You are on page 1of 10

3.

0 Agensi-agensi berkaitan Pendidikan Keselamatan


Jabatan Pertahanan Awam Malaysia

Peranan Pertahanan Awam

Melatih seramai mungkin rakyat yang mempunyai pengetahuan dalam aspek


keselamatan dan Pertahanan Awam - Seksyen 3(2)c Akta Pertahanan Awam 1951
(Akta 221).

Mengelola, menubuh, menyenggara, melengkapi, melatih dan mendisiplin Angkatan


dan Perkhidmatan Pertahanan Awam - Seksyen 3(2)a Akta 221.

Melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi menjamin


keselamatan nyawa, orang atau harta benda penduduk awam sekiranya berlaku atau
akan berlaku bencana serta memudahkan pemulihan mangsa selepas bencana
tersebut-Seksyen 8(1) Akta 221.

Objektif
Mengurangkan risiko akibat bencana dengan cara:
1.

Menyediakan latihan menyelamat kepada orang awam.

2.

Mewujudkan serta mengendalikan sistem amaran bencana.

3.

Menyediakan pusat-pusat perlindungan semasa berlakunya bencana.

Memberi respon kepada bencana dengan cara:


1.

Menubuhkan pasukan (First Responder).

2.

Menyediakan perkhidmatan kecemasan.

Memberikan perkhidmatan pemulihan dengan cara:


1.

Membantu dalam aktiviti pembersihan kawasan yang di landa bencana.

2.

Membantu aktiviti pembangunan semula kawasan yang di landa bencana.

3.

Menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada mangsa bencana.

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

VISI
Menjadi Organisasi Pengurusan Penguatkuasaan Pengangkutan Jalan Bertaraf Dunia
pada Tahun 2020.

MISI
Mengawalselia kenderaan motor, pemandu dan lalulintas jalan supaya selamat dan
efisyen melalui penguatkuasaan dan penyampaian perkhidmatan yang cekap,
berintegriti dan berteknologi tinggi bagi memenuhi keperluan pelanggan dan negara
serta menjaga kebajikan dan membangunkan keupayaan warga yang profesional.
OBJEKTIF
- Mewujud dan mengawal selia pendaftaran dan pelesenan kenderaan bermotor
dengan sistematik, berintegriti dan inovatif.
- Mewujud dan mentadbir sistem latihan, pengujian dan pelesenan pemandu yang
berkesan bagi melahirkan pemandu kenderaan bermotor yang kompeten, mematuhi
peraturan dan berhemah.
- Menguatkuasa dan mentadbir undang-undang pengangkutan jalan dengan komited
dan berintegriti untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai budaya kepatuhan
kepada peraturan jalan raya.
- Mengawal selia dan mentadbir piawaian keselamatan kenderaan bermotor dengan
cekap dan berintegriti bagi memenuhi keperluan pengguna alam sekitar serta industri
automotif negara.

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Objektif
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT, MALAYSIA (JBPM) mempunyai objektif untuk
memberi khidmat pencegahan dan pemadaman kebakaran, menguatkuasakan undangundang yang berkaitan dengan aspek keselamatan dan memadam kebakaran serta
menyediakan khidmat kemanusiaan yang cekap dan berkesan. Dari segi kualiti Jabatan
bertekad untuk lebih cemerlang melalui inovasi dan kualiti M.S ISO 9001-2008.

Visi
Menjadi sebuah organisasi kebombaan dan penyelamatan berprestasi tinggi.

Misi
Memberi perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang professional bagi
menyelamatkan nyawa dan harta benda.

Kementerian Kesihatan Malaysia

Objektif
Untuk membantu seseorang individu untuk mencapai dan mengekalkan satu taraf
kesihatan bagi membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang
produktif. Ini boleh dicapai dengan menyediakan perkhidmatan bercorak penggalakan,
pencegahan, rawatan dan pemulihan yang cekap, sesuai dan berkesan dengan
memberi penekanan kepada golongan-golongan yang kurang bernasib baik.
Visi
Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.
Misi
Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:
i. untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:
- mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
- menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
- mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka
ii. untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:
- mengutamakan pelanggan
- saksama
- tidak membebankan
- cekap
- wajar mengikut teknologi
- boleh disesuaikan mengikut persekitaran
- inovatif
iii. dengan menekankan:
- sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
- sifat menghormati maruah insan
- penglibatan masyarakat

National Institute Of Occupational Safety And Health (NIOSH)

Visi
Menjadi pusat kecemerlangan terunggul di dalam bidang keselamatan dan kesihatan
pekerjaan di Malaysia.
Misi
Menjadi rakan pilihan di dalam mempertingkatkan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan.

Objektif
Memastikan persekitaran bekerja yang sihat dan selamat kepada semua pekerja,
peserta kursus, kontraktor dan pelawat.
Membangunkan budaya keselamatan dan kesihatan dan mengadakan latihan
kepada pekerja
Memastikan setiap pengurusan dipertanggungjawabkan ke atas keselamatan dan
kesihatan yang didirikan.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

Pengenalan
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) adalah badan berkanun yang di
tubuhkan di bawah akta Pengangkutan Awam Darat 2010. SPAD ditubuhkan secara
rasmi pada 3 Jun 2010.
Bagi memastikan SPAD dapat melaksanakan tugas dan objektif penubuhannya
secara lebih efisyen dan efektif, SPAD telah diletakkan di bawah pengawasan YAB
Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak sendiri.
Fungsi utama SPAD adalah untuk merancang dan membuat polisi serta
mengawalselia pengangkutan awam darat di negara ini seperti keretapi, bas dan teksi
serta pengangkutan barang yang menggunakan jalan raya atau rel keretapi.
Suruhanjaya ini turut menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan undang-undang
sebagaimana yang dijalankan oleh Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan
Jalan.

Visi
Menerajui transformasi pengangkutan awam darat untuk menjadi mod pilihan rakyat.

Misi
Memastikan bahawa sistem pengangkutan awam darat adalah selamat, boleh diharap,
responsif, mudah diakses, terancang, bersepadu, mampu dibayar and lestari bagi
meningkatkan pertumbuhan ekonomi and kualiti hidup.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Pengenalan
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP) ialah sebuah Jabatan
di bawah Kementerian Sumber Manusia. Jabatan bertanggungjawab untuk memastikan
keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang sedang bekerja, dan melindungi
orang lain daripada bahaya-bahaya keselamatan dan kesihatan yang berpunca daripada
aktiviti pekerjaan pelbagai sektor iaitu:
-Pengilangan
-Perlombongan dan Pengkuarian
-Pembinaan
-Hotel dan Restoran
-Pertanian, Perhutanan dan Perikanan
-Pengangkutan, Penyimpanan dan Komunikasi
-Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Berkanun
-Kemudahan - Gas, Elektrik, Air dan Perkhidmatan Kebersihan
-Kewangan, Insuran, Hartanah dan Perkhidmatan Perniagaan
-Perniagaan Borong dan Runcit
Jabatan merupakan agensi kerajaan yang diberi tanggungjawab untuk mentadbir dan
menguatkuasakan perundangan mengenai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(KKP) di negara ini dengan wawasan menjadi sebuah organisasi yang menerajui negara
dalam membentuk budaya kerja selamat dan sihat ke arah mempertingkatkan kualiti
hidup semasa bekerja.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

Pengenalan Jabatan
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia adalah sebuah Jabatan di bawah
Kementerian Dalam Negeri yang mengendalikan pertubuhan-pertubuhan Bukan
Kerajaan dan parti politik. Di bawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966, sesebuah
pertubuhan adalah didefinisikan sebagai mana-mana kelab, perkongsian atau persatuan
yang mengandungi tujuh ( 7 ) orang atau lebih, tidak kira apa jua jenis atau tujuannya,
sama ada sementara atau kekal tetapi tidak termasuk badan-badan yang perlu
didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis seperti syarikat, koperasi,
kesatuan sekerja, persatuan ibu bapa dan guru, badan-badan sukan dan lain-lain.
MATLAMAT JABATAN
Matlamat Jabatan ini ialah untuk menentukan pertumbuhan dan perkembangan
pertubuhan yang sihat serta teratur dan tidak bercanggah dengan kehendak-kehendak
keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraman awam atau akhlak.
FUNGSI UTAMA JABATAN
Fungsi utama Jabatan adalah untuk mentadbir dan menguatkuasakan Akta Pertubuhan
1966, Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984 dan dasar-dasar mengenai pertubuhan;
mengawal dan mengawasi pertubuhan supaya tidak bertentangan dengan keamanan,
kebajikan, keselamatan, ketenteraman awam, ketertiban atau akhlak negara Malaysia
serta mengurus dan menyimpan rekod-rekod pendaftaran berkaitan dengan pertubuhan
dan cawangan pertubuhan berdaftar.

Polis Diraja Malaysia

Mengenai Polis Diraja Malaysia


Polis Diraja Malaysia terdiri daripada 113,426 orang pegawai dan anggota.
Keanggotaan ini mencerminkan kepelbagaian penugasan yang dijalankan oleh PDRM,
dari Tugas Am

yang menjalankan tugas tradisional kepolisan dan sentiasa

berdampingan dengan rakyat, sehinggalah ke Pasukan Gerakan Am yang menjalankan


tugas-tugas 'non-regulatory' seperti pencegahan kemasukan pendatang tanpa izin dan
peperangan menentang kebangkitan pengganas komunis suatu ketika dahulu.
Dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang disandarkan oleh
rakyat, PDRM dibantu oleh kumpulan sokongan yang terdiri dari Polis Tambahan,
Sukarelawan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan awam. Kumpulan ini
memainkan peranan yang penting dalam menentukan keselamatan dan kesejahteraan
negara.

Visi
Peneraju bagi mengekalkan Malaysia selamat, aman dan sejahtera.

Misi
Memberi perkhidmatan profesional dan berkualiti dalam melindungi negara bagi
menjamin masyarakat selamat, aman dan sejahtera.

You might also like