You are on page 1of 1

KONSEP BENDA HIDUP DAN BENDA BUKAN HIDUP

Alam ini ada pelbagai benda. Benda di Bumi dibahagi kepada dua, iaitu:
i.
ii.

benda hidup
benda bukan hidup
Benda hidup adalah tumbuhan ,manusia dan haiwan. Benda hidup

memerlukan makanan dan minuman. Tanpa makanan dan minuman benda


hidup akan mati. Benda hidup bernafas, bergerak dan membiak. Benda hidup
juga melalui proses tumbesaran.
Benda bukan hidup adalah benda yang tidak pernah mengalami proses
hidup. Benda bukan hidup tidak memerlukan makanan dan minuman. Benda
bukan hidup tidak bernafas, tidak bergerak dan tidak membiak. Benda bukan
hidup juga tidak melalui proses tumbesaran.

You might also like