You are on page 1of 7

9.

ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH

9.1

Program Unit Beruniform di Sekolah Rendah

Diperkenalkan kepada murid-murid tahun 4, 5 dan 6.

Antara unit beruniform yang selalunya ada di sekolah rendah ialah Kadet Remaja
Sekolah, Pengakap, Pandu Puteri, Kadet Polis, Bulan Sabit Merah Malaysia.

9.2

Merancang Program

BIL

Tarikh

AKTIVITI

TINDAKAN

.
1.

Mesyuarat Agong 2015


-Perlantikan jawatan kuasa baru 2015

2.

Sejarah dan Ikrar PBSM

3.

Lagu PBSM- salin lirik dan hafal

4.

Asas Pertolongan Cemas- Menyalin nota

5.

Ikatan Anduh dan Balutan

Semua guru
penasihat

-Belajar cara-cara ikatan dan balutan


6.

Kawad Kaki- Belajar asas kawad kaki

7.

Kuiz Kesihatan- Umum

8.

Jenis-jenis Penyakit- Menyalin nota

9.

Panduan Rawatan Kecemasan- Teori dan


praktikal

10.

Ubat-ubatan- Menyalin nota

11.

Gotong- royong bilik darjah dan

Semua guru

persekitaran sekolah

penasihat

Mesyuarat Penutup 2015- Laporan aktiviti

Semua guru

2015 dan perancangan 2016

penasihat

12.

9.3

Program Jangka Pendek dan Panjang

Tahap 1 Tahun 4

Pendidikan palang merah dan bulan sabit merah (10 jam)


Sesi 1 : Pengenalan ringkas Palang Merah dan Bulan Sabit Merah

Lambang BSSM, Palang Merah dan Kristal Merah

Lagu BSSM

Ikrar (umum untuk semua acara)

Cogan Kata/Motto (Berkhidmat/To Serve)

Pakaian BSSM

Sesi 2 : Sejarah ringkas asal usul PM/BSSM

Pengasas PM/BSSM , Jean Henry Dunant

Peperangan di Solferino

Kelahiran Palang Merah

Kelahiran / Sejarah BSSM


-

Palang Merah bermula di Sarawak sebagai cawangan


Palang Merah British ditubuhkan pada 19 Disember 1947 dan Borneo
Utara (sekarang Negeri Sabah) tahun 1948. selepas itu diikuti oleh
beberapa Cawangan di Malaya (sekarang Semenanjung Malaysia ).

Selepas kemerdekaan dalam tahun 1957 Persekutuan Tanah Melayu


menubuhkan Persatuan Palang Merah Tanah Melayu di bawah Akta
Parlimen.

Persekutuan Palang Merah Malaysia termasuk Sabah dan


Sarawak ditubuhkan selepas penubuhan Negara Malaysia dalam tahun
1963

Tukar nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dalam tahun
1945.

Sesi 3 : Menghayati 7 Prinsip Palang Merah/Bulan Sabit Merah

1) Kemanusiaan
2) Kesaksamaan
3) Keberkecualian
4) Kebebasan
5) Khidmat Sukarela
6) Ketunggalan
7) Kesejagatan
Sesi 4 :Aktiviti-aktiviti kegemaran, perhubungan, perpaduan, dan nilai-nilai murni
kemanusiaan untuk keamanan dunia.

Membuat kad ucapan (wajib) dn pilih salah satu aktiviti lain seperti :
-

9.4

Membuat album/kumpul setem


Membuat buku skrap
Mengumpul/menyusun kaset/ CD lagu-lagu/nyanyian
Gambar lukisan dan poster
Kegemaran-kegemaran lain yang sesuai

Skim Latihan

Aktiviti

Rasional

Latihan kawad kaki

Menerapkan kemahiran kawad kaki kepada setiap


anggota.

Perkhemahan

Menguji kekuatan fizikal dan mental

Solo camping

Membina hubungan sosial dengan rakan.

Meredah hutan

Meredah sungai

Mengeratkan ikatan silaturahim dan memupuk


kerjasama antara rakan kadet

Pertolongan cemas

Persediaan ini penting bagi menghadapi sebarang


kemungkinan berlakunya kes-kes kecemasan yang
berlaku di rumah atau di mana-mana tempat.

Ikatan tali

Ikatan dan simpulan memainkan peranan yang penting


dalam sesuatu kerja menyelamat. Ikatan semasa
membuat balutan haruslah kemas supaya menyenangkan
pakar paramedik. Selain itu, kemahiran dan teknik ikatan
boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

9.5

Simpulan dan ikatan


asas

Simpulan buku sila

Ikatan manuk

Ikatan balak

Refleksi Mikro Kokurikulum

Konsep Pengajaran Mikro


-

memperkenalkan guru pelatih secara ansur maju dengan aktiviti yang kompleks
fokus kepada pengajaran khusus
maklum balas dimantapkan dengan penggunaan video dan borang penyeliaan

Tujuan Pengukuhan
-

Menggalakkan pelajar menjawab soalan

Mengemukakan cadangan

Melibatkan pelajar dalam perbincangan kelas

Peneguhan positif
-

Ganjaran digunakan untuk memotivasikan

Memberikan pujian dan penghargaan

Galakkan murid bertindak positif

Peneguhan negatif
-

Rangsangan yang buruk seperti tahan dalam kelas


Beri pilihan kepada

murid samada nak peneguhan negatif atau tindakan

sewajarnya
9.6

Pesanan, Galakan dan Motivasi

Definisi Galakan dan Motivasi

Galakan

Semangat atau dorongan yg diberikan supaya terus maju dan lain-lain;


sokongan dari segi moral. (Kamus Pelajar DBP, 2008)

Motivasi:

Sesuatu yang membuat atau mendorong seseorang berusaha atau


melakukan sesuatu degan penuh minat. (Kamus Dewan, 2005)

Motivasi adalah aras insentif yang terdapat pada seseorang dalam usaha
untuk mencapai matlamat yang berkait rapat dengan keinginan untuk

mencapai kecemerlangan dalam setiap usaha yang dilakukan (Mohd


Zaabadan, Zuraida, 2004).
Kepentingan Memberikan Galakan dan Motivasi:

Menggalakkan penyertaan murid dalam Unit Beruniform.

Meningkatkan keinginan murid-murid untuk mencapai kejayaan dalam Unit


Beruniform.

Mewujudkan keghairahan murid untuk belajar dan bergiat aktif dalam Unit
Beruniform.

Mengalakkan perkembangan individu secara holistik.

Cara-cara untuk memotivasikan murid

Mewujudkan Unit Beruniform yang sesuai dengan minat murid.

Menjelaskan secara terperinci tujuan sesuatu Unit Beruniform diwujudkan dan


kepentingannya kepada murid.

Mewujudkan persekitaran yang selamat semasa menjalankan aktiviti Unit


Beruniform.

Memastikan setiap murid rasa diterima dalam Unit Beruniform yang dianggotai
oleh murid tersebut.

Memperkenalkan / Melakukan aktiviti-aktiviti yang menarik dalam setiap


perjumpaan Unit Beruniform.

Menjadikan pembelajaran setiap topik dalamkurikulum Unit Beruniform lebih


menarik dan sesuai dengan minat murid.

Melibatkan murid-murid secara aktif dalam setiap pembelajaran/aktiviti dalam


Unit Beruniform.

9.7

Cintakan Pertubuhan Sukarela

Konsep Kerja Sukarela

Kerja sukarela lahir di dalam diri seseorang (cetusan dalaman)

Suatu proses pendidikan dan pembelajaran

Suatu bentuk penyertaan aktif warganegara dalam isu-isu dan kepentingan


bersama

Prinsip-prinsip Sukarela

Sedia berkongsi maklumat, pengetahuan, pengalaman, dan kemahiran dengan


pihak yang memerlukan (sedia membantu, tidak kedekut)

Berkhidmat tanpa pilih kasih atau diskriminasi

Menyumbang atau berkongsi tanpa mengharapkan balasan material

Mesti bertolak daripada keadaan dan keperluan kumpulan sasar (bukan daripada
sikap, keadaan, kemahuan sukarelawan bermula dari komuniti)

Melibatkan kumpulan sasar dalam sebarang keputusan dan tindakan (komuniti


harus sama-sama terlibat aktif, cuba dapatkan penyertaan mereka..)

Manusia / insan sumber utama dalam kerja sukarela (bukan duit, bukan pangkat,
atau kedudukan..)

Setiap orang boleh bersukarela / berkongsi / menyumbang sesuatu

Ciri-Ciri yang harus diterapkan

Bersedia dan suka berkhidmat


Bertimbang rasa
Faham dan jelas sebab2 menceburkan diri dalam kerja sukarela
Sedia berkongsi
Bersikap rendah hati (humble)
Mempunyai andaian2 (assumptions) dan tanggapan positif terhadap kumpulan

sasar dan masyarakat


Suka belajar dan bersedia memperbaiki diri
Sanggup menghadapi cabaran dan rintangan
Bersemangat dan teguh meskipun tidak
pengiktirafan orang

mendapat

penghargaan

dan

You might also like