You are on page 1of 11

PENGENALAN

Pengurusan wad bermula daripada pesakit melangkah kaki dan mendaftar di


mana-mana Pusat Kesihatan tidak mengira samada dari pihak kerajaan mahupun swasta.
Pengurusan yang efisien dan selamat membolehkan pesakit dapat menjalani rawatan
dengan lebih sempurna dan berjaya. Pengurusan yang lancar terutamanya di dalam wad
dapat mengelakkan daripada berlakunya kecuaian yang boleh menyebabkan pesakit
hilang keyakinan kepada sesebuah agensi kesihatan.
Selain dari pengurusan wad, penjagaan keselamatan pesakit di wad juga mestilah
di ambil berat oleh semua kakitangan dalam sesebuah wad. Ini dapat mengelakkan
daripada terjadinya kecederaan kepada pesakit yang boleh menyebabkan pesakit
mengalami komplikasi dan menjejaskan intervensi rawatan yang akan diberikan.

1 | Page

PENCARIAN LITRATURE

1. Impact of extended-duration shifts on medical errors, adverse events, and


attentional failures. Barger LK, Ayas NT, Cade BE, et al. (December 2006).
2. Laporan Tahunan 's Kualiti dan Keselamatan 2007 mendapati bahawa komunikasi
yang tidak mencukupi antara penyedia penjagaan kesihatan, atau di antara
pembekal dan ahli-ahli pesakit dan keluarga, adalah punca kepada lebih separuh
kejadian-kejadian buruk yang serius di hospital-hospital yang diiktiraf .Laporan
Tahunan Suruhanjaya Bersama mengenai Kualiti dan Keselamatan
2007: Meningkatkan Hospital Amerika (Accessed 2008-04-09)
3. The Institute of Medicine (2004) report found low health literacy levels
negatively affects healthcare outcomes The Institute of Medicine: Health
Literacy: A Prescription to End Confusion (2004)
4. In particular, these patients have a higher risk of hospitalization and longer
hospital stays, are less likely to comply with treatment, are more likely to make
errors with medication. Terry C. Davis, PhD; Michael S. Wolf, PhD, MPH; Pat
F. Bass III, MD; Jason A. Thompson, BA; Hugh H. Tilson, MD, DrPH;
Marolee Neuberger, MS; and Ruth M. Parker, MD (29 November
2006). "Literacy and Misunderstanding Prescription Drug Labels". Annals
of Internal Medicine
5. Ten years after a groundbreaking Australian study revealed 18,000 annual deaths
from medical errors .Wilson RM, Runciman WB, Gibberd RW, Harrison BT,
Newby L, Hamilton JD (November 1995). "The Quality in Australian Health
Care Study"

2 | Page

6. The Department of Health Expert Group in June 2000 estimated that over 850,000
incidents harm National Health Service hospital patients in the United
Kingdom each year. On average forty incidents a year contribute to patient deaths
in each NHS Institution Department of Health Expert Group (2000). "An
organisation with a memory". Department of Health, United Kingdom
7. In 2004, the Canadian Adverse Events Study found that adverse events occurred
in more than 7% of hospital admissions, and estimated that 9,000 to 24,000
Canadians die annually after an avoidable medical error. G. Ross Baker, Peter G.
Norton, et al. (2004). "The Canadian Adverse Events Study: the incidence of
adverse events among hospital patients in Canada"

3 | Page

PERBINCANGAN / HUJAH

PENGURUSAN WAD
Kecekapan seseorang staf dalam pengurusan wad dapat menjadikan sesuatu wad
penting bagi pesakit untuk mendapat kemudahan dan rawatan yang setimpal dan
sempurna. Pengurusan di wad lebih menfokuskan untuk memberikan penjagaan
kejururawatan sepanjang masa sehingga pesakit pulih atau discaj dari wad
Profesionalisme seseorang staf itu dalam menguruskan wad dapat mengelakkan
daripada terjadinya gejala yang tidak diingini kepada pesakit. Berikut merupakan objektif
pengurusan wad

Objektif pengurusan wad


Untuk memberikan perkhidmatan penjagaan kejururawatan yang berkualiti dan
terbaik secara menyeluruhkepada semua pesakit di wad
Membantu staff dalam mencapai tahap tertinggi dalam kepuasan pelanggan dan juga
kepuasan diri sendiri ketika berkhidmat.
Menyediakan suasana wad yang bersih, kondusif dan selamat kepada semua pesakit.
Ini dapat mengelakkan pesakit daripada mendapat jangkitan, kecederaan dan
kecelakaan. Pengurusan wad yang berkesan dapat mengurangkan komplikasi kepada
pesakit yang disebabkan oleh kecuaian staff.
Memberikan kemudahan asas yang terbaik seiring dengan kehendak serta keperluan
pesakit tanpa menimbulkan kesulitan kepada semua staff.
Melancarkan segala jenis pengurusan di dalam wad sehingga pesakit di discaj
daripada wad tersebut.
Pengurusan wad yang cemerlang semestinya menuntut kecekapan kepada seluruh ahli
anggota wad. Ianya bermula daripada pihak pendaftar pesakit, attendan yang membawa
pesakit ke katil, jururawat yang menjaga keperluan kejujurawatan, doktor yang
melakukan intervensi rawatan hinggalah kepada pakar dalam sesebuah bidang itu.
4 | Page

Terdapat beberapa komponen-komponen yang sangat penting yang perlu diambil berat
oleh semua anggota yang terlibat.
Antaranya ialah :Komponen-komponen pengurusan wad
i.

Penjagaan pesakit.
a. Penjagaan pesakit yang merangkumi aktiviti penjagaan kejururawatan
terbaik kepada pesakit. Perawat mestilah peka dan mengambil berat
mengenai keselesaan dan kesesuaian pesakit kepada keadaan di dalam
wad.
b. Selain itu, keperluan dan perjalanan rawatan atau penjagaan kepada
pesakit juga perlu di titik beratkan.
c. Mengambil tahu dalam perjalanan sesebuah intervensi rawatan perubatan
kepada pesakit. Perawat mestilah membantu dan bekerjasama dalam
melakukan prosedur, menyediakan dan menyiapkan peralatan perubatan,
membantu dalam memberikan ubatan kepada pesakit dan berkerjasama
dalam mengadakan rawatan kepada pesakit.
d. Mengadakan perbincangan sesama staff di dalam wad mengenai keadaan
semasa pesakit dan wad untuk mengetahui sebarang masalah dan berusaha
untuk menyelesaikannya tanpa melibatkan sebarang komplikasi
terutamanya kepada pesakit.
e. Malahan, ahli keluarga pesakit juga akan dimaklumkan mengenai keadaan
semasa pesakit untuk mengekalkan dan menambahbaik kesihatan pesakit

ii.

terutamanya dalam menjalani rawatan perubatan pesakit ketika di rumah.


Pengurusan oleh personnel kesihatan
a. Personnel kesihatan seperti pakar, pegawai perubatan, ketua jururawat dan
jururawat mempunyai waktu dan masa masing-masing untuk melihat
pesakit. Sebagai contoh, ward round yang dilakukan oleh pakar pada
setiap hari akan diberi keutamaan sebelum keputusan bagi sesebuah
intervensi rawatan diberikan kepada pesakit.
b. Personnel sokongan seperti unit-unit luar antaranya unit jantung, unit
hemodylisis, unit hematologi dan sebagainya akan membantu dalam
perawatan pesakit jika diminta oleh pihak yang berkaitan dan berautoriti.
5 | Page

iii.

Bekalan dan peralatan yang mencukupi di dalam wad.


a. Setiap hospital di Malaysia mempunyai organisasi masing-masing yang
berkerjasama dalam menguruskan keperluan alatan dan bekalan yang

iv.

mencukupi.
Pengurusan penjagaan kebersihan persekitaran di dalam wad.
a. Kebersihan dalam wad sangat penting kerana ini akan membantu dalam
kesembuhan pesakit. Ini kerana, tempat yang kotor akan mempunyai
mikroorganisma yang boleh menyebabkan jangkitan kepada pesakit.
b. Pihak yang ditugaskan contohnya seperti pihak Faber Medical Serve di
Hospital Raja Permaisuri Bainun menyediakan keperluan keseluruhan

v.

kepada pesakit.
Pengurusan barangan domestik
a. Pengurusan barangan domestik seperti sisa bahan klinikal, pembekalan air
yang selamat, pencegahan daripada radiasi, dan sebagainya akan dipantau
untuk menjadikan kawasan wad menjadi selamat dan kondusif.

PENJAGAAN KESELAMATAN PESAKIT


Keselamatan pesakit di wad sememangnya amat penting dalam proses perawatan
Sekiranya pesakit tidak mendapatperlindungan keselamatan ketika berada di wad, ini
akan menyebabkan banyak komplikasi kepada pesakit. Sebagai contohnya, sekiranya
pesakit yang tidak mampu berjalan, tidak mendapat bantuan ataupun pertolongan untuk
bergerak ketika di wad, pesakit mungkin akan terjatuh dan mendapat komplikasi

6 | Page

Hasil penjagaan pesakit adalah lebih selamat dan lebih baik apabila pesakit , ahli
keluarga atau penjaga mereka dapat menyertai proses penjagaan dan membuat keputusan
penjagaan bersama dengan hospital. Perkongsian penjagan dan penglibatan didalam
perancangan rawatan pesakit menepati ekspektasi budaya,kepercayaan-kepercayaan
kerohanian dan agama pesakit dan ahli keluarga mereka.
Adalah menjadi tanggungjawab staf di wad memperuntukkan polisi yang termaktub oleh
KKM dan proses proses yang menyokong hak-hak pesakit dan ahli keluarganya semasa
penjagaanNdan perawatan mereka
Majlis Keselamatan Pesakit Malaysia adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan pada
tahun 2003 untuk menerajui usaha negara dalam meningkatkan keselamatan pesakit
dengan mewujudkan perkongsian pintar untuk keselamatan pesakit melalui:
i)

Meningkatkan kesedaran isu-isu keselamatan pesakit dalam sistem penjagaan

ii)

kesihatan Malaysia
Membolehkan, memberi, dan motivasi pihak yang berkepentingan untuk
mengambil tindakan yang positif untuk menggalakkan keselamatan pesakit
dalam penyampaian penjagaan kesihatan

Majlis Keselamatan Pesakit Malaysia juga berperanan


i)

Nasihatkan Menteri Kesihatan YAB mengenai dasar-dasar keselamatan pesakit

ii)

negara, strategi dan pelan tindakan


Mempromosi dan memudahkan kerjasama di peringkat nasional, serantau dan

iii)
iv)

antarabangsa dalam keselamatan pesakit.


Menggalakkan pelaksanaan bukti berasaskan strategi keselamatan pesakit
Memantau dan menilai kemajuan dan pencapaian dalam matlamat keselamatan
pesakit negara.
7 | Page

Majlis Keselamatan Pesakit Malaysia juga menekankan konsep PATIENT SAFETY


GOALS iaitu
1. To implement Clinical Governance
2. To implement 1st Global Patient Safety Challenge: "Clean Care is Safer Care"
3. To implement the 2nd Global Patient Safety Challenge: "Safe Surgery Saves Lives"
4. To implement the 3rd Global Patient Safety Challenge: "Tackling Antimicrobial
Resistance"
5. To improve the accuracy of patient identification
6. To ensure the safety of transfusions of blood and blood products
7. To improve medication safety
8. To improve clinical communication by implementing critical value program
9. To reduce patient fall
10. To reduce the incidence of health care associated pressure ulcer
11. To reduce Catheter Related Bloodstream Infection (CRBSI)
12. To reduce Ventilator Associated Pneumonia (VAP)
13. To implement the Patient Safety Incident Reporting and Learning System

Selain daripada itu, pihak hospital juga telah mewujudkan beberapa peraturan dimana
akan memberikan jaminan mengenai keselamatan pesakit. Diantara peraturan tersebut
adalah:

Pas pelawat mengikut tingkat, wad dan warna telah disediakan dan ditentukan
tempoh melawat. Pas ini diberi kepada pelawat selepas waktu melawat yang

ditetapkan.
Pas Am juga disediakan bagi pelawat yang berurusan dengan anggota
bagi hal-hal pentadbiran sahaja. Borang khas juga disediakan

hospital

dan pelawat perlu

mengisi dan mendapatkan tandatangan anggota hospital yang ditemui semasa

mereka pulangkan pas am berkenaan.


Keselamatan Dalam Wad
Anggota hospital diarah memakai pakaian seragam dan pas pekerja
semasa bertugas.

8 | Page

Orang awam dibenarkan masuk wad pada masa-masa melawat sahaja


kecuali diberi pas pelawat.
Pegawal Keselamatan ditempatkan di wad bersalin, SCN dan wad kanakkanak.
Bayi yang baru lahir dan pesakit yang tidak sedar diri akan diikat tag
pada tangannya untuk memudahkan pengesanan.

Keselamatan Hartabenda Pesakit/Orang Awam


Pesakit-pesakit tidak dibenarkan membawa hartabenda yang berharga.
Jika telah membawa, mestilah mengaturkan sendiri untuk membawa
pulang atau mengaturkan dengan pegawai yang menjaga unit tersebut.
Jika berlaku kehilangan/kerosakan mestilah mengadu dengan segera
kepada pegawai yang menjaga unit berkenaan.
Pihak hospital tidak bertanggungjawab di atas kehilangan, kecurian atau

kerosakan hartabenda orang awam.


Keselamatan Pesakit Tahanan/Banduan
Mereka sentiasa digari kepada pegawai polis/penjara atau ke objek lain yang sesuai.
Hanya seorang tahanan dibenarkan menemui doktor pada satu masa dan diiringi oleh
pegawai polis/penjara.
Pelawat tidak dibenarkan kecuali dibenarkan oleh pegawai polis atau penjara.

9 | Page

RUMUSAN
Pengurusan wad yang cemerlang dan efisien dapat memudahkan seseorang pesakit untuk
mendapatkan rawatan. Kemudahan kepada pesakit akan dapat menjadikan pesakit lebih
bersedia untuk diberikan intervensi rawatan. Selain itu, semua komponen-komponen
dalam pengurusan wad mestilah diambil tahu oleh semua staf-staf yang berkaitan.
Selain itu, keselamatan pesakit ketika berada di wad juga mestilah diambil berat oleh
semua staf. Ini, dapat mengelakkan daripada terjadinya perkara yang tidak diingini
kepada pesakit. Malahan, kerajaan Malaysia dengan adanya Majlis Keselamatan Pesakit
Malaysia sedaya upaya untuk menyediakan perlindungan dan keselamatan kepada
pesakit.

10 | P a g e

RUJUKAN
1. http://patientsafety.moh.gov.my
2. https://kempas.malaysia.gov.my
3. http://htan.moh.gov.my/v1/htdocs/POLISI%20HOSPITAL%2013%20HAK
%20PESAKIT.pdf
4. Incident Reporting & Learning System manual, Medical Care Quality Section,
Medical Development Division,Ministry of Health Malaysia
5. A Nurse's Survival Guide to Leadership and Management on the Ward, 2nd
Edition, J.Thomas 2012
6. Ward Management In Practise, Jeniffer Mackenzie, Churchill Livingstone, 1998

11 | P a g e

You might also like