You are on page 1of 36

1.

2 Definisi
Perkataan autisme sebenarnya berasal daripada bahasa Yunani atau autos yang
bermakna diri atau seseorang yang merujuk kepada ketidakupayaan seeorang kanak
kanak autism memahami perkara-perkara di sekelilingnya selain daripada dirinya
sendiri. Autisme juga membawa maksud keadaan yang menyebabkan kanak-kanak
menuju ke arah perkembangan yang tidak menentu.
Menurut Trevarthen, Aitken, Papoudi & Robarts (1988) perkataan autism merupakan
gabungan dua huruf greek iaitu aut yang bermakna diri dan ism yang membawa makna
orientasi atau keadaan. Untuk itu autisme boleh didefinisikan sebagai keadaan
seseorang yang tidak biasa dalam dirinya. Ini menunjukkan minat terhadap orang lain
tetapi tidak mempunyai beberapa ciri tingkahlaku yang lain.
Blackburn (1997), menyatakan autisme merupakan kecelaruan dalam perkembangan
otak tetapi sama seperti disleksia, mental retardasi tetapi ia bukanlah satu kerencatan
akal walaupun ramai individu autisme menunjukkan fungsi seperti mengalami
kerencatan tetapi biasanya mereka lebih pintar.
Menurut Hallahan & Kaufman (1997) autisme merupakan satu kecelaruan yang
bercirikan pengasingan diri, tingkahlaku mencederakan diri, masalah kognitif, masalah
bahasa dan kelihatan sebelum berumur 30 bulan. Berdasarkan kepada definisi di atas,
ternyata autisme boleh dikatakan sebagai ketidaksempurnaan dalam perkembangan
otak dan bukannya akibat masalah perkembangan emosi. Autisme juga merupakan
satu fenomena yang serius dan tetap wujud pada mereka yang autisme sehingga akhir
hayat walaupun perubahan tingkah laku yang positif boleh berlaku.
1.3 Kadar Kejadian
Untuk beberapa tahun, statistik menunjukkan kadar kejadian autisme adalah 4 kepada
kejadian daripada 10,000 kelahiran. Ini berdasarkan tinjauan secara besar-besaran
yang dijalankan di United Stated dan England. Sejak kebelakangan ini, kadar kejadian
autism berada pada paras setinggi % kepada % daripada populasi. Kadar ini

termasuk autisme, sindrom asperger dan lain-lain yang mempunyai ciri-ciri autisme
(Edelson, 1999).
Autisme terjadi tiga kali lebih kerap kepada kanak-kanak lelaki daripada perempuan.
Perbezaan

jantina

ini

tidak

unik

kepada

autisme

kerana

banyak

masalah

perkembangannya mempunyai ratio yang tinggi kepada lelaki berbanding wanita


(Edelson, 1999). Berdasarkan kajian, kanak-kanak autisme yang perempuan didapati
mengalami masalah yang serius pada setiap bidang yang diuji berbanding kanak-kanak
lelaki. Kanak-kanak perempuan dengan IQ 40, lemah dalam kemahiran urus diri, teruk
dalam bahasa dan ujian persepsi namun bukanlah kanak-kanak perempuan lebih
autism daripada lelaki tetapi mereka mempunyai tambahan masalah yang teruk (Frith,
1993). Satu kajian yang dijalankan oleh Rutter dan Lockyer di London sepanjang 10
tahun, kadar yang terencat teruk adalah 40% (IQ kurang 50), terencat sederhana
adalah 30% (IQ 50-70), 30% mempunyai IQ lebih daripada 70. Sebahagian daripada
kumpulan yang akhir ini mempunyai IQ dalam kumpulan pintar yang boleh dikatakan
normal.
Kajian yang dijalankan oleh Freeman dan kumpulannya mendapati tiga daripada empat
kanak-kanak autisme menunjukkan kerencatan akal sebagai tambahan kepada ciri-ciri
autisme. Walau bagaimana baik dan berkebolehan sekalipun kanak-kanak autisme,
mereka tidak dapat mencapai satu tahap yang lebih baik daripada yang boleh dicapai
oleh kanak-kanak normal (Frith, 1993).
Terdapat juga banyak kajian yang mendapati bahawa autisme dapat dikaitkan dengan
taraf sosioekonomi keluarga namun terdapat banyak sebab yang membawa kepada
bias dalam pemilihan kes. Ini kerana kebanyakan ibu bapa daripada kelas social yang
tinggi mendapatkan rawatan daripada pusat rawatan pakar autisme (Frith, 1993). Ini
menyebabkan bilangan kanak-kanak autisme yang dikaji merupakan kanak-kanak yang
terdiri daripada kumpulan sosioekonomi yang tinggi.
1.4 Ciri-ciri Utama
Ramai bayi autisme adalah berbeza ketika dilahirkan. Dua ciri yang biasa yang sering
ditunjukkan termasuk mengelakkan fizikal kontek daripada penjaga dan melengkungkan
belakang agar tiada sentuhan fizikal dengan penjaga dan melembikkan badan jika

menjangka untuk diangkat. Ketika bayi, mereka sering dianggap samada sebagai pasif
atau overly agitated baby. Bayi yang pasif merujuk kepada tingkahlaku mereka yang
diam pada kebanyakan masa dan kurang memerlukan perhatian atau membuat
karenah daripada ibu bapa. Manakala overly agitated baby merujuk kepada bayi yang
menangis kadang-kadang tanpa henti sepanjang masa dia berjaga. Semasa bayi juga,
mereka mula berayun atau menghantukkan kepala ke katil bayi namun perkara ini
tidaklah berlaku sepanjang masa (Edelson, 1999).
Pada tahun pertama kehidupannya, kebanyakan kanak-kanak ini mencapai tahap
perkembangan motor seperti bercakap, merangkak dan berjalan lebih awal daripada
kanak-kanak biasa. Manakala sebahagian pula mempunyai perkembangan yang lewat.
Hampir sebahagian daripada kanak-kanak autisme berkembang secara normal
sehingga 11/2 hingga 3 tahun barulah simpton autisme mula kelihatan. Individu ini
sering dianggap sebagai menghidapi regressive autisme. Kebanyakan orang dalam
bidang ini percaya bahawa candida albicans, pengambilan vaksin, terdedah kepada
virus, atau permulaan \ kepada sawan mungkin bertanggungjawab untuk regression ini.
Hasil kajian mendapati bahawa kebanyakan kanak-kanak yang mempunyai regressive
autism mungkin menghidapi sindrom Landau-Kleffner (Edelson, 1999).
Kanak-kanak autisme sering ketinggalan ke belakang daripada rakan sebaya dalam
bidang komunikasi, kemahiran sosial dan kognitif pada zaman kanak-kanak. Sebagai
tambahan, ketidakfungsian tingkahlaku mula timbul seperti self-stimulatory behavior
iaitu pengulangan, tingkahlaku tidak bermatlamat seperti menggoyang-goyang badan,
mengoyang tangan, mencederakan diri seperti menggigit tangan, menghantuk kepala,
masalah tidur dan makan, eye contact yang lemah, tidak sensitif kepada sakit, hiper
atau hipo aktif dan kurang menumpukan perhatian (Hallahan & Kauffman, 1997). Satu
ciri yang hampir sama antara kanak-kanak autisme adalah di mana mereka
menghendaki kepada kesamaan dan tidak suka kepada perubahan serta mengekalkan
tingkahlaku yang perseverative. Mereka cuba mengekalkan rutin harian di mana satu
perubahan walaupun kecil menyebabkan mereka sedih dan tantrum. Sebagai contoh
yang biasa seperti hanya makan dan minum makanan yang sama pada setiap masa
makan, memakai pakaian yang sama atau mendesak dan meminta orang lain memakai
pakaian yang sama dan pergi ke sekolah menggunakan jalan yang sama. Satu sebab

yang mungkin untuk menghendaki kepada kesamaan kerana tidak mempunyai


keupayaan untuk memahami dan menangani situasi yang berbeza (Edelson,1999).
Kanak-kanak autisme juga menghadapi masalah semasa perubahan ke alam baligh.
Lebih kurang 25% menghadapi sawan untuk kali pertama ketika baligh yang mungkin
disebabkan perubahan hormon. Ada ketikanya banyak masalah tingkahlaku menjadi
lebih kerap dan lebih teruk pada masa ini. Walau bagaimanapun tidak semua kanakkanak autisme mengalami masalah yang sama (Edelson, 1999). Berdasarkan satu
kajian yang dijalankan oleh Cemberwell mendapati tiga ciri yang paling jelas
menunjukkan autisme ialah :
i. Masalah sosial yang teruk yang boleh didefinisikan sebagai tiada kebolehan untuk
terlibat dalam interaksi dua hala terutama dengan rakan sebaya.
ii. Masalah komunikasi yang teruk sama ada secara verbal atau non-verbal.
iii. Kurang daya imaginasi termasuk dalam permainan pura-pura yang sering diganti
dengan tingkahlaku pengulangan.
Kanak-kanak autisme dikatakan mempunyai ingatan yang baik (rote memory) untuk
menghafal sesuatu seperti jadual perjalanan keretapi walaupun mereka tidak
memerlukan maklumat tersebut. Walaupun ini satu pencapaian namun ia lebih
merupakan ciri ketidakfungsian berbanding kebolehan yang sempurna kerana ia tidak
membawa makna jika mereka tidak dapat mengunakannya (Firth, 1993). Berbeza
dengan 20 tahun lalu di mana ramai individu autisme berada di institusi, kini mereka
hidup dalam keadaan yang lebih fleksible dan teratur. Biasanya hanya individu yang
teruk sahaja berada di institusi. Sewaktu dewasa, ada di antara mereka yang hidup
dengan keluarga, ramai yang tinggal di kemudahan asrama, atau dalam group home
(sebahagian berdikari) malah ada yang berdikari sepenuhnya. Ada juga yang lulus dari
kolej, ada yang menerima ijazah malah ada yang menjalin perhubungan sehingga
berkahwin (Edelson, 1999). Dalam alam pekerjaan, mereka boleh diterima sebagai
pekerja yang berhati-hati dan boleh dipercayai. Namun demikian mereka sukar untuk
mendapat pekerjaan kerana tingkah laku sosial yang kelihatan berbeza dan Nampak

pelik sehingga menimbulkan kesukaran ketika temuduga untuk mendapatkan


pekerjaan.
1.5 Punca Kejadian
Walaupun tidak diketahui punca tertentu yang menyebabkan autisme, terdapat bukti
yang semakin banyak bahawa ia disebabkan oleh pelbagai masalah. Pengaruh genetic
umpamanya menunjukkan kembar seiras lebih berkemungkinan untuk mendapatkan
autisme berbanding kembar tidak seiras. Kini banyak kajian dijalankan yang berfokus
kepada gen autisme di mana spekulasi di kalangan pengkaji mengatakan bahawa tiga
hingga lima gen boleh dikaitkan dengan autisme. Terdapat juga bukti gen yang
dikaitkan dengan sistem imunisasi yang lemah (Edelson, 1999).
Rodier (2000), mengatakan bahawa ianya mungkin juga berpunca daripada
pengambilan pil Thalidomide untuk mengatasi masalah ketika morning sickness yang
dihadapi oleh ibu yang sedang hamil. Beliau membuktikan bahawa dalam satu kajian
yang dijalankan oleh Miller dan Stromland mendapati bahawa 5% daripada mangsa
Thalidiomide adalah autisme dan daripada segi peratus ianya 30% lebih berbanding
populasi umum.
Kehadiran virus turut menjadi punca kepada autisme. Rubella yang dijangkiti semasa
tiga bulan pertama kandungan meningkatkan risiko mendapat anak autisme. Virus
Cytolomegalo juga dikaitkan dengan autisme sehingga meningkatkan kebimbangan
bahawa suntikan imunisasi boleh menyebabkan autisme (Edelson, 1999). Namun kini
terdapat perhatian yang lebih kepada pencemaran dan toxin dalam persekitaran yang
boleh membawa kepada autisme. Terdapat kadar kejadian yang tinggi dalam sebuah
bandar kecil di Leomenster, Massachusetts, di mana terdapat kilang mengeluarkan
sunglasses di situ. Yang menariknya kebanyakan kes berlaku kejadian autisme wujud di
rumah yang terletak berhampiran dengan kilang yang mengeluarkan asap yang banyak.
Pada masa kini terdapat kejadian kes kanak-kanak autism dikenalpasti di Brick
Township, New Jersey sehingga banyak agensi cuba mencari penyebab kepada
pertumbuhan kadar kejadian autisme dalam kumpulan komuniti tersebut (Edelson,
1999).

1.6 Perkembangan Fizikal


Memandangkan secara luaran, kanak-kanak autisme ini normal dan sukar dikesan
kecelaruan yang berlaku, maka perbincangan mengenai perkembangan fizikal berkisar
kepada

perkembangan

otak

dan

bahagian

dalam

badan

yang

mengalami

ketidaknormalan daripada aspek perkembangannya. Autisme yang kini difahami


sebagai neuro-developmental disorder iaitu satu kecelaruan dalam pembentukan otak.
Untuk memahami bagaimana fikiran dan tingkahlaku kanak-kanak autisme terjadi
daripada hasil perkembangan otak, perlu dilihat bagaimana tisu-tisu otak tersusun untuk
menerima proses pembelajaran, perasaan sebagai fungsi penting dalam tubuh badan
manusia untuk keperluan kehidupan. Setiap otak manusia dibentuk daripada beribu selsel saraf yang saling berkait dan disusun dalam bentuk sistem yang bertindak
mengawal kesedaran di luar tubuh badan termasuk emosi, tingkahlaku dan juga
mempunyai hubungan dengan fungsi organ dalaman. Otak manusia yang terdiri
daripada cerebrum, cerebellum dan tunggul otak di mana bahagian terbesar adalah
cerebrum.
Menurut Trevarthen, Aitken, Papoudi & Robarts (1998) setiap hemisfera pula terbahagi
kepada empat bahagian iaitu formal, temporal, occipital dan pariental. Kawasan
occipitial menerima sel-sel saraf optik, menganalisa dan memberi maklumbalas
tindakan yang perlu dilakukan kepada mata. Temporal lobe pula merupakan kawasan
pendengaran dan ia berhampiran dengan kawasan sensori. Di hadapan kawasan
sensori adalah kawasan motor yang mengawal kebanyakan pergerakan tubuh badan.
Bahagian pariental merupakan pusat mengawal motor-pertuturan. Bahagian frontal
adalah merupakan bahagian yang mengawal proses mental seperti kemahiran berfikir,
membuat perancangan, kegiatan belajar dan menggunakan konsep-konsep serta
perlambangan berbahasa. Bahagian ini juga mengawal personality seseorang.
Ringkasnya fungsi cerebrum adalah mengawal tahap kesedaran, terlibat dalam proses
mental, mengawal pergerakan motor, kawalan emosi dan sensori. Kebijaksanaan dan
keseimbangan emosi bergantung kepada motif dalaman dan maklumat daripada luar
pemikiran atau otak. Otak manusia merupakan dalaman manusia sebagai kuasa untuk
melakukan semua perkara dalam berkomunikasi dengan badan dan pemikiran orang
lain. Kebolehan untuk memahami orang lain melalui minda ke minda dengan orang lain

merupakan kebolehan yang lahir bersama setiap bayi. Individu autism turut mempunyai
otak yang bijaksana yang melambangkan dunia mereka serta mengawal kesihatan
badan mereka namun mereka menghadapi masalah dalam kesedaran, pembelajaran,
masalah dalaman dan peraturan hidup. Mereka juga kurang upaya dalam persepsi atau
memberi respon kepada apa yang berlaku terhadap orang lain dan bagaimana orang
lain berfikir. Ini merupakan maklumat penting apabila kita cuba memahami mengapa
kanak-kanak autisme berusia tiga tahun kurang sedar dan tidak berimaginasi dalam
memberi reaksi kepada orang lain.
Para pengkaji turut mengenalpasti beberapa ketidaknormalan otak individu yang
menghadapi autisme. Walau bagaimanapun alasan untuk bagaimana ketidaknormalan
ini mempengaruhi tingkahlaku tidak diketahui. Ketidaknormalan ini boleh diklasifikasikan
kepada

dua

jenis iaitu

ketidakfungsian

dalam

struktur

neural

di

otak

dan

ketidaknormalan biokimia di otak (Edelson, 1999). Keadaan perubatan lain berhubung


autisme:
1.6.1 Kesilapan genetik dalam otak
Pendapat mengatakan bahawa autisme disebabkan kesilapan dalam gen yang
menyebabkan perubahan dalam otak seperti Down Sindrom namun tiada sebab untuk
menjangka bahawa perubahan satu gen boleh menyebabkan kecelaruan yang
kompleks dalam pembentukan otak dan fungsinya. Jika ia disebabkan oleh faktor
keturunan, terdapat kemungkinan beberapa gen yang bertanggungjawab. Gen tertentu
yang tidak normal dikaitkan dengan kimia serotonin di otak mempunyai peranan dalam
menyusun emosi dalam komunikasi dan pembelajaran kini didapati dalam kanak-kanak
autisme.
1.6.2 Tuberous Sclerosis (TSC)
Antara 17 dan 58 peratus individu berada dalam keadaan ini di mana neuron dari
cerebral cortex dari amorphous tuber menunjukkan terdapat gangguan proses biokimia.
Walaupun begitu peratus kumpulan autistik di sini hanya 0.4 dan 3 peratus dan
kebanyakannya lelaki. Mereka kemungkinan menghadapi sawan dan lebih tahap
kerencatannya.

1.6.3 Phenylketonuria (PKU)


PKU merupakan kecelaruan genetik hasil daripada kurang satu gen yang berbentuk
enzim yang diperlukan oleh badan untuk memproses phenylalanine iaitu sejenis asid
amino yang terdapat dalam makanan. Kecelaruan ini berlaku hasil daripada
pengumpulan yang tidak normal bahan kimia phenylalanine dan asid phenylpyruvic
dalam air kencing dan ini berkait dengan kerosakan mental yang teruk. PKU yang tidak
diubati menjadi penyebab autisme namun kini ia semakin kurang berlaku.
1.6.4 Purine Autisme
Merupakan autisme yang diakibatkan oleh ketidaknormalan dari bahan toksid yang
dipanggil

purines

yang

berkaitan

dengan

asid

urik.

Ketidaknormalan

dalam

metabolisme purine menyebabkan tingkahlaku autistik namun mempunyai peluang


untuk diubati. Ia mempunyai kecacatan diri yang teruk jika disertai ketidaknormalan
dalam purine yang luar biasa.
1.6.5 Penyakit Campak Ketika Mengandung
Jika ibu mendapat campak ketika mengandung ia akan meningkatkan kemungkinan
mendapat autisme. Tujuh belas daripada lapan belas kanakkanak yang dinyatakan
sebagai autistik turut mempunyai masalah sensori yang menyumbang kepada simpton
autistik seperti PKU, kesedaran yang luas tentang kurang upaya disorder dan peluasan
penyuntikan telah dapat menghapuskan rubella sebagai punca autisme.
1.6.6 Epilepsi
Dua puluh peratus hingga tiga puluh lima peratus individu autistic membentuk epilepsi.
Kemungkinan ia bertambah dengan IQ yang rendah dan risiko sawan adalah tinggi
ketika awal kanak-kanak. Besar kemungkinan autisme dan epilepsi berlaku serentak
adalah

hasil

daripada

mekanisma

yang

muncul

dengan

pertukaran

saraf.

Ketidakfungsian sistem imunisasi atau sistem pertahanan badan juga dikaitkan dengan
autisme. Ia mungkin kerana terdapat jangkitan virus atau toxin daripada persekitaran
yang bertanggungjawab untuk memusnahkan sistem pertahanan badan mereka.
Terdapat juga bukti bahawa terdapat perkaitan genetik dalam sistem pertahanan badan

mereka. Pengkaji mendapati ramai individu autistik telah mengalami bilangan cellt yang
kurang membantu sistem pertahanan badan melawan jangkitan. Kebanyakan individu
autisme mempunyai kecacatan di dalam satu atau lebih deria mereka. Deria itu meliputi
auditori, visual, sentuhan, rasa, vestibular Olfactory (bau) dan deria proprioseptif.
Semua deria ini boleh hipersensitif atau hiposensitif atau boleh menyebabkan
seseorang mengalami gangguan seperti tinnitus (bunyi berdesing dalam telinga).
Keadaan ini mengakibatkan sukar bagi seseorang autisme untuk memproses maklumat
dengan lebih tepat (Reed, 1994).
Kekurangan sensori ini menjadikan seseorang autisme itu sukar untuk menerima
stimulasi normal. Sebagai contoh ada individu autisme yang cuba mengelakkan
pelbagai bentuk sentuhan namun ada pula yang tidak merasa sakit. Melalui deria
pendengaran yang hypersensitive, lebih kurang 40% individu autisme mengalami
ketidakselesaan apabila didedahkan kepada bunyi atau frekuensi bunyi tertentu.
Selalunya mereka menutup telinga mereka dan tantrum apabila mendengar bunyi bayi
menangis atau bunyi motosikal. Ada pula ibubapa yang menyangkakan anak mereka
cacat pendengaran tetapi sebenarnya anak autisme itu tidak memberi respon kepada
bunyi (Edelson, 1999). Segala bukti yang ada daripada kajian mengenai otak individu
autism menyokong bahawa autisme adalah kerana ketidaknormalan yang berbentuk
sebelum lahir tetapi menunjukkan kesannya dalam tingkahlaku ketika zaman kanakkanaknya ketika mereka seharusnya bermula membentuk bahasa. Dapatan turut
menunjukkan kekacauan yang berlaku dalam pembentukan otak adalah berkaitan
dengan fungsi yang timbul di zaman kanak-kanaknya apabila korteks atau lapisan luar
dalam otak mula membesar dengan cepat dan otak secara keseluruhan sedang
mendorong individu mencari stimulasi daripada persekitaran untuk menyokong
kehidupan.
1.7 Perkembangan Bahasa Kanak-kanak Autisme
Kanak-kanak autisme kekurangan potensi untuk membentuk fleksibiliti dalam bidang
penggunaan bahasa. Bagi yang boleh bertutur mereka banyak bergantung kepada
ingatan secara hafalan atau frasa lebih daripada menggunakan peraturan asas dengan
lebih kreatif. Tajuk perbualan adalah terhad walaupun bagi kanak-kanak yang

mempunyai perbendaharaan yang luas. Mereka juga mempunyai masalah dalam gestur
penulisan dan bahasa isyarat yang formal. Permasalahan dalam bahasa menyebabkan
juga perkaitan rapat masalah sosial dan perkembangan kognitif (Wing, 1976). Namun
demikian komponen dalam bahasa kanak-kanak autisme biasanya tidak sesuai dengan
peringkat umur mereka dan bergantung kepada intervensi yang diberi di mana masalah
bahasa adalah masalah kedua berbanding masalah intelek mereka. Oleh itu masalah
bahasa jadi lebih baik seandainya perkembangan lain berlaku (Reed, 1994). Kanakkanak autisme tidak menunujukkan kurang upaya tertentu dalam tahap segmental
phonology dan sintaksis iaitu susunan kata dalam ayat. Pada kebiasannya pertuturan
yang dikeluarkan boleh difahami seperti kanak-kanak lain walaupun tidak seperti orang
dewasa. Penyebutan yang tiada masalah sintaksis menunjukkan keseimbangan
struktur di mana keupayaan ini merupakan perbezaan linguistik utama yang
membezakan kanak-kanak autisme dengan kanak-kanak kurang upaya bahasa yang
lain seperti mental retardasi, pekak dan lain-lain. Masalah bahasa autisme boleh
dibahagikan kepada beberapa bahagian:
1.7.1 Nonsegmental phonology
Kanak-kanak autisme biasanya menunujukkan kekurangan dalam menghasilkan
pertuturan yang nonsegmental yang juga disebut prosody atau bentuk-bentuk sajak dan
puisi (Reed, 1994). Namun bentuk ini berbeza antara satu sama lain dan mereka kerap
menunjuk perbezaan yang berikut:

Rithma yang stereotaip atau berlagu-lagu dengan bunyi yang dipanjangkan


secara berlebihan.

Kekerapan yang berlebihan dalam konteks yang tidak bersesuaian.

Pengeluaran vokal yang berubah-ubah turun naiknya tidak seperti biasa.

Pitch suara yang terhad dan monotous pertuturannya.

Nada bunyi yang berbeza dan tidak kossisten dengan makna ditekankan secara
lisan.

Kanak-kanak autisme tidak menunjukkan perbezaan dalam intonasi yang digunakan


dalam perbualan biasa.

1.7.2 Bahasa Idiosinkratik - Bahasa yang tersendiri.


Walaupun terdapat persamaan bagaiman bahasa mereka yang tersendiri dipelajari atau
digunakan, kanak-kanak ini adalah unik dalam perkataan atau frasa tertentu yang
dikeluarkan dan dalam konteks yang dinyatakan. Semua bentuk bahasa yang
dikeluarkan menunjukan proses semantik yang ganjil dan kekurangan dalam fahaman
(Reed, 1994). Kanak-kanak ini mempunyai kecendurangan untuk mengingati perkataan
atau frasa dalam konteks dimana mereka pertama belajar, tanpa dapat membuat
generalisasi untuk menggunakan perkataan tersebut kepada perkara yang sama seperti
kasut yang sama dipakai oleh orang lain atau pada gambar kasut. Kelainan juga sering
dibuat kanak-kanak autisme di mana perkataan biasa digunakan dengan perkataan
baru atau neologisme di mana terdapat kombinasi morfem yang salah (Reed, 1994).
Walaupun terdapat kanak-kanak autisme yang menggunakan bahasa yang tersendiri
dan pelbagai dalam kekerapannya namun ia terlihat dalam satu-satu masa dan tiada
dalam perbualan yang lain. Kanak-kanak lain pula mengulang perkataan yang sama
atau frasa dalam konteks yang tidak menunjukkan makna yang tepat. Sebagai contoh
kajian yang dijalankan oleh Coggins & Frederickson (1988) ke atas seorang kanakkanak autisme yang kerap mengulang-ulang perkataan boleh saya cakap yang mana
ia ditujukan kepada rakan perbualan iaitu ayahnya. Ia kerap timbul di tengah-tengah
pertukaran perbualan dan topic baru yang dimulakan oleh individu dewasa.
1.7.3 Masalah Kata Ganti Nama
Kekeliruan kerap timbul dalam pertuturan kanak-kanak autisme ketika penggunaan kata
ganti nama. Kebanyakan kesilapan timbul kerana kekeliruan jantina seperti he atau she
atau penggantian seperti him untuk he. Ini juga sering berlaku kepada kanak-kanak
pada peringkat awal perkembangan mereka dan kanak-kanak lain yang mempunyai
masalah bahasa (Reed, 1994). Masalah yang jelas kepada kanak-kanak autisme
adalah kepada kata ganti nama diri pertama dan kedua seperti awak untuk dirinya dan
saya untuk orang lain. Ini adalah kerana :

Kanak-kanak yang mempunyai masalah untuk memahami dan menggunakan


perkataan yang maknanya berubah mengikut konteks komunikasi seperti I, you

dan me yang berubah penggunaannya menyebabkan sukar untuk memahami


makna perkataan ini.

Masalah dengan kata ganti nama di mana mereka tidak dapat membezakan apa
yang mereka fikir dan apa yang orang lain fahami.

Kanak-kanak autisme tidak menumpukan perhatian untuk melihat penggunaan


kata ganti nama yang digunakan oleh orang secara biasa.

Pendedahan kepada penggunaan kata ganti nama sebagai program intervensi bahasa
boleh membantu.
1.7.4 Ekolalia
Satu ciri yang paling menonjol adalah kekerapan di mana mereka mengulangulang apa
yang diucapkan kepada mereka. Ekolalia ini berlaku apabila kanak-kanak autisme
mengulang tanpa niat untuk berkomunikasi dan berlaku secara automatik (Reed, 1994).
Ekolalia boleh dibezakan namun ia sukar untuk dinilai iaitu:

Immediate ekolalia pengulangan yang tepat dan serta merta apabila perkataan
disebut.

Delayed ekolalia diucapkan agak lama selepas ia perkataan asal disebut.

Mitigated ekolalia pengulangan yang segera tetapi mengandungi perubahan


kepada apa yang dipertuturkan.

Walaupun terdapat kanak-kanak lain yang menunjukkan bentuk pertuturan ekolalia


namun ia ketara kepada kanak-kanak autistik (Reed, 1994) kerana:

Kekerapan yang nyata dan tinggi.

Ekolalia terjadi dalam jangkamasa yang lama sehingga agak dewasa.

Pada kanak-kanak autisme ia merupakan seperti salinan sebenar apa yang


mereka dengar berbanding kanak-kanak biasa meniru pertuturan untuk
membentuk perkembangan perkataan dan susunan kata.

Ekolalia timbul kerana kanak-kanak autisme kurang mempunyai daya kefahaman


menjadi punca utama ekolalia. Ini kerana apabila daya kefahaman telah mulai ada,
kekerapan dalam pengulangan akan menurun.

1.7.5 Kurang Komunikasi Berfungsi


Sukar untuk menentukan bentuk pertuturan yang biasa ditunjukkan oleh kanak-kanak
autistik jika ekolalia diketepikan. Ini kerana ia sukar dibezakan kerana perbezaan dalam
tingkahlaku cara lisan dan bukan lisan diklasifikasikan. Kanak-kanak autistik kurang
cekap dalam menarik perhatian rakan perbualannya seperti membuat eye contact
menunjuk kepada sesuatu. Mereka lebih suka bertindak sebagai menurut lebih
daripada

menerajui

perbualan

(Frith,

1989).

Pelbagai

bentuk

komunikasi

dipermudahkan iaitu Facilitated Communication telah dijayakan dengan pelbagai alat


yang mempunyai input menggunakan papan kekunci dan memberi hasil yang boleh
dibaca seperti komputer atau mesin taip elektrik (Reed, 1994). Individu autistik yang
menggunakan bentuk pertuturan ini merupakan satu kejayaan. Banyak masalah yang
dilihat dalam bahasa pertuturan seperti kekeliruan gantinama dan ekolalia tidak
ditunjukkan dalam bahasa yang mereka taip di papan kekunci. Terdapat juga laporan
yang menjelaskan mengenai perubahan dalam semantik dan kefahaman dalam
komunikasi. Individu dengan keupayaan yang minimun untuk berinteraksi secara verbal
telah mendedahkan bahawa mereka dapat mencapai satu tahap yang lebih tinggi
dalam bilangan perbendaharaan kata yang diharapkan, tumpuan perhatian yang lebih
baik, bentuk lawak, kesedaran dan bertanggungjawab terhadap rakan perbualannya
(Reed, 1994). Kajian mendapati, tajuk perbualan bertambah daripada apa yang timbul
dalam perbualan secara pertuturan. Namun belum pasti bentuk komunikasi begini
sesuai untuk semua kanak-kanak autisme. Antara eleman dalam bentuk komunikasi ini
adalah (Biklen, 1992; Biklen & Schubert, 1991) iaitu sokongan fizikal, latihan awal,
pengekalan fokus, elakkan ujian untuk kecekapan dan tugasan yang berstruktur.
Semakin lama jumlah sokongan daripada segi bantuan fizikal dikurangkan sehinggalah
ke tahap tanpa sentuhan.
Latihan komunikasi untuk kanak-kanak autisme tidak terhad kepada mereka yang
mempunyai bahasa pertuturan sahaja. Ini kerana kebanyakan kanakkanak autisme
menunjukkan seperti menghadapi mental retardasi dan ciri-ciri autisme yang unik dalam
sosial dan komunikasi. Ini menunjukkan masalah yang lebih sukar untuk menguasai
pertuturan. Terdapat juga bukti bahawa system auditori kanak-kanak ini berbeza
daripada kanak-kanak biasa (Konstantareas, 1985). Perbezaan ini menyebabkan

masalah dalam komunikasi secara lisan tidak diketahui, tetapi ia memberikan rasional
untuk mengajar bahasa melalui visual dan stimulasi sentuhan kinestetik. Ciri lain seperti
masalah eye contact yang lemah, rutin yang sama, minat dalam peralatan mekanikal
mencadangkan agar mereka menggunakan sistem komunikasi yang lain (Reed, 1994).
Penggunaan latihan isyarat dan pertuturan dapat memberi kemahiran komunikasi yang
efektif pada peringkat awal pembelajaran bahasa namun kajian belum dapat
menjelaskannya. Terdapat juga kajian yang menyatakan bahawa kanak-kanak autistik
yang lemah dalam meniru secara verbal dapat mengelaurkan pertuturan dengan
bantuan rangsangan secara visual (Reed, 1994). Walaupun latihan menggunakan
isyarat mungkin berkesan tetapi tidak kepada semua kanakkanak autisme dan
memerlukan kajian lanjut mengenainya. Kecelaruan bahasa yang merupakan perkara
yang kompleks dan memerlukan penaksiran yang berhati-hati untuk melihat prbezaan
tahap masalahnya. Bagi kanak-kanak autisme, ia semakin kompleks kerana interaksi
yang rumit antara bahasa, kognitif dan sosial yang mana ia bermasalah pada masa
yang sama.
1.8 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak Autisme
Theory of mind merujuk kepada ketidakupayaan seseorang untuk menyedari bahawa
orang lain mempunyai pandangan tersendiri mengenai dunia. Ramai individu autism
tidak menyedari bahawa orang lain mempunyai pemikiran, perancangan dan perspektif
yang

berbeza

daripada

diri

mereka.

Sebagai

contoh

seorang

kanak-kanak

menyerahkan gambar seekor binatang dengan kedudukan gambar berkenaan


menghadap kepada rakannya tetapi seorang autisme mungkin menyerahkan dengan
belakang gambar menghadap rakannya. Seorang autisme mungkin dapat melihat
gambar itu tetapi tidak menyedari bahawa individu lain mempunyai perspektif dan
pendangan berlainan mengenai gambar tersebut (Edelson, 1999). Lebih kurang 10%
individu autisme mempunyai kemahiran tertentu yang boleh dianggap tinggi mengikut
ukuran umum. Biasanya ia berkaitan dengan ruang semulajadi seperti bakat isimewa
dalam muzik dan matematik. Ada di antara mereka boleh mendarab jumlah angka yang
besar dalam waktu yang singkat, bahkan ada yang boleh menentukan nama hari
apabila diberi suatu tarikh ataupun mereka boleh menghafal jadual penerbangan yang

lengkap (Edelson, 1999). Namun demikian sebahagian kemahiran ini tidak dapat
diaplikasi dengan kehidupannya. Ramai individu autisme juga mempunyai tumpuan
atau fokus yang terhad tetapi berlebihan terhadap sesuatu perkara yang menjadi
tumpuan atau stimulus overselecitivity. Pada dasarnya perhatian mereka hanya
tertumpu kepada satu aspek sesuatu perkara sahaja yang tidak berkaitan. Contohnya,
mereka hanya memberi perhatian kepada warna sahaja tetapi mengabaikan berkenaan
bentuk. Mungkin mereka tidak dapat membezakan di antara sudu dan garfu jika
tumpuan yang diberikan hanya pada aspek warna. Oleh kerana tumpuan perhatian
merupakan

peringkat

pertama

dalam

pemerosesan

maklumat,

kegagalan

mengenalpasti aspek yang relevan terhadap sesuatu objek menyebabkan keupayaan


seseorang itu untuk belajar terhad (Edelson, 1999).
Kanak-kanak autisme mempu menerima input daripada sensori tetapi tidak boleh
memilih maklumat yang penting. Mereka kekalkan input awal dalam bentuk yang jelas
atau belum ditukarbentuk uncoded form. Memandangkan maklumat perlu dikodkan ke
dalam memori yang abstrak untuk disimpan dan diperolehi semula, kanak-kanak ini
tidak boleh untuk mengekalkan maklumat untuk jangka masa yang lama dan tidak
boleh modifikasi maklumat dalam cara biasa pembelajaran dijayakan (Paluszny, 1980).
Maklumat hanya kekal dalam jangka pendek, sensori tertentu dan maklumat yang tidak
abstrak yang mana ia berguna dalam usaha untuk mengingat kembali dengan jelas
lokasi objek atau sesuatu frasa. Walaubagaimanapun tanpa koding secara abstrak
sebagaimana ia diguna memori normal, bahasa dan interaksi sosial tidak berkembang.
Kanak-kanak autistik apabila dibandingkan dengan kanak-kanak daripada kumpulan
lain mempunyai masalah yang lebih besar dalam memahami peraturan, mengenali
lebihan dan mengekalkan maklumat dalam bentuk selain daripada rote memory
(Paluszny, 1979).
1.9 Perkembangan Emosi Kanak-kanak Autisme
Penentuan umur sosial-emosi dapat memudahkan pemahaman tentang kelakuan
kanakkanak autisme dan memilih cara terbaik untuk menjalankan intervensi. Namun
proses menentukan umur sosial-emosi seseorang sukar kerana perlu mengambilkira
bagaimana seseorang memberi respon kepada situasi sosial iaitu contoh bagaimana

cara dia bermain dan reaksi kepada situasi emosi yang wujud (Edelson, 2001). Sebagai
contoh kanak-kanak berusia dua tahun mempunyai tinkahlaku seperti tidak mahu
membuat apa yang disuruh dan degil. Kadang-kadang penjaga mempunyai jangkaan
yang tidak realistik dan membawa kepada rasa kecewa apabila penjaga memberi
harapan berdasarkan tahap fungsi intelek seseorang yang dirasakan sama dengan
tahap sosial-emosi. Sebagai contoh seorang individu autisme dewasa boleh melakukan
tugas di tempat kerja dengan begitu baik namun mempunyai sifat temper tantrum
apabila berhadapan masalah kecil seperti kelakuan kanak-kanak berusia lima tahun. Ini
kerana tahap intelektual kanak-kanak autisme tidak sama dengan umur sosialemosinya.
Adakah kanak-kanak autisme dapat memahami perasaan yang ditunjukkan melalui
muka dan suara seseorang? Satu kajian dijalankan oleh Peter Hobson di mana kanakkanak perlu sesuaikan bentuk wajah dengan suara yang berlainan emosi, menunjukkan
bahawa kanak-kanak autisme mengalami kesukaran dalam mengenali emosi yang
mana aspek ini tidak dipengaruhi oleh kebolehan intelekual mereka. Kanakkanak ini
juga gagal untuk membuat hubungan emosi yang sama dalam cara yang berlainan.
Mungkin mereka tidak sedar bahawa perasaan tertentu tidak boleh ditunjukkan dan
diidentifikasikan dalam cara yang tidak disalahfaham (Frith, 1993). Perasaan yang ada
dan cara yang dinyatakan melalui suara, wajah dan gesture boleh menyebabkannya
kekal sebagai sebuah buku yang tertutup. Jika ia diinterpretasi dengan cara ini,
kekurangan dalam emosi tidak dapat dikurangkan tetapi boleh dilihat sebagi
sebahagian daripada kekuarangan kognitif. Apabila melihat kanak-kanak autisme
ketawa gelihati atau menunjukkan tantrum boleh menjadi bukti bahawa kanak-kanak
autisme menunjukkan perasaan mereka namun terdapat persoalan sama ada ia wujud
dalam keadaan sosial yang betul. Sekurangkurangnya dalam satu bidang kanak-kanak
autisme dapat menunjukkan respon yang normal seperti ketika bermain, digeletek atau
pergerakan mengikut muzik. Namun agak ganjil apabila tiba satu peringkat umur di
mana kanak-kanak normal lebih suka kepada interaksi sosial yang berbeza namun
kanak-kanak autisme menyukai permainan kanak-kanak (Frith, 1993).
Pada peringkat awal kanak-kanak, mereka nampak lebih gembira bila melakukan satu
aktiviti secara bersendirian. Ini berbeza dengan kanak-kanak normal yang berlari untuk

mendapatkan pelukan bila mereka perlukan keselesaan diri. Ini merupakan satu
kekurangan utama dalam interaksi yang bertimbal balik dalam tingkahlaku kanak-kanak
autisme (Frith, 1993). Semakin mereka membesar, individu autisme menunjukkan ciriciri yang boleh dikatakan sebagai ganjil kerana mereka tidak menyorokkan perasaan
suka atau tidak suka kepada orang yang berbeza dan kadang-kadang menunjukkan
kemesraan yang melampau. Pada peringkat perkembangan yang lebih sesuai, mereka
juga boleh menunjukkan perasaan secara tidak ketara (Frith, 1993).
Besar kemungkinan emosi awal yang dilihat merupakan tanda belum matang. Individu
autistik juga mempunyai beberapa ekspresi wajah, posture badan yang kaku dan suara
yang monotonus. Banyak pemerhati bersetuju bahawa terdapat ketidakfungsian, kurang
peraturan dan mungkin tanda emosi yang keterlaluan oleh orang autistik untuk
mengawal

perasaan

berkurangan kerana kurangnya

minat semulajadi dalam

komunikasi. Minat seperti ini sukar untuk dikekalkan tanpa penghargaan daripada orang
lain yang mempunyai perasaan perbezaan pemikiran (Frith, 1993).
Ekspresi emosi perlu dipelajari seperti bahasa walaupun lambat dan sukar dicapai
kerana apa yang perlu untuk proses pembelajaran, berkomunikasi dan memahami
tahap mental tiada pada mereka (Frith, 1993). Mereka juga tidak mempunyai perasaan
takut kepada bahaya terutama bagi kanak-kanak autisme yang masih kecil. Ramai ibu
bapa yang boleh bercerita bagaimana kanak-kanak ini memanjat bumbung atau berlari
ke dalam air yang dalam, dengan berpakaian rapi. Namun mereka kadangkala takut
dengan benda yang tidak bahaya seperti dalam bilik khas, bila langsir diturunkan, masa
untuk mandi atau dengan binatang kesayangan rakan. Kanak-kanak autisme tidak
memahami perasaan orang lain. Mereka mungkin ketawa apabila orang lain jatuh atau
kanak-kanak lain dipukul. Ketawa, menangis dan menjerit boleh timbul dan terjadi tanpa
apa-apa sebab (Wing, 1983).
Kanner

mempercayai

bahawa

ketidaknormalan

dalam

perkembangan

emosi

merupakan satu ketidakupayaan utama dalam masa kanak-kanak autistik masih kecil.
Beliau mengambilkira bahawa kanak-kanak yang lahir tanpa kebolehan untuk membuat
hubungan yang berkesan dengan orang lain atau hilang keupayaan jika mempunyai
perkembangan yang normal sebelum menjadi autistik. Konsep ini terlalu global dan
ramai kanak-kanak mempunyai masalah ini. Kajian turut mendapati bahawa kanak-

kanak autistik boleh bekerjasama dalam menjalankan tugasan apabila situasi tersebut
dipermudahkan. Namun kanak-kanak ini sering tidak memberi perhatian kepada orang
dewasa yang bertanya atau memberi arahan (Wing, 1983).
1.10 Perkembangan Sosial Kanak-kanak Autisme
Membentuk hubungan sosial yang normal aalah salah satu kekurangan utama di
kalangan individu autistik. Mereka selalu mengalami kelewatan menguasai corak
interaksi sosial. Kekurangan ini dapat dikesan dalam interaksi mereka yang tiada atau
hanya sedikit sahaja hubungan mata, tidak bermain atau bergaul dengan rakan sebaya,
bahkan cuba menjauhinya dan ketidakupayaan memulakan interaksi, jika berjaya, ia
tidak
boleh mengekalkannya. Kemungkinan individu autistik mendapat manfaat daripada
pergaulan mereka dengan rakan sebaya semakin kurang kerana kegagalan meeka
melihat
atau menangani isu sosial yang relevan (Reed, 1994). Di dalam persekitaran inklusif,
guru
sering melaporkan kurangnya interaksi sosial walaupun peluang untuk itu banyak
(Pierce
& Schreibman, 1997). Bagi kanak-kanak autistik pergaulan dengan rakan sebaya tidak
ada kesalingan sosial yangmembolehkan mereka membina hubungan atau interaksi
pada
masa hadapan dan mereka sebenarnya jarang atau tidak berupaya memulakan
interaksi
soaial. Dengan demikian, peluang berinteraksi dengan orang lain sebenarnya tidak
menjamin mereka memperolehi kemahiran sosial
Menurut Frith (1993), masalah sosial boleh didefinisikan sebagai ketidakupayaan
untuk terlibat dalam interaksi dua hala di mana ia boleh dibahagikan kepada tiga jenis
yang berbeza iaitu :
i. Terasing atau bersendiri iaitu suka berkomunikasi, tidak menggunakan eyecontact,
tidak mencari tempat untuk mengadu bila sedih, namun tidak menolak
konteks sosial seperti ketika makan dan minum, bermain dan beri reaksi

kepada muzik.
ii. Pasif ialah menerima pendekatan sosial yang dibuat oleh orang lain,
melakukan apa yang disuruh dan perlu diperhati supaya tidak melakukan
26
perkara yang tidak betul yang disuruh oleh rakan sebaya, mempunyai
pertuturan yang baik dan menjawab soalan secara jujur . Walaupun konteks
sosial dengan kanak-kanak lain merupakan sebahagian daripada rutin
hariannya namun ia bukanlah suatu yang dibuat untuk menyeronokkan
dirinya. Walaubagaimanapun, sebarang tekanan atau perubahan rutin
menunjukkan emosi yang tidak boleh dikawal dan membawa kepada trantrum.
iii. Ganjil iaitu berminat kepada orang lain dan suka disentuh dimana mereka
pergi kepada orang yang tidak dikenali dan bertanya nama. Kanak-kanak
autistik tidak tahu bila pendekatan yang dibuat tidak diperlukan dan tidak
sesuai. Ramai orang biasanya memberi komen tentang tingkahlahkuyang suka
mengganggu dan tidak disukainya.
Pada kebiasaanya sifat suka bersendiri wujud sehingga usia tujuh tahun dan
kebanyakan kanak-kanak berubah dari satu kategori ke kategori yang lain. Bagi para
pengkaji, kanak-kanak autisme perlu diberi tumpuan meningkatkan tingkahlaku yang
betul dengan dorongan positif berbanding dengan mengurangkan tinagkahlaku yang
tidak
diperlukan. Kajian juga dijalankan dengan melibatkan individu bukan autistik. Dengan
cara ini diharapkan kanak-kanak autistik dapat mempelajari kemahiran sosial yang
dijangkakan berlaku dalam situasi sebenar. Pendekatan yang diterapkan ialah dengan
menukarkan satu tingkahlaku dengan rawatan yang pada masa yang sama dapat
membetulkan tingkahlaku berikutnya tanpa memberikan rawatan sebagai contoh
sesuatu
perbualan memerlukan berbagai kemahiran lain seperti hubungan mata, nada suara
yang
bersesuaian dan juga kemahiran menyoal dan menjawab soalan kekurangan
kemahiran

sosial di kalangan individu autistik menjadikan pengajaran timgkahlaku yang mudah


amat
perlu sebelum diperkenalkan kepada tingkahlaku yang lebih kompleks Wellman,1992),
27
Koegel at al.(1991), menyatakan tingkahlaku utama atau asas yang dimodifikasi
memberi perubahan sejajar kepada tingkahlaku dalam kumpulan yang sama.
Sehubungan
itu dicadangkan tingkahlaku sasaran di kalangan individu autisme tidak diberi rawatan
atau diubah secara satu persatu tetapi sebaliknya digunakan pendekatan melalui
rawatan
kepada tingkahlaku utama. Pengkaji turut menyatakan kekurangan motivasi untuk
mempelajari perkara baru dan kegagalan untuk bersama dalam persekitan sosial dan
sekolah merupakan tingkahlaku gangguan. Ini juga ada kaitannya dengan pilihan
rangsangan berlebihan. Sebagai contoh, seorang autisme mungkin tidak dapat
mendengar apa yang disebut oleh guru ketika menunjukkan gambar anjing dan
menyebut perkataan anjing atau mendengar tetapi tidak dapat mengaitkan perkataan
itu
sebagai label kepada gambar. Rangsangan berlebihan sebenarnya memberi kesan
kepada
kemahiran sosial selain kepada kemahiran belajar kanak-kanak autisme.
Kajian-kajian yang dilaksanakan oleh para pengkaji berikut telah membuktikan
bahawa kumpulan pengantara rakan sebaya normal dapat memberikan kesan yang
positif
dalam pengubahsuaian tingkahlaku individu autisme. Kajian Goldstein dan Wickstorm
(1986) telah berjaya menggunakan kumpulan rakan sebaya normal sebagai agen
intervensi untuk mengubah tingkahlaku kanak-kanak autisme dalam memperolehi dan
mengekalkan kemahiran berinteraksi. Rakan sebaya berkenaan telah bertindak sebagai
rakan sekutu sewaktu latihan untuk mewujudkan interaksi sosial.
Shafer, Egel & Neef (1984) pula mendapati strategi latihan rakan sebaya telah
dapat meningkatkan kekerapan interaksi dan mengekalkan tempoh interaksi kepada
kadar

yang lebih lama. Dalam kajian itu juga seorang subjek telah dapat berinteraksi dengan
rakan sebaya yang tidak dilatih. Para pengkaji mendapati bahawa pelbagai
pembolehubah
lain patut dicuba untuk memastikan kemahiran sosial yang diperolehi akan terus kekal.
28
Farmer-Dougan (1984), menggunakan pengajaran rakan sebaya secara tidak
langsung melibatkan orang dewasa berumur antara 18 hingga 19 tahun dengan
seorang
autistik berumur 19 tahun. Dapatan kajian menunjukkan bahawa perhatian dan pujian
yang diberi semasa membuat permintaan yang betul menjadi peneguhan yang lebih
berkesan daripada memperolehi barang yang diminta. Dengan pendekatan semudah itu
dan praktikal dilaksanakan dalam pengajaran kemahiran hidup kerana pada masa yang
sama mereka memperolehi kemahiran bahasa.
Koegel & Koegel, Hurley, & Frea (1992) pula telah menjalankan kajian sama ada
pengurusan tingkahlaku sendiri boleh dijadikan satu teknik untuk menjadikan
perubahan
kekal dalam kadar yang lebih lama. Hasil kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak
autistik boleh menerima perubahan dengan baik bahkan ada diantara subjek yang
dapat
berkomunikasi di luar dari ruang eksperimen. Ini meneguhkan lagi dapatan yang
tingkahlaku utama boleh membawa perubahan kepada tingkahlaku lain dengan
mempelbagaikan pendekatan. Dengan kaedah yang sama iaitu pengurusan diri,
didapati
sasaran tingkahlaku yang dikehendaki telah meningkat sejajar dengan tingkahlaku lain
yang tidak diberi rawatan.
Ketidakfungsian dalam tingkahlaku sosial merupakan satu ciri kepada simpton
autisme. Ia bolah dikategorikan kepada tiga (Edelson, 1997) iaitu:
i. Penghindaran Sosial (Socially Avoidant) di mana individu ini sebenarnya
mengelakkan segala bentuk interaksi sosial. Reaksi yang paling biasa
adalah tantrum dan cuba melarikan diri apabila seseorang cuba untuk
berinteraksi dengan mereka. Ketika bayi, kebanyakannya diterangkan

sebagai mengelakkan sentuhan daripada penjaga. Reaksi ini sering


dianggap sebagai satu keadaan di mana kanak-kanak autisme merasa takut
29
atau tidak menyukai orang. Bagaimanapun hasil temu bual dengan orang
dewasa autisme terbina satu teori mengatakan keadaan ini adalah kerana
sensitiviti yang tinggi (hypersensitivity) terhadap rangsangan deria. Ada di
antaranya mengatakan suara ibu bapa mereka terlampau kuat dan
memekakkan telinga, ada pula mengatakan bau haruman sangat menusuk
hidung dan ada pula mengatakan sakit apabila disentuh. Keadaan ini
menjadikan mereka cuba menghindarkan sosial.
ii. Pengabaian Sosial (socially indifferent) merupakan keadaan di mana
seseorang itu tidak berinteraksi dengan persekitarannya kecuali
memerlukan sesuatu dan tidak pula menghindarkan diri daripada
pergaulan. Mereka tidak kisah bercampur gaul dengan orang ramai dan
pada masa yang sama tidak kisah kepada diri mereka sendiri. Bagi
individu autisme, keadaan ini berlaku kerana mereka tidak memperolehi
kenikmatan biokimia apabila bercampur gaul dengan orang ramai.
iii. Kejanggalan sosial (socially awkward) berlaku apabila individu autistik
mencuba untuk berkawan tetapi tidak dapat mengekalkan hubungan itu
dan perkara tersebut kerap berlaku di kalangan penghidap sindrom
asperger. Ini berlaku kerana tiada kesalingan sosial dalam individu autistik
dan saling bercerita tentang diri mereka sahaja. Mereka tidak mengetahui
bahawa orang lain sebenarnya mempunyai pemikiran, rancangan dan
pandangan sendiri. Mereka juga menghadapi masalah mamahami b ahawa
orang lain juga mempunyai kepercayaan, sikap dan emosi. Keadaan ini
menjadikan mereka sukar menjangkakan apa yang akan disebut atau
30
dibuat oleh orang lain dalam pelbagai situasi sosial. Keadaan ini
dinyatakan sebagai kekurangan theory of mind.
2. INTERVENSI
2.1 Intervensi awal

Intervensi awalan bermaksud pendidikan dan lain-lain rawatan yang disediakan


sebelum
seseorang kanak-kanak itu memasuki alam persekolahan atau sebelum masalahmaslah
yang berkaitan dengan persekolahan menjadi serius. Ia juga merupakan perkhidmatan
untuk kanak-kanak berkeperluan khas dan keluarga mereka dari lahir hingga umur
persekolahan. Reed (1994) pula menyatakan intervensi sebagai satu proses
pengawasan
yang berterusan, mengukur keupayaan berbahasa kanak-kanak secara teratur,
konsisten,
fleksibel dan mengikut kaedah-kaedah tertentu secara langsung atau tidak langsung.
Dalam melaksanakan intervensi sebaiknya ianya dijalankan seawal mungkin,
melibatkan profesional dari pelbagai disiplin, melibatkan keluarga, dijalankan oleh
kakitngan yang berkelayakan dan seharusnya dapat membantu kanak-kanak yang
berisiko. Intervensi yang dijalnkan pada peringkat awal dapt mengesan ketidakupayaan
seawal mungkin. (Huggtower & Brada, 1991).Selain dari itu ia juga dapat membantu
tahap potensi (Pisterse & Treloar dan Cairns; Uther & Brar, 1989). Intervensi menjadi
sukar jika kanak-kanak telah terlazim dengan tingkahlaku yang silap (Reid 1994).
Kelewatan memberi intervensi menyebabkan perbezaan kanak-kanak dengan rakan
sebaya dan boleh mengakibatkan kanak-kanak khas mempunyai konsep kendiri yang
rendah (Lawrence, 1987). Terdapat pelbagai program berdasarkan rumah, pusat dan
kombinasi rumah-pusat.
31
2.2 Kepentingan Intervensi Awal
Intervensi awal memberi pengalaman awal yang mempengaruhi semua fungsi organ.
Hasil interaksi seorang bayi dengan alam sekelilingnya selepas kelahiran memberi
tingkah laku yang positif. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengalaman awal yang
terhad akan gagal merangsang sistem sensorinya dan mungkin merosakkan sistem ini.
Sistem sensori seperti penglihatan bukan sahaja merosot akibat kurang atau tidak ada
persekitaran yang memberangsangkan pada peringkat awal tetapi menjejaskan sensori
lain seperti pendengaran. Bayi yang tidak diransang secara aktif maka pendengarannya

mungkin akan kurang sempurna.


Sebagai contohnya kanak-kanak autisma sensitif terhadap bunyi dalam
persekitaran. Mereka mungkin mendengar di bawah tahap normal dan sebahagian
bunyi
dianggap menyakitkan. Latihan integrasi bunyi iaitu mendengar muzik selama 10 jam
merupakan salah satu intervensi yang digunakan untuk mengurangkan tahap
sensitifnya.
Latihan penglihatan merupakan satu intervensi untuk menormalkan pandangannya.
Satu
daripada program yang popular dibentuk oleh Dr. Melvin Kapalan, termasuklah
memakai
prism atau lensa dan membentuk latihan pergerakan yang kelihatan untuk mengenali
dan
menormalkan sistem penglihatan (Edelson, 1999).
Perkembangan kemahiran-kemahiran tertentu adalah tertakluk kepada waktu
kritikal yang banyak berlaku pada tiga tahun pertama kehidupan seseorang. Intervensi
awal bukan sahaja dapat mengatasi masalah pembelajaran tetapi mengambil
kesempatan
waktu-waktu

kritikal

ini

untuk

mengembangkan

kemahiran-kemahiran

tertentu.

Intervensi
awal boleh diberikan kepada kanak-kanak autisme contohnya, seawal umur tiga tahun.
Reed (1994) mengatakan kanak-kanak yang mengalami autisma biasanya mempunyai
masalah yang berkaitan dengan kognitif, tingkah laku motor, ransangan sensori yang
luar
biasa, masalah pendengaran, sawan dan sindrom Fragile X. Umumnya autisma dapat
dilihat sebelum berumur tiga tahun yang memberi kesan kepada pencapaian kanakkanak
tersebut.
32
Intervensi awal dapat membantu kanak-kanak memperolehi perkembangan yang
tinggi. Kemahiran motor sensori contohnya deria sentuh dapat diransangkan apabila

dibekalkan dengan persekitaran yang memberangsangkan.


2.3 Faktor Etiologi Mempengaruhi Intervensi
Intervensi yang ingin diberikan kepada kanak-kanak yang mengalami autisme perlulah
berlandaskan kepada pengetahuan mengenai etiologi yang berkaitan. Kajian yang telah
dilakukan dan analisa terperinci terhadap masalah neurologikal kanak-kanak autisma
adalah penting dalam program pendidikan (Gallagher & Wiegerink, 1976). Kajian
tersebut menunjukkan bahawa kanak-kanak austistik mempunyai masalah dalam
pelbagai
bidang kognitif. Pengetahuan mengenai etiologi perlu diketahui supaya pencegahan
terhadap masalah kognitif (Coulder, 1996) dan kemungkinan boleh diaplikasikan dalam
intervensi pendidikan (Mac Millan, Greshaw & Sperstein, 1963).
Selalunya mereka tidak boleh menggunakan simbol (Pibram, 1970) dan ini adalah
salah satu sebab yang menyebabkan perkembangan bahasa mereka terbantut. Ini
ditambah pula dengan kurangnya penerimaan intergrasi stimuli yang konsisten dari
persekitaran. Ornitz dan Ritvo (1968) menyatakan adakalanya mereka tidak berupaya
menerima input sensori seterusnya tidak memberi respon kepada rangsangan. Kajian
yang
lain menunjukkan kanak-kanak autisma mempunyai masalah ingatan (Bryson, 1970,
1972) dan tidak dapat memahami peraturan untuk menghasilkan sesuatu kod
pembelajaran atau membuat generalisasi (Hermelin 1976).
Intervensi bagi kanak-kanak austistik boleh diberikan dari sudut dari sudut
perubatan dan pendidikan. Dari sudut perubatan, terdapat pelbagai terapi untuk
kanakkanak
yang mengalami autisma. Jika etiologi autisma disebabkan oleh genetik, maka
33
kaunseling genetik boleh diberikan kepada ibu bapa tersebut. Linus Pauling (1973) pula
menyatakan beberapa vitamin seperti vitamin B-kompleks , biotin,asid folik dan
sebagainya yang mencukupi perlu diambil sebagai satu terapi untuk mengatasi
masalah
neuro atau saraf. Pengambilan vitamin ini perlu mengikut masa yang dicadangkan agar

mereka mempunyai fungsi mental yang normal. Berdasarkan kenyataan Pauling,


Rimland
et. Al (1978) telah mendapati pengambilan vitamin yang berterusan dapat memberi
kesan
yang positif kepada kanak-kanak yang mengalami autisma.
Kaedah intervensi semasa adalah menggunakan kaedah pendidikan
memandangkan pendekatan kemahiran berstruktur adalah yang paling sesuai
menangani
masalah tersebut. Memandangkan sering terdapat masalah mengenalpasti beberapa
bidang yang mengalami kekurangan maka teknik yang berkesan pada seseorang
kanakkanak
autisma tidak semestinya berkesan kepada kanak-kanak autisma yang lain.
Bagaimanapun dalam melakukan intervensi terhadap kanak-kanak autisma, faktorfaktor
seperti hubungan guru murid, kematangan pelajar dan keadaan persekitaran juga
memainkan peranannya. Faktor-faktor ini boleh mempengaruhi intervensi di dalam
kelas.
Oleh itu guru sebagai pelaksana intervensi di sekolah perlu memainkan peranan utama
agar intervensi yang ingin dilakukan dapat berjalan dengan lancar.
2.4 Proses Intervensi Kanak-kanak Autisme
Sepanjang masa, kebanyakan keluarga telah mencuba pelbagai jenis rawatan
tradisional
dan bukan tradisional untuk mengurangkan tingkahlaku autisme dan meningkatkan
tingkahlaku yang bersesuaian. Walaupun sebahagian individu diberi ubat untuk
memperbaiki tingkahlakunya namun tiada ubat utama yang ditunjukkan berkesan
secara
konsisten dalam merawat simptom autisme. Ubatan yang paling luas digunakan adalah
ritalin yang diguna untuk merawat kurang tumpuan perhatian dan hiperaktif. Namun
tiada
34
kajian dijalankan untuk menunjukkan tahap keberkesanannya kepada mereka yang

mempunyai autisme (Edelson, 1999).


Dua jenis rawatan yang menerima sokongan empirikal adalah modifikasi
tingkahlaku atau Applied Behavior Analysis (ABA) dan penggunaan vitamin B6 dengan
tambahan magnesium. Modifikasi tingkahlaku merangkumi pelbagai strategi seperti
peneguhan positif dan time-out, untuk meningkatkan tingkahlaku yang bersesuaian
seperti
komunikasi dan tingkahlaku sosial dan untuk mengurangkan tingkahlaku yang tidak
bersesuaian seperti tingkahlaku mencederakan diri sendiri (Edelson, 1999).
Vitamin B6 yang diambil dengan magnesium telah menunjukkan peningkatan
dalam kesedaran dan tumpuan perhatian sehingga lebih kurang 45% daripada
kanakkanak
autisttik. Terdapat juga beberapa laporan mengenai beberapa zat makanan
pelengkap dan Di-methyigiycine (DMG). DMG banyak membantu ke arah tingkahlaku
yang baik dan terdapat banyak laporan anekdot untuk menggalakkan kemahiran
komunikasi (Edelson, 1999).
Sebahagian individu dengan autisme mempunyai jumlah yis yang berlebihan
yang dipanggil candida albicans dalam saluran usus mereka. Tahap tinggi candida
albicans mungkin menyumbang kepada faktor kepada masalah tingkahlaku mereka.
Satu
senario apabila kanak-kanak mendapat jangkitan dari telinga tengah, antibiotik yang
melawan jangkitan mungkin merosakkan sistem pengawalan jumlah yis dalam saluran
usus. Sebagai hasilnya yis akan tumbuh dan melepaskan toxin dalam darah dan toxin
ini
mungkin mempengaruhi tahap kefungsingan otak namun ia boleh dirawat sama ada
dengan perubatan yang ringan seperti penggunaan nystatin (Edelson, 1999).
Ketidaksuaian dan sensitif terhadap makanan telah mendapat perhatian sebagai
penyebab berlakunya tingkahlaku autisme. Banyak keluarga telah memerhati
perubahan
35
tingkahlaku yang baik apabila sebahagian makanan tidak diberi kepada kanak-kanak
autisme. Pengkaji mendapati kehadiran ketidaknormalan peptides berkemungkinan

kerana ketidakupayaan badan untuk memecahkan protein tertentu kepada asid amino.
Protein ini adalah gluten (seperti gandum,barli ,oats) dan casien (dalam susu manusia
dan
susu lembu). Ramai ibu bapa telah mengeluarkan bahan ini daripada diet anak dan
dilihat
membawa perubahan yang positif dalam kesihatan dan tingkahlaku (Edelson 1999).
Memandangkan kanak-kanak autisme mempunyai kekurangan daripada segi
sensori, maka teknik integrasi sensori diguna untuk merawat ketidakfungsian deria
rasa,
vestibular, dan propioceptive senses. Sebahagian daripada teknik tersebut termasuk
membuai di buaian dalam pelbagai cara untuk membantu menormalkan vestibular
senses
dan menggosok texture yang berlainan kepada kulit untuk deria sentuhan. Sebagai
tambahan, seorang wanita autisme, Dr. Temple Grandin, membentuk mesin peluk yang
memberi tekanan mendalam yang nampaknya mempunyai kesan tenang kepada
seseorang
(Edelson, 1999).
Kebanyakan individu autisme sensitif terhadap bunyi dalam persekitaraan.
Mereka mungkin mendengar di bawah tahap normal dan sebahagian bunyi yang
dianggap
menyakitkan. Latihan integrasi bunyi iaitu mendengar muzik selama 10 jam merupakan
salah satu intervensi yang diguna untuk mengurangkan tahap sensitifnya. Latihan
penglihatan merupakan satu intervensi untuk menormalkan pandangannya. Satu
daripada
program yang popular dibentuk oleh Dr. Melvin Kaplan, termasuklah memakai prism
atau lensa dan membentuk latihan pergerakan yang kelihatan untuk mengenali dan
menormalkan sistem penglihatan (Edelson,1999).
2.4.1 Intervensi Pendidikan
36
Sebagai pendidik, maka intervensi yang akan dijalankan adalah lebih tertumpu
kepada intervensi pendidikan. Rincover & Koegel (1975), Koegel & Rincover

(1976) dan Koegel et al (1977) telah menemui kemahiran yang penting yang perlu
dilakukan oleh guru untuk meningkatkan keupayaan guru mengajar kanak-kanak
autisma. Kemahiarn-kemahiran tersebut adalah kemahiran untuk menyampaikan
arahan dengan betul, kemahiran menggunakan peneguhan dengan berkesan,
kemahiran untuk membentuk tingkah laku pelajar yang baru, kemahiran
membimbing pelajar memberi respon dengan tepat, kemahiran menyediakan masa
interval antara tugasan juga kemahiran menonjolkan personaliti yang menarik.
Dalam kemahiran intrvensi kanak-kanak yang mengalami autisma ianya
harus meliputi bidang tingkah laku, komunikasi, persekitaran dan sosial. Ini
adalah kerana mereka mempunyai masalah yang ketara dan sering berlaku
berkaitan bidang-bidang tersebut.
2.4.2 Intervensi Tingkah Laku
Intervensi tingkah laku perlu dilakukan untuk menangani masalah tingkah laku di
kalangan kanak-kanak autisme. Intervensi tingkah laku yang akan diberikan ini
adalah merujuk kepada intervensi tingkah laku sebagaimana yang diperkenalkan
oleh Dr. O. Ivar Lovaas seorang ahli psikologi. Kaedah intervensi ini merupakan
terapi bersifat program berpusat rumah.
Ia dijalankan sebagai satu pasukan program di mana sekurang-kurangnya 3
orang yang telah menjalani latihan penuh terlibat. Ini untuk memastikan intervensi
yang dijalankan tersusun dan dapat berjalan dengan lancar dan jayanya. Kaedah
Lovaas mementingkan penyertaan daripada ahli keluarga. Ini bertujuan supaya
ahli keluarga dapat bersama-sama menjalankan intervensi dengan menggunakan
37
cara yang sama dengan ahli intervensi yang lain seterusnya memastikan
kesinambungan intervensi berlaku.
Semua kemahiran dipecahkan kepada kemahiran kecil yang boleh dicapai
dan diajar secara berstruktur. Secara tidak langsung, ini dapat meningkatkan
keyakinan diri kanak-kanak tersebut. Mereka perlu sering diberi pujian dan
peneguhan seperti makanan, minuman dan ganjaran sosial. Sebarang ganjaran
yang berupa benda atau makanan akan semakin berubah kepada ganjaran sosial
sesuai dengan perubahan pada tingkah laku kanak-kanak autistik.

Untuk mengurangkan atau menggantikan tingkah laku agresif, guru boleh


bertindak dengan tidak mempedulikan mereka atau memperkanalkan tingkah laku
sosial yang lebih diingini. Jika mereka telah menguasai tugasan asas, maka
bolehlah diperkenalkan intervensi yang lebih sukar. Apa yang perlu diingat
adalah intervensi yang dijalankan perlu berterusan dan konsisten.
2.4.3 Intervensi Komunikasi
Antara masalah utama kanak-kanak autistik adalah berkaitan dengan komunikasi.
Justeru beberapa teknik boleh digunakan dalam melaksanakan intervensi
komunikasi seperti teknik menggalakkan kontak mata, memberi ucapan,
menggalakkan respon kepada penggilan nama dan teknik khas untuk kanak-kanak
nonverbal.
Bagi menggalakkan kontak mata, guru boleh menggunakan benda atau
objek yang disukai oleh pelajar iaitu dengan memegang objek tersebut di depan
mata. Sebaik sahaja kanak-kanak memandang, bawa objek tersebut kepadanya.
Guru juga boleh menggunakan benda yang banyak untuk dimasukkan ke dalam
kotak. Pegang objek tersebut hampir dengan mata pelajar dan berikan kepadanya
38
jika objek tersebut dipandang. Guru juga perlu memastikan pelajar
memandangnya terlebih dahulu jika ingin dibimbing suatu objek dan
menggunakan sebarang permainan yang mewajibkan pandang sebelum permainan
tersebut dimulakan atau diteruskan.
Antara teknik memberi ucapan pula adalah memberi ucapan atau salam
kepada setiap kanak-kanak sebelum masuk ke dalam bilik darjah atau ruang.
Ucapan atau salam tersebut hendaklah diberi dengan penuh bersemangat
walaupun respon yang diterima tidak begitu menggalakkan. Nyanyian yang
mengandungi ucapan juga boleh digunakan terutamanya dengan melibatkan
kanak-kanak yang hampir.
Teknik menggalakkan respon kepada panggilan nama digunakan dengan
memanggil nama pelajar dari jarak dekat atau jauh. Panggil nama pelajar dari
jarak dekat dan dapatkan responnya manakala jika penggilan dibuat dari jarak
jauh perlu menyediakan seorang pembantu yang akan membantu pelajar

memfokus kepada orang yang memanggilnya iaitu guru.


Bagi kanak-kanak yang mengalami autisma nonverbal pula beberapa
teknik seperti penggunaan bahasa isyarat, pemilihan objek yang dikehendaki dan
memberinya kepada orang lain dan penggunaan gambar. Terdapat dua perkara
yang boleh dilakukan dengan gambar. Yang pertama adalah gambar yang
digunakan perlu dikaitkan dengan benda yang bersesuaian misalnya gambar
cawan bermaksud minum. Yang kedua pula adalah menggunakan gambar benda
yang disukai oleh pelajar dan diletakkan dekat dengan tempat duduk pelajar.
Setiap kali murid menyentuh gambar tersebut, benda yang berkaitan akan
ditunjukkan kepadanya sehinggalah akhirnya benda tersebut ditunjukkan lagi.
2.4.4 Intervensi Persekitaran
39
Kebanyakan kanak-kanak autistik amat sensitif atau peka terhadap persekitaran.
Maka intervensi yang berkaitan dengan persekitaran amat diperlukan untuk
membantub mereka menangani masalah tersebut. Persekitaran kelas merupakan
persekitaran utama semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Oleh itu
bahan pameraqn di dalam kelas perlu ringkas dan melibatkan bilangan item
minimum, juga perlu menggunakan hiasan yang ringkas serta berwarna lembut.
Jika kelas tersebut menerima pelawat, guru perlu mengingatkan pelawat
agar tidak bercakap, meminimumkan bunyi hentakan kaki, mengurangkan
pergerakan yang kesat dan juga pergerakan yang tiba-tiba. Guru juga perlu
mengadakan rutin dalam aktiviti kelas seperti menyediakan jadual aktiviti kelas
seperti menyediakan jadual aktiviti harian dan mingguan serta menguruskan
aktiviti-aktiviti tersebut mengikut pola yang sama.
Hadkan peralatan yang digunakan iaitu pelajar hanya menggunakan
peralatan yang minimun semasa melakukan semasa melakukan aktiviti agar
mereka dapat menguasai alatan tersebut dengan baik. Di samping itu, guru juga
perlu membantu kanak-kanak di sepanjang aktiviti seperti semasa memulakan,
membuat, menyelesaikan tugasan dan menyimpan benda atau alatan yang
digunakan.
2.4.5 Intervensi Kognitif

Intervensi kognitif adalah intervensi yang dilakukan untuk mengurangkan masalah


kanak-kanak yang mengalami autisma dari segi kognitif. Semasa menjalankan
intervensi, guru perlu mengambilkira cara pengendalian maklumat terutamanya
yang diberi secara lisan seperti mengelak dari memberi meklumat atau arahan
yang negetif. Guru juga perlu menggunakan arahan atau memberi maklumat
40
tugasan secara spesifik dan mengunakan prkataan atau bahasa yang tepat seperti
Kita akan pergi ke restoran, melihat menu dan meminta makanan yang kita
ingini dan bukan Kita akan pergi makan tengahari.
Selain daripada itu, guru juga boleh menggunakan media bukan bahasa
untuk menyampaikan maklumat seperti gambar, simbol, perkataan bertulis dan
warna. Contohnya kiu visual atau sensori menggunakan kad hijau sebagai tanda
mula dan kad merah tanda akhir sesuatu aktiviti digunakan untuk membantu
pelajar memahami konsep mula dan akhir aktiviti. Situasi ini memerlukan guru
membuat persediaan menyeluruh sebelum sesuatu aktiviti yang berlainan
dijalankan seperti menyediakan maklumat penting dan menggunakan penyokong
visual untuk membantu pelajar memahami had yang ditetapkan.
Pelajar perlu diberi pengalaman untuk membuat pilihan. Wujudkan dan
tawarkan peluang kepadanya untuk buat pilihan sepanjang hari. Objek maujud,
foto atau simbol boleh digunakan untuk menyokong soalan berkaitan pilihan.
Pelajar juga perlu dilatih berkomunikasi tentang masa dan konsep masa.
Walaubagaimanapun, maklumat yang terlalu abstrak dan jauh ke hadapan perlu
dielakkan. Gunakan kalendar untuk membolehkan kanak-kanak mengira hari
sebelum sesuatu peristiwa penting, juga menerangkan pembatalan, penangguhan
atau perubahan pada masa aktiviti. Guru juga perlu melatih pelajar menyediakan
jadual visual aktiviti harian atau mingguan dan jadual visual tugasan individu.
Selain daripada itu, guru boleh membantu memantau tingkah laku pelajar
mengikut masa.
Penerangan tentang mengapa sesuatu perkara berlaku perlu dilakukan.
Antaranya seperti menerangkan peristiwa dan interaksi sosial dengan mengunakan
41

lukisan dan tulisan, menggalakkan penggunaan gambar, cerita atau surat untuk
menyampaikan maklumat kepada orang lain.
2.5 Contoh Intervensi
Intervensi sewajarnnya dilakukan seawal mungkin. Oleh itu, antara contoh intervensi
awal terhadap kanak-kanak yang mengalami ciri-ciri autisma ialah sebagaimana yang
dijalankan di Alice H. Hayden Preschool, Universiti Washington. Di pusat ini, Illene S.
Schwartz, Felix F. Billingsley dan Bonnie M. Mc Bride telah memperkenalkan lima
strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan ketika menjalankan intervensi
awal. Strategi-strategi tersebut adalah :
2.5.1 Strategi Mengajar Kemahiran Sosial Dan Komunikasi
Kemahiran komunikasi dan interaksi sosial adalah penting.Justeru sistem
komunikasi menggunakan gambar (PECS-Picture exchange communications
system) digunakan untuk membantu pelajar yang tanpa kemahiran verbal
functionaluntuk berkomunikasi secara berkesan. Sistem ini menggunakan
gambar dan simbol (Bondy & Frost, 1994; Schwartz, Garfinkle & Bauer, 1988) di
mana cara ini lebih mudah difahami dan diterima terutamanya semasa proses
perolehan kemahiran pertuturan berlaku.
Guru juga telah menyediakan arahan secara tersusun dan sistematik dalam
melakukan kemahiran peniruan agar ianya lebih difahami. Aktiviti berbentuk
peniruan dilakukan sepanjang hari dan arahan yang digunakan adalah ringkas
tetapi tepat. Selain dari itu, peluang untuk kanak-kanak bermasalah autisma
berinteraksi dengan rakan sebaya yang lain dibina dengan menyediakan
permainan yang dapat melibatkan mereka secara bergilir-gilir seperti passing
42
toy. Aktiviti seperti ini dapat melatih mereka berkongsi permainan secara
perlahan-lahan.
2.5.2 Strategi Pengajaran Yang Dapat Mengekalkan Perjalanan Kelas
Dengan Lancar.
Supaya perjalanan kelas dapat berjalan dengan lancar, penglibatan rakan sebaya
dalam sebarang pengajaran adalah perlu untuk mengelakkan pelajar merasa
janggal. Prosedur pengajaran yang natural dilakukan dengan mengadakan aktiviti

yang menarik minat pelajar seterusnya menggalakkan interaksi di mereka. Guru


juga menggunakan petunjuk yang berlainan untuk memastikan setiap pelajar
menerima sokongan yang berbeza sesuai dengan keperluan mereka.
Bagaimanapun, sokongan hanya disediakan berdasarkan apa yang diperlukan
sahaja untuk mengelakkan pelajar terlalu bergantung kepada guru.
2.5.3 Strategi Mengajar Dan Menyediakan Peluang Untuk Berdikari.
Pelajar diberi peluang dan diajar membaut pilihan bila perlu dalam usaha untuk
mengajar mereka berdikari. Justeru adakalanya guru menggunakan jadual
bergambar untuk aktiviti harian supaya pelajar dapar belajar mengikut urutan dan
tempoh aktiviti seterusnya memudahkan pertukaran aktiviti, juga meningkatkan
penglibatan pelajar. Struktur untuk membolehkan pelajar mencuba aktiviti dan
alatan baru disediakan dari semasa ke semasa dan akan diubah apabila pelajar
telah menguasai aktiviti dan jadual tersebut.
Guru turut memberi peluang kepada pelajar untuk membalas percakapan
guru terutamanya di kalangan pelajar non verbal supaya keyakinan diri mereka
dapat ditingkatkan. Guru juga memberikan ekspektasi yang tinggi kepada semua
43
pelajar dengan cara meraikan kejayaan pelajar walaupun sedikit, memberikan
pujian atau galakan dan sentiasa memberi bantuan berdasarkan potensinya dan
bukan kekurangannya supaya setiap pelajar berupaya mencapai kejayaan.
2.5.4 Strategi Membina Komuniti Kelas Yang Melibatkan Semua Pelajar
Strategi ini menggunakan aktiviti yang dapat menggalakkan pelajar menggunakan
keupayaannya seperti merancang aktiviti open-ended, menggunakan peralatan
yang pelajar sukai, menggalakkan respon pelajar dan menunjukkan aktiviti kepada
kekuatan pelajar. Setiap pelajar diberi peluang yang sama rata untuk memainkan
peranannya semasa beraktiviti berdasarkan giliran dan perlu berinteraksi
terutamanya ketika meminta sesuatu alat permainan.
2.5.5 Strategi Menggalakkan Kemahiran Generalisasi Dan Kemahiran
Pengekalan
Strategi ini menumpukan kepada kemahiran harian. Kemahiran dalam pelbagai
situasi diberikan dengan mengutamakan aktiviti yang digemari pelajar bagi

membolehkan aktiviti tersebut dijalankan berulang kali. Kemahiran tersebut


dikekalkan untuk menjadi peneguh kepada aktiviti yang lain. Arahan yang
diberikan oleh guru perlu menggunakan bahan yang biasa atau telah diketahui
namun begitu perlu dapat menggalakkan pelajar menggunakannya dalam seting
yang berbeza dan menggunakan petunjuk arahan jika ia didapati agak sukar
44
3. KESIMPULAN
Autisme merupakan satu kecelaruan yang kompleks dan keperluan individu ini adalah
pelbagai. Setelah 50 tahun kajian dijalankan secara pendekatan trdisional dan moden
untuk membolehkan kita memahami dan melayan individu autistik. Adalah penting
untuk
menyatakan bahawa ibu bapa dan para profesional mula menyedari bahawa sindrom
autisme boleh dirawat di mana terdapat banyak intervensi yang dapat membuat
perbezaan
yang sigfinikan (Edelson, 1999).
Individu autisme mungkin tidak banyak beza berbanding dengan kanak-kanak
yang normal dari segi penampilan fizikal. Namun begitu, apabila pemerhatian yang
berfokus dibuat maka ternyata pemerhati akan nampak kelainan yang ada pada
kanakkanak
ini. Walaupun pelbagai kenyataan akan puncanya, namun hingga kini masih belum
mempunyai jawapan yang muktamad. Walaupun kanak-kanak autisme kurang upaya
dalam banyak perkara, namun begitu individu autisme memang terkenal dengan
puzzles.
Teknik pengajaran yang betul dan sesuai dengan kanak-kanak autisme akan
membolehkan kanak-kanak istimewa ini memperolehi ilmu pengetahuan tanpa
halangan
dengan sempurna (Artwood, 1998). Logo untuk kumpulan sokongan ibu bapa bagi
Autism Society of America, merupakan gambar seorang kanak-kanak dalam bentuk
puzzle. Kebanyakan puzzle berada di atas meja tetapi kita masih cuba untuk mencari
jalan

bagaimana untuk mencantumkannya. Sebagai manusia normal perlulah direnung


kembali
dan sentiasa berfikiran positif bahawa kepingan puzzle ini boleh menjadi pelbagai
bentuk
puzzle yang berbeza.
45
Sebagai rumusan kanak-kanak bermasalah pembelajaran harus menerima bantuan
pada usia seawal mungkin, selepas dikenal pasti kategori kecacatannya. Tujuannya
adalah
untuk membantu mereka memperkembangkan potensi pada tahap yang maksimum.
Intervensi awal adalah peringkat pertama dalam proses persediaan kanak-kanak untuk
hidup dalam masyarakat dan proses ini berterusan.
4. BIBLIOGRAFI
46

You might also like