You are on page 1of 1

PINANG (Areca catechu Linn) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga AERACEAE

atau PALMAE yang tumbuh di negara kita sehinggakan satu negeri di Utara Semenanjung
Malaysia mendapat nama sebagai Pulau Pinang. Seperti juga pokok kelapa yang tumbuh dengan
subur di bumi Malaysia, pokok pinang menghasilkan buah yang di gunakan untuk pelbagai
kegunaan. Nama lain adalah seperti Areca Nut, Betel Nut, adakka, catechu dan pinang

Buah Pinang berbentuk bulat-lonjong (ovoid drupe) sebesar telur ayam berukuran 3-5 cm
x 5-10 cm. Buahnya mempunyai serat atau fiber diluar dan tempurung serta isi didalamnya. Buah
pinang berwarna hijau ketika putik bertukar kepada warna kuning dan akhirnya merah apabila
masak. Akar pokok pinang tumbuh sekitar 1 meter keliling dasar pokok dengan kedalaman 60
cm ( 2 kaki) dan garispusat saiz akar kira-kira 1.4 cm.

You might also like