You are on page 1of 5

JURNAL MINGGU KESEMBILAN

PENULISAN JURNAL
FASA 3/2015
MINGGU : 9 PRAKTIKUM
TARIKH : 5 April 2015 hingga 9 April 2015
TAJUK : PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR YANG TERHAD
PERMASALAHAN
Sepanjang saya menjalani praktikum di sekolah ini, saya menghadapi
masalah dalam penggunaan bahan bantu mengajar, terutamanya dalam mata pelajaran
Matematik untuk murid-murid tahun 4 Bestari dan 4 Arif iaitu kelas yang saya mengajar.
Bahan bantu mengajar yang saya gunakan sewaktu mengajar agak terhad kerana ada
masanya saya tidak mendapat idea yang lebih kreatif untuk menghasilkan bahan bantu
mengajar yang sangat menarik. Keadaan ini membuatkan murid-murid mudah bosan
dan kurang memberi tumpuan di dalam kelas. Secara tidak langsung proses PdP agak
hambar.
ANALISIS
Setelah saya membuat refleksi terhadap sesi pengajaran yang saya jalankan,
saya telah dapat mengesan faktor mengapa saya mengalami masalah bahan bantu
mengajar yang terhad. Hal ini ialah kerana saya tidak mendapat idea yang lebih kreatif
untuk menghasilkan bahan bantu mengajar yang sangat menarik. Pada permulaan sesi
PdP, tidak dinafikan bahawa saya kurang menggunakan bahan bantu mengajar dan
saya lebih banyak menerangkan kepada murid tentang topik pada hari tersebut. Pada
pandangan saya, aktiviti penerangan tersebut, akan membuatkan murid-murid lebih
mudah faham. Pada hakikatnya, murid-murid ini akan mudah bosan dan hilang
tumpuan.

Saya

juga

kurang

menggunakan

ICT

di

dalam

aktiviti

PdP.

Kanak-kanak tidak boleh memberikan tumpuan dalam masa yang lama. Mereka hanya
dapat memberi tumpuan disekitar 20 minit awal interaksi sahaja. Mereka akan mudah

bosan dan tidak fokus di dalam kelas. Apabila keadaan ini terjadi secara tidak langsung
akan mengganggu perjalanan proses PdP. Mereka lebih suka sesuatu aktiviti yang
seronok, seperti menyanyi, permainan, dan sebagainya.
Kelemahan ini, sedikit sebanyak mengganggu proses PdP saya dan hasil pembelajaran
yang dirancang ada kalanya agak tidak tercapai sepenuhnya. Keadaan ini terjadi
adalah

berkemungkinan, kerana

saya

kurang

kreatif

dalam

pembinaan

dan

penggunaan bahan bantu mengajar. Selain itu, saya juga tidak yakin dengan
penggunaan bahan bantu mengajar seperti permainan kepada murid.
CADANGAN
Tujuan penggunaan BBM ini adalah untuk memudahkan murid-murid memahami
atau membantu mereka ke arah pembentukan konsep yang betul.dengan adanya BBM,
murid-murid dapat menerima pembelajaran dengan cepat dan membantu tanggapan
(konsep) yang tepat. Apabila guru-guru memilih sesuatu BBM untuk digunakan dalam
pengajaran

mereka,

seharusnya

mempunyai

pengetahuan

tentang

jenis-jenis

rangsangan yang hendak digunakan dan penggunaan media yang sesuai untuk
digunakan dalam proses pengajaran agar dapat meninggalkan kesan.
Mengikut penyelidikan yang telah dibuat oleh pakar-pakar alat pandang dengar,
konsepkefahaman dan pengetahuan yang diperolehi oleh manusia, 75% adalah
diperolehi melalui deria pandang, 13% daripada deria dengar, 6% daripada deria
sentuh, 3% daripada deria rasa, 3% daripada deria bau.( Mok Soon Sang, Lee Shok
Mee : 1986 )
Berdasarkan kajian di atas, bolehlah dikatakan bahawa pancaindera pandang
dan dengar merupakan dua saluran indera yang penting sekali dalam proses
pembelajaran, terutama bagi murid-murid di sekolah rendah. Oleh yang demikian
sumber pengajaran dan pembelajaran ( bahan bantu mengajar ) khasnya alat pandang
dengar, memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
terutamanya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kelas KSSR.

Bagi mengatasi masalah ini, saya ada melakukan sedikit perbincangan dengan
rakan-rakan praktikum saya di sekolah lain yang mengajar topik dan tahun yang sama.
Saya berbincang dengan mereka bagaimana bentuk bahan bantu mengajar yang
dirasakan dapat menarik minat murid. Keadaan seperti ini adalah tidak sepatutnya
terjadi. Hal ini kerana, bahan bantu mengajar merupakan satu media pengajaran yang
boleh membantu guru dan membolehkan murid lebih memahami ilmu yang diajar.
Pemilihan bahan bantu mengajar yang betul dan sesuai adalah amat penting untuk
menjadikan proses P&P lebih berjalan dengan lebih berkesan.

1. Pemilihan bahan.
Pemilihan bahan bantu mengajar haruslah selaras dengan objektif pembelajaran
murid pada hari tersebut. Bahan bantu mengajar yang sesuai dapat membantu murid
lebih memahami pengajaran yang diajar pada hari tersebut. Bahan haruslah
mengandungi unsur-unsur yang berkaitan dengan falsafah pendidikan. Bahan bantu
mengajar yang dipilih haruslah boleh membantu pelajar untuk memperkembangkan
potensi mereka. Bahan-bahan yang digunakan mesti mempunyai unsur intelek
(pengetahuan) dan juga mewujudkan nilai-nilai murni.

2. Lebih menggunakan ICT


Selaras dengan zaman yang serba berteknologi, teknik pengajaran juga mula
berubah. Selain daripada bahan bantu mengajar yang sedia ada seperti buku teks dan
buku latihan, latihan interaktif menggunakan komputer juga boleh digunakan. Dengan
grafik yang menarik, dapat menarik minat murid untuk terus belajar. Murid-murid gemar
untuk mencuba sesuatu yang baru, contohnya seperti penggunaan laptop guru. Selain
daripada latihan-latihan, guru juga boleh menggunakan ICT ketika proses pengajaran
seperti slideshow gambar-gambar dan juga huruf-huruf. Penggunaan ICT ini akan lebih
membantu guru untuk mengajar dan mengawal tingkah laku kanak-kanak ini supaya
mereka boleh memberi tumpuan ketika proses PdP, dan juga membantu pelajar lebih
memahami topik yang diajar

TEMPOH PENYELESAIAN
Saya akan berusaha untuk mengatasi masalah ini secepat mungkin iaitu bermula
daripada 12 April 2015 supaya ianya tidak berulang lagi sewaktu sesi pengajaran dan
pembelajaran akan datang. Penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik adalah
sangat penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan
dengan lancar dan berkesan seperti yang telah dirancang dan membantu pemahaman
murid.
TINDAKAN SUSULAN
Saya perlu merancang aktiviti yang melibatkan semua murid dan aktiviti
tersebut mestilah mampu menarik minat murid serta mengekalkan perhatian murid
kepada sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, saya perlu banyak mencari
maklumat berkaitan di internet dan berbincang dengan guru-guru serta rakan-rakan
tentang perancangan aktiviti yang bakal dilakukan.
Seterusnya, saya mesti menggunakan bahan bantu mengajar berasaskan
teknologi. Hal ini adalah kerana ia dapat menarik minat murid kepada pembelajaran
di samping membuka minda murid tentang perkembangan teknologi semasa. Apa
yang paling penting ialah saya perlu membuat rujukan sebelum memulakan sesi
pengajaran. Hal ini supaya isi pelajaran yang disampaikan mampu dihuraikan dan
diceritakan dengan baik kepada murid-murid. Disamping itu juga saya perlu
bersedia membuat rancangan pengajaran yang terbaik.
Saya akan berusaha untuk meningkatkan lagi strategi pengajaran dan
pembelajaran saya semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi
mewujudkan suasana pembelajaran bilik darjah yang kondusif.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, saya yakin semua usaha-usaha yang dicadangkan di atas
diaplikasi, masalah ini dapat diatasi dengan segera. Saya perlu kreatif, inovatif dan
sanggup berusaha keras untuk menarik minat murid dan meningkatkan lagi daya
kreativiti saya dalam penyediaan bahan bantu mengajar. Saya akan meminta
kerjasama guru pembimbing untuk memberi penilaian tentang pelaksanaan saya di
samping meminta pandangan rakan sebaya.

Disemak oleh guru pembimbing

Disemak oleh pensyarah pembimbing

Tandatangan :

Tandatangan :

Nama :

Nama :

Tarikh :

Tarikh :

You might also like