

112

OUM

TOPIK 7

PENGURUSAN BILIK DARJAH

Selain daripada maksud pengurusan bilik darjah seperti di atas, para pendidik juga
mendefinisikan pengurusan bilik darjah mengikut pendekatan pengurusan bilik darjah itu
sendiri iaitu:
(a) Pendekatan Autoritarian
Pandangan tentang pengurusan bilik darjah ialah proses mengawal tingkah laku pelajar.
Peranan guru ialah untuk membentuk dan memastikan peraturan diikuti dan penekanan
utama ialah mengawal disiplin pelajar. Perkataan pengurusan bilik darjah dan disiplin
selalunya sinonim. Pengurusn bilik darjah ialah satu set aktiviti di mana ia dibentuk oleh
guru dan guru juga memastikan ia dipatuhi oleh pelajar.
(b) Pendekatan Permisif
Pendekatan ini bertentangan dengan yang pertama di atas. Mereka yang menyokong
pendekatan ini menyatakan peranan guru ialah memaksimumkan kebebasan pelajar.
Mereka mengatakan jika kita mengawal pelajar, kita akan menyekat perkembangan
semula jadi mereka. Mereka mendefinisikan pengurusan bilik darjah sebagai satu set
aktiviti di mana guru memaksimumkan kebebasan pelajar.
Apakah pendapat anda tentang Pendekatan Autoritarian dan Pendekatan
Permisif dalam pengurusan bilik darjah? Apakah kebaikan dan
keburukannya?

(c) Pendekatan Modifikasi Tingkah Laku Pelajar


Pendekatan ini berasaskan prinsip modifikasi tingkah laku pelajar dan pengurusan bilik
darjah merupakan satu proses memodifikasikan tingkah laku pelajar. Peranan guru
ialah menggalakkan tingkah laku pelajar yang dikehendaki dan menghapuskan tingkah
laku yang negatif. Pengurusan bilik darjah pula berfungsi sebagai satu set aktiviti untuk
menggalakkan tingkah laku yang dikehendaki dan menghapuskan tingkah laku yang
negatif.
(d) Pendekatan yang Menggalakkan Persekitaran Pembelajaran yang Positif
Andaian pendekatan ini ialah pembelajaran boleh dimaksimumkan dengan adanya
hubungan yang baik antara pelajar dengan pelajar dan guru dengan pelajar. Guru adalah
punca utama yang menjalinkan hubungan yang baik. Pendekatan ini menyatakan
pengurusan bilik darjah adalah satu set aktiviti di mana guru membentuk hubungan
yang baik dan persekitaran bilik darjah yang positif.
Pandangan yang lain pula menyatakan bilik darjah adalah satu sistem sosial di mana
proses kumpulan adalah perkara penting. Andaian di sebalik pandangan ini ialah
pengajaran berlaku dalam konteks kumpulan. Ini bermakna tingkahlaku kumpulan
memberi kesan yang signifikan dalam pembelajaran walaupun pembelajaran dilihat
sebagai proses individu. Peranan guru ialah merangsang pembentukan dan operasi
sistem bilik darjah. Pendekatan ini menyatakan pengurusan bilik darjah sebagai satu
set aktiviti di mana guru membentuk dan menjaga organisasi bilik darjah yang berkesan.

OUM

113

PENGURUSAN BILIK DARJAH

TOPIK 7

Perhatikan tingkah laku yang positif dan negatif dalam bilik darjah anda,
kemudian buat satu senarai. Perhatikan tingkah laku yang paling panjang
senarainya.
Tingkah laku positif

7.1.1

Tingkah laku negatif

Pengajaran dan Pengurusan

Anda telah pun mengetahui dengan terperinci tentang maksud pengajaran di awal modul ini.
Umumnya, pengajaran mengandungi dua set aktiviti, iaitu: pengajaran dan pengurusan.
Aktiviti pengajaran bertujuan untuk menggalakkan pencapaian pelajar kepada objektif
pengajaran yang spesifik. Contohnya, mengesan keperluan pelajar, merancang pembelajaran,
menyampaikan pengajaran, menyoal dan menilai kemajuan pelajar.
Aktiviti pengurusan pula adalah aktiviti yang bertujuan untuk membentuk dan menjaga
keadaan di mana pengajaran boleh berlaku dengan berkesan. Antara contoh aktiviti ialah
membentuk hubungan guru dengan pelajar dan membentuk norma kumpulan yang produktif.
Adalah sukar untuk anda menentukan secara khusus aktiviti pengajaran dan aktiviti
pengurusan kerana ia saling berkait.

Mengapakah persekitaran bilik darjah penting dalam proses pengajaran dan


pembelajaran?

7.2 PEMBENTUKAN DAN PENGURUSAN PERSEKITARAN


PEMBELAJARAN
Pengurusan bilik darjah bermula dengan susunan fizikal bilik darjah untuk pengajaran. Keadaan
bilik darjah yang tersusun boleh membantu guru mengajar beberapa waktu pembelajaran
dalam satu hari. Apabila guru cuba membuat susunan fizikal bilik darjah, guru perlu membuat
beberapa keputusan.

7.2.1 Apakah Perkara Utama untuk Mendapatkan Susunan Bilik Darjah


yang Baik?
(a) Pastikan lalu lintas dalam bilik darjah tidak sesak. Elakkan daripada wujudnya ruang
yang sesak dengan lalu lintas, contohnya ruang berhampiran pintu. Pelajar yang

114

OUM

TOPIK 7

PENGURUSAN BILIK DARJAH

bermasalah (contoh, sukar mendapat perhatian guru semasa pengajaran) perlu


ditempatkan jauh daripada tempat yang sibuk.
(b) Pastikan semua pelajar dapat dilihat oleh guru. Pemantauan pelajar merupakan satu
tugas utama dalam pengurusan bilik darjah. Jika pelajar tidak dapat melihat guru, adalah
sukar untuk guru membantu pelajar apabila pelajar itu memerlukannya.
(c)

Pastikan pelajar mudah melihat dan mendengar penyampaian guru dan dapat melihat
apa yang guru tulis di papan tulis dan yang ditayangkan pada overhead projector (OHP),
tanpa terpaksa menggerakkan kerusi atau meja mereka.

(d) Sebagai permulaan, untuk mendapat ruang atau tempat yang sesuai, guru hendaklah
mengenal pasti tempat untuk guru berdiri semasa melaksanakan pengajaran. Ini boleh
dikenal pasti dengan melihat kedudukan papan tulis dan OHP.
Rajah 7.1 di bawah adalah salah satu contoh susunan bilik darjah. Perhatikan kedudukan
meja dan peralatan dalam gambar rajah ini.
Tong
sampah

Papan Buletin

Simpanan
alat bahan

Pintu
T
i
n
g
k
a
p

Pintu

Meja Guru
Papan Tulis
Layar OHP

Rajah 7.1: Susunan bilik darjah

(e) Bahan pengajaran untuk pelajar dan guru mudah dan cepat diperoleh. Oleh itu, simpan
alat di tempat yang sesuai supaya aktiviti pembelajaran boleh dimulakan dengan segera
dan mengurangkan masa untuk persiapan dan mengemas semula.
(f)

Papan Buletin Papan buletin memberikan ruang untuk mempamerkan hasil kerja
pelajar, bahan pengajaran yang berkaitan, tugasan, tugasan yang menjadi contoh untuk
pelajar lain, peraturan, jadual waktu, dan lain-lain lagi. Papan buletin boleh dihias dengan
kertas berwarna untuk lebih menceriakan bilik darjah. Perlu diingat bahawa kita tidak
meletak terlalu banyak pameran pada dinding bilik darjah kerana ia akan menampakkan
bilik darjah itu sesak.

(g) Penggunaan Ruang - Perabot dan peralatan disusun teratur supaya tidak mengganggu
pengajaran dan guru boleh melihat keseluruhan kelas. Pelajar juga dapat melihat guru,
papan tulis dan layar OHP. Kadang kala guru menghadapi kekangan dari segi ruang.
Jika keadaan ini timbul, guru perlu menilai penyesuaian yang boleh dibuat. Jika ruang
terlalu kecil, guru boleh mengeluarkan peralatan yang kurang digunakan.

OUM

115

PENGURUSAN BILIK DARJAH

TOPIK 7

Jawab latihan berikut untuk menguji kefahaman anda.

Latihan 7.1
Apakah panduan yang harus diikuti oleh guru dalam menentukan
keputusan tentang susunan bilik darjah?

7.3 PEMBENTUKAN PERATURAN


Seperti yang dinyatakan di atas, tugas guru bukan sahaja mengajar, malah mereka juga
seorang pengurus. Guru yang berkesan adalah guru yang memberitahu pelajar peraturan
kelas pada hari pertama kelas bermula. Peraturan ini hendaklah eksplisit, jelas dan boleh
diikuti. Peraturan dibentuk untuk membantu guru membentuk persekitaran pembelajaran yang
produktif. Peraturan merupakan harapan yang dinyatakan tentang tingkah laku pelajar semasa
pembelajaran dan seterusnya di sekolah.
Pengurusan bilik darjah yang baik adalah berdasarkan pemahaman pelajar tentang tingkah
laku yang diharapkan. Peraturan yang dirancang berhati-hati memudahkan guru berkomunikasi
dengan pelajar tentang peraturan yang perlu diikuti. Pamerkan peraturan dalam bilik darjah
supaya setiap pelajar dapat membacanya.
Sila lihat contoh peraturan bilik darjah:

Beratur sebelum masuk kelas.

Hantar tugasan yang lengkap pada tarikh yang ditetapkan.

Padamkan kipas dan lampu selepas meninggalkan kelas.

Beritahu guru atau ketua kelas apabila hendak keluar kelas.

7.3.1 Merancang Peraturan


Apabila guru telah mengetahui peraturan sekolah, guru boleh mula merancang peraturan
untuk bilik darjah. Perkara yang perlu diambil kira adalah seperi berikut:
(a) Elak daripada membuat terlalu banyak peraturan.
(b) Setiap peraturan ditunjukkan contoh tingkah laku yang diingini.
(c) Bincang dengan pelajar apa yang guru harapkan daripada peraturan tersebut.
Perbincangan dengan pelajar boleh membawa kesan positif kerana membantu pelajar
berkelakuan mengikut peraturan.
(d) Nyatakan dengan jelas tingkah laku yang tidak sesuai dan sering dilakukan oleh pelajar
seperti menjerit dan berlari.
(e) Bincang peraturan ini pada hari pertama kelas.
116

OUM

TOPIK 7

(f)

PENGURUSAN BILIK DARJAH

Sesetengah guru berbincang dengan pelajar apabila membuat peraturan. Ini adalah
untuk menggalakkan rasa milikan di kalangan pelajar dan mereka akan lebih
bertanggung jawab. Penglibatan pelajar boleh dibuat dalam pelbagai bentuk. Contohnya,
guru boleh berbincang dengan pelajar seperti menyoal Mengapakah peraturan itu dibuat
dan rasionalnya?.

7.3.2

Ganjaran dan Hukuman

Perancangan untuk peraturan bilik darjah itu mustahak bagi pengurusan bilik darjah yang
baik. Bagaimanapun, untuk memastikan ia berkesan, pelajar perlu akur dengan peraturan
yang telah dibuat. Pelajar akan menerima akibatnya jika peraturan ini tidak diikuti. Akibatnya
ialah ganjaran dan hukuman. Ganjaran ialah perkara yang ingin diperoleh pelajar kerana
pencapaian, usaha, atau tingkah laku yang baik. Hukuman ialah sesuatu yang tidak diingini
oleh pelajar, tetapi perlu diberi kepada pelajar kerana tingkah laku yang negatif.
Guru perlu merancang apabila memberi ganjaran dan hukuman perlu dirancang. Mula-mula
guru perlu menyemak sama ada terdapat dasar sekolah tentang ganjaran dan hukuman,
atau sama ada sekolah menyediakan peruntukan untuk memberi ganjaran. Contohnya, jika
guru menjanjikan lawatan sebagai ganjaran kepada pelajar, maka pastikan ada peruntukan
untuk itu.
Ganjaran dan hukuman hendaklah setimpal dengan tingkah laku pelajar. Ganjaran yang
mudah diperoleh akan menghilangkan motivasi pelajar. Hukuman yang terlalu berat akan
menimbulkan kemarahan daripada pelajar dan kritikan daripada ibu bapa. Ganjaran juga
perlu sesuai dengan umur pelajar.
Ganjaran ada beberapa jenis, antaranya:

Simbol Simbol dalam bentuk nombor, bintang dan lain-lain. Gred yang baik merupakan
simbol yang sangat berkesan kepada hampir semua pelajar kerana ianya merupakan
refleksi yang terus daripada usaha mereka dan pencapaian kerja mereka.

Pengiktirafan Merupakan cara memberikan perhatian kepada pelajar. Contohnya,


mempamerkan kerja pelajar, memberikan pengiktirafan secara lisan kepada tingkah
laku yang baik. Sijil atau pelekat juga adalah salah satu pengiktirafan yang sesuai untuk
sekolah menengah.

Aktiviti Membuat aktiviti yang menarik dengan pelajar seperti membuat lawatan.

Hukuman ada beberapa jenis, antaranya:

Gred Mengurangkan gred atau markah kepada mereka yang tidak menghantar tugasan
pada tarikh yang ditetapkan, atau tugasan tidak kemas dan tidak lengkap.

Hilang Keistimewaan Contohnya, pelajar yang merosakkan alat tidak diberi


kebenaran menggunakan alat tersebut.

Dendaan Dalam bentuk kerja berulang seperti menulis berkali-kali. Hukuman ini
digunakan untuk pelajar yang melanggar peraturan kelas dan bukan peraturan yang
serius.

Gantung Sekolah Diberikan kepada pelajar yang melakukan tingkah laku yang kronik
seperti terlibat dalam pergaduhan.

OUM

117

PENGURUSAN BILIK DARJAH

TOPIK 7

Apakah ganjaran yang perlu anda berikan kepada pelajar anda dan
bagaimanakah reaksi mereka terhadap ganjaran tersebut?

7.4 PENGURUSAN TINGKAH LAKU PELAJAR


Bagaimanakah cara untuk menguruskan tingkah laku pelajar?

Adalah penting untuk guru merespon kepada pelajar dengan cara yang positif. Guru perlu
mengelakkan daripada hanya memfokus kepada tingkah laku yang negatif sahaja. Dalam
usaha untuk memodifikasikan tingkah laku pelajar, guru perlu mengenal pasti tingkah laku
yang ingin diubah, dan guru perlu memantau tingkah laku berkenaan, perlu tekal dengan
peraturan yang dibuat dan menguruskan tingkah laku yang negatif.

7.4.1 Memantau Perlakuan Pelajar


Untuk memastikan pemantauan berkesan, guru perlu kenal pasti tingkah laku yang perlu
dipantau. Emmer dan rakan-rakan (1989), menyatakan terdapat dua kategori perlakuan yang
penting di dalam bilik darjah, iaitu:

penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran; dan

pematuhan pelajar kepada peraturan bilik darjah.

Penglibatan pelajar boleh dilihat melalui pelbagai tingkah laku, termasuk perhatian semasa
pengajaran, perbincangan dan lain-lain tugasan. Pematuhan pelajar kepada peraturan bilik
darjah mudah dipantau jika guru mempunyai harapan atau jangkaan yang jelas tentang tingkah
laku pelajar dan telah menerangkan kepada pelajar tentang harapan ini.
Pemantauan tingkah laku pelajar semasa mengajar memerlukan guru berada dalam keadaan
di mana guru boleh melihat semua pelajar di dalam bilik darjah berkenaan. Ini boleh dilakukan
dengan guru bergerak antara barisan pelajar. Ini boleh menambah perhatian pelajar semasa
pengajaran. Sesetengah guru pula tidak dapat memantau dengan baik kerana ia memfokus
atau memberi perhatian kepada beberapa pelajar sahaja.
Sesetengah guru pula hanya bercakap dengan papan tulis. Oleh itu, guru tidak mengetahui
tindak balas pelajar terhadap pengajarannya. Dengan demikian, semasa pengajaran, guru
perlu bergerak dan sentiasa aktif. Jika guru dapati ada kekecohan yang melibatkan beberapa
pelajar dan guru tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku di sebalik kekecohan tersebut, ini
menunjukkan yang guru kurang memantau bilik darjah tersebut.
Apabila pelajar melakukan tugasan individu, pemantauan perlu dibuat dengan guru bergerak
dari satu pelajar kepada satu pelajar yang lain untuk mengetahui kemajuan dari semasa ke
semasa dan untuk memberikan maklum balas individu berkenaan. Guru tidak sepatutnya hanya
118

OUM

TOPIK 7

PENGURUSAN BILIK DARJAH

menyelia pelajar yang memerlukan bantuan atau yang mengangkat tangan kerana perlukan
bantuan. Jika guru berbuat demikian, ini bermakna guru tidak memantau kemajuan kesemua
pelajar.
Memantau tugasan pelajar daripada meja guru atau mana-mana lokasi yang kekal adalah
sukar untuk guru melihat tingkah laku pelajar lain. Oleh itu, elakkan daripada menggunakan
masa yang banyak pada satu tempat atau pelajar. Jika guru terpaksa memantau pelajar
daripada meja guru, sekali-sekala guru perlu bangun dan berjalan untuk menyelia kemajuan
pelajar untuk memastikan mereka mengikut arahan. Elakkan daripada berada agak lama
pada seseorang pelajar untuk membantu mereka, kecuali guru boleh memantau pelajar
daripada meja pelajar berkenaan. Jika guru berada dalam keadaan demikian, pastikan
kedudukan meja pelajar itu membolehkan guru membuat pemantauan pelajar yang lain.
Jika guru terpaksa membuat penyeliaan di meja guru, atau satu lokasi yang tetap, pastikan
pelajar tidak berhimpun di sekelilingnya. Ia akan mengganggu pandangan guru kepada
keseluruhan bilik darjah. Sebaliknya, anda hendaklah memanggil seorang pelajar pada
sesuatu masa.
Satu teknik memantau pelajar pada peringkat awal membuat tugasan individu ialah:

pastikan setiap orang memulakan aktiviti;

pastikan setiap pelajar telah mengeluarkan bahan yang diperlukan di atas meja;

pastikan mereka memulakan latihan yang pertama atau menjawab soalan yang pertama
di bawah arahan guru; dan

semak serta bincang dengan semua pelajar. Ini memudahkan anda melihat keseluruhan
pelajar telah memulakan tugas dan menentukan sama ada mereka faham apa yang
perlu dilakukan.

Tugas pemantauan yang kritikal ialah menyemak tugasan. Tugasan dikumpulkan dari semasa
ke semasa. Guru hendaklah sentiasa mengemaskini rekod pengredan pelajar supaya dapat
mengesan pelajar yang tidak membuat tugasan dengan baik atau yang tidak membuat
tugasan langsung. Jika anda memberi tugasan yang memerlukan masa yang panjang, semak
kemajuan dari semasa ke semasa. Guru boleh memberi skor atau gred pada setiap kemajuan
tugasan. Guru juga boleh memberikan pelajar senarai semak kemajuan tugasan tersebut.

7.4.2

Ketekalan

Di dalam bilik darjah, ketekalan bermakna mengekalkan harapan perlakuan yang sesuai dan
tidak sesuai dalam aktiviti tertentu; ia juga bermakna bahawa harapan ini adalah untuk semua
pelajar dalam semua keadaan (Emmer & rakan-rakan, 1989). Contohnya, jika pelajar
dikehendaki memakai kot makmal semasa kerja makmal, maka setiap kali kerja makmal,
pelajar dikehendaki memakai kot makmal.
Ketekalan juga digunakan kepada hukuman. Jika pelajar yang lambat memasuki makmal
untuk kelas amali akan didenda, maka semua yang lambat akan didenda walau apa sekali
alasan yang diberikan oleh pelajar. Jika guru tidak tekal dengan peraturan, pelajar akan
menguji setakat mana peraturan itu boleh bertahan dengan mengulangi tingkah laku tersebut
atau tidak mengikut peraturan untuk menimbulkan hukuman. Perbuatan ini akan merebak
dan menyebabkan guru membuang peraturan tersebut atau terpaksa mentoleransi tingkah
laku negatif.

OUM

119

PENGURUSAN BILIK DARJAH

TOPIK 7

Ketidaktekalan selalunya timbul akibat tiga sumber, iaitu:

peraturan yang tidak munasabah atau tidak sesuai;

guru gagal memantau pelajar dengan rapi dan tidak dapat mengesan tingkah laku yang
tidak sesuai; dan

guru tidak merasakan peraturan itu penting dikuatkuasakan.

Jika guru mendapati pelajar tidak tekal dengan peraturan dan telah menimbulkan masalah,
guru boleh melakukan alternatif berikut:

Peraturan tersebut dijelaskan semula kepada pelajar. Ambil beberapa minit untuk
membincangkan masalah dengan semua pelajar dan ulang harapan anda bahawa
peraturan perlu diikuti, kemudian dikuatkuasakan.

Ubah suai peraturan dan kemudian perkenalkan semula.

Batalkan peraturan dan kalau boleh, ganti dengan peraturan yang lain.

Alternatif yang anda pilih bergantung kepada keadaan dan kepentingannya dalam sistem
pengurusan bilik darjah.

7.4.3 Pengurusan Segera Kepada Tingkah Laku Negatif


Guru perlu menangani dengan cepat tingkah laku negatif bagi mengelakkan tingkah laku itu
berterusan dan merebak. Tingkah laku yang perlu diperhati ialah tingkah laku seperti kurang
penglibatan dalam aktiviti pembelajaran, memanjangkan masa membuat tugasan, tidak
memberi perhatian dan mengelakkan tugasan yang diarahkan oleh guru dan sengaja
melanggar peraturan.
Guru yang berkesan adalah guru yang dapat mengesan tingkah laku pelajar luar-tugas (offtask) dan memberhentikannya sebelum merebak. Adalah tidak bijak jika guru tidak mengambil
berat terhadap tingkah laku luar-tugas. Pelajar yang tidak memberi perhatian berterusan akan
menyukarkan pelajar tersebut untuk belajar dan keupayaan mereka untuk menyiapkan tugasan
yang diberi. Pelajar yang melanggar peraturan dan gagal mengikut peraturan menyebabkan
banyak masalah yang akan timbul.
Tingkah laku ini perlu diberhentikan dengan segera. Guru perlu menggunakan penyelesaian
secara tenang kerana ini lebih produktif dan boleh mengelakkan daripada berlakunya
konfrontasi dengan pelajar. Berikut adalah beberapa alternatif:
Cara Menangani Tingkah Laku Negatif

Apabila pelajar luar-tugas, iaitu pelajar yang tidak membuat tugasan, arah semula
perhatian mereka kepada tugas.
Contoh:
Norhayati, anda sepatutnya sudah mula menulis jawapan untuk soalan 1.
Tan, semua tugasan perlu disiapkan dalam kelas ini.

120

Semak kemajuan pelajar beberapa minit kemudian untuk memastikan mereka akan terus
melakukan tugasan yang diberikan.

OUM

TOPIK 7

PENGURUSAN BILIK DARJAH

Perhatikan pelajar atau bergerak ke arah pelajar berkenaan. Guna bahasa isyarat seperti
jari atau goyangkan kepala untuk membetulkan tingkah laku berkenaan. Pantau sehingga
pelajar akur.

Jika pelajar tidak mengikut peraturan dengan betul, ingatkan pelajar tentang peraturan
berkenaan. Nyatakan atau betulkan peraturan atau tanya pelajar jika mereka masih
ingat lagi peraturan tersebut.

Tanya atau beritahu pelajar supaya berhenti melakukan tingkah laku negatif. Kemudian
pantau sehingga mereka berhenti melakukan tingkah laku berkenaan.

Kadang-kadang tidak sesuai atau mengganggu aktiviti apabila menguatkuasakan peraturan


ini dengan segera. Jika ini berlaku, guru hendaklah mencatat atau menyimpan di dalam
fikiran berkaitan dengan tingkah laku negatif ini dan teruskan aktiviti sehingga masa yang
sesuai tiba untuk membetulkan tingkah laku berkenaan. Kemudian beritahu pelajar apa yang
anda lihat telah berlaku dan bincangkan apakah tingkah laku yang sepatutnya. Sebolehbolehnya, selesaikan masalah tingkah laku negatif secara peribadi. Dengan berbuat demikian,
ia mengurangkan tekanan perhatian rakan sebaya dan kurang mengganggu aktiviti yang
sedang berjalan.

RUMUSAN
Pengurusan bilik darjah yang baik tidak berlaku tanpa perancangan. Pengajaran akan berlaku
dengan lancar sekiranya bilik darjah mempunyai aktiviti pembelajaran yang tidak ada
gangguan tingkah laku yang tidak menyenangkan.

GLOSARI
Ketekalan

Ketekalan membawa maksud mengekalkan harapan perlakuan


yang sesuai dan tidak sesuai dalam aktiviti tertentu. Ia juga
bermakna bahawa harapan ini adalah untuk semua pelajar
dalam semua keadaan.

Pengurusan Bilik Darjah Ia merupakan pengorkestraan kehidupan dalam bilik darjah:


merancang kurikulum, mengorganisasi prosedur dan sumber,
meyusun atur persekitaran untuk memaksimumkan
kecekapan,memantau kemajuan pelajar dan menjangka
kemungkinan masalah.

UJIAN 1
Apakah yang dimaksudkan dengan pendekatan autoritarian dan pendekatan permisif? Adakah
kedua-dua pendekatan ini susuai diwujudkan dalam bilik darjah?

UJIAN 2
Apakah perkara utama untuk mendapatkan susunan bilik darjah yang terbaik? Pada pendapat
anda adakah cara anda ini yang terbaik sekali?

OUM

121

You might also like